بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Bila kita bercakap tentang harapan, macam-macam yang boleh kita harapkan. Ada nak ini, ada nak itu, macam-macamlah. Tapi, adakah harapan itu menjadi satu kenyataan atau harapan itu menjadi satu lawan.
Pernah aku mendengar pesanan daripada ustazah aku waktu aku form 5 dulu. Beliau memberi tahu kepada aku;
"Kalau kamu usaha 10, 10 kamu dapat tapi kalau kamu usaha 1, 1 yang kamu dapat. Allah maha adil."
So, apa yang aku boleh dapat daripada pesanan ustazah aku, segalanya diatas diri kita sendiri. Allah dah membuka jalan seluas-luasnya untuk kita memilih jalan sendiri dan berusaha mencari kejayaan. Kalau kita mengharapkan segala-galanya dengan menyerah bulat-bulat kepada Allah maka itu hanya angan-angan kosong. Usaha, Doa, Tawakal itu adalah ramuan atau resepi sebua kejayaan yang kita harapkan.
Harapan boleh disama ertikan seperti pemangkin atau dalam bahasa inggerisnya catalyst. Tanpa harapan tiada kejayaan. Jadi apa yang aku nak share dengan korang, kalau korang ada harapan teruskan dengan doa usaha tawakal, insyaAllah harapan itu akan jadi kenyataan. Tetapi ingat, mesti ikhlas kerana Allah bukan atas dasar nama atau atas dasar pangkat semata-mata.
Harapan juga boleh disama ertikan dengan perubahan kepada yang lebih baik. Kita berniat untuk menjadi seorang yang soleh ataupun solehah adalah satu harapan yang ditanam dalam hati untuk menjadikan ia satu riality dan method ia juga sama. Apa yang paling penting istiqamah dalam perubahan agar ia dapat menjadi titik permulaan dalam diri untuk lebih dekat dan mencintai Allah. Kita sering leka dan alpa dalam mengingati Allah tetapi ingat. Allah tidak pernah melupakan kita dan Allah terlalu sayangakan kita. InsyaAllah jika kita berusaha kita pasti akan berjaya.
Ini sahaja perkongsian daripada aku kepada kawan-kawan semua diharap sedikit perkongsian ini dapat membero erti kepada diri aku dan kawan-kawan . BarakaAllah.
Aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 aku rase post ko tak bleh blah:
Post a Comment