Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Saturday, December 10, 2011

Dunia Tunggangan Manusia

Saturday, December 10, 2011
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم


hai geng-geng nafsu Seerakah, adakah kamu merindui aku. hohoh!. minta maaf terlalu busy dengan kerja dunia . nauzubillahiminzaliq. Aku sebenarnya rindu mahu menulis di blog ini tetapi banyak kejadian telah berlaku keatas diri ini, insyaAllah segala kejadian itu adalah ujian daripada Allah yang pasti insyaAllah memantapkan iman. Kerinduan kepada Allah dan Rasulullah s.a.w menjadi pembuka ataupun mukadimah untuk entri kali ini.

SubahanAllah walhamdulillah walailahhaillahAllah Allahhuakhbar
Allahhumasolli'alaasaidinamuhammadwal'alaalihiwasahbihiwassalim.

Bulan Muharam terkenal dengan hijrahnubwah, hijarah Rasulullah s.a.w tetapi kita semua tahu yang hijrah Rasulullah s.a.w berlaku pada bulan Rabiulawal. Rabiulawal juga dikenali sebagai rabiulrasul yakni bulan Rasulullah s.a.w. Banyak peristiwa yang berlaku pada bulan Rabiulawal. ok nnt kita cerita tentang bulan Rabiulawal pada entri lain. Miri kita fikir sejenak... apakah kaitan tajuk entri kali ini Dunia Tunggangan Manusia dengan Hijrah?

Pasti ramai yang tertanya bukan? tiada hijrah selepas pembukaan kota makkah tetapi hanya hijrah melawan nafsu yang juga adalah salah satu daripada jihat fisabilillah. insyaAllah. Berapa ramai yang berani berhijrah daripada perkara yang buruk kepada baik? angkat tangan!

hohoh!

siapa berani berhijrah, daripada tidak memakai tudung terus memakai tudung, daripada tak cukup solat kepada cukup solat 5 waktu. daripada tidak pernah mengamalkan solat sunat duha kepada tidak pernah tinggal duha..

aku tanye sekali lagi, siapa berani?

setiap perkara yang baik kita mahu amalkan amat susah, sebab apa? sebab tiadanya perasaan yang dinamakan istiqamah. Ingin akau berkongsi dengan korang satu fakta yang memang jelas dicerita dalam alquran.

Hijrah nabi Musa a.s gagal tetapi kenapa Hijrah nabi Rasulullah s.a.w berjaya?

kerana akhlak umat nabi Muhammad adalah lebih baik berganda-ganda daripada bani israel. Ada pada satu ketika selepas Allah memerintahkan Nabi Musa dan bani Israel berhijrah daripada Mesir ke Palastin mereka tersesat di Ardudin selama 40 tahun dan selama itu terjadi bermacam-macam perkara yang pasti menguji Nabi Musa a.s. Sampailah pada ketika mereka sudah sampai ke Palastin yang mana diduduki oleh satu masyarakat yang kuat dan hebat. Nabi Musa a.s berkata Allah menyuruh kita berperang menentang masyarakat itu dan jangan bimbang Allah sentiasa bersama-sama kita tetapi jawaba bani Israel.

"kau pergilah berperang dengan Tuhan kau Musa, kami mahu duduk di sini dan melihat dari jauh". ini adalah akhlak bani israel.

perisitwa ini juga berlaku selepas Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah ketika perang badar, Rasulullah s.a.w amat bimbang untuk memberitahu tentang wahyu daripada Allah menyuruh berperang. Rasulullah s.a.w takut jawapan yang sama diberi oleh sahabat-sahabatnya seperti Bani Israel tetapi 3 orang sahabat bangun dan salah seorang daripada mereka adalah Saad daripada golongan ansar. "jangan Risau Rasulullah s.a.w kami akan bersama- sama tuan untuk berjihat di jalan Allah" Rasulullah tersenyum dengan jawapan itu dan rasa gembira dengan jawapan itu.

Lihat akhlak sahabat-sahabat nabi yang pasti menyenangkan hati Rasulullah s.a.w tetapi kita hari ini bila bercakap tentang akhlak sudah pasti tidak mahu dengar malah ada yang mengutuk.
Terlampau gilakan dan merindu dunia hukum Allah dilupakan dan dipersia-siakan malah ada yang mengutuk hukum Allah nauzubillahhiminzaliq.

satu hadis yang masyur:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

'Jadi hadis ini betul-betul sudah terjadi pada hari ini, mari kita lihat musuh sudah berjaya menakluk minda kita dengan pelbagai hidangan dunia yang mengiurkan sehinggakan kita lalai serta leka mengingati Allah dan lupa mencintai Rasulullah s.a.w.
Kita mengagungkam dunia yang sementara malah kita malas mencari bekalan akhirat sehinggakan apabila bercakap tetang hukum Allah menetang seperti apa yang ditetapkan Allah adalah salah satu kesilapan besar. nauzubillahiminzaliq.

"ya allah kau tetapkan iman kami"

sesungghunya tiada keraguan dalam hukum Allah. siapa yang melaksanakan hukum Allah maka mereka adalah orang-orang yang berjaya. yang menduka citakan, hari ini, tiada yang mahu berhijrah malah banyak yang sesat dengan dunia. Sebab politik, hukum Allah dipermainkan dan di perbodohkan. tidak kah mereka tahu bahawa hukum Allah itu adalah satu hukum yang pasti boleh menyelesaikan pelbagai masalah. Bodoh dan bodoh kepada manusia-manusia yang cetek agama tetapi memandai-mandai menilai dan mempertikaikan hukum Allah.

Sebab kemewahan dunia hari ini, manusia berlumba-lumba mencari harta ,wanita dan macam-macam lagi tetapi bekalan akhirat tiada dalam simpanan. teringat aku dengan satu gurauan daripada seorang penceramah yang terkemuka.
katanya:
hari ini manusia menjadikan surat khabar sebagai alquran, tv sebagai hadis.

jika dinilai semula, ada betul nya. kita lebih percayakan media massa dan electronik daripada segala yang termaktub dalam alquran dan hadis. Hukum hudud wajib dilaksana tetapi disebabkan putar belit daripada media massa dan media electronik, maka ramai yang buta agama menyalahkan hukum Hudud. nauzubillahhiminzaliq.

Hudud wajib dilaksankan, wajib kerana hanya hukum hudud ini sahaja yang mampu menyelamatkan umat islam.

jadi kita tidak sepatutnya meletakan Dunia sebagai perkara yang utama, tak mengapa bersederhana di dunia tetapi kaya raya di akhirat insyaAllah.

Wallahulam

p/s: waktu aku tengah siapkan entri ini. gerhana bulan sudah penuh dan sesungguhnya aku sangat takut. barakaAllah

0 aku rase post ko tak bleh blah:

 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket