Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Thursday, October 27, 2011

Kegagalan Landasan Kejayaan

Thursday, October 27, 2011

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم


selamat pagi geng2 nafsu seerakah semua.. Alhamdulillah dapat juga cek bangun pagi ni untuk mendekatkan diri kepada Allah. by the way hari ini insyaAllah..cek bersama-sama dengan classmate akan beriadah di gua kelam.. mailah kita beriadah bersama. cek akan berada di sana, insyaAllah pada jam 10 pagi. hohohoh!. ok btw sebelum kita bergerak ke gua kelam eloklah kita berkongsi ilmu atau pengalaman mungkin... untuk menguatkan lagi iman dan semangat kita dalam mendekatkan diri kepada Allah..barakaAllah.

sebenarnya, InsyaAllah habis sahaja cuti deepavali ini, aku dan seluruh pelajar universiti aku akan menduduki peperiksaan ujian pertegahan tahun..pejam pelik2x dah 2 bulan aku lepak kat uni rasa macam sekejap je... so, aku mohon kawan2 doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah..insyaAllah.

tak semua yang kita nak kita akan dapat direct.. tak gitu cek jah...hehehe... ye kalau bercakap tentang exam, semua orang nak yang terbaik. event aku pun mahu yang terbaik. kita dah usaha sehabis mungkin, sampai merebes peluh jantan..ni untuk lelaki je lah..hehehe..tapi tak dapat juga keputusan yang diinginkan... jgn bersedih sebb setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. aturan Allah maha hebat jika dibandingkan dengan aturan kita sendiri yang sememangnya tidak boleh menandingi ya Rabb. so, jangan bersedih. apabila kita mengalami kegagalan tidak bermakan kita akan gagal selama-lamanya.. at least, pengalaman kegagalan itu dijadikan satu kekuatan untuk lebih berjaya bukan untuk cepat putus asa.

ada seorang kawan aku ni...masa dajah 6..cikgu cop dia..pelajar yang bodoh... kebanyakan cikgu dia mmg dah tahu yg dia memang tak boleh perform..tapi apa yang dia buat, kesedaran agama yang tinggi disebbkan didikan daripada ibu bapa banyak mematangkan fikirannya.. caranya adalah dengan mendekatkan dirinya kepada Allah...

seingat aku, dia tidak pernah tinggal sekali pun solat sunat hajat sebelum,semasa dan selepas UPSR... setiap hari dia memohon kejayaan daripada Allah..setiap hari aku lihat selepas ishak di surau dia sujud memohon doa dan hajat daripada Allah.... semasa trial upsr tiada satu A pun yang dia perolehi.berkat usaha,doa dan tawaklanya kepada Allah, akhirnya semasa keputusan UPSR di ishtiharkan, dia memperolehi keputusan yang sangat cemerlang, sehinggakan semua cikgu terkejut dan bangga kepada nya, tapi ada juga guru yang mengatakan dia meniru tetapi aku yakin memang dia tidak akan meniru. semua itu atas usahanya sendiri...

pernah sekali aku lepak dengan dia, tiba-tiba dia bersuara "aku akan pastikan yang aku boleh berjaya dari orang lain walaupun aku ni bukan budak bijak-bijak" dan akhrinya dia buktikan.. semua orang suka melihat kejayaannya.. bermula pada hari itu, semangatnya semakin berkobar-kobar untuk belajar dan akhirnya dia berjaya sehingga hari ini Alhamdullilah.

"Allah membantu manusia yang membantu agamanya''

jadi kita jangan cepat berputus asa. kegagalan bukanlah pengakhiran segala-galanya.. ianya satu coretan di atas kertas putih untuk dijadikan sebuah kehidupan yang indah. kalau asyik nak perfect je..tiada kemanisan dalam kehidupan.. dan hidup pun tiada kematangan. mana taknya..asyik senang je tiada susah..nak nih dapat nak tu dapat... adeh!!!

so jadikan kegagalan satu landasan kepada kejayaan.. dan jangan cepat putus asa dan yang penting jangan MALAS.. sifat MALAS ni bakal menggagalkan setiap manusia... dan yang penting

'Ada Kejayaan Kepada Manusia Yang Berusaha'

itu memang janji Allah..Allah tidak akan memungkiri janji.

WaAllahhualam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

1 aku rase post ko tak bleh blah:

LadyBird said...

bgsnye adik akak ni bgn pagi2.. :D

p/s : smg bjy menjawab exam dgn jayanya nanti.. ameeenn..

 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket