Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Friday, November 12, 2010

kisah nabi ayyub teladan terbaik

Friday, November 12, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحي

apakhabar geng-geng nafsu seerakah yang sempoi lagi brutal...hhoho...suka untuk nafsu seerakah mengucapkan selamat menghabiskan exam..untuk kawan2..yg beru settle exam..ohhohohohoho..
ok..sebenarnya aku nak post mengenai Penceraian tapi ada banyak yang perlu di kaji..jadinya..tak terpost enteri penceraian ..minta maaf yek!!!..insyAllah...selepas selesai segala-galanya dan selepas aku tahu apa yang aku tak tahu ..aku kan post...insyAllah..

ok sambil-sambil kita menunggu enteri penceraian tuh..jom2 kita melayari zaman-zaman yang lampau...sebenarnya aku nak cerita pasal sirah nabi...ye lah asyik2 cita pasal dunia ja...takde langsung ke blog nafsu seerakah ni nak cite pasal sirah pulak..hak3!!! skunk nih aku nak cite..

bukan niat nak menunjuk-nunjuk.. sebenarnya..dulu mae sekolah rendah..aku ni terkenal dengan seorang yang suke bercerita..dan kalu cite nabi2 nih aku memang suka baca..start daripada baca buku sirah lah..aku start baca novel..dan cerpen2..ohohoho...(gedik giler immukmin) hak...aku juga adalah satu-satu pelajar yang sentiasa menyertai pertandingan cerita dari darjah 4 sampai darjah 6.. aku kongker..untuk sekolah lah.peringkat daerah..kantoi...hahahha...dah!!! immukmin cukup merapu...ohhoho..

ok jom..kita study satu sirah iaitu sirah nabi ayyub a.s....

aku memang suka baca kisah nabi ayyub a.s. nih...antara nabi yang aku suka meneliti ketabahnnya...ye aku tahu..nabi Muhammad s.a.w adalah nabi yang terbaik sepanjang zaman.. tapi mari kita selami nabi2..lain..kita jadikan akhlak mereka sebagai ikutan..

weh immukmin sudahlah..bila nak startnya?

ok aku cerita..

disebuah desa terdapat seorang lelaki yang amat soleh, kaya dan mempunyai zuriat yang ramai...

"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44

dalam firman Allah di atas memang jelas Allah sendri mengakui ketaatan dan kesolehan serta kesabaran nabi Allah ayyub ini..memang takd dinafikan ketabahan nabi Allah ayyub ini..

nabi Allah ayyub diceritkan didalam kalam Allah mengenainya...didalam kalam Allah tiada menceritakan penyakit yang dihadapi nabi Allah ayyub secar detil..tetapi kita pernah mendegar mengenainya...iaitu..nabi ayyub a.s mempunyai penyakit kulit...

syaitan amat marah dengan ketaatan nabi ayyub a.s. kepada Allah ..dia dengki dengan akan ketaqwaan nabi Allah ayyub.. lalu dia memburukan nabi ayyub a.s. kepada Allah... tetapi Allah maha mengetahui dan Allah tahu yang nabi ayyub a.s. seorang yang soleh.

syaitan meminta izzin daripada Allah untuk menguji keimanan nabi ayyub a.s...dan allah mengizinkannya.

bermula penderitaan nabi Allah ayyub dengan kefakiran.

syaitan telah merosakan ekonomi nabi ayyub a.s. dengan memusnahkan tanaman nabi ayyub a.s.

dengan harpan yang nabi ayyub a.s. akan berpaling daripada Allah..tetapi sebaliknya berlaku nabi ayyub a.s sujud dan bersyukur kepada Allah kerana mengujinya dengan ujia yang membuatkannya lebih dekat dengan Allah.

syaitan berasa amat marah...dia memhon izzin daripada Allah untuk menguji nabi ayyub lagi...

syaitan menguji nabi ayyub a.s. dengan menghapuskan zuriatnya dengan menggoncangkan rumah nabi ayyub a.s. dengan izzin Allah. ..

namun ..nabi ayyub tetap bersabar..malah dia bersyukur kepada Allah kerana pernah dikurniakan anak-anak.

syaitan berasa amat marah..lalu dia meminta izzin daripada Allah supaya Allah memberi penyakit kepada nabi ayyub a.s.

syaitan berkata..

Seandainya Engkau memberi kekuasaan kepadaku, ya Rabbi, untuk mengganggu badannya nescaya dia akan berhenti dari kesabarannya. Riwayat mengatakan bahawa Allah s.w.t menginzinkan syaitan untuk mengganggu tubuh Ayyub. Dikatakan bahawa syaitan memukul tubuh Nabi Ayyub dari kepalanya sampai kakinya sehingga Nabi Ayyub sakit kulit di mana tubuhnya membusuk dan mengeluarkan nanah, bahkan keluarganya dan sahabat-sahabatnya meninggalkannya kecuali isterinya. Namun lagi-lagi Nabi Ayyub tetap bersabar dan bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau memuji-Nya pada hari- hari kesehatannya dan ia tetap memuji Allah s.w.t saat mendapatkan ujian sakit. Dalam dua keadaan itu, Nabi Ayyub tetap bersabar dan bersyukur kepada Allah s.w.t.

perasaan marah dan dendam mula menyulubungi hati syaitan laknatullah... aku adalah orang yang mengeluarkan bapa manusia daripada syurga bagaiman aku tidak boleh menjatuhkan nabi ayyub a.s....setelah berfikir baru dia mengetahui iaitu dengan bantuan perempuan iaitu isteri nabi ayyub.

setelah menghasut isteri nabi ayyub akhirnya..isterinya datang menemui nabi ayyub ..

"Sampai bila Allah s.w.t menyiksamu? Di mana harta, keluarga, teman dan kaum kerabat? Di mana masa jayamu dan kemuliaanmu dahulu?"

Mendengar perkataan isterinya itu, Nabi Ayub menjawab: "Sungguh engkau telah dikuasai oleh syaitan. Mengapa engkau menangisi kemuliaan yang telah berlalu dan anak yang telah mati?" Perempuan itu berkata: "Mengapa engkau tidak berdoa kepada Allah agar Dia menghilangkan cubaan darimu dan menyembuhkanmu serta menghilangkan kesedihannmu?" Nabi Ayyub berkata: "Berapa lama kita merasakan kebahagiaan?" Isterinya menjawab: "Delapan tahun." Ayyub berkata: "Berapa lama kita mendapat penderitaan?" Isterinya menjawab: "Tujuh tahun." Ayyub berkata: "Aku malu jika aku meminta agar Allah s.w.t melepaskan penderitaanku ketika aku melihat masa kebahagiaanku. Sungguh imanmu tampak melemah dan keputusan Allah s.w.t membuat hatimu menjadi sempit. Seandainya aku sembuh dan kembali kepada kekuatanku, nescaya aku akan memukulmu dengan seratus kali pukulan dari tongkat. Sejak hari ini, aku tidak memakan dari makananmu dan dari minumanmu atau memerintahkanmu untuk melakukan suatu urusan. Maka pergilah kau dariku."

akhirnya nabi ayyub tinggal seorang. walaupun sakit dia tetap beriman dan beramal kepada Allah..sentiasa taat,sabar dan tidak pernah menyalahi takdir..malah bersyukur kerana dikurniakan penyakit yang sentiasa membuatkanya mengingati Allah.

dengan penuh kasih sayang nabi ayyub a.s berdoa kepada Allah supaya diberikan kesihatan yang baik..

dan Allah terlampau menyayangi nabi ayyub a.s dan Allah tahu yang nabi ayyub adalah insan yang bertaqwa..lalu Allah memakbulkan doanya.. Allah mengembalikan nabi ayyub kepada kesihatan yang berlipat kali ganda


Demikianlah pemahaman yang sesuai dengan kemaksuman para nabi dan kesempurnaan mereka. Allah s.w.t memerintahkan beliau untuk mandi di salah satu mata air di gunung. Allah s.w.t memerintahkannya agar beliau minum dari mata air ini. Kemudian Nabi Ayyub melaksanakan perintah ini dan mandi serta minum. Belum lama beliau minum pada tegukan yang terakhir sehingga beliau merasakan sehat dan sembuh sepenuhnya dari penyakitnya. Kemudian suhu panas dalam tubuhnya pun kembali normal seperti biasanya. Allah s.w.t memberikan kepada Ayyub dan keluarganya dan orang-orang yang seperti mereka suatu rahmat dari sisi-Nya sehingga Nabi Ayyub tidak kembali sendirian. Allah s.w.t memberinya berlipat-lipat kekayaan dan kemuliaan dari sisi-Nya sehingga Ayyub tidak menjadi fakir.

Allah s.w.t berfirman:

"Dan (ingatlah kisah) Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: ('Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.' Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalian keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah." (QS. al-Anbiya': 83-84)

Nabi Ayub kembali mendapatkan kesehatannya setelah lama merasakan penderitaan dan sakit; Nabi Ayub bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau telah bersumpah untuk memukul Isterinya sebanyak seratus pukulan dengan tongkat ketika beliau sembuh. Sekarang beliau sembuh maka Allah s.w.t mengetahui bahawa beliau tidak bermaksud untuk memukul Isterinya. Namun agar beliau tidak sampai melanggar janjinya dan sumpahnya, Allah s.w.t memerintahkannya agar segera mengumpulkan seikat ranting dari bunga Raihan yang berjumlah seratus dan hendaklah beliau memukulkan itu kepada isterinya dengan sekali pukulan. Dengan demikian, beliau telah memenuhi sumpahnya dan tidak berbohong. Allah s.w.t membalas kesabaran Ayub dan memujinya dalam Al-Quran sebagaimana firman-Nya:

"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

daripada cerita nabi Allah ayyub ini...ingin aku simpulkan kejaan itu datang daripada kesabaran dan disulami dengan ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah..

perkara yang dialami oleh nabi ayyub tidak mustahil akan dialami oleh kita sendiri...seperti juga..kawan-kawan yang sedang mengambil exam..pastikan korang bersabar dan bersusah-susah dahulu kerana insyAllah ada kejayaan yang menyusul..

tetapi yang penting ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah adalah kunci kepada kemenagan.

kisah nabi ayyub a.s. adalah satu kisah yang amat sedih jika disusuli dengan betul2...amat indah..dan aku sendiri merasakan yang kesusahan yang dialami nabi ayyub amat berat malah kita umat akhir zaman belum tentu dapat mencontohi nabi Allah ayyub..sentiasa menyalahkan takdir..

oleh itu sama-sama kita teladani kisah nabi ayyub ini sebagai panduan hidup ..

waallahhualm..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

credik to : http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/kisahnabiayubas.htm
rujukan aku...

penceraian satu penyusahan?




السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hohohohohohho...rajin bebeno immukmin nih update blog...tak stdy ke..hak3!!!!... suka duk kat umah nih..macam2 isu semasa aku terupdate. dari dalam tv sampailah dalam taman aku duk skunk nih..kecoh dok bercerita...menjaja cerita kat sini menjaja kat sana.. bukan mengumpat ek...tapi memang semua org dah tahu..dan empunya badan pun nak semua orang tahu... so sambil2 bercerita..aku ni sebenarnya malas nak tahu..biasalah...bile cite tengah panas aku pun rasa nak tahu lah..hak3!!! gedik.... ok adelah makcik A nih...dia dah bercerai dengan pakcik B..

nak kata salah makcik A ..boleh di katakan salah juga...nak kata salah pakcik B..memang pakcik B salah pun...tapi kalau dalam rumah tangga takde kasih sayang, takde muafakat macam mana nak kekal betul tak???

makcik A bertindak keluar dengan lelaki lain tapi di ibu yang penyayang pada ana-anaknya. sanggup buat semua kerja untuk menyara anak-anak dia.

pakcik B pulak tak bekerja than tak duduk sebumbung, tak kasi nafkah.. zahir dan batin.. yelah tak duduk sebumbung..lebih pada 3 bulan tidak bersama dan memberi nafkah... kalau macam ni boleh applay fasakh.

sekarang dah bercerai so, barulah lapang sikit hidup makcik A tapi susah hati untuk pakcik B... aku rase dia sayang lagi dengan makcik A ..entah lah....aku pun tak tahu nak cerita macam mana..

cerita ini bukan aku nak aib kan makcik A dan pakcik B.. tapi aku paling pelik kehidupan diorang ni...entahlah..aku tak leh nak discripe lah..sory...

tapi tulah yang boleh aku story kat korang bukan nak mengaibkan yek..tapi nak cerita story biar tally dengan enteri dan sebagai pengajaran sebenarnya..

enteri aku hari ini adalah mengenai penceraian... bukan sahaja pasal makcik A dan pakcik B.. malah Artis X dengan permain bola Y juga heboh nak bercerai... umur perkahwinan baru setahun jagung. kalau dalam istilah aku adalah bulu pun tak tumbuh lagi..minta maaf kasaq..noh...nak umpamakan perkahwinan itu masih tak matang...ada banyak perkara perlu dipelajari. bersabar dan buat keputusan perlu berkhemah nauzubillahhiminzaliq..

”Janganlah menjatuhkan talak, karena sesungguhnya singgasana Tuhan akan tergetar olehnya”.

”Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah talak”.

bila di nasihat dia cakap
"ikut suka hati aku lah ini rumah tangga aku jangan nak menyibuk.."
"ikut suke hatilah..kau tahu apa...kau mana khwin lagi...aku tahulah apa yang aku buat..."

bile beri nasihat sombong tak nak dengar...bodoh betul lah...nak cakap bangang belajar tinggi...
minta maaf kasaq noh..(tulis ikut emosi....lek2 immukmin... -keep smileing-)

jom kita pergi kaunseling rumah tangga?
giler kau nak g kaunseling rumah tangga..aku retilah manage hidup aku dan keluarga aku...

gitu pulak...hohohooohoh...dah serabuk kepala otak aku dengan manusia zaman sekarang...sombong tak bertempat ...kalu boleh hidung tuh kasi rendah sikit..jangan nak tinggi sangat...

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada seseorang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu sewaktu berjalan dan rendahkanlah suaramu (sewaktu berkata-kata),sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." ?
(Surah Lukman, ayat 18-19).




dah tuh macam mana nak nasihat...bile nasihat tak nak dengar.. bila dah bercerai..hal lain lak timbul....

aku nak anak..biar aku jaga anak... aku nak bulan-bulan kau kasi nafkah anak Rm1000..

amboilah..arituh bercerai bagai nak rak...skunk bile dah bercerai tuntut nafkah...boleh pulak putar belit kata suami aku yang ceraikan aku. aku tak nak bercerai dengan dia...
kenapa dengan statement di atas..
aku dengar mak aku cita..aku pun baru tahu ...tak tahu betul ke tak...kalau tak betul ..tolong betulkan aku..

"immukmin..kalau isteri mintak cerai..suami tak payah kasi nafkah..tapi kalu suami ceraikan isteri bari boleh beri nafkah"

selepas aku bertanya yang pakar..maka mmg isteri yg mintak faskh maka tidak layak untuknya nafkah.

lepas tuh riuh kat media yang suami tak kasi nafkah..padahal dia memang tak layak dapat pun...astghfirlullhalazim...

sesungguhnya cerai adalah perkara yang halal dan di benci oleh Allah.... aku kat sini nak beri tahu kat korang yang belum kawin,bakal kawin dan dah kawin...walaupun aku belum berkawin tp tak perulah aku nak kasi tahu gak...

dalam rumah tangga mesti ade muafakat mesti ada tolak ansur dan mesti ada sifat faham dan memahami antara satu dan lain.... aku sokong seratus peratatus dengan si hamka kereta manyat tuh..didik isteri dari malam pertama woha!!!

sbb apa menurut si hamka ..isteri waktu malam pertama masih lembut..apa2 yang kita ckp time tuh semua dia dengar...kita ckp apa yg kita tak suka dan apa yang kita suke..apa yang kita nak dan apa yang kita taknak.. time tuh baru dia..dengar..bukan time tuh sibuk nak "balun " je..hohohohohooho.....(minta maaf..think +Ve ok).. sebagai seorang suami.. sepatutnya..perlu lah ada sifat penyayang dan dalam masa yang sama betanggunjawab dan tegas..bukan jadi lelaki dayus..apa yg isteri buat kalu salah diam je,..."hang duk canguk apa, pi teguq" ..ha kan dah keluar sleng utara aku hohohohoh....

ye lah kadang2..kita tak boleh salahkan perempuan je...lelaki jugak sama..jangan ambil kesempatan atas kelembutan perempuan... sesungguhnya perempuan yang rela bermadu akan mendapat payung emas di syurga... memang..betul..itu janji Allah...malah ia adalah sunnah Rasulullah S.A.W...

"amboilah..bile bab kahwin sunah Rasulullah...tapi kalu bab nak manage family sunah mana pulak?"

kalu kau bertanggungjawab tak kisah r...nak berbini berapa pun...ikut ske hati hanglah....kalu hang ada duit banyak...ada ilmu agama, penyayang dan berlaku adil..hg kawinlah 4 org pun..takde orang nak bising r.... tpi..ni hang duit takda...agama kurang...adil pun pada isteri ke 4 je..kejadahnya.,...dah....(emosi sikit)

ok..cm ni...sebagai suami..janganlah terlampu mengikut nafsu seerakah untuk menceraikan isteri..,tetapi berfikir cara memredakan keadaan..... dan jgn mudah melatah dengan gosip2 liar tentang isteri..pergi chek dulu... ok???? semua...

dan last sekali anak2 yang jadi mangsa dan tercetuslah isu baru...terlahirnya anak2 yang tidak beragama akibat daripada penceraian ayah dan ibu mereka...akibat daripada tertekan ada yang sanggup bunuh diri.....

jadi binalah cinta berlandaskan iman taqwa....insyaAllah...Allah sentiasa melindungi orang yang bertaqwa kepadaNya..kerana Allah amat menyayangi hambaNya soleh...



harap enteri ini memberi manfaat..agar tiada yang tersasar dan menyesal di kemudian hari...

mmg betul...didik isteri pada malam pertama.... hohohohohohoho....

waallahualam..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Monday, November 8, 2010

say no to islamofobia

Monday, November 8, 2010



السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

apakhabar kawan-kawan..agak lama nafsu seerakah tidak terupdate...bukan tak nak update tetapi terlampau sibuk dengan dunia...hohohoh...hari ini..nafsu seerakah berbesar hati untuk mengupas isu ISLAM FOBIA ..apa itu islam fobia...jeng!!! jeng!!...sebelum aku menceritakan tetang tajuk yang bakal aku kupasakan ini...baik aku cerita pasal diri aku nih dulu.... sebenarnya aku sedang bercuti...bercuti..tiga minggu...kebanyakan ipta semua dah final exam..tapi ipta aku blum lagi..tapi tak mengapa..kesempataan masa yang diberikan..aku manfaatkannya dengan baik..untuk memantapkan lagi pengetahuan ttg subjek yg aku stdy..hoohho...tapi tuh lah..kadang2 risau dibuatnya.....

insyAllah..raya haji kali ini..tiada rezeki untuk aku beraya dengan keluarga..terpaksa beraya diperantauan..memikirkan exam semakin dekat dan banyak g subjek yg belum cover..semoga..dipermudahkan oleh Allah segala perjalanan hidup di bumi perantauan...

amboilah aku tulis macam dah duk kat overc..padahal over river je..ohhhoohoho,.....btw.... stdy week aku di desa terchinta tak menjadi kerana tiada bahan rujukan yg boleh di rujuk (padahal malas tak mak datuk..duduk depan laptop je..kalu balik umah..hahahha)
ok...jom kita teruskan dengan enteri kita kali ini..iaitu islam fobia..

apakah maksud isalam fobia immukmin...
ada makhluk Allah yang bertanya kepada aku...dengan penuh keyakinan aku menjawab..

islam fobia..
islam bermaksud agama suci yakni agama hanif (kamus aku sendiri)
fobia bermaksud takut, atau ketakutan yang teramat sangat...

jika digabungkan...

agama suci yakni agama hanif ditakuti...(lebih kurang macam tulah..)

kenapa semua ini terjadi???? fitnah!!! fitnah!!!
istilah islam fobia telah digunakan pada 1980-an lagi...sudah lama digunakan...tapi istilah ini semakin mantap dan kecoh digunakan selepas berlakunya peristiwa 11 september..
aku pun tak tahu konsperesi 11 september ni betol ke tak...ade org ckp mmg orang islam sendiri buat..ada orang ckp..mmg orang kafir laknatulllah yang buat..pastuh fitnah orang islam...
waallahhualm..hanya Allah yang mengetahui detik-detik itu....

sebelum itu ..aku sendiri yang nak tegur diri aku dan saudara-saudara seislam aku...jika kita di fintah...jgn kita memburukan agama kita sendiri dengan perkara2 yang buruk..dengan akhlak yang buruk...tetapi tunjuk akhlak yang mulia..tunjuk kesucian agama isalam dan keindahan sebenar...

dan jika betul peristiwa 11 septembar ini dilakukan oleh orang islam sendiri... maka kita berani menberitahu kenapa kita melakukan sedemikan rupa dan menegakkan perkara yang sebenar yang menyebabkan kita bertindak sedemikian..

ok aku taknak menghangatkan perisitiwa lama.... tapi..mari kita mengikis..perasaan islam fobia dalam hati orang bukan islam... sebab agama islam adalah agama yang indah,suci, lembut dan penyayang..

apa bukti islam itu agama yang suci ,indah ,lembut dan penyayang??...jom kita lihat rasulullah s.a.w iaitu salah satu manusia yang mulia, manusia cermin agama islam... jika mahu kenal islam kenal rasulullah s.a.w dulu kerana dia adalah penyebar agama islam... teringat aku kisah Rasulullah s.a.w dengan seorang pegemis yahudi yang buta..

ada seorang yahudi yang buta dan juga pengemis selalu mengutuk mencaci rasulullah s.a.w tapi rasulullah s.a.w bersabar .tidak pernah terasa malah sentiasa memberi makan kepada yahudi itu..setiap kali di beri makan pasti yahudi itu memaki dan mengutuk Rasulullah s.a.w sedangkan yahudi itu tidak mengetahui yang memberi makan itu adalah orang yang sentiasa dikutuknya... bukan sahaja diberi makan seperti orang biasa malah dikunyah dahulu sehingga hancur kemudian di suap kedalam mulut yahudi tua yang buta itu...

selepas Rasulullah s.a.w kembali kepada Allah...tiada orang yang memberi makan yahudi itu...disebabkan abu bakar sentiasa memlihat dan mengetahui tentang aktiviti Rasulullah s.a.w lalu dia memberi yahudi itu makan...diberi seperti biasa..seperti orang lain makan..hanya disuap dan tidak dikunyah... yahudi bertanya..kamu bukan lelaki yang selalu memberi aku makan.. lalu dijawab..lelaki yang selalu memberi kau makan adalah Muhammad ya Rasulullah...baginda telah wafat... menangis yahudi itu dan terus mengucapkan kalimah syahadah...

daripada cerita ini..kita boleh lihat bertapa baiknya Rasulullah s.a.w..dalam satu cinte nih pun dah cukup menunjukan bahwa indahnya akhlak rasulullah s.a.w... akhlak Rasulullah s.a.w adalah cermin agama islam..tgok indahnya islam....

jadi...biar kita difitnah...tetapi jaga akhlak kita...supaya kita dianggap yang terbaik.. tetapi jangan sampai kita ditindas.. Allah sendiri menyuruh kita perangi orang yang memerangi kita...
tetapi jika masih ada jalan penyelesaian so..kita selesaikan dahulu dengan mulut...jangan dengan peperangan..kita orang islam yang sentiasa sayang menyanyangi. kita benci dengan peperangan..
contohilah akhlak rasulullah s.a.w untuk mengembalikan keindahan islam kepada dunia dan menyekat konspirasi islam fobia yang disebarkan oleh orang-orang barat yang sebenarnya dengki dengan agama kita yang maha indah, suci ini... marilah kita sama-sama mermatabatkan islam... tuntukan akhlak islam sebenar..akhlak yang telah lama wujud sebelum wujudnya nabi adam...

jangan kita goyah dengan konspirasi giler dari orang bukan islam..bangkitlah..wahai....muslimin dan muslimat sekalian..jadikan islam itu agama indah...seindah pecipatanya..dan seindah Rasulullah s.a.w....

marilah kita hakis konspirasi islam fobia dalam diri orang bukan islam supaya... kita sama-sama boleh hidup didalam dunia ciptaan Allah dengan aman... insyAllah..

takbir.. Allahhuakbar!!!


we are not terorist

but we are your friends
waallahhualam..
segala yang baik datang dari Allah..dan yang buruk datang daripada kelemahan diri saya sendiri..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Wednesday, November 3, 2010

musibah= memantapkan iman? or musibah=melunturkan iman?

Wednesday, November 3, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hari ini blog nafsu seerakah bermula dengan satu cerita mengenai masalah di tempat immukmin menetap sekarang, iaitu negeri perlis... gempar satu malaysia perlis banjir teruk hoohohoh...seram sejuk jugak aku memikirkannya mana taknya semua jalan dah ditutup termasuk bandar kangar dan arau. sekarang yang masih belum naik air adalah kuala perlis dan pauh. kalau pauh jika di tgok pada bentuk muka buminya..mmg tidak dinaiki air... tetapi kuasa Allah...kita tidak boleh pertikai..."kunfayakun" sebelum kita berkelip benda tuh dah jadi..nauzubbillahhiminzaliq.. berlindung dibawah naugan Allah..dan Allahlah sebaik2 perlindug..

video

setelah berlakunya trajedi puting berliung di perlis baru2 nih... kini perlis sekali lagi ditimpa musibah iaitu bah org belah utara sebut...belah kita2 disebut banjir....kenapa ini semua berlaku...kenapa????....mari kita lihat semula satu cerita...cerita lagenda..bukan dongeng tapi cerita betul yang diceritakan sendiri oleh Allah didalam kitab suci Al-quran..iaitu banjir besar yang berlaku pada zaman nabi nuh...ok kenapa semua ini berlaku???? sebelum itu..mari kita..menjegok ayat suci alquran dalam

surah Nuh..

[1]
Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): “Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya”.
[2]
dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata;
[3]
Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku;
[4]
“Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)”.
[5]
(Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);
[6]
“Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).
[7]
“Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, – mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.
[8]
“Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang;
[9]
“Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.
[10]
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
[11]
“(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
[12]
“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
[13]
“Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), -
[14]
“Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?
[15]
“Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat,
[16]
“Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang),
[17]
“Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna,
[18]
“Kemudian Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati), dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya?
[19]
“Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan,
[20]
“Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya”.
[21]
Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku, dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak).
[22]
“Dan mereka telah menjalankan tipu daya dengan merancangkan rancangan yang amat besar jahatnya (untuk menentang seruanku).
[23]
“Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa’, dan Yaghuth, dan Ya’uuq, serta Nasr.
[24]
“Dan sesungguhnya ketua-ketua itu telah menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia); dan (dengan yang demikian) janganlah Engkau (wahai Tuhanku) menambahi orang-orang yang zalim itu melainkan kesesatan jua”.
[25]
Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan).
[26]
Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!
[27]
“Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar.
[28]
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!”


tujuan aku menghitamkan ayat2 diatas bukan aku nak kata ayat2 lain itu tidak ada maknanya tetapi ayat2 yang aku hitamkan itu berkait rapat dengan diriku diperlis ini... sesunggunhnya ayat Allah adalah ayat2 untuk zaman dulu, sekarang dan masa hadapan...ayat untuk selama-lamanya..tetapi kenapa kita ingkar? tidak mengambil iktibar daripada apa yang berlakumm..malah ada yang mengangap banjir ini adalah satu keseronokan untuk bermain...sedangkan tidak melihat dari sudut lain...sebenarnya manusia ini..mudah lupa...seronok dgn dunia..sehingga hati menjadi hitam...hitam....dan hitam....serta keras tidak terkira....

lihat...azab Allah dihadapan... ttp...masing2 masih leka dengan dunia...apa yng telah berlaku dengan kita semua...sbbb apa??? sbb hati menjadi hitam...hitam....dan hitam....serta keras tidak terkira.... sebb tuh lah...sbb tuh....dan sbb tuh...iman dah luntur seperti baju yang berwarna terkena clorox..habis semua...


ada juga yang menganggap azab Allah sebagai hiburan...nazubillalhhiminzaliq...gembira dgn azab Allah..walaupun azab Allah ini kecil...pada mata kita..ttp kita tidak tahu kesannya...masih ramai yang mersuka ria...

daripada ayat2 Allah ..itu..marilah sama2 kita bemuhasabah diri..dan dekatkan diri kepada allah..takut kepada Allah..dan yang penting..jika kita sayang kepada Allah...pasti!!! pasti!!! pasti!! Allah sayang berjuta kali dekat kita...insyAllah..ikhlas dalam mendekatkan diri kepada Allah...

"ya Allah..jadikan diri ini insan yang ikhlas dalam beribadat kepadaMu..bukan untuk menunjuk2 ttp untuk mu sepenuhnya..jadikan diri ini..insan yang berjaya didunia dan diakhirat...lilahhitaala..insyaAllah.."

jadi kawan2...daripada apa yang aku tulis untuk nota diriku sendiri..jika kawan2 rasa ini peringatan ini ..satu peringatan yang berguna...marilah kita bermuhasabah..dalam mendekatkan diri kepada Allah..sebagai salah satu saham dala menemui Allah .diakhirat..insyAllah..

subahanAllah walhamdulilah walailahaila Allah Allah hu kahbar...

yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada kelemahan diri sendiri...
aku takut jika semua yang aku lakukan ini..adalah sesuatu yg mendapat kemurkaan Allah..maafkan aku jika aku silap..maafkan aku jika aku sialp...

"ya Allah peliharalah iman ini..agar tidak terpedaya dengan tipu muslihat syaitan dan iblis laknatullah.."

amin...

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

mati itu pasti,
hidup itu insyAllah..

waallahhualm..
 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket