Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Wednesday, December 29, 2010

Apa Ikhtibar yang kita dapat dengan menonton bola sepak?

Wednesday, December 29, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم


hai semua geng2 nafsu seerakah..alhamdulilah..rasa bersyukur sangat akhirnya Malaysia berjaya menjulang piala AFF. walaupun percubaan yang amat mengganas daripada Indonesia tetapi Malaysia berjaya mempertahankannya.. syabas dan tahniah. Alhamdulilah.

hari ni aku rase pening sikit. bukan apa..kelemahan yang ade pada diri aku ni..aku tidak boleh memakan makanan yang bercoklat dan berkafen yang terlalu pekat. kebetulan pak sedare aku beli donat daripada sebuah kedai donat yang terkemuka. aku ni kalu makan perisa lain takpe..tapi kalu coklat dengan nescafe macam tak boleh sikit. so dia kasi yang perisa macam rasa nescafe. biasalah dah nak abis kot tadiwaktu dia beli. tak ada pilihan..ada yg perisa nescafe je..kalu tak ambik takut dia terasa lak ..so aku pun makan lah..tak abis..pun..sikit je makan..dia start nak muntah..aku pun buanglah perisa dia kat atas just makan donat kosong je. lepas tu .dia start poning..adeh..kalu coklat conferm aku muntah. kesian aku kan. org lain kalu sebut pasal coklat suke..tapi aku..tak layan.hohoh..

so entri kali ini..aku tak nak mengulas pasal permainaan bola sepak yang telah laris di ulas oleh blogger lain tetapi..aku ingin mengulas kehebatan daripada sukan bola sepak ini. sebenarnya banyak kelebihan daripada sukan bola sepak ni..sebelum aku bercerita ttg kebaikan sukan bola sepak dari segi yang lebih besar..aku nak cerita dari segi yang kecil2 dulu..ok..

tadi sepanjang permaian bola sepak selama 90 minit semua keluarga aku termasuk mak sedare aku dan jiran..datang berkumpul rumah aku...family aku agak friendly sedikit..kami beramai-ramai menonton bola sepak sambil makan keropok yang mama aku goreng. apa2 pun sukan bola sepak ini mampu mengeratkan lagi ikatan persaudaran antara kami. dan kami rasa seronok meluangkan masa bersama-sama..malah ia menjadi satu cara untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kami.

ini juga terbukti dalam kamus hidup aku..setiap hujung minggu ..aku dan kawan2 kerap bermain futsal bersama..malah futsal ini telah menyelamatkan persahabatan antara kami..alhamdulilah dgn izzin Allah..segala persengketaan antara kami akhirnya dilupakan setelah kemenangan dan persefahaman dalam kumpulan. itulah yang terbaik..kita bukan sahaja menonton bola atau bermain bola tanpa mengambil ikhtibar daripadanya...

bukan sahaja sukan bola malah semua jenis sukan yang melibatkan pasukan atau negeri,sekolah dan negara pasti kita ada satu semangat kesukanan yang tinggi dan persahabtan erat antara kita. betul tak?? kawan2 semua pernah mengalaminya bukan. jadi kita perlu jadikan ia sebagai salah satu hikmah dalam bersukan bukan hanya untuk hibran bermanfaat semata- mata.

untuk negara..semua orang menonton perlawanan tadi buka? tak kira melayu, cina, india, sikh, dan bangsa lain. tak kira parti politik pas, umno, dap,keadilan ,KAMI dan parti2 lain..semua menyahut selogan yang sama malaysia boleh!! tetapi kenapa bila semua ini berakhir..berlakunya persengketaan??? faham tak apa yang aku nak sampaikan?? pahamkan??..jadi kita sepatutnya bersatu...bersatu di bawah seruan yang sama iaitu...menjadikan sebuah negara islam yang berjaya. perlembagaan berasaskan islam, undang-undang islam..itu yang paling penting..

kenapa aku bercakap tentang islam..kerana kita adalah negara islam..kita bermula dengan sebuah negara yang rakyatnya beragama islam dan negara kita dalah negara islam dan di iktiraf sebagai sebuah negara Hub Halal. oleh itu kita sepatutnya bersatu memartabatkan agama islam barulah negara aman...barulah kerajaan di berkati...kita tidak sepatutnya mengikut telunjuk orang bukan islam..tetapi kita membawa mereka mengenali islam dan keadalian undang-undang islam itu sendiri..kita tak rugi mengikuti undang-undang islam malah negara kita di berkati oleh Allah. tak akan berlaku isu rasuah, isu buang anak, isu cabul dan rogol, isu rompak judi dan sebgainya..sebaliknya negara aman damai dan harmoni malah..jika kita tinggalkan emas di luar rumah tiada siapa yg berani mencuri dan tiada siapa yang mahu mengambilnya kerana masing-masing mempunyai keiman yang tinggi..

kenapa kita tidak mengambil semangat sukan itu..dan di terapkan dalam semangat kita untuk membanggunkan sebuah negara islam bukan sebuah negara yang so call islamic..aku kat sini bukan nak kondem negara Malaysiaku yang tercinta tatapi aku hanya ingin katakan yang aku sayang negara aku dan tidak mahu negara ini dan pemerintah seta rakyat dalam negara ini di azab oleh Allah... isu homoseksual juga sudah dipandang mudah malah para ulama' amat risau tentang ini..takut akan azab Allah tetapi adakah kita dan pemerintah perasaan? adakah ini disebabkan pemerintahan yang terlampau liberal yang mengikut barat sehingga rakyat mandi pantai tebogel pun di benarkan. tubuh pusat2 hiburan juga dibolehkan sehingga menghina agama islam melalui pemakaian yang so call islamic malah menghina kalimah Muhammad pada pakaian itu dan katakan itu adalah fasion?..rela korban agama semata-mata untuk menunjukkan kepada dunia akulah wira dan wirawati dunia? bergitukan kita? sehingga terdiam kerana disebabkan yang merialisasikan fasion ini adalah org kuat negara?. aku disini bukan membuka persengketaan antara kita tetapi kau disini ingin menyedarkan rakan2 semua dan diri ku sendiri bertapa islam itu adalah agama yang murni suci dan diberkati..jangan di hina..tetapi di jaga..

andai undang-undang islam itu dilaksanakan..tiada rasuah.tiada homoseksual tiada semua perkara yg meroskan iman.. insyaAllah.

jadi aku disini buka untuk membuka persengketaan dan jurang antara kita dan pemerintah tetapi kita bersama-sama menegakan kebenaran. dari sekecil-kecil badan dakwah sehingga sebesar-besar badan dakwah yang mampu menarik lebih ramai remaja yang bakal menjadi pelapis negara. politik itu penting tetapi kenapa kita perlu meneruskan plan A andai plan A tidak mampu dilaksanakan..kita cipta Plan B yang boleh meneruskan dakwah Rasulullah s.a.w... jika kita hanya bertumpu kepada plan A yang kita belum pasti akan kejayaannya..kenapa tidak kita bertindak dengan sendiri-sendiri..

melaksankan plan B dengan diri kita sendiri..menarik lebih ramai lagi remaja mengenali agama islam dengan lebih dekat...tak kenal maka tak cinta..dari sekecil-kecil kumpulan ia mampu menjadikan sebuah badan yang besar yang bakal menegakkan syariat islam..itu sahaja cukuplah negara kita melaksanakn pemerintah islam tidak kiralah siapa yang memerintah. aku bukan ingin berpolitik disini tetapi ingin memberi tahu pendapat aku. kita bersatu kita berjaya., sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

wallahualam..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

8 aku rase post ko tak bleh blah:

Tok Esah said...

ayuh bangkitkan kerajaan ISlam!!!

Tahniah Malaysia Juara, Esok Cuti??

Mohamadazhan.com said...

salam bro immukmin

perkaitan yang sgt menarik dan bersahaja. mempunyai isi tersirat ttg perpaduan, sgt mengimpikan satu negara Islam yang berdaulat.Tahniah bro!

ttg perpaduan tu amat sukar sebenarnya walaupun perkara tu tak mustahil,berbalik kpd sirah ttg kesatuan ummah. Baginda nabi pernah berdoa supaya umat islam tidak berpecah, ttp doa tersebut tidak dimakbulkan Allah,yang termakbul antara ialah kaum baginda tidak menerima azab bencana seperti kaum terdahulu, azab yang ditangguh di hari kiamat.

pepecahan umat Islam bermula sejak era Khalifah yang pertama lagi sehinggakan era pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah Turki. Kejatuhan empayar Islam itu salah satunya adalah pepecahan umat.panjang kisahnya..

dalam politik juga perlukan perpaduan. Kembali menyoroti sirah baginda nabi, semasa nabi menyebarkan dakwah Islam di Mekah...nabi pernah ditawarkan pelbagai habuan istimewa oleh kaum penentang, tetapi nabi tolak, nabi terus membawa syiar Islam dengan dakwahnya tersendiri sekalipun menerima pelbagai tentangan. Habuan yang diterima di Mekah adalah sebagai habuan sementara yang tiada apa makna kepada Islam ketika itu.

Berbeza pula perpaduan yang dijalinkan oleh baginda nabi ketika baginda berjaya membuka negara Islam pertama Madinah. Baginda turut menjalinkan kerjasama dgn Yahudi dan Nasrani antara Aus dan Khazraj. Ketika itu perpaduan dijalinkan dgn non muslim terjalin erat kerana non muslim ketika itu melihat bukti bahawa Islam itu sangat adil dan amanah. Situasi yang berbeza antara Mekah dan Madinah...dua2nya menawarkan perpaduan.

immukmin said...

Tok Esah: insyaAllah..jom kita sama2 menegakkan syiar islam.

bro azhan:

yeah! penjelasan yang mantap. memnag tidak di nafikan lagi...kedua situasi yang saudara utarakan amatlah berbeza... mengapa dan kenapa Rasulullah s.a.w menolak habuan di Mekah... semasa di Mekah..Rasulullah s.a.w disuruh berhenti daripada menyebarkan islam..memberhentikan dakwah...oleh sebb itu baginda tolak... jika semua ini diberikan semata-mata kerana agama..kerana islam..maka baginda tidak tolok..tetapi sebaliknya berlaku..org di Mekah..bersama-samae memulaukan baginda Rasulullah s.a.w semat-mata untuk menyekat kemaraan Rasulullah s.a.w dalam dakwah..takut Rasulullah s.a.w mengambil tempat mereka sebgai pemerintah.

di Madinah..Rasulullah s.a.w mendapat sambutan...dakwah Rasulullah s.a.w di terima oleh semua kaum..akibat daripada perjanjian Hudaibiyyah telah menarik semua kaum besar di Madinah..iaitu Aus dan Kadzraj. tetapi kebanyakan kaum yahudi menolaknya...kerana mereka amat memusuhi agama islam disebabkan oleh Nabi yang lahir bukan dalam kalangan mereka.

untuk kerajaan kalifah utmaniyyah...ini di sebabkan oleh..fitnah..fitnha yang telah menjathukan kerajaan ini..sangat sedih jika dibaca sirah kerajaan khlafiah utmaniyyah...

kita perlu perbaharuhi..dan menyusun strategi..daripada sekecil2 kumpulan..bukan bermakan kumpulan ini melawan kerajaan..atau pun menentang..tapu kumpulan ini adalah kumpulan yang menarik ramai anak-anak muda untuk mendekatkan diri kepada Allah..kita certiakan dan sama2 mempelajari apakah erti islam, iman dan ihsan. jika kita melihat semula sirah baginda Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda bermula dengan sekcil-kecil kumpulan..sehinggalah baginda berjaya..kita juga boleh melakukannya...

waallahualam..tq..bro azhan..perkongsian yang berguna dari saudara...hargai..insyaAllah kita sama2 berkongsi ilmu.

Encik MamaT said...

untuk menarik minat orang muda.. pendakwah juga perlu bijaksana... dakwah secara hikmah... pendakwah perlu masuk bergaul dalam golongan mereka.. kemudian barulah masukkan dakwah secara perlahan2...

jika dakwah hanya tersebar setakat masjid dan surau .. hanya imam dan siak.. serta beberapa orang jemaah sahaja yang datang... sipa yang berani keluar berdakwah depan2?

immukmin said...

jika diberi perluang dan mempunyai kekuatan..insyaAllah kita semua mampu...

Admin said...

takbir....

immukmin said...

Allahhuakhbar

± said...

senang sebenarnya untuk membuat draf pemerintahan dan perpaduan berlandaskan islam dgn kata-kata cam immukmin sarankan, tapi nak melaksanakannya adalah sesuatu yg hampir mustahil (berdasarkan situasi sekarang). sedangkan di zaman rasulullah dan selepas kewafatannya isu pemerintahan dan perpaduan sesama islam masih tiada jalan penyelesaian dan persefahaman, apa lagi kita sbg umat akhir zaman.u have to face the fact.

umat islam hanya akan bersatu di bawah pimpinan imam mahdi bila menghadapi musuh yg lebih bear dan tak terlawan nanti,yakjuj dan makjuj.

utk situasi skrg, perkara yg kedengaran seperti di taman bunga yg lengkap dgn pelangi dan rama2 hanyalah sebuah mimpi

 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket