Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Wednesday, December 5, 2012

Surat Aku Untuk Kau Wahai bakal Isteriku.

Wednesday, December 5, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Sidang sibuk aku membelet-belet kalendar telepon bimbit aku ternampak satu tarikh yang aku sendiri tetapkan sebagi satu misi. Tanggal 4 April 2014 adalah tarikh yang aku sendiri tetapkan untuk pembangunan diri untuk lebih berusaha mencari calon seorang isteri. Tetapi persoalannya siapa?

Aku lupakan seketika tarikh itu melihat kepada calon masih belum ditemui atau aku ini entah siapa-siapa. Hohoh!. Sibuk dengan almari pakaian semakin bertambah pakaian dan perlu dikemaskan terdetik untuk membuka laci almari. Tiba-tiba teringat surat yang dulu pernah ditulis bukan untuk suka-suka tetapi luahan hati dan harapan. Tersenyum apabila membaca luahan yang mungkin 3 tahun lepas telah ditulis.

Surat aku untuk kau bakal isteriku:

Assalammuaalaikum wahai bakal isteriku,

Mungkin aku malu untuk meluahkan dengan kata-kata,
Mungkin aku risau untuk bersua muka,
Tetapi hajat aku hanya satu,
Untuk menjadikan kamu sebagai isteri ku,
Untuk menjadikan kamu sahabat sehati sejiwa sehingga disyurga,
Untuk menjadikan kamu penyimpan rahsia bersama,

Mungkin surat ini hanya luahan hati ku untuk kau wahai bakal isteriku,
Kerana surat ini mencerminkan keikhlasan hati aku dalam memelihara ikatan suci antara kita selepas selesai nya akad,
Aku bukan seorang yang baik umpama malaikait,
Aku bukan yang kacak seperti idaman semua wanita,
Tetapi aku hanya seorang hamba Allah yang akan menjadi seorang suami yang terbaik buat isteriku selepas akad,
Tidak akan aku sia-siakan isteriku kerana kau adalah syurgaku,
Akan ku jaga isteriku seperti aku menjaga diriku sendiri,

Wahai bakal isteriku,

Sesungguhnya aku pohon kepada mu, agar kau sentiasa dekat dengan ku, pabila aku susah, senang, suka, duka agar kau menjadi penguat diriku untuk lebih tengguh,
Jadilah seorang mujahidah untuk aku seorang mujahid,
Bersama-sama membawa syariat Allah,
Aku juga memohon agar kau sentiasa memahami diriku dan menerima diriku seadanya,
Sesungguhnya baik buruk diriku adalah kurniaan Allah yang perlu redha kau menerimanya.

Dan aku akan sentiasa menjaga kau dihari kau muda dan dihari kau tua,
Dihari kau sihat dan dihari kau sakit,
Dihari kau gembira dan dihari kau sedih,
Dan percayalah bahawa setiap detik kita bersama selepas akad adalah satu pahala. Aku pohon kepada Allah agar ikatan kita akan kekal hingga ke syurga. InsyaAllah.

Yang benar,
Bakal suamimu.

Tersentuh dengan nukilan diri membuatkan aku semakin bersedia untuk lebih memikirkan masa depan untuk mendirikan rumah tangga tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ku dan aku berharap agar aku sentiasa dekat denga Allah dan setiasa menjadi seorang yang soleh. BarakaAllah.

Sesungguhnya aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w.


Segelas teh tidak menggambarkan apa-apa jika hanya sekadar melihat tetapi cuba rasa dan pasti kita menemui nilai sebenar segelas teh. Begitu juga hati, dengan melihat sahaja kita tidak menemui apa melainkan kita selami hati itu. :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 aku rase post ko tak bleh blah:

Ahmad Mu'adz Ibnu Nazari said...

terbaik seyh..mohon pinjam

Ahmad Mu'adz Ibnu Nazari said...

terbaik seyhh..mohon share dan pinjam

 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket