بسم الله الرحمن الرحي
apakhabar geng-geng nafsu seerakah yang sempoi lagi brutal...hhoho...suka untuk nafsu seerakah mengucapkan selamat menghabiskan exam..untuk kawan2..yg beru settle exam..ohhohohohoho..
ok..sebenarnya aku nak post mengenai Penceraian tapi ada banyak yang perlu di kaji..jadinya..tak terpost enteri penceraian ..minta maaf yek!!!..insyAllah...selepas selesai segala-galanya dan selepas aku tahu apa yang aku tak tahu ..aku kan post...insyAllah..
ok sambil-sambil kita menunggu enteri penceraian tuh..jom2 kita melayari zaman-zaman yang lampau...sebenarnya aku nak cerita pasal sirah nabi...ye lah asyik2 cita pasal dunia ja...takde langsung ke blog nafsu seerakah ni nak cite pasal sirah pulak..hak3!!! skunk nih aku nak cite..
bukan niat nak menunjuk-nunjuk.. sebenarnya..dulu mae sekolah rendah..aku ni terkenal dengan seorang yang suke bercerita..dan kalu cite nabi2 nih aku memang suka baca..start daripada baca buku sirah lah..aku start baca novel..dan cerpen2..ohohoho...(gedik giler immukmin) hak...aku juga adalah satu-satu pelajar yang sentiasa menyertai pertandingan cerita dari darjah 4 sampai darjah 6.. aku kongker..untuk sekolah lah.peringkat daerah..kantoi...hahahha...dah!!! immukmin cukup merapu...ohhoho..
ok jom..kita study satu sirah iaitu sirah nabi ayyub a.s....
aku memang suka baca kisah nabi ayyub a.s. nih...antara nabi yang aku suka meneliti ketabahnnya...ye aku tahu..nabi Muhammad s.a.w adalah nabi yang terbaik sepanjang zaman.. tapi mari kita selami nabi2..lain..kita jadikan akhlak mereka sebagai ikutan..
weh immukmin sudahlah..bila nak startnya?
ok aku cerita..
disebuah desa terdapat seorang lelaki yang amat soleh, kaya dan mempunyai zuriat yang ramai...
"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44
dalam firman Allah di atas memang jelas Allah sendri mengakui ketaatan dan kesolehan serta kesabaran nabi Allah ayyub ini..memang takd dinafikan ketabahan nabi Allah ayyub ini..
nabi Allah ayyub diceritkan didalam kalam Allah mengenainya...didalam kalam Allah tiada menceritakan penyakit yang dihadapi nabi Allah ayyub secar detil..tetapi kita pernah mendegar mengenainya...iaitu..nabi ayyub a.s mempunyai penyakit kulit...
syaitan amat marah dengan ketaatan nabi ayyub a.s. kepada Allah ..dia dengki dengan akan ketaqwaan nabi Allah ayyub.. lalu dia memburukan nabi ayyub a.s. kepada Allah... tetapi Allah maha mengetahui dan Allah tahu yang nabi ayyub a.s. seorang yang soleh.
syaitan meminta izzin daripada Allah untuk menguji keimanan nabi ayyub a.s...dan allah mengizinkannya.
bermula penderitaan nabi Allah ayyub dengan kefakiran.
syaitan telah merosakan ekonomi nabi ayyub a.s. dengan memusnahkan tanaman nabi ayyub a.s.
dengan harpan yang nabi ayyub a.s. akan berpaling daripada Allah..tetapi sebaliknya berlaku nabi ayyub a.s sujud dan bersyukur kepada Allah kerana mengujinya dengan ujia yang membuatkannya lebih dekat dengan Allah.
syaitan berasa amat marah...dia memhon izzin daripada Allah untuk menguji nabi ayyub lagi...
syaitan menguji nabi ayyub a.s. dengan menghapuskan zuriatnya dengan menggoncangkan rumah nabi ayyub a.s. dengan izzin Allah. ..
namun ..nabi ayyub tetap bersabar..malah dia bersyukur kepada Allah kerana pernah dikurniakan anak-anak.
syaitan berasa amat marah..lalu dia meminta izzin daripada Allah supaya Allah memberi penyakit kepada nabi ayyub a.s.
syaitan berkata..
Seandainya Engkau memberi kekuasaan kepadaku, ya Rabbi, untuk mengganggu badannya nescaya dia akan berhenti dari kesabarannya. Riwayat mengatakan bahawa Allah s.w.t menginzinkan syaitan untuk mengganggu tubuh Ayyub. Dikatakan bahawa syaitan memukul tubuh Nabi Ayyub dari kepalanya sampai kakinya sehingga Nabi Ayyub sakit kulit di mana tubuhnya membusuk dan mengeluarkan nanah, bahkan keluarganya dan sahabat-sahabatnya meninggalkannya kecuali isterinya. Namun lagi-lagi Nabi Ayyub tetap bersabar dan bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau memuji-Nya pada hari- hari kesehatannya dan ia tetap memuji Allah s.w.t saat mendapatkan ujian sakit. Dalam dua keadaan itu, Nabi Ayyub tetap bersabar dan bersyukur kepada Allah s.w.t.
perasaan marah dan dendam mula menyulubungi hati syaitan laknatullah... aku adalah orang yang mengeluarkan bapa manusia daripada syurga bagaiman aku tidak boleh menjatuhkan nabi ayyub a.s....setelah berfikir baru dia mengetahui iaitu dengan bantuan perempuan iaitu isteri nabi ayyub.
setelah menghasut isteri nabi ayyub akhirnya..isterinya datang menemui nabi ayyub ..
"Sampai bila Allah s.w.t menyiksamu? Di mana harta, keluarga, teman dan kaum kerabat? Di mana masa jayamu dan kemuliaanmu dahulu?"
akhirnya nabi ayyub tinggal seorang. walaupun sakit dia tetap beriman dan beramal kepada Allah..sentiasa taat,sabar dan tidak pernah menyalahi takdir..malah bersyukur kerana dikurniakan penyakit yang sentiasa membuatkanya mengingati Allah.
dengan penuh kasih sayang nabi ayyub a.s berdoa kepada Allah supaya diberikan kesihatan yang baik..
dan Allah terlampau menyayangi nabi ayyub a.s dan Allah tahu yang nabi ayyub adalah insan yang bertaqwa..lalu Allah memakbulkan doanya.. Allah mengembalikan nabi ayyub kepada kesihatan yang berlipat kali ganda
Allah s.w.t berfirman:
Nabi Ayub kembali mendapatkan kesehatannya setelah lama merasakan penderitaan dan sakit; Nabi Ayub bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau telah bersumpah untuk memukul Isterinya sebanyak seratus pukulan dengan tongkat ketika beliau sembuh. Sekarang beliau sembuh maka Allah s.w.t mengetahui bahawa beliau tidak bermaksud untuk memukul Isterinya. Namun agar beliau tidak sampai melanggar janjinya dan sumpahnya, Allah s.w.t memerintahkannya agar segera mengumpulkan seikat ranting dari bunga Raihan yang berjumlah seratus dan hendaklah beliau memukulkan itu kepada isterinya dengan sekali pukulan. Dengan demikian, beliau telah memenuhi sumpahnya dan tidak berbohong. Allah s.w.t membalas kesabaran Ayub dan memujinya dalam Al-Quran sebagaimana firman-Nya:
daripada cerita nabi Allah ayyub ini...ingin aku simpulkan kejaan itu datang daripada kesabaran dan disulami dengan ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah..
perkara yang dialami oleh nabi ayyub tidak mustahil akan dialami oleh kita sendiri...seperti juga..kawan-kawan yang sedang mengambil exam..pastikan korang bersabar dan bersusah-susah dahulu kerana insyAllah ada kejayaan yang menyusul..
tetapi yang penting ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah adalah kunci kepada kemenagan.
kisah nabi ayyub a.s. adalah satu kisah yang amat sedih jika disusuli dengan betul2...amat indah..dan aku sendiri merasakan yang kesusahan yang dialami nabi ayyub amat berat malah kita umat akhir zaman belum tentu dapat mencontohi nabi Allah ayyub..sentiasa menyalahkan takdir..
oleh itu sama-sama kita teladani kisah nabi ayyub ini sebagai panduan hidup ..
waallahhualm..
aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w
credik to : http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/kisahnabiayubas.htm
rujukan aku...
2 aku rase post ko tak bleh blah:
mg sama2 kita tabah dlm menempuh apa jua cabaran..sentiasa kita igtkan diri bhwa ujian dan dugaan yg menjadikan hidup kita lbeh bermakna..ngeh2
*kden, aku pun masuk pertandingan bercerita gak waktu darjah 5 peringkat zon no 2 bhgian lelaki..haha
najmi:..hehehe...thank cute....hohohohoho..najmi...emmm kita sama2...mencontohi akhlak para nabi..insyAllah
*hhahaahha...teror giler...ko najmi...aku daripada darjah 4 sampai darjah 6 tak penh menang pun...hahahaha
Post a Comment