Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Saturday, October 29, 2011

Setiap yang berlaku ada hikamhnya

Saturday, October 29, 2011


السلام عليكم



بسم الله الرحمن الرحيم






hai geng2 nafsu seerakah...emm..rase sedih sebenarnya..tetapi insyaAllah rasa sedih yang pasti memantapkan iman. btw Allah telah menguji aku dengan satu kemalangan kecil. my major is biomedical electronics, so i know litter bit about anatomy and phisyology. the doctor say..my metalcouple was dislocated. by the way...ia hanyalah jari ibu sahaja.. nak tak nak.. tangan aku terpaksa disimen. yang lagi mencabar liku-liku hidup ini adalah, aku bakal menduduki midterm exam by this monday. aku adalah seorang lelaki yang menulsi menggunakan tangan kidal dan ibu jari kiri aku telah disimen jadi, aku tidak mampu menulis. aku cuba menulis tetapi terasa mencucuk-cucuk pada ibu jari aku dan akhir sekali aku giveup. bukan giveup aku tidak mampu menulis tetapi amat sakit sekali.....uhuhuhu... aku redha dengan ketentuan Allah.






selepas perkara ini berlaku, baru aku sedar yang aku selalu menggunakan tangan kiri.even kalau makan guna sudu pun. aku guna tangan kiri tapi kalau makan guna tangan aku guna tangan kanan lah..hehehe...sedang menaip ini pun terasa berdenyut-denyut..tapi aku sabar kerana ini semua ujian Allah untuk aku lebih dekat dari padaNya. aku sekarang cuba berbincang dgn pensyarah aku ttg penangguhan midterm aku..semoga dipermudahkan..insyaAllah..






kadang-kadang aku rase apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..aku redha..dan aku tahu Allah maha mengetahui...aku risau tentang midterm aku... insysAllah ada yang terbaik.. barakaAllah.






"apa yang baik datang daripada Allah dan yang buruk itu kelemahan diri sendiri"






aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Thursday, October 27, 2011

Kegagalan Landasan Kejayaan

Thursday, October 27, 2011

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم


selamat pagi geng2 nafsu seerakah semua.. Alhamdulillah dapat juga cek bangun pagi ni untuk mendekatkan diri kepada Allah. by the way hari ini insyaAllah..cek bersama-sama dengan classmate akan beriadah di gua kelam.. mailah kita beriadah bersama. cek akan berada di sana, insyaAllah pada jam 10 pagi. hohohoh!. ok btw sebelum kita bergerak ke gua kelam eloklah kita berkongsi ilmu atau pengalaman mungkin... untuk menguatkan lagi iman dan semangat kita dalam mendekatkan diri kepada Allah..barakaAllah.

sebenarnya, InsyaAllah habis sahaja cuti deepavali ini, aku dan seluruh pelajar universiti aku akan menduduki peperiksaan ujian pertegahan tahun..pejam pelik2x dah 2 bulan aku lepak kat uni rasa macam sekejap je... so, aku mohon kawan2 doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah..insyaAllah.

tak semua yang kita nak kita akan dapat direct.. tak gitu cek jah...hehehe... ye kalau bercakap tentang exam, semua orang nak yang terbaik. event aku pun mahu yang terbaik. kita dah usaha sehabis mungkin, sampai merebes peluh jantan..ni untuk lelaki je lah..hehehe..tapi tak dapat juga keputusan yang diinginkan... jgn bersedih sebb setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. aturan Allah maha hebat jika dibandingkan dengan aturan kita sendiri yang sememangnya tidak boleh menandingi ya Rabb. so, jangan bersedih. apabila kita mengalami kegagalan tidak bermakan kita akan gagal selama-lamanya.. at least, pengalaman kegagalan itu dijadikan satu kekuatan untuk lebih berjaya bukan untuk cepat putus asa.

ada seorang kawan aku ni...masa dajah 6..cikgu cop dia..pelajar yang bodoh... kebanyakan cikgu dia mmg dah tahu yg dia memang tak boleh perform..tapi apa yang dia buat, kesedaran agama yang tinggi disebbkan didikan daripada ibu bapa banyak mematangkan fikirannya.. caranya adalah dengan mendekatkan dirinya kepada Allah...

seingat aku, dia tidak pernah tinggal sekali pun solat sunat hajat sebelum,semasa dan selepas UPSR... setiap hari dia memohon kejayaan daripada Allah..setiap hari aku lihat selepas ishak di surau dia sujud memohon doa dan hajat daripada Allah.... semasa trial upsr tiada satu A pun yang dia perolehi.berkat usaha,doa dan tawaklanya kepada Allah, akhirnya semasa keputusan UPSR di ishtiharkan, dia memperolehi keputusan yang sangat cemerlang, sehinggakan semua cikgu terkejut dan bangga kepada nya, tapi ada juga guru yang mengatakan dia meniru tetapi aku yakin memang dia tidak akan meniru. semua itu atas usahanya sendiri...

pernah sekali aku lepak dengan dia, tiba-tiba dia bersuara "aku akan pastikan yang aku boleh berjaya dari orang lain walaupun aku ni bukan budak bijak-bijak" dan akhrinya dia buktikan.. semua orang suka melihat kejayaannya.. bermula pada hari itu, semangatnya semakin berkobar-kobar untuk belajar dan akhirnya dia berjaya sehingga hari ini Alhamdullilah.

"Allah membantu manusia yang membantu agamanya''

jadi kita jangan cepat berputus asa. kegagalan bukanlah pengakhiran segala-galanya.. ianya satu coretan di atas kertas putih untuk dijadikan sebuah kehidupan yang indah. kalau asyik nak perfect je..tiada kemanisan dalam kehidupan.. dan hidup pun tiada kematangan. mana taknya..asyik senang je tiada susah..nak nih dapat nak tu dapat... adeh!!!

so jadikan kegagalan satu landasan kepada kejayaan.. dan jangan cepat putus asa dan yang penting jangan MALAS.. sifat MALAS ni bakal menggagalkan setiap manusia... dan yang penting

'Ada Kejayaan Kepada Manusia Yang Berusaha'

itu memang janji Allah..Allah tidak akan memungkiri janji.

WaAllahhualam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Wednesday, October 26, 2011

KHAS BUATMU WANITA

Wednesday, October 26, 2011




السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman,

Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan.
Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka

Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

p/s: perkongsian ini diambil daripada maksud keratan ayat dari surah an-nisa dan an nur.

waallahualam
aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w


Monday, October 17, 2011

Harapan Seorang Panglima kepada Seorang Serikandi

Monday, October 17, 2011

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم


andai aku adalah panglima perang,
jalan yang aku cari pastinya jihad fisabilillah,
andai aku mencari serikandi,
pasti serikandi yang beragama pertama yang pasti menjadi pilihan.

dimana letaknya nilai seorang serikandi pada mata panglima?
pada rupanya, pada darjatnya, pada hartanya atau pada agamanya?
jika panglima memilih agamanya, maka dapat ia kesemuanya,
andakah itu tidak cukup lagi?

aku bertanya kepada diriku sebagai panglima,
apakah pilihanku?
pasti aku akan memilih agamanya,
serikandi pilihan hati sukar dicari cukuplah mencintai Allah lebih dari segalanya.

andai aku bisa menerima serikandi pasti akad aku hadiahkan,
bukan sang panglima mencari nafsu semata-mata,
tetapi mencari hubungan yang halal dalam pergaulan,
mencari suri penaman hati, peneman dakwah dalam mendekatkan diri kepada Allah.

apakah wujud serikandi dalam angan-angan panglima?
atau ilusi yang hanya berbicara tanpa gambaran rialiti,
jika itu sudah nyata maka jangan mudah putus asa,
kerana putus asa dibenci oleh Allah.

dalam sujud panglima berdoa:

ya Allah andai serikandi itu adalah jodoh panglima,
maka kau campkanlah perasaan sayang dalam diri serikandi,
agar serikandi bisa mencinta panglima seperti mana panglima mencintai serikandi,
dan jadikalan serikandi itu satu-satunya ratu di hati panglima,
bersama-sama memegang panji-panji Allah dalam menegakkan kalimah LAILAHAILLAALLAH!

bicara panglima bukan bicara biasa,
bicara hati sampai keminda,
bicara khiasan purnama mengambang,
menghiasi kamar sang serikandi yang suram.

setiap tatapan penuh makna,
setiap khiasan penuh berhikmah,
memberi makna yang utuh buat serikandi,
supaya bisa menrima panglima yang sedang mencari suri hati yang lara.

sebuah nukilan bukan satu penceritaan,
yang direka tanpa alasan,
luahan panglima satu lamaran
buat serikandi yang sekian lama menjadi idaman..
 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket