السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
hai geng2 nafsu seerakah..semoga di hari sabtu ini semuanya dalam keadaan yang sentiasa sihat dan tersenyum (^-------------------^) mcm <== ni.. ok...hak3!!!...hari ni mmg free..tak tahu nak buat apa..ada je kerja tapi malas nak buat so, kita tangguh dulu..lepak2 kejap...tenangkan fikiran..menikmati..angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa...ah..segarnya..tak terasa kepanasan di negeri indra kayangan ini walaupun matahari terik memancar di ubun-ubun kepala kerana tiupan angin dingin menyegarkan tubuh yang menerimanya..
bersyukur dengan nikmat Allah ini...kalau basuh kain time2 nih..best gak hohoh!..cepat kering hehehe...ini lah kelebihan yang Allah kurinakan kepada negeri indrakayangan ini. panas tetapi sejuk..cm ne ek? (wonderingkan??) kuasa Allah...diluar mmg panas tetapi hakikatnya dalam rumah nyaman je... kalau nak cerita pasal negeri indrakayagan nih..mmg banyak kelebihan dan keindahan alamnya...
ok entri kali ini..nak gak story pasal satu penyakit hati ini...emm..semua manusia ada...iaitu..RIAK.. pada pendapat aku dan apa yang aku faham RIAK ini adalah salah satu penyakit hati yang membawa kepada keburukan pada diri sendiri..tak kiralah dunia dan akhirat.
penyakit RIAK ini amat merbahaya malah boleh merosakan iman yang sedia nipis seperti kulit bawang.
ok yang aku nak story nih..RIAK dalam ibadat..dan kesannya kepada kehidupan sebagai manusia di atas muka bumi Allah ini.
RIAK nih..umpama virus DENGGIlah....sbb apa aku buat persamaan
RIAK =DENGGI.
sebab DENGGI nih kalu kita lambat ubatkan maka matilah kita... virus DENGGI ini berasal daripada sejenis nyamuk yang diberi nama nyamuk ADIS..ingat tak iklan TIADA ADIS TIADA DENGGI. dalam iklan itu pembawa DENGGI adalah ADIS dan pembawa penyakit RIAK ini adalah SYAITAN hohoh!... macam mana mahu mengatasi masalah ini...
bak kat pepatah para doktorian
'mencegah lebih baik daripada mengubati'
betul tak? mcm mane nak cegah penyakit RIAK ini?
mestilah..setiap penyakit ada cara pencegahannya..dan setiap penyakit ada ubatnya.
jom kita selidik asal usul virus RIAK ini..berasal daripada sejenis makhluk yang dilaknat oleh Allah iaitu iblis dan sekutu-sekutunya. bagaimana dia memasukan virus RIAK ini? melalui hati ..melalui hati yang tidak ikhlas dalam beribat kepada Allah..hati yang mahukan dunia semata-mata..hati yang mahu orang melihat segala amalan nya bukan kerana Allah tetapi untuk menunjuk.
...syaitan akan mencari hati2 ini...alim bukan kerana Allah tetapi alim kerana dunia..kerana ingin menunjuk-nunjuk. disebabkan manusia seperti inilah..semua setan-setan gemuk, kenyang dan masing-masing dah naik pangkat..jadi genral!..hohoh!..mcm mane dia tak naik pangkat sbb dah ramai pengikut yang bakal menjegah neraka...kalau penyakit ini tak dicegah dan di ubati..ke lubang nerakalah..semua amalan sia-sia...abis...
yang tadi..baca alquran kerana Allah..tiba-tiba ada orang datang..time tuhlah...si setan nih. suntik virus RIAK nih..time tuh mulalah start..tadi baca tegagap-gagap tiba dah lancar...kalu lancar betul takpe..ni main langgar tajuid, baris,,abis semua langgar..yang tadi baca mendatar tiba-tiba datang taranum.. semua jenis taranum dicampur-campur nak suruh orang terpegung dengan bacaannya...parah kalau macam ini...kenapa ini terjadi?
kenapa yek?
masing-masing mahukan perhatian dan mahu semua orang tahu yang dia pandai membaca alquran dan bertarannum...rasa tidak bersyukur dengan nikmat Allah menjadikan manusia ini RIAK. tiada keikhlasan dalam hati dalam beribadat kepada Allah...nak jadi alim kerana nak orang pandang tinggi kat dia...hampeh! bodoh! bahalol! ...
jangan kita mudah-mudah menurut setan..mmg benar akan terlintas pada hati kita ... tetapi kita perlu melawan segala virus RIAK ini. apabila rasa seperti virus RIAK sedang di cucuk dalam hati cepat-cepat beristghifar dan set mind terus...ibadat yang dilakukan kerana Allah..jika kita tidak buat seperti ini kita melayan virus RIAK ini..maka terjadilah amalan yang kita lakukan tadi sia-sia...jangan layan itu yang penting..tangkis virus RIAK itu dengan istghfar kepada Allah. Allah tahu apa yang dalam hati kita ...insyaAllah..dia tahu yang kita sedang melawan virus RIAK selagi kita sentiasa beringat itu sahaja.
contoh.
korang tahu yang nyamuk ADIS tengah isap darah korang dan korang tahu kalau korang biar maka korang akan mendapat DENGGI..so tak akan korang nak biarkan sahaja..sudah semestinya adrinalin korang meningkat dan electrik impulse akan membawa kepada moto nerve terus ke otak dan otak mengarahkan tangan korang untuk menepuk namuk ADIS itu..betulkan?
begitu juga virus RIAK . korang dah tahu akan timbul perasaan RIAK jika korang layan..jadi cepatlah..korang menghalangnya dengan beristhgfar...buang jauh-jauh...
ada banyak cara nak melawan perasaan RIAK ini...tapi sebalum aku bagi tahu aku nak kasi tahu kat korang yang korang juga sebenarnya akan RIAK tetapi korang tak sedar..contoh.
'aku bukan tak nak sedekah nanti orang cakap aku RIAK'
dekat situ sebenarnya kita sudah RIAK...kita sudah RIAK... ucapan itu sudah menunjukan kita melakukan sesuatu bukan kerana Allah...betul tak..sebelum kita nak menderma kita dah terget ..kalau kita derma kita akan RIAK..maka? kita sudah RAIK..hohoh! berhati-hati dengan ucapan..
sepatutnya kita menderma. biar apa2 pun terjadi aku tetap akan menderma..biarlah orang cakap apa-apa pun..yang penting aku derma kerana Allah...bukan nak dapat nama...
itu baru betul...tetapkan hati yang paling penting...tetapkan hati..buang virus RIAK itu...istighfar dan sentiasa ingat Allah..apa gune pengertian dan pelajaran IHSAN yang telah kita terap dalam setiap ibadat kita..
beribadat seolah-olah kita melihat Allah.seolah-olah Allah berada di hadapan kita.. insyaAllah..perasaan RIAK ini akan hilang.
jaga dengan perkataan yang kita sampaikan.
RIAK ini adalah salah satu syirik kecil.
tang mana RIAK boleh jadi syirik?
tang mana? tang bila kita beribadat untuk orang bukan untuk Allah..so..syirik lah tuh..
apabila di akhirat Allah tak tengok ibadat RIAK ini tetapi Allah menyuruh orang yang ibadat dengan RIAK ini meminta pahala kepada orang yang dia menunjuk ibadatnya..
satu pertanyaan aku...orang tuh nak kasi ke?
orang tu pun sibuk time tuh...takpayah lah korang nak RIAK-RIAK ni..is nothing ok...beribadat bertujuan untuk menunujuk..last sekali diri sendiri yang bongok...dan bahalol serta bodoh...time tuh jangan salahkan Nafsu SeeRakah yek..sbb..Nafsu seerakah dah kasi tahu ...hohoh!
cara untuk mengatsi virus RIAK ini daripada dicucuk oleh setan.
1) tetapkan hati ketika beribadat kepada Allah
2) tidak memikirkan apa2 hanya fokos kepada ibadat yang sedang di lakukan
3) sentiasa solat sunat berseorangan tanpa dilihat oleh orang lain untuk membina kekuatan
4) segera beristghfar dan mengingti Allah serta azabNya.
5) sentiasa berzikir,bertahmid serta bertahlil supaya kita akan setiasa kekal dalam keiman dan ketaqwaan kepada Allah.
6) berdoa supaya kita memperoleh kekuatan keiman dan menjadi manusia yang sentiasa ikhlas ketika beribadat.
insyaAllah semoga kita semua dapat menangkis virus RIAK ini....aku ingatkan segala ini untuk diri aku. semoga perasaan RIAK ini tiada pernah wujud dalam diri kita..istiqmah dalam beribadat kepada Allah ..cintailah Allah...insyaAllah kita berjaya dunia dan akhirat.
wallahhualam
aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w
An-Nisaa`:116 إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.
Melakukan riak hanya merugikan dan mengundang pelbagai masalah. Fahamilah hadis berikut:
“Diriwayatkan daripada Jundub al-Alaqiy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amalan kerana) ingin ...menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya” (Bukhari & Muslim: 1720)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (
Al-Kahfi 18:110)