Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Wednesday, November 9, 2011

Permasalahan, Persoalan dan Kepentingan CINTA

Wednesday, November 9, 2011

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng-geng nafsu seerakah. bak kata orang putih long time no see. alhamdulillah dengan izzin Allah akhirnya dapat juga aku mengupdate blog ini. suka untuk aku kongsi bersama geng-geng semua tentang aku hohoh! alhamdulillah kesihatan aku makin baik dan tangan aku pun semakin pulih. terima kasih kepada nenek aku yang sudi mengurut tangan ku.

hari ini suka aku untuk berkongsi tentang permasalahan, persoalan dan kepentingan CINTA... hohoh! semua orang suka bila kita bercakap tentang CINTA tetapi...tetapi berapa orang yang faham cinta pada kaca mata islam?

banyak persoalan yang berada di minda
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
otak kata jangan hati pula kata ya
hidup tak menentu adakah ini cinta

tu dia lirik lagu dari petikan lagu cinta muka buka daripada najwa latif.

bukan aku nak bercerita pasal najwa latif . tapi aku suka untuk kongsi dengan korang semua pasal permasalah, persoalan dan kepentingan cinta tetapi sebelum itu, suka untuk aku ingatkan bahawa cinta pertama-tama cinta yang maha agung adalah cinta kepada ALLAH, rasul, agama baru makhluk.

mari kita kecilkan skop kita bincang tentang cinta kita kepada makhluk. sunatullah genetik chromosome XX akan tertarik kepada genetik chromosome XY. lumrah alam yang telah ditetapkan oleh ALLAH. tidak salah tetapi permasalahannya berapa orang yang boleh cinta kerana ALLAH dan berapa orang yang boleh merahsiakan kata cinta kepada seseorang itu sebelum seseorang itu menjadi halal baginya... berapa orang yang sanggup? percayalah cakap aku, tidak ada yang mampu menahan nafsu untuk memberhentikan diri untuk meluahkan kata cinta kepada orang yang kita cintai. kerana apa? kerana kita rasa kita akan kehilangan seseorang itu jika kita tidak luahkannya.

pemikiran yang senteng dan kolot seperti ini menyebabkan kita melabuhkan diri kita kepada maksiat. btw apa prinsip kita yang pertama tadi? sayang kepada ALLAH bukan? jadi kenapa kita perlu takut untuk kita merahsiakan rasa cinta kita kepada seseorang itu kerana ALLAH maha mengetahui dan dia lah yang maha kuasa untuk melabuhkan perasan cinta kepada orang yang kita cintai. so, cukuplah kita berdoa dan memohon ALLAH menaburkan benih-benih cinta dalam hati orang yang kita cintai. jangan risau hidup, mati, nikah, khawin, zuriat, kekayaan semua ditentukan oleh YA KHALID. so, kita jangan risau. andai ia adalah jodoh kita maka dia selama-lamanya jodoh kita andai ia telah ditetapkan oleh ALLAH insyaAllah.

persoalan cinta pasti menjadi tanda tanya oleh semua manusia. adakah cinta kita cinta hakiki, adakah cinta kita cinta yang ikhlas atau adakah cinta kita ini adalah cinta yang benar bukan sebab kedunia? argh!!! banyak persoalan yang berada diminda. hohoh! persoalan seperti ini lah membuatkan kita sakit otak, nak giler dan bunuh diri sebab kita tak confident dengan ketentuan ALLAH . jangan begini akak,abang adik, dan semua umat islam, sila nyahkan semua persoalan ini di minda anda ..dan sila balik kepada prinsip pertama . kembali kepada ALLAH. sesungguhnya persoalan ini akan timbul selepas anda selesai akad bukan sebelum akad sebab persoalan ini lah membawa anda-anda dan aku kelembah maksiat hohoh! kita sentiasa teringat seseorang yang bukan mahram kita adalah menghampiri zina. aku tahu mesti ada sesetegah geng-geng cakap

"alah, immukmin macam lah dia tak pernah ada perasaan mca tuh!"

sesungguhnya aku adalah manusia dan aku bukan seorang yang alim sehinggakan mampu mematahkan godaan syaitan dengan mudah tetapi aku punyai kekuatan untuk mengingati diriku dan kawan2 semua. jadi lebihkan diri kita untuk lebih dekat dengan ALLAH supaya ALLAH tetap menjadi no satu dalam hati kita dan insyaAllah ALLAH pasti membantu kita dan memakbulkan setiap doa kita BARAKAALLAH. jadi janganlah kita rungsing dengan persoalan yang kita tidak pasti lagi kebenarannya kerana hati manusia berubah-rubah.

dan akhir sekali apa kepentingan cinta nih? emm..banyak kepentingan cinta ini kerana cinta ramai yang mampu berjaya atas izin ALLAH. cinta ini umpama capsul ajaib. jika dimakan kita menjadi semakin kuat dan bertenaga. jadi ramai yang kita lihat berjaya keran cinta. bak kata pepatah setiap kejayan seseorang lelaki itu ada wanita dibelakang. see! that we call the power of love. the person that we love always give us something that can catalyst and it will speed up the rate of reaction. hohoh! kimia lah pulak. tetapi itu adalah kebenarnya tetapi tidak semestinya cinta itu perlu diluahkan bagi yang belum bernikah cukuplah kita rahsiakan kerana ada satu peringatan

"andai kita mencintai seseorang itu, cukuplah kita simpan didalam hati. jika kita mati pada masa itu tanpa meluhakannya maka mati kita adalah mati syahiid"

What is Love?

A simple spark of deep desire,
The gentle gaze that sets the fire.
Often spoken, sometimes meant,
Heat of passion, sweetly spent.

Pleasure sought and object lured,
Emotions cherished and endured.
Forever, or a brief affair,
Not forgotten, always there.

Few resist and many fall,
Some are wary, not at all.
Found in tears, a smile, a sigh,
If unrequited, passes by.

Not for sale at any price,
Trust, compassion, sacrifice.
Common bonds of tempered past,
Kindred spirits, first and last.

Feelings ever changing flow,
Nurtured well, the best will grow.
Is it ever understood?
This much we know, love is good.

- Duncan MacKellar -

waaAllahhualam

sesungguhanya aku sayang ALLAH dan RASULULLAH S.A.W

p/s: aku pun risau kalau lah aku betul2 jatuh cinta... hehehe ..=P

0 aku rase post ko tak bleh blah:

 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket