aku bukan lah nak kata. kalu nak dapat kawan mmg senang tapi kalu nak yang betul sejati ..kalu kita sakit dia tolong. takde duit dia tolong. jatuh longkang dia tolong. terberanak dia tolong(nauzubillahhiminzaliq)..ini sebagai contohlah... tapi ada yg mcm tuh...mestilah ada tp berapa kerat jew. alah setakat beri pinjam duit apalah sangat. aku bukan nak kutuk... tp aku rasa..setiap orang ada kawan yang di fikir yang terbaik dalam hidup dia...kawan yang sentiasa ada apbila dia susah. mmg susah nak cari tapi ingat..setiap yang datang perlu di hargai..bukan macam lagu anita serawak tuh "jangan pandangku sebelah mata" silap kawan.... andai kwan buat cam tuh...nnt kawan tgoklah akbitnya..mcm mana peritnya bila takde dia ketika kawan berseorangan. anda pulak jenis kawan suka bergurau kasaq( bak kata orang utara) ini kena jaga2 gak r..kadang berkecil hati...aku mmg suka bergurau kasar...minta maaf ek! kalu ada yg berkecil hati.... ada jenis manusia ini bila bergurau kasar dia rasa lebih rapat...dan jangan lak korang ni...jenis serkap jarang...cuba berfikir dgn apa yang dia sedang guraukan.... ya kdg2 kita rasa sakit hati tp..adakah niat dia mmg nak korang sakit hati...fikit2kanlah... kalu dah kenal bertahun2..takanlah nak buang korang...hohohooohohoohhoohho....
kadang2 ada juga kawan yang jenis dia suka busy body...bukan nak sibuk pasal hal peribadi korang..kadg2 kawan2 ni lebih tahu ttg diri korang . so dia tahu apa yg baik dan apa yang tidak baik untuk korang...kalu diorang kasi pendapt..ambiklah kalu difikrkan baik..tp kalu difikirakan tidak baik walaupun mmg terbaik...ikut suke koranglah..nnt jgan menyesal...hohohoho.. sbb kwan2 ni dia bukan nak korang gagal tapi nak korang berjaya sekali dengan diorang...mestilah dia akan memikirkan yg terbaik...menapung apa yg lemah...jadi korang pastikan yang "mat or mianh busy body ni" ada yang terbaik untuk korang.. diorang mesti mahu menjadi kawan yang terbaik tuk korang..mestinyelah...kalu dah kenal bertahun2..takanlah nak buang macam tuh jew..segala suka dan duka dikongsi bersama..tak akanlah nak tikam dari belakang...tapi kadang2 korang kene caution gak...yelah zaman2 sekarang ada gak kawan makan kawan.. mmg tidak dinafikan lagi.... tapi kalu kawan yang jenis ajak korang g wat maksiat jgn lah bodo korang g ikut...tuh namenya kawan setan..ye lah mane taknye..orang duk kalut bertaqwa kepada Allah..dia boleh pulak nak merosakan iman.... ada gak kawan yang jenis kalu wat jahat nak wat sama2...uih!!!!! bodo! bodo! bodo! sapa yang ikut...tp bijak sapa yang mampu mengubah kawannya itu...jgn kita jadi macam lalang kawan suruh makan taik kita terkonyong-konyong pergi memakannya dan akhir sekali..kita yang jadi bodo...ajaq pala hang!!!!...hohohohohoho...
kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa mengingati kawanya tentang taqwa... ada hadis atau riwyat yang mengingatkan bahawa kawan yang baik adalah apbila kita melihatnya kita pasti mengingati Allah... itu adalah kawan yang terbaik..mana taknya..bila nak buat jahat tengok je dia teringat Allah..langsung tak buat....itu lah yg terbaik...kadang2 manusia ni ego..tak nak terima apa yang ada..nak yang high class jew...yg low class..katanya tak serasi..amboi....ko ingat ko tu diva ohhohohohohhoohoh... kadang2 kita kene pandang pada sudut yang berbeza...kdg2 kawan yang inverse daripada kita adalah kawan yang terbaik..sbb...melengkapi antaravsatu sama lain...bukan korang nak cari bini jew kene melengkapi anatara satu sama lain...jgn pulak ko pilih kawan yang kaki perempuna..sedangkan ko pun mmg kaki perempuan entah2 lebih teruk kot.. hohohohohoh...bukan nak galakan tapi sebgai peringatan...sbab setiap kejadian Allah pasti ada hikmahnya. sebelum aku abiskan entery aku ni adalah aku dapt kata2 almarhum hamka yang aku copy dari blog orang...
1. Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur itu adalah salah satu dari tangga kejayaan
2. Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah engkau sendiri cekap buat menjadi sahabat orang
3. Sahabatmu suka kepadamu, tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu
4. Kesenangan hidpmu memperbanyakkan teman, tetapi pateri persahabatan yang setia adalah diwaktu menempuh kesukaran
5. Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah supaya engkau ketahui kehendak dan kemahuan sahabatmu sebelum dikatakannya. Dan engkau perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.
6. Kalau jadi sahabat orang ramai, tidak boleh jadi sahabat orang seorang
7. Kalau sahabatmu tertawa, hendaklah dikatakannya apa sebab dia senang; kalau sahabatmu menangis, engkau mesti periksa apa sebab dia susah
8. Jika engkau memeberikan sesuatu kepada sahabatmu, bererti memeberikan kepada dirimu sendiri
9. Pengubat jerih hidup manusia adalah dua, pertama; Iman kepada Allah, kedua; percaya kepada sahabat
10. Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya. Hanya sahabat yang setia yang sanggup membukakan matanya.
11. Teman yang ’ berudang di balik batu’ terhadap engkau adalah seumpama anjing di tepi jalan, yang ditujunya hanyalah tulang yang akan dilemparkan kepadanya, bukan tangan yang melemparkan tulang itu
12. Cemburu perempuan kepada perempuan, memutuskan tali persahabatan
dan yang penting aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w
waallahualam...
p/s: kawan2 aku sayang korang sume...
0 aku rase post ko tak bleh blah:
Post a Comment