Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Thursday, December 20, 2012

Rindu.

Thursday, December 20, 2012
Assalammualaikum.

Sahabat-sahabat Nafsu Seerakah semua, diharap sentiasa sihat dan berada dibawah perlindungan dan dakapan Ilahi. Banyak benda nak cerita tetapi mungkin bukan kali ini. Cukuplah aku katakan yang aku SANGAT, SANGAT dab SANGAT sibuk sehinggakan pengurusan untuk diri sendiri tidak mampu aku uruskan. Senaman pagi yang menjadi rutin aku setiap pagi terpaksa ditinggalkan. Sejak menjadi ketua sebuah organisasi ni, aku banyak menghabiskan masa untuk menjaga kebajikan mahasiswa dan mengharumkan lagi nama universiti. Tetapi alhamdulillah aku tidak pernah lupakan agama serta tingkah lagu sebagai sorang yang bergelar muslim. InsyaAllah apa yang kurang pada diri aku akan tambahkan. Kesibukan ini juga membuatkan aku sedih. Bukan kerana menyesal memegang jawatan tetapi aku terlampau rindu dengan mama,abah dan adik-adik aku.

Rindu terlampau amat membuatkan air mata aku menitis setiap kali mengenangkan mereka. Aku tidak mampu lagi meluangkan masa atau balik kerumah pada cuti semesta bukan kerana tidak mahu tetapi aku perlu komitmen dengan tugas yang diamanahkan oleh Allah kepada aku. Aku gembira dengan amanah ini tetapi rindu itu membuatkan aku sedih. Mama dan abah merestui segala perkara yang aku lakukan selagi itu tidak bertentangan dengan syarak dan baik untuk aku. Mungkin bagi mereka aku adalah anak yang boleh dibanggakan tetapi bagi aku, aku belum pernah lagi menyumbang sesuatu untuk mereka. Ya Allah aku pohon agar Kau sentiasa merahmati aku , mama dan abah aku serta adik beradik dan kaum kerabatku. Tempatkanlah kami dalam golongan manusia yang sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Aku memohon kepada Allah agar segala jalan dan usaha aku sentiasa mendapat keberkatan dari Allah dan semoga jalan-jalan aku dipermudahkan Allah. BarakaAllah.

Aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w.

Jam 8.00. Malam- prepare to go for meeting. :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 aku rase post ko tak bleh blah:

 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket