Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Wednesday, December 29, 2010

Apa Ikhtibar yang kita dapat dengan menonton bola sepak?

Wednesday, December 29, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم


hai semua geng2 nafsu seerakah..alhamdulilah..rasa bersyukur sangat akhirnya Malaysia berjaya menjulang piala AFF. walaupun percubaan yang amat mengganas daripada Indonesia tetapi Malaysia berjaya mempertahankannya.. syabas dan tahniah. Alhamdulilah.

hari ni aku rase pening sikit. bukan apa..kelemahan yang ade pada diri aku ni..aku tidak boleh memakan makanan yang bercoklat dan berkafen yang terlalu pekat. kebetulan pak sedare aku beli donat daripada sebuah kedai donat yang terkemuka. aku ni kalu makan perisa lain takpe..tapi kalu coklat dengan nescafe macam tak boleh sikit. so dia kasi yang perisa macam rasa nescafe. biasalah dah nak abis kot tadiwaktu dia beli. tak ada pilihan..ada yg perisa nescafe je..kalu tak ambik takut dia terasa lak ..so aku pun makan lah..tak abis..pun..sikit je makan..dia start nak muntah..aku pun buanglah perisa dia kat atas just makan donat kosong je. lepas tu .dia start poning..adeh..kalu coklat conferm aku muntah. kesian aku kan. org lain kalu sebut pasal coklat suke..tapi aku..tak layan.hohoh..

so entri kali ini..aku tak nak mengulas pasal permainaan bola sepak yang telah laris di ulas oleh blogger lain tetapi..aku ingin mengulas kehebatan daripada sukan bola sepak ini. sebenarnya banyak kelebihan daripada sukan bola sepak ni..sebelum aku bercerita ttg kebaikan sukan bola sepak dari segi yang lebih besar..aku nak cerita dari segi yang kecil2 dulu..ok..

tadi sepanjang permaian bola sepak selama 90 minit semua keluarga aku termasuk mak sedare aku dan jiran..datang berkumpul rumah aku...family aku agak friendly sedikit..kami beramai-ramai menonton bola sepak sambil makan keropok yang mama aku goreng. apa2 pun sukan bola sepak ini mampu mengeratkan lagi ikatan persaudaran antara kami. dan kami rasa seronok meluangkan masa bersama-sama..malah ia menjadi satu cara untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kami.

ini juga terbukti dalam kamus hidup aku..setiap hujung minggu ..aku dan kawan2 kerap bermain futsal bersama..malah futsal ini telah menyelamatkan persahabatan antara kami..alhamdulilah dgn izzin Allah..segala persengketaan antara kami akhirnya dilupakan setelah kemenangan dan persefahaman dalam kumpulan. itulah yang terbaik..kita bukan sahaja menonton bola atau bermain bola tanpa mengambil ikhtibar daripadanya...

bukan sahaja sukan bola malah semua jenis sukan yang melibatkan pasukan atau negeri,sekolah dan negara pasti kita ada satu semangat kesukanan yang tinggi dan persahabtan erat antara kita. betul tak?? kawan2 semua pernah mengalaminya bukan. jadi kita perlu jadikan ia sebagai salah satu hikmah dalam bersukan bukan hanya untuk hibran bermanfaat semata- mata.

untuk negara..semua orang menonton perlawanan tadi buka? tak kira melayu, cina, india, sikh, dan bangsa lain. tak kira parti politik pas, umno, dap,keadilan ,KAMI dan parti2 lain..semua menyahut selogan yang sama malaysia boleh!! tetapi kenapa bila semua ini berakhir..berlakunya persengketaan??? faham tak apa yang aku nak sampaikan?? pahamkan??..jadi kita sepatutnya bersatu...bersatu di bawah seruan yang sama iaitu...menjadikan sebuah negara islam yang berjaya. perlembagaan berasaskan islam, undang-undang islam..itu yang paling penting..

kenapa aku bercakap tentang islam..kerana kita adalah negara islam..kita bermula dengan sebuah negara yang rakyatnya beragama islam dan negara kita dalah negara islam dan di iktiraf sebagai sebuah negara Hub Halal. oleh itu kita sepatutnya bersatu memartabatkan agama islam barulah negara aman...barulah kerajaan di berkati...kita tidak sepatutnya mengikut telunjuk orang bukan islam..tetapi kita membawa mereka mengenali islam dan keadalian undang-undang islam itu sendiri..kita tak rugi mengikuti undang-undang islam malah negara kita di berkati oleh Allah. tak akan berlaku isu rasuah, isu buang anak, isu cabul dan rogol, isu rompak judi dan sebgainya..sebaliknya negara aman damai dan harmoni malah..jika kita tinggalkan emas di luar rumah tiada siapa yg berani mencuri dan tiada siapa yang mahu mengambilnya kerana masing-masing mempunyai keiman yang tinggi..

kenapa kita tidak mengambil semangat sukan itu..dan di terapkan dalam semangat kita untuk membanggunkan sebuah negara islam bukan sebuah negara yang so call islamic..aku kat sini bukan nak kondem negara Malaysiaku yang tercinta tatapi aku hanya ingin katakan yang aku sayang negara aku dan tidak mahu negara ini dan pemerintah seta rakyat dalam negara ini di azab oleh Allah... isu homoseksual juga sudah dipandang mudah malah para ulama' amat risau tentang ini..takut akan azab Allah tetapi adakah kita dan pemerintah perasaan? adakah ini disebabkan pemerintahan yang terlampau liberal yang mengikut barat sehingga rakyat mandi pantai tebogel pun di benarkan. tubuh pusat2 hiburan juga dibolehkan sehingga menghina agama islam melalui pemakaian yang so call islamic malah menghina kalimah Muhammad pada pakaian itu dan katakan itu adalah fasion?..rela korban agama semata-mata untuk menunjukkan kepada dunia akulah wira dan wirawati dunia? bergitukan kita? sehingga terdiam kerana disebabkan yang merialisasikan fasion ini adalah org kuat negara?. aku disini bukan membuka persengketaan antara kita tetapi kau disini ingin menyedarkan rakan2 semua dan diri ku sendiri bertapa islam itu adalah agama yang murni suci dan diberkati..jangan di hina..tetapi di jaga..

andai undang-undang islam itu dilaksanakan..tiada rasuah.tiada homoseksual tiada semua perkara yg meroskan iman.. insyaAllah.

jadi aku disini buka untuk membuka persengketaan dan jurang antara kita dan pemerintah tetapi kita bersama-sama menegakan kebenaran. dari sekecil-kecil badan dakwah sehingga sebesar-besar badan dakwah yang mampu menarik lebih ramai remaja yang bakal menjadi pelapis negara. politik itu penting tetapi kenapa kita perlu meneruskan plan A andai plan A tidak mampu dilaksanakan..kita cipta Plan B yang boleh meneruskan dakwah Rasulullah s.a.w... jika kita hanya bertumpu kepada plan A yang kita belum pasti akan kejayaannya..kenapa tidak kita bertindak dengan sendiri-sendiri..

melaksankan plan B dengan diri kita sendiri..menarik lebih ramai lagi remaja mengenali agama islam dengan lebih dekat...tak kenal maka tak cinta..dari sekecil-kecil kumpulan ia mampu menjadikan sebuah badan yang besar yang bakal menegakkan syariat islam..itu sahaja cukuplah negara kita melaksanakn pemerintah islam tidak kiralah siapa yang memerintah. aku bukan ingin berpolitik disini tetapi ingin memberi tahu pendapat aku. kita bersatu kita berjaya., sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

wallahualam..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Tuesday, December 28, 2010

blog aku selalu usyha..dan tak rugi kalu korang nak usyha..jom2..bace

Tuesday, December 28, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng semua...sudah hampir sebulan aku duk umah..blogwalking dan blogwalking..korang tak terasa ke..kenapa aku suke blog walking? hak... mesti korang tak terasa sebab aku biasanya Bw je..tinggal pesanan dekat shoutbox..kadang2 aku rase nak je buang shoutbox tu..tapi difikir2kan.. kalu buang tak de lah aku tahu kewujudan kawan2 aku... hohoh... korang tahu tak...tak semua blog yang aku singgah aku akan komen..cume blog yang aku rase..ade info yang bermanfaat aku akan komen..paling kurang aku akan komen "nice n3 keep it up!'', ataupun "tq ukhti/akhi info yang menarik".. bukan aku tak nak komen panjang2 cume aku rase mmg entri terbaik..buat apalah aku nak komen..melainkan..aku ade rase sesuatu yang aku perlu kasi tahu dan aku kasi tahu..kadang2 panjang gak...hohoh.. bukan aku nak kondem blog yang lain.. tapi itulah aku...tak berniat nak jadi sombong...insyaAllah blog yang aku follow kalu aku free..aku pasti melawat dan tinggalkan komen... tak pun aku baca entri than aku tinggal jejak di shoutbox.

ok aku kat sini nak gak kongsi kat korang blog yang kalu admin dia update..bak kata orang perlis celapok aku p terjah..antaranya... jeng2...banyak tau blog yang aku suke bace..mmg aku tertunggu-tunggu...kalu aku cakap kat korang blog kereta mayat? korang mesti kenalnye lah...blog tu mmg aku suke sngat2..first blog yang aku suke bace..walaupun...si Hamka tu tulisan dia agak lawak tetapi itu tidak melemahkan aku untuk menghabiskan entri dia sampai habis..seyes..aku suke bace entri dia...hohoh... tak leh belah..banyak aku belajar daripada entri kereta mayat ni..contoh perihal ihsan..korang nak belajar pasal ihsan korang g lah blog dia conferm paham...insyaAllah.

blog kedua adalah blog encik mamat... blog encik mamat ni..dia punye nama blog aku dan sesuatu... korang kalu tak kenal dia..mmg korang tak berani usyha...bile korang follow dia..pergh!! gua cakap sama lu..mmg gua tak tipu..seyes lu orang mesti..tak tido malam baca entri dia..mana taknya..semua tersirat..kene pikir outside the box..pernah aku komen kan dia punye entri "encik mamat tolong explane sikit" ..pastuh..dah dua kali aku bace baru aku faham...blog dia mmg simple..senang je nak masuk..takyah tunggu lama2 mcam blog yang lain..encik mamat ni..seorang yang puitis..so kalu korang nak baca blog dia..kene jadi puitis..baru boleh paham hohoh. dia ni mmg seorang yg cekal...aku soliut encik mamat...

blog ketiga yang mmg aku akan melawat bile dia update ..dia ni mcm lambat sikit updateblog mungkin dia busy..geram gak aku.. tapi sekali bile dia update..aku bace entri dia..tak puas..sbb ape...entri dia gempak..kot...tapi dia kasi pendek je..hohoh.. tapi kalu bace..baru korang tahu siapa si james buns ni.. blog berjudul Tiba-tiba menang!..dulu judul blog dia mmg gempak ..sampai aku pun wondering..nak tahu judul nya apa.. STFU bukan selogan lucah..aku pun pikir lah apa maksud dia..sampai skunk tak tahu...tapi blog di..gua ckp lu..tak bosan..lu bace banyak kali pun etri dia..lu gelak...tak abis..pastu lu bace lak komen dia..gua gerenti..gua punye komen mesti ade..melainkan..si james buns ni tak approve g..hak3!!!..stylo r..bro...

blog keempat blog Sorrow: yang begitu indah.. aku ni mmg nak berterima kasih kat bro Dark Half ..perkenalan aku dengan dia takdelah mesra..tetapi entri dia..pasti memesrakan aku dgn blog dia..mane taknya...entri sempoi abis...kalu korang nak bace blog dia..kene bersedia dgn kamus..ok...blog dia ni mmg aku tabit gak r..sbb terbuka minda aku bace blog bro nih..mane taknya..semua isu semasa..dia reletkan dgn agama islam..than kita sama2 mencari cara bagaimana nak selesaikan masalah..siap ade soal jawab dekat komen dia..gempak..kdg2 apa yang kita tak tahu lepas bace blog dia ni..pap! terbuka terus minda..tanpa berfikir tangan terus tekan button post komen..sbb nak komen "bro nice entri" mmg stylo r..dark Half. kadang2..dekat blog nih lah kita tahu masalah ummah yang sentiasa terkubur di dalam negara kita.. syabas bro..aku kagum dgn ko..teruskan menulis...hohoh.

blog seterunsya dua blog dari pelajar upsi..seorang lebih suka di kenali sebagai ayie..dan sorang lagi..loqman hakim. blog yang lebih menceritakan ttg dairi mereka amat indah di baca..mahasiswa upsi ini amat bagus dalam menulis entri malah bermanfaat. coretan kehidupan si cucu umie blog kepunyaan ayie..lebih cenderong kepada penulisan ttg permasalahan ummat serta mengaitkan hidupnya dengan syariat islam...bagi cikgu Akim yang lebih kepada penulisan yang agak exterm. suke menceritakan ttg aktviti nya di upsi menarik aku untuk lebih membaca..dan aku juga suka caranya menarik lebih ramai blogger untuk singgah di blognya...melancarkan pelbagai segmen..baginya dapat mengeratkan ikatan antara blogger.. baru ini segmen Jom Berkenalan berjaya menarik hampir 500 blogger berkumpul di blognya...syabas.. loqman..terbaik!!.itulah penangan blog Catatan Loqman Hakim

blog yang aku suke mengomen adalah blog Naulalala..blog ini kepunyaan nauratul nadiah..dia ni budak dentis di mesir...aku mmg kenal dengan dia ni...penah sekolah sama2 dulu..aku suke bace blog dia..selain kemeriahan blog dia dan amat cute sekali...dia suke menceritkan kehidupan dia di mesir..menarik wo...kadang2 dia suke mengajar aku bahasa arab..kalu nak belajar meh jengok blog dia..rase cute sangt..hahahaah... blog dia ni..mcm open dairi r..hohoh...kalu nak bace dairi dia ko pergi terjah blog dia..pastuh..korang komen sampai dia pening hahaha..dia ni suke warna ungu..mmg obses giler dgn warna ungu.

blog seterunya..blog kak lady...hohoh...name blog nya LadyBird's life. aku mmg suke bace blog kak lady..sebb banyak ilmu dapat...kak lady ni..suke cerita ttg kesihatan..kalu nak tips..kesihatan..g lah blog kak lady... kak lady juga suka gak post entri tarbiah..aku suke bace entri dia ni..banyak entri mentarbiah diri ini. thanks kak lady.

blog seterusnya selalu buat aku tersentuh blog ukhti aienny mmg paling aku terusik..setiap kali aku bace blog dia..pasti aku tersentuh.. dan tersedar...sebb entri ukhti ni..mmg bermain dgn perasaan membuatkan kita terasa dan tersentuh. mengembalikan diri ini kepada maha pencipta..

blog kak fuziani penuh dramatis..menceritkan kehidupanya sebagai anak sabah..satu blog yang membuat kita terpikir setiap bait2 cerita yang disampaikan..penceritaanya pencarian sinar keiman yang amat indah..dan mencari keindahan hidup melalui penulisannya..menarik aku lebih dekat mengetahuinya..penceritaannya yang penuh tanda tanya..membuatkan kita akan sentiasa menunggu entri seterusnya..itulah blog Cetusan Seikhlas Rasa. aku suke..thanks kak fuziani.. blog akak dah banyak mengajar aku...

ada dua blog mmg aku suke wat rujukan..indah sangatt penulisan blog dia..kadang2 mengupdate isu semasa..dua blog yang penuh informasi..tetapi penulisan yang berbeza..iatu blog bro azhan dan blog bro abu ikhwan iaitu blog kembara mencari hamba..thanks bro..sbb banyak ilmu aku dapat dari blog bro2 semua... thank you..

korang semua..kalu nak tahu lebih lanjut..baik korang pergi je blog diorang ni...aku nak cerita pun...banyak sngt..tak tercerita..better korang g..blog diorang..ni..best!!..menarik ..sempoi.....hohoh...

waallahhualm..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

aku kasi Rm 10 000 kau tutup kesalahan aku. kau nak?

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم


hai geng2...lama rasanya tidak mengupdate perkongsian berguna. segalanya mengenai isi hati aku je..hohoohho...aku rasa ada baiknya aku berkongsi sedikit ilmu yang aku tahu dengan kawan-kawan semua. tadi aku berblogwalking berjalan-jalan melihat entri terbaru kawan-kawan tertarik dengan entri bro Azhan "senarai Top 10 perasuah Dunia, Perasuah Jadi Pengeruai Felda" aku kat sini bukan nak senaraikan siapa 10 top perasuah dan nak bagi tahu siapa perasuah jadi pengerusi felda...kalu korang nak tahu..korang g je blog bro Azhan tetapi aku disini ingin mengulas sedikit isu rasuah nih.. bile difikir2kan..rasa mcm bodoh yang memberi dan menerima rasuah ni... aku nak buat equation..

Rasuah= Shit

aku nak explane sikit r pasal pengambil-pengambil shit ni. korang ambik shit. korang sorok celah mane pun dia tetap berbau. kalu wangi tak pe ni busuk bro...korang sorok dalam peti besi sekali pun kalu dah shit memang berbau. kalau tak dapat tangkap hari ini hari esok lusa tulat tubing..kita tak tahu lagi. kalau tak dapat kat dunia jangan risau kat neraka mesti kena lagi maha hebat azabnya. ini bukan aku cakap tapi sabda Rasulullah s.a.w


Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

berani korang lawan hadis Rasulullah s.a.w..berani! berani!... bro dunia boleh lah korang action..nnt kat akhirat tiada kompromi.. sedih aku melihat orang yang ambik dan terima shit..malah aku juga kecewa dgn kawan abah aku..baru2 ini heboh ttgnya menerima shit...seorang polis berpangkat tinggi sanggup mengambil shit semata-mata untuk memperoleh kekayaan dengan sekelip mata.. bodoh!!!!... aku dah menyamapah dengan isu shit ni... malah ..bukan sahaja para tentera dan polis malah ada juga pemerintah yang paling bodoh..menerima dan memberi shit. cuba korang bayangkan korang menerima shit. bertapa kotor tangan korang malah korang boleh gunakan shit itu untuk beri makan anak bini. anak bini korang makan shit..yaks!!! geli bro...

"ape kejadahnya...lori babi masuk taman aku...babi tu haram dimakan...orang islam tak boleh makan babi haram" sambil mengelak daripada lori itu takut air babi terkena muka.

amboi statement korang..tahu pulak babi tuh haram....tak boleh makan... tapi korang dok makan duit shit..boleh lak..tak haram,...tak geli...bodoh bodoh....

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)

aku pelik lah..kenapa penerima shit nih..tak takut dengan hukum Allah..adakah mereka ni..bodoh sampai tidak boleh memikir... betulah apa yang ustaz aku cakap..

"kalau mata dan rindukan dunia..kalu mata dah kabur dengan dunia..yang haram semua halal."

akhir zaman ini Allah telah campakan perasaan 'wahan' dalam hati setiap orang muslim. cintakan dunia takutkan mati..

dunia ini telah menjadi syurga mereka sehingga lupa akhirat. bila cerita pasal pengambil shit ni..kesan negatifnya..pasti ada..kalau tak, Allah tidak pulak melarang kepada pengambil shit ni..mesti ada kesan buruk..apabila Allah sudah larang..

suke untuk aku menjawab soalan pendidikan islam. apakah kesan buruk pengambil shit?

segi Politik.
pemerintah yang mengambil shit ni pasti akan terasa lalai dengan dunia sehingga dia tidak ingat yang diadalah pemerintah . terlampau senang dengan duit hasil shitnya. lalai dengan tugas sebagai pemerintah. negara kucar kacir kerana pemerintah menerima shit than kegiatan jenayah dalam negara tidak dapat dibendung. gejala sosial dalam kalangan pelajar juga tinggi..mana taknya...dah rogol orang ..jumpe polis...kasi shit...polis terima...
masuk jel sebab dadah..jumpe pemerintah kasi shit. pemerintah ambik shit..lepas tu bahagia. macam mana negara nak maju..masing2 ambik shit....ambik shit time tu macam lalat urung taik..hohohoho..

segi Rakyat.
rakyat makin gile..gile dengan duit..rakyat makin malas..cari duit melalui shit. rakyat jadi bodoh..masing-masing tak nak pergi sekolah..mana taknya...kalu cari kesalahan orang lain..lepas tuh..dakwa..than dapat shit. bodoh!!!.. kan terhebat manusia yang terima shit..hohoh...
tapi bila dah terima shit..macam biasalah berbau skit bro!!!..than kalu mati waktu terima shit..lagi naya...berbau sampai ke akhirat..terimalah hakikat.

segipersonal.
korang terima shit.korang malas kerja. korang duduk rumah, perut korang buncit macam perut mak beranak sepuluh, lepas tuh korang dapat penyakit , pastuh korang mati..pastuh..terima lah padah daripada Allah...

hohoh,

korang terima shit..korang tak takut ke..satu hari nanti ..anak korang kene rogol lepas tuh..penjenayah tu di tangkap..tetapi dilepaskan..kerana shit..korang tak kesian ke kat anak-anak korang. lepas ni dibesarkan dengan duit shit..than jadi bodoh ..sebab makan duit shit. hohoh. than nak belajar..kesian nak korang belajar dengan duit shit..so tak berkat..ilmu yang diorang dapat pun tak berkat..belajar..punyelah nak mampus..stay up daripada pukul 10 malam sampai lepas subuh..last2 masuk u kene tendang..sana korang tak tahu mcm mane nak atasi masalah ni..tapi sebenarnya ..semua datang dari pada korang yang terima shit .kesian anak korang..dia nak jadi orang yang berjaya...aku nak tolong pun tak boleh..sbb aku ni pun bukan pandai sangat. anak korang tension dengan study sebab korang asyik push last2 sekali bunuh diri tension dgn korang...

"macam2 macam papa kasi nak suruh boboy pandai..boboy nak itu ini, papa kasi..sebulan papa kasi rm10 000 kat boboy..pakai kereta ferari..tapi boboy tak boleh juga dapat pointer 2 flat...abah khuatirlah..kenapa boboy macam nih.."

kalu boboy tak sedar papa boboy amek rasuah mungkin kesian kat boboy..tapi kalau boboy tahu ..

"papa..macam mane boboy tak bodoh...ini sebab angkara papa lah..sebab papa ambik SHIT..macam mana ilmu yang boboy belajar nak berkat..."
hohoh..jgn korang cakap macma ni..tak baik..cakap cara baik ek..ni sekadar contoh semata-mata hohoh..

jadi kesimpulannya..jangan lah amek shit kerana shit haram di sisi Islam..malah effect dia..amat buruk kepada negara, politik,keluarga dan diri sendiri. kerana kita nampak keburukan mengambil shit ini.

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”. diriwayatkan oleh Ahmad


waallahualm,

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

p/s: aku google gambar shit..bapak gelinye..hohoh
tengah aku tulis enteri ini DR Iizi tengah hot cerita pasal rasuah kat Tv 9.hohoh

Sunday, December 26, 2010

cerita aku pulak kalu nak bace moh mai ke blog ...

Sunday, December 26, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2..tiba2 rasa nak share somtihing..hohoh..nak share gambar aku waktu kecik2 dulu..hehehe..lepas tgok macam tak caye itu adalah aku...hehehe...kalu boleh ..nak sangat kongsi kat kawan2 jom2..kita share gambak time kecik2 dulu..hohohohoh(nada poyo disitu).. emm nilah gambar aku mase kecik...tapi kalu gambar besar mcm payah sikit nak kasi tunjuk..kalu nak tahu..korang bayang sendirlah aku kalu besar mcm mane..hohohoho....jom tgok.....

masa ni baru umur 8-9 bulan macam tuhlah..rasenye.. tak berapa ingat al maklum lah masih kecik. bile di fikir-fikirkan..masa2 kecik dulu semua indah je..takyah nak fikir masalah..rase mcm2..tak beban je kepala ni..tapi bile dah besar macam2 kena difikirkan.

now im studying
.
.
.
.
.
3 years after this InsyAllah I will continue my studies
.
.
.
2 years after my studies, i will jump into industries insyaAllah.
.
.
.
2 years after thah i will get married insyaAllah.


hohoh..kalu inilah..perancangan hidup aku bertapa jauh lagi aku perlu melaluinya. jika ini perancangan di dalam benak fikiran aku bertapa aku kena harungi dengan tabah.

dulu masa kecik2 aku tak pernah fikir pasal ni..yang aku tahu bila mama aku tanya.
"bile besar nak jadi apa?"
"nak jadi doktor"

kagum mama aku dengar jawapan aku ..namun akhirnya 'doktor' itu hanya gurauan mimpi aku dan harapan mama dan abah,... kini aku memasang impian juga...impian sebagai seorang 'doktor'..hahahaha..'doktor' mesin.. 'doktor' juga...insyaAllah bidang yang aku pilih ini adalah bidang yang memang aku idam-idamkan selepas cita-citaku ingin menjadi seorang doktor tidak kesampaian.

dulu masa kecik..yang aku tahu main je...aku ingat lagi cara mama aku ajar aku membaca..agak unik.tetapi berhasil. mama membeli video tape dan membeli tape karaoke.. setiap lagu yang di pasang ada tahapnya sendiri..mama aku ajar pada awalnya lagu yang slow dan apabila aku sudah pandai mama aku memberi lagu yang laju. itulah cara mama aku ajar aku membaca.
mama aku bukan seorang guru, bukan seorang yang educated, bukan mempunyai ilmu yang tinggi, tetapi ketinggian harapan sehinggakan di berfikir seperti seorang guru yang telah bertahun mengajar.

masih aku ingat semasa aku berusia 7 tahun, setiap malam aku pasti menangis. bukan kerana di dera tetapi mama aku ajar aku spealing. setiap perkataan di ajar. dan pengajaran itulah yang telah menyebabkan aku mendapat gred A untuk subjek bahasa inggeris ketika aku darjah satu. time tu aku rase mama aku paling educated...hohohoh...

aku ingat lagi cikgu kaunseling aku ..aku panggil dia kak zah je...sebab time tuh aku semua dak2 sekolah aku panggil dia kak zah..biar rasa dekat sikit..hohoho...dia cerita kat aku..dia cakap..

"bayi yang dilahirkan memegang janji daripada Allah"
pernah tak kita perasaan kenapa bayi yang baru lahir tangannya sering menggengam
sebab bayi mengenggam janji Allah..
"semakin hari tangan yang di gengam itu terbuka dan semakin bayi itu membesar semakin lupa akan janji Allah"

seberapa benar cerita ini waallahualam..tetapi kita jadikan ia sebagai ikhtibar diri kita insyaAllah.

semoga diri kita akan sentiasa mengingati janji kita kepada Allah..andai kita terlupa rujuklah bait-bait kalam Allah...ini sebagai peringatan bersama...insyaAllah..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Kerajaan Hati


السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

dalam meneliti setiap kekosongan kerajaan hati mencari sinar di hujung rindu,
hati terdetik ingin mencari sebuah kebahagian yang jitu,
tetapi disaat ia semakin hampir,
tiba-tiba ia lenyap,
seakan ada yang membenci dan iri hati atas segala kebahagian,
itu semua hanyalah hayalan diri ini,
sedikit demi sedikit kerajaan hati mula gundah gulana.

kerajaan hati tidak pernah lekang merindui sebutir mutiara,
digilap dan digilap semakin bersinar,
tetapi tiba-tiba hilang membelah laut,
terlucut dari tangan yang sudah kemas menggengam.

sewaktu kebahgaian tiada yang indah,
hati tidak menzahirkan iman,
malah melalui corong-corong hitam,
melalui kepulan asap-asap gelap sehingga kerajaan hati yang dulunya merah,
kini diselaputi sawang-sawang hina,
direnugi bait-bait suci tetapi hanya hebusan deruan nafas yang berbunyai.

dulu mutira yang bersinar menemani kerajaan hati sehingga membawa ke lorong-lorong gelap,
kini kerajaan hati mula bersawang,
mendung kegelapan melucutkan mutiara dari gengaman yang erat,
lara panjang membuatkan kerajaan hati mula kembali kepada kebenaran,
kebenaran yang melihat Allah disudut ibadat,
mencipta air-air suci dilohong-lohong pancaindera,
kesusahan telah meletakan kehinaan yang lusuh pada sepasang tapak kaki yang hina.

kini kerajaan hati mula memandu kearah cahya yang mulia,
melupakan sang mutiara yang hanya angan-angan kosong mencemarkan singgahsana,
melupakan segala lukisan-lukisan indah yang sering dicoret pada kanvas putih,
penceritaan indah disembah dengan penwar yang memudarkan warna yang dahulu besinar,
agar kerajaan hati boleh menerima kenyataan,
yang dia adalah meneroka angan-angan dan bukan kenyataan.

kini kerajaan hati sudah tahu ketentuan sebenar,
cinta hakiki milik yang abadi,
cinta hakiki milik yang pasti,
cinta abadi milik ya Rabbi,
ya Rabbi temanilah kerajaan hati ini,
yang sering lupa tika kegembiraan,
yang sering lupa tika keindahan,
ampunilah kerajaan hati ini,
peluk eratlah kerajaan hati ini Ya Allah,
agar kerajaah hati ini sentiasa dekat dalam pertunjuk Mu ya Rabb.

Friday, December 24, 2010

Dunia Jambatan Akhirat

Friday, December 24, 2010


السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2.hahhaa minta maaflah tak sempat nak mengupdate blog. hahaha..alhamdulilah..akhrinya kuar juga result final aku..hak3!! Alhamdulilah.. keputusan terbaik sempanjang aku belajar.. ok abis cerita keputusan exam malas nak panjang2 hohohoh.. hari ini aku sibuk menguruskan adik aku untuk masuk sekolah beasrama. alhamdulilah Result dia telah berjaya membawanya ke sekolah beasrama. walaupun bukan asrama penuh hanya sekolah Vokasional tetapi itu dah terbaik untuk dia. aku ni memang nak dia masuk asrama...biar dia tahu sedikit erti kehidupan..biar di reti berdikari..biar dia pandai menguruskan diri..biar dia tahu syariat dan agama. sebab sekolah vokasional di tempat yang aku telah uruskan kemasukan ini adalah sekolah yang menekankan kepentingan agama dalam kehidupan.

pernah jumpa tak sekolah vokasional yang pelajarnya nak ke kelas kene pakai songkok? hohohhoo..dulu aku pernah sekolah di tempat yang adik aku nak belajar ni. tapi aku bukan sekolah vokasional sebb aku bukan pandai kemahiran..tetapi sekolah asrama sekitar sekolah vokasional yang di tempatkan.

aku nak adik aku belajar dekat sana selain daripada mendapatkan ilmu yang mudah untuk dia mempelajari berbanding sekolah biasa dia dapat mengikuti kelas kafa yang diwujudkan setiap hari selasa. solat berjemaah lima waktu wajib untuk mendisiplinkan diri dia. masa aku dekat asrama dulu ada satu moto yang memang cikgu gunakan di sekolah kami "disiplin bermula daripada mussola" terbaik lah...moto ini..telah melahirkan ramai cerdik pandai di sekolah aku...alhamdulilah.

bercakap pasal asrama ni..teringat lak aku masa aku sekolah rendah dahulu. mak aku berkeras menyuruh aku masuk asrama. kebanykana budak darjah 6 masuk asrama katanya nak study tetapi di sebabkan aku ni anak manja so, macam-macam alasan aku wujudkan...aku menangis..tak manu duduk asrama...hohohohho..manja giler.... lepas tu masa tingkatan 4..parents aku kene pindah ke negeri tok gajah..so mama aku buat conclusion..aku kena masuk asrama di negeri penyu betelur. cuba korang bayangkan tingkatan 4 boleh menangis nak balik rumah.

last sekali aku pindah dan bersekolah di negeri tok gajah. tetapi aku akhirnya terpaksa masuk sekolah beasrama juga selepas sebulan bersekolah di negeri tok gajah. aku mendapat satu surat untuk memasuki sebuah sekolah dan kali ini memang tiada kompromi mama aku suruh aku masuk juga. aku lah seorang budak lelaki yang menangsi waktu mama dgn abah aku belah. tapi tak adalah meraung cuma terbik ayak mata. aku cuba terima dan adapt kehidupan asrama dan akhirnya asrama menjadi rumah pertama aku.aku enjoy duduk asrama sehinggalah aku tahu syariat. aku belajar agama. aku berdikari. dan kini aku juga sudah membawa diri ke negeri indra kayangan. terima kasih mama dan abah kerana berkeras suruh aku masuk asrama. ada hikmah di setiap kejadian. aku dah lihat janji Allah itu..alhamdulillah.

kat sini aku bercerita bertapa kita perlu tahu hal dunia dan akhirat hohoh..penting. disebalik hal dunia ..akhirat adalah pelengkap kehidupan kita di dunia ..



"dunia jambatan akhirat" bila kita tahu dunia ini bagaimana jalan hidupnya mengikut syariat yg di tetapkan. mendahulukan agama sebelum hal2 lain. insyaAllah ada kejayaan...

waallahualam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Wednesday, December 22, 2010

antara Dunia dan Akhirat

Wednesday, December 22, 2010


السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2..agak busy minggu ini. hahahah.btw ini adalah post yg ke 100 dari immukmin tak sangke hohoh..kalu print semua post ni berapa helai muka surat ek! hohohoh .hari ini result final sem dah keluar tetapi sayang dari pagi tadi aku tunggu portal masih tidak boleh dibuka tetapi tak mengapa ini mungkin meredakan sedikit ketegangan dalam diri aku. semalam memang busy tak sempat nak update blog dan berblog walking. than hari ini alhamdulilah ada ruang masa. mungkin masalah ummah yang menjadikan kita semakin leka dengan dunia itu pada tafsiran immukmin. hiburan yang melampaui batas membejatkan pemikiran orang islam di atas muka bumi Allah ini. aku juga begitu. aku merasai kekurangan ilmu aku ttg agama dan aku merasakan amat malu pada Allah tapi apakan daya aku masih belajar. semoga Allah membuka jalan kemudahan untuk aku dan kawan-kawan semua.

kita susah untuk tinggalkan dunia.sebaliknya pencarian ilmu ttg akhirat senang kita lupakan. aku bukan menghina kawan-kawan semua tetapi aku bercakap tentang diri aku. kadang-kadang aku juga tidak terlepas dengan godaan dunia yang serba indah pada pandagn kasar tetapi serba luput pada pandangan sufi.

subahanaAllah. aku bersyukur masih ada pelapis yang bakal mermartabatkan islam. aku ingat semakin bertambah pelapis penyayi tetapi rupanya ada lagi pelapis da'i yang pasti kan menggemparkan dunia. tertarik aku kepada satu rancagan rialiti terbitan TV1; adik-adikku.
pengakhiran lagu temanya juga menarik minat aku untuk mencoretkan disini ttg nya.. "adik-adik ku insyaAllah boleh"

indahnya mereka. bertapa comelnya mereka.petah berkata-kata menegakan islam dimata dunia. walaupun masih berusia 12 tahun kebawah hafalan hadis dan ayat alquran amat mantap tertarik aku ingin bercerita tentang salah seorang peserta pogram rialiti tv ini;


nama di beri Nur Syawani berasal dari terenggany. beliau amat petah berhujah. gaya yang dilontarakan telah menarik ramai juri. rancak dia berpidato ttg islam, iman, ihsan.
teringat aku tentang satu perkataan yang disebut..hohoh
"islam ini bukan botox"
hahahaha perbandingan yang amat membuka minda. kita sepatuntnya melahirkan perasaan cintakan islam dan cintakan ilmu bukan kita hanya merancang satu rialiti tv yang menjadikan anak-anak sebagai mangas hiburan tetapi corak lah anak-anak dengan tarbiah islam. secara personalnya aku puji dengan tv1 merancang aktiviti yang sangat bermanfaat pada musim cuti sekolah ini tetapi secar jujurnya ada juga program rialiti yang aku mmg suka. program rialiti yang berbentuk hiburan yang sekarang heboh. aku suka melihat adik-adik ini. semua comel-comel tetapi aku juga sedih melihat merak menjadi mangsa hiburan. dan pasti menggalakkan mereka terjebak di dalam dunia pergaulan yang bebas sehinggakan tiada batasan dalam pergaulan. nauzubillahhinzaliq

Rasulullah s.a.w bersabada, yang bermaksud, “Setiap bayi yang lahir itu adalah suci bersih. Maka ibu bapalah yang menjadikan mereka sama ada Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.”

hadis riwayat Bukhari dan Muslim

jadi segala pokok pangkal adalah daripada ibu bapa itu sendiri. betulah kata pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. kalau kita tidak didik anak-anak kita dari kecik. ini mmg pepatah yang amat benar sebenar-benarnya. sbb aku dah pernah tgok budak yang dibesarkan dgn didikan yang baik dan didikan yang kurang baik. mmg totally different. tapi Alhamdulilah mama n abah aku didik aku menjadi insan yang cemerlang insyaAllah.

kita memang susah untuk lepaskan diri kita daripada hiburan. mak bapak hari ini terlalu memnerikan kebebsan kepada anak-anak. dulu aku, siap kene sebat dengan batang paip sebb apa hanya kerana duit rm0.20. sekrang ambik rm0.20 tak kesah sbb rm0.20. kalau di biarkan bak kata mama aku nanti naik 'mue' dah naik 'mue' time tuh nak ajar pun dah tak gune. selagi anak-anak ini tak mencapai tahap yang matang dan pandai berfikir baik geng2 ajar elok2. macam entri aku yang lepas ttg adik aku aku just mahukan dia menjadi insan berguna. itu sahaja tak ada niat untuk aku menghukum dia.

aku sebagai abang perlu mengambil tempat mama dan abah aku untuk mendidik adik2 aku supaya menjadi insan berguna insyaAllah. begitu juga kawan-kawan semua. jangan pandang remeh ttg isu penerapan agama islam dalam diri anak-anak. kelak geng-geng pasti menyesal. ingat!

waallahualam

aku sayang Allah dan Rasulullah .s.a.w

SEGMEN JOM BERKENALAN



السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2 semua suka untuk mengikuti"segmen JOM BERKENALAN"yang di jayakan oleh seorang bakal guru iaitu saudara Loqman Hakim

untuk menyertai segmen ini aku perlu menjawab 'soalan final sem' yang di gubal oleh cikgu sendiri dan soalannya sangat killer hohohho..

Soalan Peperiksaan Semester Akhir
Kementrian Pengajian Tinggi Awam

Pengubal solan: Encik Loqman Hakim
Lokasi Peperiksaan: Blog Nafsu Seerakah

--------------------------------------------------------------------------

masa: ikut suka hati
tarikh:22 disembar 2010

--------------------------------------------------------------------------

1.)Apakah status anda?

status saya masih seorang bujang tidak berteman dan tidak mahu lagi mempunyai kekasih.. ;P

2.) ceritakan tentang diri anda?

saya menetap lahir di negeri tok gajah sekarang mentap di indra kayangan. saya masih menuntut di sebuah universiti awam di indra kayangan. cita-cita saya ingin menjadi seorang engineer yang berjaya baik di dunia dan akhirat. saya suka menulis cerpen dan hobi yang paling saya tidak boleh lepaskan adalah membaca novel. penulis yang saya minati adalah Ramli awang murshid, norhayati dan ramai lagi. saya suka membaca novel yang berusulkan cinta,seram, dan islamik. saya juga suka menulis cerpen dan buat pengetahuan rakan-rakan saya mempunyai blog yang mmg khas untuk menulis cerpen jika ada yang berminat sila layari http://coretanhambamu-immukmin.blogspot.com

3.) ceritakan tentang blog anda

hahah..blog saya biasa-biasa sahaja tiada yang istimewa hanya sekadar melepaskan segala perkara yang saya tahu dan saya coretkan di blog ini sebagai peringatan saya. jika kawan-kawan mahu berkongsi ilmu jom lah lepak kat blog nafsu seerakah.. kasi naik sikit nafsu dari gerd D ke Gred A(nafsu yang baik ek! bukan nafsu yang buruk)

4.) apa pandagan anda tentang dunia blog.

yes dunia blog adalah sangat hebat. dunia blog telah membuka minda saya untuk terus berkarya. dunia blog juga telah mengajar saya kerenah manusia. dunia blog adalah dunia maya di mana manusia berinteraksi dan menukar-nukar pendapat melalui cakran-cakran maut di wall blog masing2.

5.) nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak buat blog.

nasihat saya semoga kawan-kawan yang baru nak buat blog tu..yang pertama baca kat entri dalam blog saya dulu. kedua komen puas2 sampai tak ingat dunia. ketiga main chat dgn aku kat shoutbox.keempat add aku dalam ym. kelima baru korang buat blog. keenam kalu blogwalking open minded tapi jangan lupe syariat agama islam (for muslim ok! for non muslim also can)

6.) nyatakan keunikan yang ada pada blog anda.

tiada yang unik biasa-biasa sahaja. tetapi nak habaq mai. blog ceq adalah blog yang paling sempoi sebb apa templet tak best langsung..hak3!!!

7.) sampai bila anda mahu menulis blog dan impian anda tentang blog

insyaAllah jikat diberi kelapangan masa. saya akan menulis blog ni sampai bile2. impian blog..emmm..takda yang penting semua orang dapat berkongsi ilmu bersama-sama.
wallahualam.

(^_________________________^)

senyum lebar-lebar harap-harap dapat full mark. cikgu akim nak kasi RM10 tapi tak ada duit kecik nak kasi semua duit besar hohohho..
(kasi rasuah sikit)

peringatan: rasuah adalah haram di sisi agama islam ini adalah sekadar guruan ok!

disini immukmin tag kepada geng-geng blog nafsu seerakah biar cikgu akim tak menang tangan tanda kertas soalan korang..

Sunday, December 19, 2010

umat islam semakin parah (alert!!!)

Sunday, December 19, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

selawat dan salam kepada junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w yang amat kita rindui dan sayangi. kecintaan dan keimanan kepada Allah.ketetapan dan ketaqwaan hanya kepada Allah. kepada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. insyaAllah kita semua di tempatkan di dalam syurga Allah. amin ya Rabb.

hai geng2 nafsu seerakah.minta maaflah aku tak sempat nak update blog kerana sibuk giler hari ini. (subahanaAllah sibuk dengan dunia.) agak laju jugak hari ini aku berblogwalking sampai tak terupdate blog aku. macam2 kerenah blogger aku jumpa. dan aku juga minta maaf kepada blog yang aku follow tak sempat nak tengok entri baru korang semua sebab hari ini mmg agak busy tapi insyAllah kalau ada masa aku pergi melawat.

(enteri apa lak kali ini ek?)

hari-hari entri dunia dan dunia dan dunia. aku pun takut dengan hidup aku sekarang. aku adalah budak baru dalam dunia blog ini. memang betul umur blog nafsu seerakah ini sudah mencapai satu tahun lebih tetapi aku baru sahaja aktif dalam beberapa bulan ini. dan sepanjang aku mengaktifkan diri dalam dunia blog baru aku tahu yang umat Nabi Muhammad s.a.w semakin tenat. teruk dan amat teruk termasuklah aku.

(maksudnya?)

sepanjang aku berblogwalking macam-macam enteri yang aku baca dan setiap itulah aku akan jumpa entri yang membuatkan aku teringat kembali saat-saat Rasulullah s.a.w wafat.

di saat Rasulullah s.a.w ingin kembali semula kepada yang maha Esa. air matanya mengalir mulutnya tidak berhenti-henti menyebut umati,umati,umati.
bertapa di mengingati kita dan jangan ada orang bertanya pulak dengan aku

"macam mana kau tahu yang Rasulullah s.a.w sebut umati,umati,umati?"

kalau ada orang tanya aku soalan ini..aku nak cakap yang dia ni bodoh sebab dia hidup kat dunia ini semata-mata hidup untuk makan dan makan untuk hidup serta untuk meningkatkan ekonomi dunia.

kalau ada orang tanya aku macam ini aku nak cakap kat orang ni, kau adalah beruk sebab apa..sebab kau tak percaya dengan sejarah islam than kau percaya dengan sejarah orang asing. dan kenapa aku samakan denga beruk tak samakan dengan bintang lain? sebab diorang percaya dengan theory Darwin.

si darwin tu bila satu soalan ditanya "maknanya moyang encik darwin adalah beruk?" dan si darwin ni marah. ada jugak orang kata kita menghina budaya barat tetapi kita guna bahasa dia guna teknologi dua. hemmm...aku wondering gak..apasal jadi macam ni ek??? kalau aku cakap dekat korang masa kejatuhan barat dulu orang asing ni datang ke arab mencari ilmu dan mengkaji alquran dan mengkaji segala kitab-kitab yang telah di ciplak oleh pengkarya barat hasil original daripada para sainstis dan para bijak pandai islam seperti albatuta,alkhwarizmi,alashabahni,aljauzi,alfarabi dan banyak lagi lah. lepas diorang kaji mengenai apa yang diorang sendiri bodoh dengan teknologi ni akhirnya diorang berjaya dan diorang memusnahkan tamdun islam dengan mengahapuskan kitab-kitab terbilang orang islam. di saat kejatuhan khalifah semasa pemerintahaan uthmaniyyah mereka akhirnya telah berjaya menguasai dunia. korang nak tahu semasa kejatuhan barat semasa itu raja diorang memang dah nazak nak tahu apa raja diorang cakap

"kita tidak boleh perang dengan orang islam sebab mereka terlalu hebat. peperangan senapang dan peluru tidak mampu melemahkan semangat orang islam sebab orang islam tak takut mati. kita perlu melancarkan peperangan minda"

dan akhirnya wasiat itu dibawa oleh mereka sewaktu zaman kenaikan kembali orang barat ini dengan membawa visi dan misi mereka gold,glory,gospel. ok korang tahu tak yang sekarang ini semua visi dan misi mereka telah tercapai. apa buktinya.

*buktinya umat kita dah gilerkan dunia (gold), umat kita dah lemah (glory), umat kita mengagungkan diaorang(gospel).

(gold).umat kita gilerkan dunia sebab terlalu cintakan harta-harta dunia ini dan takut nak mati dan proven disini equation yang datang daripada Rasulullah s.a.w

Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda;
“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”
Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”
Nabi SAW menjawab,
“Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya,
“Apakah wahan itu hai Rasulullah?”
Nabi menjawab, “Cintakan dunia dan takut mati.”
– HR Imam Abu Daud

proven tak equation yang di conclusionkan oleh Rasulullah s.a.w

*pendapat aku;

(gospel).mengagunkan diorang . sentiasa membanggkan agama lain dan melupakan agama sendiri. mempertahankan agama orang lain dan sentiasa mencari kelemahan agama islam yang memang sudah sempurna tetapi memang ramai umat islam yang mahu melihat agama islam itu jatuh. dan ini membuka ruang untuk agama kristian bermaharajalela dan dengan itu mereka akan lebih selamat untuk menguasai dunia.

sebab apa aku cakap macam ini?
kita riuh duk sambut hari kekasih tetapi kita tahu apa tujuan hari kekasih itu? kita tahu tapi kita lakukan... so, kita nak ketogorikan diri kita sebagai apa? kita terkinja-kinja menyambut tahun baru sehingga tercemar mahkota keemasan yang selama ini para-para gadis menjaga..
sebab apa??
sebab nak tiru orang barat yang katanya kalu tidak berzina sebelum nikah adalah kolot.
memang kita kolot sebab kolot-kolot kita. kita tak menghidap HIV.

emm alah boleh guna kondom. ok guna kondom selamat. tak kesahlah korang selamat di dunia tetapi akhirat tak selamat bai. (kalau ada yang tak puas hati tolong comment yek!!)..
korang tak kasihan ke kat diri korang sendiri?

so sekarang merialisasilah impian kedua raja tu dan yang ketiga.

(glory) ini lebih kepada kejayaan diorang.
memang pada zahirnya diorang dah berjaya. berjaya mempengaruhi dunia dengan kuasa diorang dan kita sudah lemah. lemah dengan kemewehan dunia yang diorang kasi dan korang lena dibuai keindahan dunia yang korang cakap syurga. ambik kau syurga kepala hotak dia. syurga dunia ini seketika sahaja dekat akhirat syurga seinfiniti indah bebanding dunia. diorang dah berjaya melemahkan kita dengan visi dan misi diorang. adakah kita tahu?

adakah kita tahu?

kita tahu tapi kita sombong untuk akui sebab kita ego menerima sehinggakan kita trevel serata dunia untuk mencari kebenaran agama islam ini adalah agama yang tidak sempurna dan kita sanggup menggadai agama kita yang dari alam rahim lagi ibu bapa kita pupuk. agama islam di akui oleh orang bukan islam adalah agama yang perfect sempurna tetapi mereka juga bajet ego mencari kesalahan agama islam yang memang betul-betul perfect dan tidak boleh disangkalkan lagi. dan orang putih sendiri dah mengaku tokoh yang paling berjaya di dunia ini dalam rangking no satu dunia adalah Nabi Muhammad s.a.w(kalau korang nak tanya bukti aku payah sedikit nak kasi sebab aku dah lupe buku apa..karangan sap..tapi aku pernah baca).

kenapa korang nak deny lagi tetang kehebatan agama korang anuti..kenapa nak mempertikai lagi dengan segala syariat Allah. agama yang paling menghormati agama lain. agama yang saling menjaga hak orang lain sehinggakan tidak boleh seseorang jiran itu tidur didalam kekenyagan jika jiran disebelah rumahnya kelaparan..bertapa menjaga hak asasinya ajaran islam.

kata ajaran islam mudah tetapi kenapa rasa susuh je?

ajaran islam memang mudah once korang adalah islam korang wajib mengikutinya. ajaran islam mmg mudah dan yang menyusahkannya adalah korang sendiri.

asal kena pakai tudung.nak tudung sampai kedada menyusahkan aku je.
rengetan ini tidak perlu dilayan ..

tapi aku nak layang gak regetan ini...kenapa perlu memakai tudung..sebab orang lelaki ini cepat tergoda dengan keindahan orang perempuan... tergugat iman mereka.

pastuh ada sorang kaum adam ni tanya..
"asal korang horny ke tgok perempuan tak bertudung..aku tak horny pun"

jangan nak tipulah wahai kaum adam yang bertanya..syaitan akan memperindahkan perempuan itu di mata lelaki..aku berani jamin kalu kau diletakan berdua-duan dengan perempuan itu di satu tempat selama seminggu. cukup makan, cukup minum aman dan tenteram aku berani jamin iman kau akan letak di kaki dan nafsu seerakah akan kau letak di kepala. peningkatan gred dari D ke A pasti berlaku.

aku tak penat memberi tahu tapi aku penat melalui manusia yang so call berilmu ini tak puas2 mencari kelemahan agama sendiri katanya untuk hak asasi manusia..tak cukup dengan hukum Allah yang mententeramkan dunia. kenapa zaman khlifah dulu dunia penuh aman damai?
sbb pemerintahan itu adalah pemerintahan yang diberkati Allah bukan pemerintahan libreal yang so call menjana ekonomi dan mejaga hak asasi manusia.

ok jom kita kembali kepada cerita ketika junjungan besar kita dalam sakaratul maut.

"umati,umati umati.."
bertapaRasulullah s.a.w sayang umatnya kerana baginda takut umatnya menyempang dari ajarannya.

dan persoalan aku adakah kita melaksanakn segala hukum Allah?

perbaiki diri kita semua, iman kita semua agar mudah-mudahan kita telah melaksankan syariat Allah insyaAllah.
dan adakah kita menjadi tetamu Rasulullah s.a.w di telaga kausar?

P/s: mungkin aku ni terlalu kolot untuk bercerita mengenai ini sebab benda ini semua orang tahu dan aku ini adalah orang yang terakhir menceritakan dan mengupas perkara ini.

aku takut dengan hukum Allah keran aku percaya dengan syariat Allah aku percaya dengan agama islam yang sengat sempurna dan aku percaya rukun islam,rukun iman dan aku percaya dan megerti apa itu ihsan

waallahualam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w


Saturday, December 18, 2010

antara persahabatan dan keegoan

Saturday, December 18, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai semua geng2 nafus seerakah yang kadang-kadang nafsu melonjak-lonjak kegairahan..jungan di biarkan ia bermaharajalela..cepat-cepat kembali kepada Allah nnt tak pasal-pasal melekat dengan syaitan untuk merialisasikan impian syaitan menyesatkan geng2 semua..nauzubillahhiminzaliq..walaupun kita di mana sahaja apabila kita terdedah melakukan perkara yg pasti melangga syariat islam cepat-cepat kembali noh...hohhooh...sesungguhnya apabila kita mengingati Allah hati akan menjadi tenang..alhamdulilah...

tengah aku shok berblog walking tanpa sebarang idea untuk mengupdate blog tiba-tiba laman sosial aku berbunyi menandakan ada orang sedang rancak ingin berborak dengan aku. aku dengan pantasnya membuka lama sosial itu dan membaca serta merta tangan aku menyentuh papan kekunci untuk membalasnya

"immukmin boleh tolong mak cu tak?"
"tolong apa mak cu?"
"eemmm.. pakcu kene pergi keje..tiba-tiba dia dapat msg dari pensyarah dia..pensyarah dia suruh hantar assignment hari ini juga on time.."
"jadi?"
"mak cu minta, immukmin tolong buatkan assignment tuh"
(wondering????)
nak buat macam mana... apa tajuknya???

laman sosial itu berhenti berbunyi sebaliknya telephon reput yg memang betul berada disebelah laptop aku berbunyi..lantas aku mengangkatnya..

"ye makcu..apa tajuknya.."
"isu semasa..tak kesahlah isu apa pun..nak taknak..pak cu kene hantar hari ini juga..mmg terdesak dah ni..makcu tak tahu nak buat assignment mcm mana mengharapkan immukmin je.."
"ok makcu..apa isunya.."
"immukmin pikirlah..apa2 isu pun..asalkan isu semasa..nak kena hantar before 2 ptg"..
aku tgok jam sudah menunjukan pukul 1.15

lantas semasa itu aku sedang membaca entri daripada blog Mohamadazhan HjDesa yang bertajuk mengapa aku tinggalkan syiah lalu terlintas satu idea untuk aku bercerita mengenai syiah..dengan adanya suber sedikit daripada blog bro Muhamadazhan dan beberapa lagi sumber dari internet yang sahih daripada ustaz zahiruddin dan sedikit dari sahabt-sahabt blog lain..akustar mengarang..dan alhamdulilah siap..aku terus emil kepada mak cu aku...

telefon reput di sisi berbunyi lagi..

"terima kasih immukmin..kalau tiada anak sedara siapa lagi nak tolong..kawan2 pakcu tak beritahu pun yang kene siapkan assignment...kawan-kawan pakcu mmg suke berdengki..makcu pun tak faham.."
"biasalah makcu..siapalagi kalau bukan sedara sendiri nak minta tolong.."

perbualan berhenti disitu...

(sebenarnya apa yang nak di beritahu dan apa entrinya..ke entri kali ini mengenai syiah?)
bukan bro ijau..entri kali ini aku nak cerita pasal kawan...kawan....kawan...dan kawan....

(macam menarik je...kak pink suke entri ini...sepanjang berblog tak pernah immukin post pasal entri kawan...)
oh ye ke..tak perasan pulak..hohoho



ok hari ini aku ingin bercertia pasal sahabt...sahabt boleh mejadi teman dan kadang kala bakal menjadi lawan..macam mana ini boleh berlaku dan kenapa ini boleh berlaku???

ok..dalam hidup aku aku pernah ada seorang kawan..amat rapat insyaAllah sampai hari ini kami sangat rapat ..sahabt karib dunia akhirat. umur persahabtan kami sudah menjangkau empat tahun...sepanjang persahabtan kami ..macam-macam kami lalui... aku mengenalinya di sebuah sekolah yang mempunyai asrama yang amat usang...kami belajar,bersahabt, tolong menolong..aku sakit dia bantu dan dia sakit..aku bantu...dan kami juga pernah menjadi musuh disebabkan orang ketiga..dan mmg ditakdirkan persahabtan kami adalah persahabtan yang ikhlas kerana Allah dan akhirnya kami berkawan sampai hari ini..walaupun sahabt aku itu jauh di nun bumi anbia' tetapi kami tetap keep in touch...kami adalah sahabt yang akan kekal dunia dan akhirat insyaAllah...

macam mana segala permusuhan ini berlaku...kerana terlahirnya perasaan tidak puas hati yang tidak diluahkan dan di sembunyikan..serta wujudnya orang ketiga yang merenggakan persahabtan itu sediri..

kadang2 salah faham antara satu sama lain adalah punca berlakunya permusuhan antara satu sama lain.. aku amat kesal atas apa yang belaku..hampir sebulan kami tidak bertegur..membuatkan aku dan sahabat aku itu dalam keadaan tidak tenang..apa bila sahabt aku dalam kesusuhan aku rasa kasihan melihat dia..tiada orang datang membantu..dan apabila aku dalam kesusahan tiada orang datang membantu dari jauh dia melihat..segala kerja yang dulu kami sama-sama lakukan ..tidak boleh di selsaikan dengan aman melainkan meminta orang lain sebagi orang tengah antara kami... jika di ingatkan kembali macam perempuan pun ada hhahaha.. itulah ego lelaki...

(macam mana boleh baik kembali immukmin)

macam mana boleh baik kembali? pertanyaan yang bernas kak pink . semua nya bermula kembali ketika aku sarat demam..demam yang amat panas..aku sengaja menyuruh kawan-kawan aku merahsiakan daripadanya..sehinggalah dia datang melawat ke bilik aku untuk meminjam sesuatu daripada roomate aku...dia melihat aku dalam keadaan terketar-ketar lantas merasa dahi aku yang panas..dia mengangkat aku dan suruh aku ke tandas untuk mandi..dia mencarikan aku ubat untuk aku makan supaya kebah demam ku..alhamdulilah ...asbab kejadian itu..persahabtan kami kembali baik..dan aku amat bersyukur kepada Allah...
dan kini sahabat aku selesa di bumi anbia menuruskan pengajiannya disana..aku berdoa semoga dia berjaya..insyaAllah...

ok..ini cerita pasal aku...tetapi korang tahu tak ada juga sahabt yang selepas dia berkawan dia bermusahan dan bermusuhan sehingga dia mati....kerana apa..kerana tidak boleh melihat sahabtnya berjaya..dengki tidak bertempat..sanggup melakukan perkara yang terkutuk semata-mata suka melihat sahabatnya gagal dalam hidup...ada ke macam ini??? hohoh..mestilah ada...ini manusia yang dibenci oleh Allah..menjatuhkan orang lain demi kepentinagan diri sendiri...

geng2 semua jangan bertindak sedemikian rupa..sahabat adalah yang kelima setelah Allah, Rasul, ibubapa, adik beradik... sahabt ini seperti saudara kita...sahabat inilah yang sepatutnya sentiasa ada dengan kita di kala kita sedih dan gembira...

ada juga sahabat yang demand..mencari kawan2 yang setaraf dengan kekayaannya..ya Allah..macam ini pun ada... aku tak tahu nak cakap..sanggup memburuk-buruk kawan semata-mata kepentingan diri sendiri...

terima seadanya sahabat korang yang mmg ikhlas nak kawan dengan korang..tak kiralah dia gemuk ke..kurus ke..itam ke..putih ke...asalkan dia baik..dan membawa kejalan Allah..itu sudah terbaik buat korang..bukan yang ajak korang kejalan yang di murkai oleh Allah...
(sakit pinggang duduk depan komputer ni dari pagi tadi hohoohh)

satu lagi..bila kawan korang bad mood dan marahkan korang jangan mudah sangat korang terasa..korang ambik positif..kuatkan hati..terima apa yand sedang berlaku dengan dia..approch dia..dengan baik dan tanya apa masalah dia...jangan korang pegi mengamuk time dia pun mengamuk....mmg tak jadi r..kalau macam itu..

yang penting korang kene kenal apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka..dan belajar..peribadi dia..study elok2..bila dah tahu..masing2 akan hormat kehendak masing2...insyaAllah...yang penting ingat..pastikan sahabt itu membawa kamu ke pada jalan Allah..insyaAllah..

sahabat yang baik adalah sahabat apabila kita melihat mukanya kita mengingati Allah.. insyaAllah..

kepada geng2 nafsu seerakah semoga ukwah kita berkekalan..insyaAllah...
ukhwah fillah abadan abada

waallahulam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w



p/s: sahabt aku ni..lelaki bukan pompuan yek!!hak3!!

Friday, December 17, 2010

Makan Cuka sunnah Rasulullah s.a.w?

Friday, December 17, 2010


السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2 semua..seyes..ari ini..amat busy...hohohho..semua orang tahu aku busy hahaha...mane taknye sibuk dengan memeriahkan istana beta... kali ini beta memperindahkannya dengan warna putih..biar suci sket..hak3!!!

bukan apa blog ini kalu aku tak silap dah umur setahun lebih kot..aku tak ingatlah..pada mulanya aku buat blog ini suke-suke je..sbb roomate aku cakap..setiap orang kene ada blog..so aku ni pun gatal2 lah..buat..tak tahu nak buat apa dengan blog nih..dan akhir sekali ..konsep blog ini adalah konsep suke hati..hohohohoho.....jadi sebb istana lama dah usang kene gigit dengan anai-anai..so aku buat yg kuat sikit...kasi tahan lama...ini lah..hasilnnya..

(nampak semple je kan..tapi esklusif siap ada gambar aku g kan ..bangga aku..)
ye lah bro ijau..ko kan suke lepak2 dekat blog ni so.. tuh aku letak gambar ko ..kasi femous skit.. hohho..

(tak de maknenye immukmin kalau kerjanya asyik makan tido makan tido....hari-hari nak makan sedap-sedap je...nak makan daging kambing,daging kijang...last sekali kak pink gak yang kene masak untuk dia..)

alah kak pink. apa salahnya...masak untuk adik sendiri...kalu bukan kak pink sape lagi... ohhoho..tak baik merungut..Allah tak suke...tau...

(entah kak pink nih..buat keje macam tak ikhlas...)
eh bro ijau...ko pun sama..tak baik cakap macam tu dekat kakak sendiri..dia susah-suasah masak..sepatutnya kau berterima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana di kurniakan rezeki yang sedap..cuba lihat saudara kita di palastin tu..nak makan pun payah..kita di malaysia ni..bersyukurlah seadanya..satu lagi..aku nak tegur kau bro ijau..jangan tido selepas makan tak elok..Rasulullah s.a.w melarang tido selepas makan..kerana apa..kerana boleh menyebabkan kita mudah menerima penyakit..

(emm..tq immukmin sebb ingatkan aku..btw ..kak pink..mita maaf)



ok dah2..kan bagus macam ni....shok-shok tengok cite spongebob teringat pulak nak cerita dan kongsi sunah nabi Muhammad s.a.w...berkaitan dengan daging juga tapi cara menaturalkan daging dalam perut lepas makan terlampau banyak ..ohohho..jom kita kongsi satu sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w

Ummu Said RA dari Rasulullah s.a.w : Sebaik-baik lauk ialah cuka. Ya Allah berkatilah pada cuka. Sesungguhnya ia adalah lauk para nabi sebelumku, dan tidak akan menjadi fakir orang yang
di dalam rumahnya terdapat cuka. Riwayat Ibnu Majah

Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah S.a.w meminta lauk kepada keluarganya. Mereka berkata tiada lauk, hanya ada cuka sahaja. Lalu beliau meminta cuka dan memakannya. Beliau berkata : Sebaik-baik lauk ialah cuka, sebaik-baik lauk ialah cuka. Riwayat Muslim

Rasulullah s.a.w mengamalkan cuka tamar (khal) dalam masakannnya kerana banyak khasiat.
cuka ini banyak khasiatnya..jika kita melihat orang-orang timur tengah mengamalkan cuka tamar ini sebagai salah satu makanan keperluan mereka dan mereka suka mencampurkan cuka ini dalam masakan daging. tidak hairanlah kalau kita lihat orang timur tengah walaupun kerap memakan daging, alhamdulilah jika kita amalkan sunah Rasulullah s.a.w kita akan mendapat kejayaan.. mereka tidak mudah mendapat penyakit seperti orang-orang kita apabila sebut sahaja daging macam-macam alasan yang di beri..kerana takut dihinggap penyakit.

selain itu ada khasiat cuka tamar ini antarannya.

1. ubat penyakit kuning
2. membersihkan perut
3. mencegah penyakit bengkak-bengkak


jangan ingat cuka ini merosakan tali perut geng2 semua ek..tapi dia adalah sebaik2 makanan..berdasarkan sabda Rasulullah....insyaAllah..amalkan..anda peroleh kejayaan...

tapi jangan pulak korang pegi telan cuka getah pulak.. sat g bukan je bersihkan perut malah dia akan membersihkan semua organ hohohoho...jangan tersalah beli cuka na...hohoohoh...

wallahualam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Thursday, December 16, 2010

'pandai ' tak bertempat (ingatan kepada semua blogger)

Thursday, December 16, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2 nafsu seerakah...emm tah lah dunia dah terbalik..hohoh..hukum dunia dan hukum akhirat dah tak leh beza..sedihnye...immukmin bace entri2 kawan-kawan kita..yang kadang2 bagi immukmin ada sedikit kesasaran pada landasan Allah..bukan mempertikai karya agung mereka tetapi penulisan mereka mempengaruhi minda manusia...yang lagi sedih..sehinggakan ada 108 comment yg kebanyakan mereka bersetuju dengan apa yang di tulis..ada juga yang memuji2....
teringat immukmin ceramah ustaz azhar...halo..tak kang sep mung dop tahu..ustaz hok cakap gannu tuh...belke tahu kang?? hak...(aku memang reti cakap terengganu sebab lapan tahun duduk kat terengganu dan berkawan dengan orang penang dan kelantan 3 tahun..so mmg reti cakap lah kelantan dan utara serta pahang sbb sy anak jati pahang ok..hak3!!!)




jauh perjalanan luas permandangan.... jauh bloqwalking banyak ragamnya..boleh beritahu macam tuh.. bukan apa semasa aku mendengar rakaman ceramah ustazi itu dia ada cakap menolak syariat Allah atau mempertikai bermakna kita mempertikai kekuasaan Allah... ingat wahai manusia anda akan di hakimin di akhirat kelak..

(immukmin kenapa? kak pink tgok immukmin risau je?)

mane tak risau kak pink...sejak aku aktive dalam dunia blog nih...macam manusia aku jumpe..menulis megikut hati...

(siapa immukmin story r kat aku bro...)

tak apalah..tak payah aku nak buka aib orang bro ijau semoga manusia itu sedar dan memperbetulkan apa yang di luahkan di dinding-dinding blog mereka...

aku bukan apa geng2 semua...cuba geng2 semua fikir.apa yang ditulis oleh geng2 semua pada blog geng2..pasti..akan di baca semua lapisan masyarakat..contoh geng2 tulis sesuatu yg mmg salah dan seleweng oleh syariat islam...maka orang yang membaca mengikut dan percaya kemudian dia sampaikan kepada orang lain..dan orang lain pun sesat..maka dosa itu..bertali-tali..dan yang paling teruk penulis blog itu lah...sebb dia akan mendapat kredik dari Allah apa yang di tulis....kredik bersirat-sirat..hohohooh...

memang kita ada hak bersuara,,tetapi jangan bermain dengan hukum Allah jangan samakan hukum Allah dengan hukum dunia yang di cipta oleh manusia... aku disini amat panas bile ada orang yang bercerita tentang agama sedangkan dia sendiri tak tahu pasal agama...

memang betul sampaikan walau sepotong ayat..ok kalu apa yang korang nak sampaikan tetapi tak tahu hukum..tak g majlis agama..tak dengar ceramah..gune profesor google..untuk mencari hukum ..sedangkan hukum itu salah..anda copy dan peaste kat blog korang....pastuh orang lain bace..pastuh terus sesat..itu salah yek..jangan buat giler..jangan bermain dengan hukum Allah..jangan menjual ayat-ayat Allah dengan harga ya murah. sesungguhnya yang menjual ayat-ayat Allah dengan harag yang murah, mereka akan mendapat azab yang pendih.

(immukmin kak pink faham apa yang immukmin nak sampaikan)

lantak korang r..nak tulis apa2 pun..nak pertikai stoke law ke...gauss law ke..tapi jangan nak pertikai Allah's law..jangan hina ulama' ..ulama' itu waris anbia'... jangan nak hina agama sendiri sehinggakan meletakan agama di kaki...

tak puas hati dengan hukum negara jangan nak kaitkan dengan hukum Allah...itu namanya manusia bodoh ok...manusia bodoh...geramnye!!!...

(sabar immukmin..aku paham perasaan hang..sabaq na..)

terima kasih bro ijau ingatkan aku. bukan apa..ini satu kesalahan yang besar...geng2 tak takut ke? tak takut dengan hukum Allah...tolonglah..kepada semua geng2 yang menulis blog..jika andan bermain dengan hukum Allah sila perbetulkan..atau delet entri ttg itu..nnt kita yang akan di tanya di akhirat kelak... (aku ingatkan untuk diri aku juga...).

aku cakap sekali lagi...yek...tak kira lah kau perdana menteri ke, majestrik ke, ahli muzik ke..doktor ke...tolong jang bermain dengan hukum Allah dan tolong jangan hina ulama pewaris anbia'..

wallahualam.

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Wednesday, December 15, 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

Wednesday, December 15, 2010


السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah...pagi ini penuh dengan keindahan insyaAllah....selawat dan salam untuk junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w.

hai geng-geng nafsu seerakah..suke untuk aku katakan yang aku telah di tang oleh mr ayie untuk memeriahkan kempen menutup aurat (kasi pink sikit) yang di anjurkan oleh manusia yang di rahmati Allah...iaitu mr asyfiqaz.

kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kampen ni sila klik bennar diatas

bile aku lihat pada banner nih..teringat lak aku dekat tempat aku belajor dulu...kempen nih r..yang duk buat..kempen tutup aurat...hhohohohoh..mmg hebat..dan berjalan dengan bagus sekali...dan berjaya mentarbiah ramai pompuan dan lelaki..alhamdulilah..selain itu ..kami juga menganjurkan sukan neka yang mana semua peserta di wajibkan memakai pakian yang menutup aurat dan kempen itu berjaya..malah mendapat sambutan yang hangat..tahniah kepada penganjur semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua..

ok bercakap tentang aurat..ehemmmm(think sambil tangan menggaru di janggut dan memandang jauh ke dinding sambil jam loceng berbunyi tidak henti-henti di dalam almari second hand adik aku yang terkunci)

(cepat lah immukmin...hadoi..kau selalu buat aku tertunggu-tunggu nak tahu isi entri kau)

sabaq r bro ijau aku nak pikiq sat pasal bagaimana story tutup aurat ini berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.. yeah..aku dah teringat..tapi lek lu..nak story pasal maksud aurat itu sendiri..

auarat berasal daripada perkataan arab iaitu aurah yang bermaksud keaiban. dalam fekah ia bermaksud bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup.

ok..jom..dengar cerita yg memang sedia femous tak payah dicerita pun geng-geng dah tahu.. cerita tentang asma' tahukan?..ok .jom kita refresh semula na...

daripada Aisyah r.a, beliau meriwayatkan bahawa asma' pernah memasuki rumah Rasulullah s.a.w dalam keadaan pakaiannya yang nipis sehingga ternampak kulitnya lalu Rasulullah s.a.w berpaling dan mengatakan.

"Hai asma'! sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang haid,tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini ( sambil menunjuk kepada muka dan kedua telapak tangan)

hadis riwayat abu dawud.

A059
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

kalau nak cite pasal aurat ni..hadoi..memang tak habis...kalau nak cite pasal aurat bukan sahaja tubuh badan banyak lagi cek oi... suara aurat bagi perempuan...wangian yang melampau aurat bagi perempuan..tetapi..pada zaman ini..semakin terbuka semakin...indah....

wah!!! indah... indah di mata neraka di hati...boleh aku cakap perumpamaan yang aku reka hahahah....nauzubillahhiminzaliq...

tergolek kanan tergolek kiri..apa itu..yes..aku dapat tengok..mahu penuh air sampai ke kepala..mane taknya.. duk pakai langging hadoi....kalu cantik tak apa...ni meluat r cek tenggok... bukan aku tak kasi korang pakai pakaian macam ketat nih..tapi syariat yang tak kasi..syariat cakap... dalam hadis Rasulullah s.a.w

'sebahagian ahli neraka adalah perempuan-perempuan yang yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain melakukan maksiat, mereka tidak akan masuk syurga dan bau syurga'

hadis riwayat Bukhari dan muslim.

bukan aku nak salahkan kaum hawa sahaja tetapi aku nak salahkan kaum adam juga...cuba korang fikir...manusia berasal daripada adam dan hawa. anak-anak berasal daripada setitis mani ayah yang hina jika di jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu tetapi jika di salurkan ke jalan yang betul maka terlahirnya anak-anak. adakah anak itu didik dengna betul..kalu salah didik maka terjadilah anak-anak yang sudah semestinya aurat mereka terdedah...

bile di tegur tejolor pusat katanya stylo..ni lain kali nak tindik sikit subang kata lubang pusat sebab apa katanya lubang telinga dengan hidung ada subang..lubang pusat pun nak juga... kepala hotank anda-anda yang bercakap sedemikian rupa...

kenapa Allah menuruh manusia menutup aurat...sebab jantan ni..kalu nampak betis kaki putih pun boleh..terliur...nampak tangan putih gebu boleh stem...karang tak pasal-pasal kene rogol...yang hampa duk pakai baju yang ketat sampai terjojol semua bonda buat apa... dah kene rogol...pandan muka hampa..orang suruh ikut syariat tak mau... aish!!!!

immukmin hang jangan nak duk tegoq geng-geng kami geng-geng hampa pun sama jah...

tau-tau cek tau si jantan nih pun kena di tegoq..aku nak habaq mai kan so call lelaki beriman ini..hang kene ingat..hang tak mengaji agama..pah tuh..hang tengok pompuan ...hang ingat hang tak berdosa ka? hang ingat hang tak dapat kredik dengan apa yang hang tengok?.. kalau orang pompun seksi duk tayang badan hang jangan duk tengok hang tak ingat hadis nabi yang dia tegoq saidina Ali..

Rasulullah s.a.w mengarahkan Ali: "wahai Ali, jangan melihat dengan pandangan yang kedua setelah pandangan pertama. pandangan pertama di maafkan tetapi tidak pandangan yang kedua"

hadis riwayat Ahmad, abu dawud dan tirmdihi

hampa dengaq tuh kaum-kaum adam apa yang immukmin sampaikan

sat-sat kak pink hang ingat orang lelaki ja kena jaga pandangan ..hang org pompuan kena jaga aurat paham

hang poon sama bro ijau

ok dah2 kak pink dan bro ijau cukup-cukup lah duk hingak jangan duk bergaduh kita masih belajar...ok...

kita meneliti surah annur ayat 30-31..Allah befirman kepada makhluknya.

30.Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

31.Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

ok ayat di atas telah jelas yang perempuan dan lelaki dua-dua kena jaga pandangan ...boleh macam tu kan? semua tahu itu yang boleh menyalamatkan manusia itu daripada mengganas didalam nafsu seerakah di dalam gred A(gred yang tertinggi hak3!). so itu lah yang sepatutunya.

ok..bercakap tentang aurat nih kita kena menjaga aurat..kalau aku tanya budak tadika sekalipun aurat lelaki daripada mana kemana?
"daripada pusat ke lutut immukmin"
perempuan?
"semua kecuali muka dan kedua tapak tangan"

pandai adik-adik ku...

ok..skunk ni sapa yang wajib mentutup aurat? mereka yang telah sampai umur baligh.. nak kene terangkan ke orang baligh tu macam mana??? tak payahkan....so...semua fahamlahkan...
aku pun berpesan untuk diri aku juga...bukan untuk korang saja..aku pun insan yang lemah..

kepada perempuan yang tidak mejaga aurat azabnya amat pedih di akhirat

“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya daripada dilihat laki-laki yang bukan mahramnya” (HR. Bukhari & Muslim)

takut tak?... tak takut kan...yelah..tak kena lagi....nanti bila dah kena ...meraung macam mana pun..tak akan boleh kemabi semula... bagi muslimah sekalian jaga lah aurat anda labuhkanlah tudung sampai ke dada. tutuplah kakimu daripada pandangan-pandangan lazat lelaki dan longgakan pakaian anda daripada jelingan maut lelaki.

kepada lelaki juga anda juga perlu menjaga aurat kerana azab pedih juga bakal menunggu bagi yang tidak menjaga aurat..so bagi lelaki..tutuplah aurat..kalau nak main bola janganlah memaki short pant..beli lah tight..tak rugi pun...malah berjaya dunia dan akhirat

so kita sama-sama lah menjaga aurat kita..bukan untuk kita sahaja malah untuk agama..kita selamt dunia dan akhirat... perempuan lagi cantik jika menutup aurat..indah sangat...tapi kenapa perlu membuka..tiada istilah kain tak cukup..itu hanya alasan yang tidak munasabah...kenapa kita perlu memakai pakaian yang ketat sampai tidak boleh bernafas..sedangkan kita selesa memakai pakian yang labuh dan mudah..kenapa kita perlu menunjuk perhiasan kita yang indah sedangkan kita tidak mahu ia di cabul... so fikir-fikirkanlah..

ok semperna kempen mentutup aurat ini..aku mengtag tiga orang rakan yang saya amat percayai dia akan bersama-sama mengjayakan kempen ini..

gamarguyz
kak fuziani
kak lady

waallahualam
aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Tuesday, December 14, 2010

am i stupid?

Tuesday, December 14, 2010

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng nafsu seerakah...hohohho...mungkin hari ini agak berat untuk menulis kerana mood agak mendung dan cuaca juga mendung. alhamdulilah cuaca mendung mampu menyejukan hati yang panas bertapa besar nikmat Allah...alhamdulilah...

(awat hang immukmin,aku tgok muka hg dah macam motokar cabuk je?)
tak ada apa bro ijau. cume ada masalah tentang kehidupan...sedih ..sedih ...sedih.... sedih bila melihat solat di ringan-ringankan...tu je...

(tu je hang cakap?...mahu kene palu nnt kat akhirat...hohoh)

tau!tau!..ni nak habaq mai nih......

ok..sebelum aku nak teruskan entri aku kali ini...suka aku ingin bercerita ..bertapa solat telah mengembirakan hati seorang anak yang menyangkan kan dia adalah bodoh

di sebuah perkampungan perdalaman...tinggal sebuah keluarga. keluarga ini amat bahagia dan di takdirkan oleh Allah, anak-anaknya mempunyai iQ yang rendah bukan bermakna disini mereka bodoh tetapi iQ yang rendah tetapi ketaatan kepada perintah Allah amat sempurna bagi mereka sekeluarga. di takdirkan oleh Allah seorang anaknya akan menduduki peperiksaan upsr.. walaupun anaknya yg bakal menduduki upsr ini berada di kelas hadapan disebabkan sekolah itu hanya mempunyai dua kelas...ye lah..mane tak nye..sekolah kampung....ade dua kelas je..jadi anaknya yang dikenali sebagai Rahman ini berada di kedudukan ke 40 dalam sekolah...satu darjah ada 80 orang jadi...Rahman terselamat untuk masuk kelas kedua...di kelas pertama dia bergaul dengan cerdik pandai..walaupun dia adalah diketogorikan sebagai seorang yang lemah...
pada permulaan tahun dia sudah memulakan solat sunat hajat setiap hari... tidak pernah berhenti..anak ini amat menjaga solat nya...lima waktu cukup..malah setiap hari solat sunat hajat selepas ishak...mmg hebat..anak ini... pernah dia merasa rendah diri..sering di cemuh oleh guru-gurunya..pernah dihina tetapi dia bersabar... seorang guru sering memberi rangsangan kepadanya untuk terus berusaha....dia amat rajin berusaha..walaupun sering dicemuh dan didenda tanpa sebab tetapi dia tetap berusaha...selama dia menduduki peperiksaan setiap bulan tidak pernah lahir gred A dalam keputusannya..tetapi dia tetap sabar beribadat kepada Allah..tidak pernah meninggalkan solat dan solat sunaht hajat..hari-hari dia sujud kepada Allah hampir 15 minit disujud terakhir berdoa dalam sujud.... setelah selesai menduduki peperiksaan upsr dia tetap mengulagi kegiatanya solat hajat hari-hari....dengan berkat daripada Allah...dia telah berjaya mendapat 4A1B ..tidak pernah selama hidupnya dia mendapat keputusan cermelang itu...lantas dia berlari memeluk ibunya yang masa itu memang menunggu keputusannya...ibunya begitu gembira..dengan apa yang diperolehi oleh anaknya...seorang anak yang tidak pernah disangka menjadi 14 pelajar cemerlang didalam sekolah kampung..hebat..anaknya itu...bisik sang ibu...malah guru-gurunya turut terkejut dengan keputusan anak ini..lantas anak ini mengucap sukur kepada Allah...ada juga yang mengatakan anak ini meniru..tetapi menurut pelajar ini..tidak pernah dia meniru...tetapi..Allah maha mengetahui...anak ini berjaya di atas landasan yang betul...bermula daripada itu...anak ini semakin berjaya....semangat untuk terus belajar semakin tinggi...dia berusaha..dan anak ini berusaha...dan tidak pernah lupe dengan Allah.... sehingga kini Rahman berjaya....

*petikan daripada pengalaman seorang insan



solat itu tiang agama...solat itu adalah tiang agama....solat itu adalah tiang agama.

rukun islam ada lima..rukun kedua adalah solat...tidak mempercayai salah satu rukun islam maka terpesong akidah. dalam solat ada lima waktu sehari semalam...

sehari semalam..tak boleh skip, tak boleh lewat...

5-1=4

tetapi dalam islam ..

5-1=0

tak solat satu waktu..makan semua solatnya tidak dikira...atau kata lain sia-sia... ya Allah...sekarang...apabila bercakap tentang solat...mereka melegah-legahkan solat..dan ada juga yang berani meninggalkan solat...astagfirullahhalazim.....

ada seseorang bertanya...alah..cerita pengalaman..konon..besa lah bro nasib ja..tuh....ok...aku nak tanya kat hampa semua..nasib nih datang daripada sapa??? ni..aku nak tanya hang nasib datang daripada sapa???....jawab la ni juga.... nasib datang daripada Allah...so, what??? ini adalah kurnian Allah daripada makhluknya yang berusaha untuk memperole kejayaan dan bertawaqal kepadanya... Allah maha pengasih lagi maha penyayang....

ala...ada je..orang tak solat tapi berjaya..siap pakai mecedic lagi.... berjaya tanpa rahmat Allah??? berjaya tanpa naugan Allah....???? apa ini..manusia bodoh je yg fikir macam nih.... tahu tak istidraj???

aku nak samakan orang istidraj ni dengan orang bodoh boleh tak... aku nak buat equation... tengok semua yekkk...

istidraj=bodoh

boleh aku buat cam ni??? lu pikir lah sendiri..

ok apa itu istidraj?

dalam kamus almuhit karya alfiruz abadi dia memberi maksud istidraj ini adalah ia menipu dan ia merendah-rendahkannya



mari kita selami ayat ini..surah alaraf ayat 182

A182
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.

sebelum aku jelaskan lagi...aku nak kongsi satu hadis daripada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. "apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hamba itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah istidraj"

selepas selesai Rasulullah s.a.aw membaca hadis ini baginda menyambung pula dengna dua potong ayat al-quran surah an'am ayat 44-45

A044
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

A045
Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. Dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut): "Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian Alam".

adakah geng-geng nafsu seerakah faham apa itu istidraj...aku rasa geng- geng semua faham sebab ayat alquran dan hadis yang di kongsi adalah terang lagi jelas tidak perlu di perjelaskan lagi..tetapi..aku nak gak hurai sediki dalam bahasa aku yang amat kasar ini...

jika korang tengok...kalu ade lah kawan-kawan korang belajo bapok pandainye...tak hingat....tapi tak solat....buat maksiat tak kira masa..tetapi dia berjaya....jangan ingat dia akan berjaya di dunia...biar dia bermegah dengan kejayaan dia di dunia..sebenarnya..dia adalah golongan istidraj..yang Allah akan binasaknnya sedikit demi sedikit akibat daripada kebodohannya... nauzubillahhiminzaliq..

aku dulu selalu gak tertanya-tanya..bakpe lah orang-orang 'mongolia' mata sepet kat malaysia ni rumah dia mak ai!!! besar kedabak..kaya nak mampus...tapi sembah selain pada Allah boleh lak berjaya...hohohoho...aku bodoh memikirkannya...lepas aku tahu apa itu istidraj..aku bangga menjadi orang islam...Allah mengurniakan mereka kemewahan supaya mereka senang dan mereka sesat lebih sesat dengan kemwehan mereka...dan sedikit demi sekit mereka dekat dengan neraka Allah... ..

pastuh ada lak yang bertanya..kenapa Allah tak kurniakan mereka hidayah? kenapa Allah sesatkan mereka lebih jauh.?

sapa kata Allah sesatkan mereka lagi jauh..sapa cakap...islam dah tersebar..1400 tahun lepas...diorang pun tahu sembah berhala bukan dapat apa2..tapi mereka buta..meraka tidak mahu mencari kebenaran mereka sombong membabi buta..so...buta lah dia......jangan mempersoalkan lagi...jika kita orang yg berfikir....jangan jadi bodoh...hahah...

solat tak susah poon cek oi...tak sampai 5 minit cek oi!! hg duk blogwalking 1 jam bulih pulok...nak solat punya lah..payah nak mampos..awat laptop tuh bagi hag makan ka.... (minta maaf jika kasar..sekadar peringatan)

ambik wuduk dengan sempurna than..jadi manusia yang berfikir dengan kepala otak bukan dengan kepala lutut...solat seketika bermunajat seketika..lepas tuh..hg nak p mana pun p lah..org tak kacau.....bulih stara tuh???

insyAllahlah..orang yang solat ini biasanya...dia akan sentiasa berlembut hati...tak panas baran..sentiasa happy je..ok..jom kita bandingkan hartwan islam (yang mengamalkan ajaran islam ok..not so call muslim) dengan hartawan bukan islam..apa beza mereka..hartwan bukan islam selalu duduk lepak di kedai tokey arak minum arak sebb apa..tension katanya.... hartawan islam lak duduk dalam masjid beribadat kepada Allah katanya dia amat tenang...tgok...bezanya...tak percaya...pegi temu bual hartwan islam..kejap lagi korang bertemu dengan keindahanya...

so banyak kelebihan orang yang tidak penah tinggal solat ni.... ko..kalu korang nak tahu...sila klik====>sini noh!! ...

semoga perkongsia ilmu ini berguna buat semua noh...waallahhualam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w
 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket