Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Wednesday, December 15, 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

Wednesday, December 15, 2010


السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah...pagi ini penuh dengan keindahan insyaAllah....selawat dan salam untuk junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w.

hai geng-geng nafsu seerakah..suke untuk aku katakan yang aku telah di tang oleh mr ayie untuk memeriahkan kempen menutup aurat (kasi pink sikit) yang di anjurkan oleh manusia yang di rahmati Allah...iaitu mr asyfiqaz.

kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kampen ni sila klik bennar diatas

bile aku lihat pada banner nih..teringat lak aku dekat tempat aku belajor dulu...kempen nih r..yang duk buat..kempen tutup aurat...hhohohohoh..mmg hebat..dan berjalan dengan bagus sekali...dan berjaya mentarbiah ramai pompuan dan lelaki..alhamdulilah..selain itu ..kami juga menganjurkan sukan neka yang mana semua peserta di wajibkan memakai pakian yang menutup aurat dan kempen itu berjaya..malah mendapat sambutan yang hangat..tahniah kepada penganjur semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua..

ok bercakap tentang aurat..ehemmmm(think sambil tangan menggaru di janggut dan memandang jauh ke dinding sambil jam loceng berbunyi tidak henti-henti di dalam almari second hand adik aku yang terkunci)

(cepat lah immukmin...hadoi..kau selalu buat aku tertunggu-tunggu nak tahu isi entri kau)

sabaq r bro ijau aku nak pikiq sat pasal bagaimana story tutup aurat ini berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.. yeah..aku dah teringat..tapi lek lu..nak story pasal maksud aurat itu sendiri..

auarat berasal daripada perkataan arab iaitu aurah yang bermaksud keaiban. dalam fekah ia bermaksud bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup.

ok..jom..dengar cerita yg memang sedia femous tak payah dicerita pun geng-geng dah tahu.. cerita tentang asma' tahukan?..ok .jom kita refresh semula na...

daripada Aisyah r.a, beliau meriwayatkan bahawa asma' pernah memasuki rumah Rasulullah s.a.w dalam keadaan pakaiannya yang nipis sehingga ternampak kulitnya lalu Rasulullah s.a.w berpaling dan mengatakan.

"Hai asma'! sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang haid,tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini ( sambil menunjuk kepada muka dan kedua telapak tangan)

hadis riwayat abu dawud.

A059
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

kalau nak cite pasal aurat ni..hadoi..memang tak habis...kalau nak cite pasal aurat bukan sahaja tubuh badan banyak lagi cek oi... suara aurat bagi perempuan...wangian yang melampau aurat bagi perempuan..tetapi..pada zaman ini..semakin terbuka semakin...indah....

wah!!! indah... indah di mata neraka di hati...boleh aku cakap perumpamaan yang aku reka hahahah....nauzubillahhiminzaliq...

tergolek kanan tergolek kiri..apa itu..yes..aku dapat tengok..mahu penuh air sampai ke kepala..mane taknya.. duk pakai langging hadoi....kalu cantik tak apa...ni meluat r cek tenggok... bukan aku tak kasi korang pakai pakaian macam ketat nih..tapi syariat yang tak kasi..syariat cakap... dalam hadis Rasulullah s.a.w

'sebahagian ahli neraka adalah perempuan-perempuan yang yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain melakukan maksiat, mereka tidak akan masuk syurga dan bau syurga'

hadis riwayat Bukhari dan muslim.

bukan aku nak salahkan kaum hawa sahaja tetapi aku nak salahkan kaum adam juga...cuba korang fikir...manusia berasal daripada adam dan hawa. anak-anak berasal daripada setitis mani ayah yang hina jika di jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu tetapi jika di salurkan ke jalan yang betul maka terlahirnya anak-anak. adakah anak itu didik dengna betul..kalu salah didik maka terjadilah anak-anak yang sudah semestinya aurat mereka terdedah...

bile di tegur tejolor pusat katanya stylo..ni lain kali nak tindik sikit subang kata lubang pusat sebab apa katanya lubang telinga dengan hidung ada subang..lubang pusat pun nak juga... kepala hotank anda-anda yang bercakap sedemikian rupa...

kenapa Allah menuruh manusia menutup aurat...sebab jantan ni..kalu nampak betis kaki putih pun boleh..terliur...nampak tangan putih gebu boleh stem...karang tak pasal-pasal kene rogol...yang hampa duk pakai baju yang ketat sampai terjojol semua bonda buat apa... dah kene rogol...pandan muka hampa..orang suruh ikut syariat tak mau... aish!!!!

immukmin hang jangan nak duk tegoq geng-geng kami geng-geng hampa pun sama jah...

tau-tau cek tau si jantan nih pun kena di tegoq..aku nak habaq mai kan so call lelaki beriman ini..hang kene ingat..hang tak mengaji agama..pah tuh..hang tengok pompuan ...hang ingat hang tak berdosa ka? hang ingat hang tak dapat kredik dengan apa yang hang tengok?.. kalau orang pompun seksi duk tayang badan hang jangan duk tengok hang tak ingat hadis nabi yang dia tegoq saidina Ali..

Rasulullah s.a.w mengarahkan Ali: "wahai Ali, jangan melihat dengan pandangan yang kedua setelah pandangan pertama. pandangan pertama di maafkan tetapi tidak pandangan yang kedua"

hadis riwayat Ahmad, abu dawud dan tirmdihi

hampa dengaq tuh kaum-kaum adam apa yang immukmin sampaikan

sat-sat kak pink hang ingat orang lelaki ja kena jaga pandangan ..hang org pompuan kena jaga aurat paham

hang poon sama bro ijau

ok dah2 kak pink dan bro ijau cukup-cukup lah duk hingak jangan duk bergaduh kita masih belajar...ok...

kita meneliti surah annur ayat 30-31..Allah befirman kepada makhluknya.

30.Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

31.Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

ok ayat di atas telah jelas yang perempuan dan lelaki dua-dua kena jaga pandangan ...boleh macam tu kan? semua tahu itu yang boleh menyalamatkan manusia itu daripada mengganas didalam nafsu seerakah di dalam gred A(gred yang tertinggi hak3!). so itu lah yang sepatutunya.

ok..bercakap tentang aurat nih kita kena menjaga aurat..kalau aku tanya budak tadika sekalipun aurat lelaki daripada mana kemana?
"daripada pusat ke lutut immukmin"
perempuan?
"semua kecuali muka dan kedua tapak tangan"

pandai adik-adik ku...

ok..skunk ni sapa yang wajib mentutup aurat? mereka yang telah sampai umur baligh.. nak kene terangkan ke orang baligh tu macam mana??? tak payahkan....so...semua fahamlahkan...
aku pun berpesan untuk diri aku juga...bukan untuk korang saja..aku pun insan yang lemah..

kepada perempuan yang tidak mejaga aurat azabnya amat pedih di akhirat

“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya daripada dilihat laki-laki yang bukan mahramnya” (HR. Bukhari & Muslim)

takut tak?... tak takut kan...yelah..tak kena lagi....nanti bila dah kena ...meraung macam mana pun..tak akan boleh kemabi semula... bagi muslimah sekalian jaga lah aurat anda labuhkanlah tudung sampai ke dada. tutuplah kakimu daripada pandangan-pandangan lazat lelaki dan longgakan pakaian anda daripada jelingan maut lelaki.

kepada lelaki juga anda juga perlu menjaga aurat kerana azab pedih juga bakal menunggu bagi yang tidak menjaga aurat..so bagi lelaki..tutuplah aurat..kalau nak main bola janganlah memaki short pant..beli lah tight..tak rugi pun...malah berjaya dunia dan akhirat

so kita sama-sama lah menjaga aurat kita..bukan untuk kita sahaja malah untuk agama..kita selamt dunia dan akhirat... perempuan lagi cantik jika menutup aurat..indah sangat...tapi kenapa perlu membuka..tiada istilah kain tak cukup..itu hanya alasan yang tidak munasabah...kenapa kita perlu memakai pakaian yang ketat sampai tidak boleh bernafas..sedangkan kita selesa memakai pakian yang labuh dan mudah..kenapa kita perlu menunjuk perhiasan kita yang indah sedangkan kita tidak mahu ia di cabul... so fikir-fikirkanlah..

ok semperna kempen mentutup aurat ini..aku mengtag tiga orang rakan yang saya amat percayai dia akan bersama-sama mengjayakan kempen ini..

gamarguyz
kak fuziani
kak lady

waallahualam
aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

12 aku rase post ko tak bleh blah:

LadyBird said...

Indah di mata, berbunga di hati :P ek? ;)..

Unknown said...

alhamdulilah. akhirnya, mukminin menjawab juga tag ayie .. padat menyampaiaan immukninin dan mudah untuk difahaami oleh semua lapisan masyarakat ..

immukmin said...

kak lady..: hak3!!!..betul tuh..tapi untuk wanita muslimah lah..hohoh

immukmin said...

ayie:biasa-biasa sahaja penyampaian ana..seama mcm org..lain..insyAllah lilahhitaal..

mIra said...

nice kden!!

immukmin said...

mira: hak3!!!! lilahhitaala

Mohamadazhan.com said...

salam immukmin, kempen yang menarik dan bersahaja utk mengajak member2 blog ttg aurat. Ramai yang masih mengmbil mudah soal aurat...perkara kecil yang menimbulkan perkara besar, seperti zina dan ragut..

immukmin said...

azhan: mmg kempen yg amat menarik.....insyaAllah..sbg peringatan bersama..=)

Kei Hiroki said...

thanks for supporting ye semua!
semoga usaha kecil kita semua ni diberkati Allah =)

wah banyak jugak info yang dapat dari entri ni! tenkiu2 =)

immukmin said...

asyfiqaz:..semoga usaha kita diberkati Allah insyaAllah

SyedGraphix Dot Com said...

kalau lelaki yang btukar mjadi perempuan. lantas pakai baju ketat and nmpak segala la.. *siap nampak buah dada lg tu.. adakah dikira aurat bagi dia ehh? x kan?

immukmin said...

syed grapix:sesungguhnya lelaki menyerupai perempuan adalah haram hukumnya... jika lelaki itu..memakai pakaian ketat..maka..di kira harus..mcm pakai seluar tight atau pakai baju jersi yg ketat

tetapi menyerupai perempuan.. jatuh hukum haram memakai dan menyerupai perempuan di larang dalam islam..waallahualam

 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket