Umar Bashir sibuk melihat dokumen-dokumen mengenai pembelian dan kemasukan peralatan perang. Kali ini, mereka berjaya membawa masuk sebuah kapal selam perang yang dibeli dari satu agensi rahsia yang dimiliki oleh seorang saudagar kaya dari Russia. Alhamdulillah dengan izin Allah, akhirnya kapal selam selamat sampai di perairan Gaza. Pihak rejim Zionis tidak mengetahui kemasukan kapal selam itu kerana, seorang jurutera dari Asia tenggara sudi berkhidmat untuk ketenteraan Palastien. Zubir Rahman, telah berjaya mencipta satu peranti "Wave Absorbtion" di mana peranti ini dapat menarik segala gelombang-gelombang elektrostatik yang boleh mengesan kehadiran kapal selam mahupun kapal terbang. Penciptaan Wave Absorbation ini, telah membantu kemasukan kapal selam di perairan Gaza tanpa dikesan oleh Rejim Zionis laknatullah.
"Siapa berani berjihat?" seruan Umar Bashir ketika pertama kali menjejak kaki di bumi Gaza setelah 20 tahun menetap di Russia.
ana,ana,ana,.... hampir 800 orang anak muda yang menyahut seruan Umar Bashir. Tersenyum Umar Bashir.
Umar Bashir, anak jati Palastien, keluarganya terkorban ketika dia berusia 8 tahun. Masih segar diingatannya kejadian tembak menembak di antara abinya dan pihak Zionis dan yang lebih kejam, kakaknya diperkosa dihadapannya serta dibunuh. Dia hanya mampu menangis di dalam almari dengan mulut tertutup. Hari ini, dia sudah hadir dengan sebuah semangat baru menentang Rejim Zionis. Semasa berusia 8 tahun setelah peperangan reda seketika, sepasukan sukarelawan dari pada Russia datang memberi bantuan, salah seorangnya bernama Jamil Roshkavin. Jamil Roshkavin, adalah seorang bekas tentera yang beragama islam. Beliau telah mengambil Umar Bashir sebagai anak angkatnya. Sepanjang kehidupan Umar Bashir di Russia, dia telah di dedahkan dengan pelbagai seni mempetahankan diri, malah bapa angkatnya seorang bekas tentera yang banyak berjasa kepada negara dalam mempertahankan negara mendedahknya dengan pelbagai strategi peperangan. Malah Jamil juga tidak loket dengan ilmu agamanya yang dituntut dengan ulama' terbilang negara Russia untuk diajar kepada Umar Bashir. Segala cerita tetang dua pernaklukan BatulMakqadis juga dicerita kepada Umar Bashir supaya roh jihdt itu betul-betul bersemadi dalam tubuhnya.
"Zubir, bagaimana dengan segala kelengkapan lain, maksud saya tentang peluru berpandu untuk kapal selam kita"
Umar Bashir bertanya kepada Zubir.
"Semuanya saya sudah pastikanya. Pengubahsuian peluru tersebut memberi impak yang kuat kepada setiap objek yang dituju dan penghasilan momentem yang tinggi serta pengabdian daya yang kuat kepada peluru tersebut dapat menghasilan hadlaju yang tinggi dan sekali gus memberi kesan letupan yang kuat dan sudah pasti boleh menyebabkan kehancuran kepada objek. Pengubahsuian M60 pada juga telah saya lakukan. Sudah ada 100 unit dihasilkan."
"apa yang kamu ubah wahai sahabatku Zubir"
"M60 yang dikawal secara elektronik dengan kadar cahayaultra yang tinggi. M60 ini terlalu ringan untuk kegunaan tanpa kenderaan, tetapi terlalu berat terutamanya dengan membawa peluru bagi askar yang bertidak secara individu. Kebolehan yang tinggi dan jisim kuasa yang rendah boleh menghasilakan kesan yang berterusan. Satu lagi adalah berkenaan enam berlaras, ia boleh menghasilakn 4000 pusingan per minit, XM214 yang dihasilakn oleh General Electric. Ia mempunyai kuasa pemanjangan kompleks dan yang terakhir adalah motor elektrik kuasa punggah, penyebuan, dan mekanik ini mampu melepaskan tembakan di atas tanpa mengubah sasaran."
"hebat! alhamdulillah Allah telah mengurniakan ilham kepada kamu dan satu lagi ingat, kita tidak mempunyai masa yang banyak, bila-bila masa sahaja kita akan diserang."
"InsyaAllah, semuanya telah disiapkan seperti dirancang tuan."
"alhamdulillah."
Azan ishak berkumandang dan menandakan masuknya waktu solat, mussola yang ringkas telah lama tersergam di sebuah kem ketenteraan yang betul-betul menghadap perairan Gaza. Sebuah terowong bawah tanah menghala ke sebuah bilik kebal sudah lama dicipta untuk proses perbincangan strategi.
Semua para tentera sudah siap untuk berjemaah yang pasti di imamkan oleh Umar Bashir. Setelah selesai solat sunat qalbiah yang dilaksanakan oleh semua jemaah mereka solat Isyak secara berjemaah dan sesudah itu solat sunat baa'diah disusuli dan ada juga yang sempat melaksanakan solat sunat hajat memohon kemenangan daripada Allah. Usai solat, Umar Bashir memberi sedikit tazkirah untuk menjadi penguat semangat.
" Rasulullah s.a.w tidak pernah takut untuk berperang, ini pula kita umatnya. Rasulullah s.a.w tidak takut dengan mati, ini kan kita pula umatnya, Rasulullah s.a.w mencintai syahid, kenapa bukan kita?" Mukadimah tazkirah Umar Bashir.
"tuan-tuan sekalian 313 orang para shuhadah berperang mampu mengalahkan 1000 orang musyirikin. sesungguhnya jangan takut tuan-tuan semua, Allah sentiasa membantu kita. Ini tanah air kita, ini tanah kelahiran kita, ini kiblat pertama kita dan ini adalah tempat suci para anbia'. Kenapa kita perlu takut untuk mengambil semula tanah kita. Siapa mereka, para Rejim Zionis laknatullah?. Mereka tiada iman, kita ada iman, kita ada Allah, kita kenal Rasulullah s.a.w tetapi kenapa perlu kita takut. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang beriman. Jangan takut para shuahda sekalian kerana takut itu adalah perasaan yang di campakan oleh syaitan laknatullah. Tidakkan kita ingat, bagaimana salahuddin Alayubbi mentakluk BaitulMakqdis? Bagaimana tenteranya? hebat bukan iman meraka dan kita perlu mencontohi mereka. Bagaimana iman tentera Muhammad Alfatih? Hebat bukan? kita perlu mencontohi mereka. Jadi sama-sama kita memantpkan iman sebelum kita ke medan jihad."
selesai sahaja tazkirah Umar Bashir laungan AllahhuAkbar mengegar tanah Gaza.
Malam itu, Umar Bashir memanggil orang kanannya termasuk Zubir Rahman. Ridhwan Faroq, Hamzah almasud serta Saiful Khalid untuk membincangkan mengenai strategi peperangan.
"setelah saya membuat sedikit selidikan, saya mendapati bahawa, kita perlu merubah strategi peperangan yang biasa digunakan oleh sahabat-sahabat kita sebelum ini, walapupun kelengkapan ketenteraan kita hanya ada di darat sahaja, jadi saya rasa kita tidak mampu untuk mengalahkan pihak lawan dengan serangan melalui darat. Jadi setelah saya berfikir, kita perlu menghuru-harakan perairan mereka. Bagaimana pandangan suadara?"
Umar Bashir memberi pandangan.
"tetapi dengan hanya sebuah kapal selam adakah kita mampu mengalahkan mereka sedangkan mereka mempunyai bebrapa kapal selam, jet pejuang serta kereta kebal yang tak terkira bilangannya." Ridhwan begitu risau dengan pandagan Umar Bashir.
"Zubir boleh kamu terangkan tentang peralatan kententeraan kita?"
"InsyaAllah, tuan. Begini, tentera kita sudah melangkau kepada 1000 orang jadi, saya telah menghasilkan M6o yang telah direka khas. M60 yang mampu berfungsi secara electronik dengan penghasilan cahayaultra yang tinggi mampu menyerang lima orang askar secara serentak. Penghasilan perluru berpandu yang dilihat pada sudut mekanikal mampu meletupkan sebuah objek tanpa meninggalkan kesan."
"subahanAllah, hebat!" Ridhuan memuji Allah dengan pemberian kepintaraan kepada Zubir.
"jadi, kita boleh menyerang pihak lawan daripada dalam air tanpa dikesan kerana dengan adanya peranti "wave absorption", kita tidak dapat dikesan dalam beberapa jam sebelum pihak Zionis tahu kewujudan kita di perairannya. Setelah musnahnya semua kapal selam dan kapal perang mereka, baru kita memulakan serangan melalui darat dan kamu semua jangan risau lihat ini."
Umar Bashir mengeluarkan dokumen yang terdapat segala peralatan ketenteraan yang ada dan dibeli olehnya menggunakan wang yang selama ini disimpan dan dilabur di sebuah bank di eropah untuk membeli sebuah jet pejuang.
"bagaiman tuan boleh membawa masuk jet ini?" Saiful bertanya untuk mendapat kepastian.
"Alhamdulillah, president Mesir, Al-abbas telah bersama-sama dengan kita. President baru mesir yang berusia 45 tahun itu, tidak mampu lagi melihat bumi palastine di kongkong oleh Yahudi laknatullah dan saya juga telah berjaya membuatkan dia membantu kita dengan peranti wave absorption. Untuk memastikan negara dan rakyatnya selamat, Jet pejuang itu telah disimpan di dalam sebuah kebin dan peranti Wave absorption telah dipasang padanya. Jet ditempatkan di Port Said untuk memudahkan kita semasa pihak lawan sudah kelam kabut. Jadi apabila semua sudah kelam kabut kita akan melancarkan jet ini. Jet ini akan menyerang kubu utama pihak lawan."
"idea yang bernas tetapi, saya rasa kita perlu ada penyamaran di pintu masuk Gaza dan beberapa tempat yang menjadi kawalan pihak rejim di dalam Gaza untuk memastikan segala peralatan peperangan kita tidak dihidu oleh mereka."
Saiful memberi cadangan.
"Jadi begini, kita perlu mencari 100 orang askar kita yang mempunyai kebolehan bertutur dalam bahasa pihak lawan dan mengetahui segala mengenai pihak lawan untuk menggantikan askar-askar Rejim, tugas ini saya serahkan kepada tuan ,Saiful Khalid."
bersambung....
Sesungghnya, islam itu indah dan islam itu mudah. kekuatan sesebuah islam itu terletak pada iman, bukan pada senjata yang memacu dan bukan pada kapal selam yang bemutu tetapi pada iman yang kukuh.