Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Tuesday, February 1, 2011

POLITIK DI MALAYSIA??

Tuesday, February 1, 2011
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2 nafsu seerakah...lama tak lepak dengan korang ...minta maaflah ek...aku bukan tak nak..update terlampau busy dengan kerja...ok lah...aku nak bukak isu sebenaranya. sewaktu aku di utara tanah air ada satu hari aku berpeluang mendengar ceramah. tajuk ceramahnya adalah.. "ketuanan melayu atau ketuanan islam"...hahaha..tajuk nya giler best...tapi input dia...bagi aku...hahaha...agak kurang...banyak kepada politik...aku tak tahulah....aku tak nak beritahulah parti mana yang beri ceramah..tetapi cara berceramahnya aku tak suka...ikut suka hampalah...

kita orang islam..sepatutnya...kita tahu yang orang islam ini tidak sepatutnya...kutuk sesama sendiri...berpolitik itu boleh..tetapi ...ingat jgn berkutuk-kutuk..Allah sendiri membenci kita kutuk mengutuk....aku pernah terbaca dalam tafsir alquran...aku minta maaf aku tak ingat surah mana...tetapi kalu aku ingat aku kasi tahu..mmg Allah..tidak suka kita kutuk mengutuk... tak kesahlah pihak parti ABC mengperjuangkan apa .dan parti XYZ perjuangkan apa..kita tidak ada hak untuk mengutuk..cukuplah kita memperjuangkan hak kita..dan apa yang kita nak untuk parti kita...dan kita perjuang untuk rakyat...aku tak sukalah...kalu kita parti yang memperjuangkan sesuatu yang baik..tetapi dalam cermah kita..kita mengutuk orang lain...apa nih...Rasulullah s.a.w pun berpolitik tetapi takdelah sampai kutuk mengutuk..tgok..cara baginda lemah lembut..dan akhir sekali baginda berjaya mencari pengaruh baginda diserata dunia.... masing2 belajar tinggi dan pandai bidang agama tetapi berfikir macam orang tak pernah belajar.

aku terbaca akhbar berita harian 29 januari. tajuknya.. "pas terus bergelut tagih undi". terpampang gambar YB Nomala.. aku tak kesah parti pas nak tagih undi ke tak...itu hak depa..nak cari undi..tapi yang aku bengangnya..penulis artikel itu..aku tak tahulah..apa yang penulis dapat dengan mengutuk sesama islam...yang aku paling geram..bila dia cakap.. "dulu selogan pas 'pas untuk menegakkan negara islam dan hukum hudud' tetapi kini 'pas untuk semua'..."tak kesahlah apa pun selogan depa...depa tahu apa yang depa buat...janganlah hang duk permainkan depa...hang dapat apa burukan depa... hang tak tahu apa yang mereka tegakan dan apa visi meraka tetapi janganlah hang duk kutuk depa.... aku berani tulis kat sini bukan sebab aku sokong mana2 parti...aku tak pernah buat statement yang aku sokong pas dan aku tak pernah buat statement yang aku sokong BN..tetapi aku cakap ini nak beri tahu..yang politik hampa semua tak pernah aku nampak..pun berteraskan agama....aku tak tahu apa yang hampa semua perjuangkan..tetapi..aku nak habaq...orang macam aku akan cari parti terbaik..dari segi dunia dan akhirat..tetapi permasalah yang aku nak timbul...aku tak nampak pun mana2 parti..kat malaysia ni..ada memperjuangkan kedua-duanya...aku tak nampak..ini pendapat aku...

aku bukan nak kodem hampa semua..cuma aku nak habaq...cara hampa semua pada pendapat aku tak..kena...parti ABC memperjuangkan agama tetapi kutuk sana sini... parti XYZ memperjuangkan bangsa dan negara tetapi...aku tak nampak untuk agama so, belah mana aku nak sokong...aku tak tahu..satu hari nanti...kalu aku nak mengundi...insyaAllah .aku istiqrah dahulu cari pertunjuk daripada Allah..moga2 Allah memberi petunjuk kepada aku untuk memilih parti yang baik untuk aku...hampa kalu nak khawin baru nak istiqarah tak guna...

aku agak terkejut apabila pertama kali pergi mendengar ceramah itu..tak sangka..orang yang tinggi agama..boleh kutuk mengutuk..orang yang tahu syariat tapi kutuk mengutuk...ada ka ayat dalam al quran cakap..kita boleh kutuk mengutuk dalam keadaan tertentu...aku tak pernah lagi baca sejarah Rasulullah s.a.w ..yang Rasulullah kutuk mengutuk dalam berpolitik..tak tahulah kalu ada..almaklumlah..aku cetek agama....kalu ada habaq mai noh!!!..orang akan nilai kita dengan cara kita bercakap...itu sahaja daripada aku..

wallahhualam..
aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

p/s 1: kalu ada yang tak puas hati tolong beritahu kat aku..biar aku explane lagi lanjut.. para sahabat takut memegang amanah tetapi rakyat malaysia berpusu-pusu nak pengang amanah..tak faham kenapa boleh jadi macam ini...dunia akhir zaman..manusia mencari dalil untuk menghalalkan yang haram...

p/s 2: semoga sahabt2 aku di mesir selamat..insyaAllah.

8 aku rase post ko tak bleh blah:

Unknown said...

assalaamualikum....
hahaha...
akhirnya ada yang bersuara....
mmg ini yang aku tggu2 dan nanti2kan....
ada juga org yg sama pndapat mcm aku...
tahniah kerana mampu menulis.....
d(^^)b

Unknown said...

salam ziarah immukminin...
sori laam xziarah blog nie...
ayie busy sikit dengan kerja..kamis nie pon dh nk bertolak g KEDAH ..
btw, mengenai isu nie, ayie pon tak tahu nk cakap apa.. bak kata pepatah, tepuk dada tnye selera .. sama ad mereka menjalankan ap yg mereka janjikan @pon tidak..

Mohamadazhan.com said...

salam bro mukmin, lama tak update.hehe. sekali dapat update isu politik lagi.hehe. Moga sihat2 ya sahabat :)

panjang perbahasan politik ni, kalau nak lebih lanjut mungkin boleh mengaji kitab2 fiqh daulah dan fiqh siyasah.

saya ada pendapat ttg isu ni, sekadar perkongsian. Pertama ttg isu kutuk mengutuk tu. Betul apa sahabat nyatakan, Islam melarang umatnya kutuk mengutuk.

Dalam beberapa hal, ada pendapat yg membenarkan menyatakan kezaliman yang dibuat oleh pemerintah supaya rakyat bawahan sedar dan tidak melakukan kesilapan dalam memilih. Kalau salah memilih bencana yang lebih besar berlaku (cth mudah, Al Quran dan SUnnah tidak ditegakkan, hudud dipersendakan, mengamalkan ajaran Islam "separuh2"(politik dan jenayah ikut sekular), dll) menyatakan kesalahan pemimpin utk pengajaran. Mungkin kalau kezaliman tidak dinyatakan, rakyat Malaysia tidak mustahil akan mengamalkan perkara sama apa yang berlaku di Mesir.

kedua, isu memilih pemimpin. Dalam negara kita memang jelas ada dua pilihan sahaja. Masing2 boleh memilih yang terbaik dalam memperjuangkan Islam. Nak mencari kesempurnaan itu amat sukar kerana sejarah pertubuhan besar seperti Ikhwanul Muslimin tidak lepas daripada byk krisis. Lumrah biasa dalam sesuatu pertubuhan.

Saya sendiri bukan ahli dalam hal politik ni. Sekadar berkongsi ilmu yang cetek ni kpd semua sahabat2. Yang penting teruskan mencari ilmu. Ilmu itu amat luas. moga immukmin dirahmati-NYA ('',)

immukmin said...

@bilal: walaikumsalam...hak3!!..ini pendapat aku...hg mungkin ada pendapat yg kukuh yang boleh menguatkan lagi pendapat hang...

@ayie:emm..immukmin pun lama tidak menziarah ayie..apa2 pun tq...n best of luk..
p/S: busy dengan kerja..

@azhan:immukmin dah baca link yg diberi..terima kasih... tetapi masih ada yang tidak faham dengan jelas..

immukmin pernah membaca satu petikan atau hadis...subahanAllah tak ingat... tapi bermaksud..
"jika seseorang pemerintah itu zalim tetapi masih mengamalkan ajaran islam kita wjib mengikutinya.."

azahan mungkin lebih tahu...immukmin tidak arif dalam bidang ini..tetapi...immukmin pernah membaca...tak mengapa...immukmin sering mendengar ceramah...immukmin suka para penceramah yang pandai memberi pandagan...tetapi kadang2...apabila terkenag ulama pada zaman imam hanafi yang sanggup memakhlukkan alquran..adakah ulama itu masih wujud pada zaman sekarang???

apabila ini berlaku..immukmin semakin risau dengan para ulama..yang snaggup mencari dalil untuk mengahalalakn apa yang haram..

pada zaman sekarang tak ramai manusia yang mahu belajar agama..jadi..yang sebenarnya salah..mereka masih mengikut..akibat daripada terkeluar dalil daripada mulut ulama2 ini...(nauzubillahhiminzaliq)

sebenarnya..immukmin kecewa dengan beberapa orang alim dan pandai dengan ilmu agama..kerana sebelum ini immukmin kenal mereka bukan kerana ceramah politik...tetapi ceramah ilmiah..amat tertarik...dengan isu yang di kupaskan..tetapi apabila samapi kepada ceramah politik..immukmin..sedih melihat mereka yang langsung tidak terfikir pentang isu kutuk mengutuk ini adalah salah...yang dulu immumukin puji kini...hampa dengan peragai mereka...

wallahualam..mungkin dia tahu apa yang dia buat sbb dia lagi arif ilmu agama berbanding immukmin...

Penulis Rindu said...

apa apa pun dalam politik..Islam ialah tempat yang paling tinggi

Mohamadazhan.com said...

insyaallah, terus mencari ilmu dari ramai ulama, insyaAllah pasti akan jumpa hikmahnya :) jgn lupa doakan saya juga ya, moga dirahmati-Nya :)

Encik MamaT said...

tak salah nak bgtau apa yang salah.. tetapi jangan sampai menghina seseorang.. bangkang saja caranya jika salah.. hebahkan apa yang betul... kita menghina orang yang salah mana tahu.. satu hari nanti terbuka pintu hati utk mengamal ajaran islam sepenuhnya.. malah lebih baik dari kita...

Wafi said...

sungguh memalukan.... sungguh memalukan.. orang Islam bergaduh sesama sendiri... aku pun pernah terdengar ceramah politik.. dalam rumah Allah... mengutuk orang lain.. dapat dosa mengumpat dalam rumah Allah.. bukankah di rumah Allah sepatutnya kita membesarkan Allah... kita bergusti di medan gusti, orang kapir tolong tepuk tangan.... hoyeah!!!

 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket