Sewaktu kita kesorangan, pasti kita akan menjadi diri kita yang sebenar. Terasa diri ini tidak malu untuk melakukan apa sahaja. Tidak bermuka-muka seperti kita berada di hadapan sahabat, tidak perlu menjaga penampilan malah perwatakan kita akan menjadi berbeza sewaktu kita kesorangan.
Kita akan menjadi diri kita sendiri. Pada waktu itu diri kita terasa amat bosan dan syaitan mula menghasut kita melakukan perkara yang muka. Malah sahabat yang sentiasa bersama kita sewaktu kita susah iaitu nafsu turut serta dalam membantu syitan. Pada waktu itu kita tidak terasa takut untuk melakukan kemungkaran. Malah hari itu adalah suatu hari yang akan membawa kita kepada suatu alam mimpi yang amat ngeri. Sehinggakan kita sanggup melakukan suatu perkara yang bercanggah dalam peraturan seorang mukmin sejati. Meter iman mula ditahap yang terendah. Kita takut tetapi dalam pada waktu yang sama kita seronok. Kekuatan iman tidak mampu mengatasi segala-galanya.
Jadi marilah kita sama-sam pertingkatkan iman dengan melakukan sebanyak mungkin ibadat kepada Allah, yang wajib itu penting yang sunat itu sebagai penampung kepada yang wajib. walaupun ibadat itu hanyalah zikurAllah tetapi biarlah ia dilakukan secara istiqamah.
Amin.
waAllahhualam
Saturday, July 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 aku rase post ko tak bleh blah:
Post a Comment