Friday, December 21, 2012
Hujan Di awal Pembentangan Projek
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Apakhabar semua sahabat-sahabat Nafsu Seerakah semua? Hohoh diharap semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa diatas landasan Allah.
.
Currently on the road with orange motorcycle on the way to the class but suddenly raining hohoh! But this is not the problem because this is the amazing of the world, we as a human that is created by Allah to have look for this miracle of the development of rain.
From my view, we look the rain is beautiful. How this small particle water can appear through the cloud. Cloud like a pure smoke suddenly can change into beautiful of water. This situation we must look the perfect plan that never people in the world can do it. Why rain not go up but always fall? Why? This will call the power of Allah that we cannot do but how many people grateful with this beautiful rain. The rain can enhance the plant to grow up with delicious fruits and beautiful flowers. How many people greatful? . So as a human that always know the truth, we must appreciate the world that Allah give us to ensure our life is lively and always in the good mood.
Jadi sebagai manusia jangan kita merungut tetapi melihat dari sudut yang positif tentang kejadian Allah ini. Bersyukrlah kerana Allah memberi peluang untuk kita hidup di atas muka bumiNya. BarakaAllah.
P/s: Alhamdulillah hujan dah berhenti.
Aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w
Coretan ringkasi- Diatas motor otw ke kelasa-highway perlis-changlun-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, December 20, 2012
Rindu.
Sahabat-sahabat Nafsu Seerakah semua, diharap sentiasa sihat dan berada dibawah perlindungan dan dakapan Ilahi. Banyak benda nak cerita tetapi mungkin bukan kali ini. Cukuplah aku katakan yang aku SANGAT, SANGAT dab SANGAT sibuk sehinggakan pengurusan untuk diri sendiri tidak mampu aku uruskan. Senaman pagi yang menjadi rutin aku setiap pagi terpaksa ditinggalkan. Sejak menjadi ketua sebuah organisasi ni, aku banyak menghabiskan masa untuk menjaga kebajikan mahasiswa dan mengharumkan lagi nama universiti. Tetapi alhamdulillah aku tidak pernah lupakan agama serta tingkah lagu sebagai sorang yang bergelar muslim. InsyaAllah apa yang kurang pada diri aku akan tambahkan. Kesibukan ini juga membuatkan aku sedih. Bukan kerana menyesal memegang jawatan tetapi aku terlampau rindu dengan mama,abah dan adik-adik aku.
Rindu terlampau amat membuatkan air mata aku menitis setiap kali mengenangkan mereka. Aku tidak mampu lagi meluangkan masa atau balik kerumah pada cuti semesta bukan kerana tidak mahu tetapi aku perlu komitmen dengan tugas yang diamanahkan oleh Allah kepada aku. Aku gembira dengan amanah ini tetapi rindu itu membuatkan aku sedih. Mama dan abah merestui segala perkara yang aku lakukan selagi itu tidak bertentangan dengan syarak dan baik untuk aku. Mungkin bagi mereka aku adalah anak yang boleh dibanggakan tetapi bagi aku, aku belum pernah lagi menyumbang sesuatu untuk mereka. Ya Allah aku pohon agar Kau sentiasa merahmati aku , mama dan abah aku serta adik beradik dan kaum kerabatku. Tempatkanlah kami dalam golongan manusia yang sentiasa mendapat keredhaan Allah.
Aku memohon kepada Allah agar segala jalan dan usaha aku sentiasa mendapat keberkatan dari Allah dan semoga jalan-jalan aku dipermudahkan Allah. BarakaAllah.
Aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w.
Jam 8.00. Malam- prepare to go for meeting. :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, December 8, 2012
Ada Yang Terbaik Dari Allah
السلام عليكم
Rasa sedih, hiba, gembira, semua bercampur. Mungkin mengharapkan cerah langit hingga ke petang tetapi rupa-rupanya hujan ditengahari. Apa yang kita mampu buat? Nak salahkan siapa? Jangan salahkan siapa-siapa, salahkan diri sendiri yang tidak reti menilai. Bak kata pepatah melayu, ukur baju pada badan sendiri. Itu yg terbaik. Kena tahu asal usul kita. Keadaan kita bagaimana? Siapa keluarga kita? Apa kelulusan kita? Jadi tak layak untuk kita menentukan segalanya atas kehendak kita tanpa memikirkan orang lain.
Kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku diberi dugaan yang hebat dan tidak sama seperti kawan-kawan aku yang lain? Astghfirullahhalazim, aku cepat-cepat tersedar yang Allah maha mengetahui. Setiap kejadian di langit dan di bumi ada hikmahnya dan hikmahnya menyuruh kita sebagai makhluk Allah berfikir dimana silapnya. Pokok pangkalnya diri sendiri. Tepuk dada, tanya iman, uji otak, tanya akal.
Satu yang aku belajar sepanjang aku hidup sebagai seorang muslim adalah, jangan mudah membuat kesimpulan awal atau pun bak kata orang putih, don't jump into conclusion tetapi ada caranya iaitu,
1. Take the positive side of the problem
2. Take the negative side of the problem
3. Analysis both side
4. Take the interesting for the both side
5. Conclude the problem
6. Make the decision.
Jadinya caranya sudah ada yang penting perlaksanaannya perlulah berkhemah.
Jangan cepat melatah tetapi penuh dengan diplomasi dan ingat setiap apa yang kita lakukan perlulah ikhlas kerana Allah serta perlu ada misi yang kukuh. InsyaAllah segalanya akan berjalan seperti yang dirancang atas izin Allah.
Cinta itu milik Allah dan Allah sahaja yang berhak menabur benih-benih cinta kepada insan yang layak untuk di cintai. Perlu ingat cinta yang suci adalah cinta yang halal cinta yang diperhalusi ijab dan qabul dan semuanya akan menjadi ibadah. Didik isteri bukan perkara yang mudah melainkan dengan cara dan syariat yang betul. BarakaAllah.
Aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, December 6, 2012
Harapan.
السلام عليكم
Bila kita bercakap tentang harapan, macam-macam yang boleh kita harapkan. Ada nak ini, ada nak itu, macam-macamlah. Tapi, adakah harapan itu menjadi satu kenyataan atau harapan itu menjadi satu lawan.
Pernah aku mendengar pesanan daripada ustazah aku waktu aku form 5 dulu. Beliau memberi tahu kepada aku;
"Kalau kamu usaha 10, 10 kamu dapat tapi kalau kamu usaha 1, 1 yang kamu dapat. Allah maha adil."
So, apa yang aku boleh dapat daripada pesanan ustazah aku, segalanya diatas diri kita sendiri. Allah dah membuka jalan seluas-luasnya untuk kita memilih jalan sendiri dan berusaha mencari kejayaan. Kalau kita mengharapkan segala-galanya dengan menyerah bulat-bulat kepada Allah maka itu hanya angan-angan kosong. Usaha, Doa, Tawakal itu adalah ramuan atau resepi sebua kejayaan yang kita harapkan.
Harapan boleh disama ertikan seperti pemangkin atau dalam bahasa inggerisnya catalyst. Tanpa harapan tiada kejayaan. Jadi apa yang aku nak share dengan korang, kalau korang ada harapan teruskan dengan doa usaha tawakal, insyaAllah harapan itu akan jadi kenyataan. Tetapi ingat, mesti ikhlas kerana Allah bukan atas dasar nama atau atas dasar pangkat semata-mata.
Harapan juga boleh disama ertikan dengan perubahan kepada yang lebih baik. Kita berniat untuk menjadi seorang yang soleh ataupun solehah adalah satu harapan yang ditanam dalam hati untuk menjadikan ia satu riality dan method ia juga sama. Apa yang paling penting istiqamah dalam perubahan agar ia dapat menjadi titik permulaan dalam diri untuk lebih dekat dan mencintai Allah. Kita sering leka dan alpa dalam mengingati Allah tetapi ingat. Allah tidak pernah melupakan kita dan Allah terlalu sayangakan kita. InsyaAllah jika kita berusaha kita pasti akan berjaya.
Ini sahaja perkongsian daripada aku kepada kawan-kawan semua diharap sedikit perkongsian ini dapat membero erti kepada diri aku dan kawan-kawan . BarakaAllah.
Aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, December 5, 2012
Surat Aku Untuk Kau Wahai bakal Isteriku.
Sidang sibuk aku membelet-belet kalendar telepon bimbit aku ternampak satu tarikh yang aku sendiri tetapkan sebagi satu misi. Tanggal 4 April 2014 adalah tarikh yang aku sendiri tetapkan untuk pembangunan diri untuk lebih berusaha mencari calon seorang isteri. Tetapi persoalannya siapa?
Aku lupakan seketika tarikh itu melihat kepada calon masih belum ditemui atau aku ini entah siapa-siapa. Hohoh!. Sibuk dengan almari pakaian semakin bertambah pakaian dan perlu dikemaskan terdetik untuk membuka laci almari. Tiba-tiba teringat surat yang dulu pernah ditulis bukan untuk suka-suka tetapi luahan hati dan harapan. Tersenyum apabila membaca luahan yang mungkin 3 tahun lepas telah ditulis.
Surat aku untuk kau bakal isteriku:
Assalammuaalaikum wahai bakal isteriku,
Mungkin aku malu untuk meluahkan dengan kata-kata,
Mungkin aku risau untuk bersua muka,
Tetapi hajat aku hanya satu,
Untuk menjadikan kamu sebagai isteri ku,
Untuk menjadikan kamu sahabat sehati sejiwa sehingga disyurga,
Untuk menjadikan kamu penyimpan rahsia bersama,
Mungkin surat ini hanya luahan hati ku untuk kau wahai bakal isteriku,
Kerana surat ini mencerminkan keikhlasan hati aku dalam memelihara ikatan suci antara kita selepas selesai nya akad,
Aku bukan seorang yang baik umpama malaikait,
Aku bukan yang kacak seperti idaman semua wanita,
Tetapi aku hanya seorang hamba Allah yang akan menjadi seorang suami yang terbaik buat isteriku selepas akad,
Tidak akan aku sia-siakan isteriku kerana kau adalah syurgaku,
Akan ku jaga isteriku seperti aku menjaga diriku sendiri,
Wahai bakal isteriku,
Sesungguhnya aku pohon kepada mu, agar kau sentiasa dekat dengan ku, pabila aku susah, senang, suka, duka agar kau menjadi penguat diriku untuk lebih tengguh,
Jadilah seorang mujahidah untuk aku seorang mujahid,
Bersama-sama membawa syariat Allah,
Aku juga memohon agar kau sentiasa memahami diriku dan menerima diriku seadanya,
Sesungguhnya baik buruk diriku adalah kurniaan Allah yang perlu redha kau menerimanya.
Dan aku akan sentiasa menjaga kau dihari kau muda dan dihari kau tua,
Dihari kau sihat dan dihari kau sakit,
Dihari kau gembira dan dihari kau sedih,
Dan percayalah bahawa setiap detik kita bersama selepas akad adalah satu pahala. Aku pohon kepada Allah agar ikatan kita akan kekal hingga ke syurga. InsyaAllah.
Yang benar,
Bakal suamimu.
Tersentuh dengan nukilan diri membuatkan aku semakin bersedia untuk lebih memikirkan masa depan untuk mendirikan rumah tangga tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ku dan aku berharap agar aku sentiasa dekat denga Allah dan setiasa menjadi seorang yang soleh. BarakaAllah.
Sesungguhnya aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w.
Segelas teh tidak menggambarkan apa-apa jika hanya sekadar melihat tetapi cuba rasa dan pasti kita menemui nilai sebenar segelas teh. Begitu juga hati, dengan melihat sahaja kita tidak menemui apa melainkan kita selami hati itu. :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, December 4, 2012
Pencarian Jati Diri Masih Jauh Perjalanannya.
Hai geng-geng gempak nafsu seerakah. Long time no update hohoh! Mohon seribu kemaafan kerana tidak mampu untuk mengupdate blog ini kerana terlampau sibuk dengan amanah dari Allah. SubahanaAllah, amanah Allah ini sungguh berat. Betul lah segala yang diceritakan kepada kita oleh tok guru, ustaz-ustaz, malah para sahabat juga pernah memesan kepada kita tentang amanah. Bertapa beratnya amanah itu. Aku hadapi semuanya. Aku takut tetapi aku cuba yang terbaik untuk lebih dekat denga Allah.
Semakin kita terlalu ikutkan dengan dunia, maka dunia secara diam-diam menarik kita dengan penuh sopan sehinggakan mata terpejam, terliga menjadi pekak dan hati merelakan. Kenapa ini berlaku? Sebab aku rasa kesibukan pada diri aku menyebabkan aku penat dan tidak mampu untuk melaksanakan semua aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya, Allah tak meletakkan beban diatas bahu seseorang yang tidak mampu untuk menanggungnya, Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Kerinduan pada Allah dan kesibukan dengan amanah yang diberi membuatkan aku tidak mempu membuat perancangan masa yang teratur dan bila-bila masa kerja akan datang. Bulan ini sahaja sudah penuh dengan kerja malah masa untuk FINAL YEAR PROJEK tidak mampu untuk dilaksanakan dan hampir semua asignment dalam kumpulan seperti tidak mampu aku beri komitmen. Bukan aku mahu mengeluh tetapi itu lah dugaan sebagai seorang pemegangan amanah. Seiring dengan umur yang semakin meningkat pencarian calon isteri juga terpaksa dihentikan kerana amanah Allah lagi besar. Mohon kawan-kawan mendoakan semoga perjalanan aku ini setiasa diredhi Allah. BarakaAllah.
Sayang Allah dan Rasulullah s.a.w.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.