Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Sunday, October 3, 2010

amargeddon 2012

Sunday, October 3, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

apa khabar semua kawan2.... harap2 kawan2 semua gembira selalu di sisi Allah yg maha esa... sentiasa rindu dan syg serta mengharap rahmat dari Allah... sesungguhnya Allah merindui insan yg merindui dan mengingatinya...satu langkah kita dekat kepada Allah.. berjuta2 langkah Allah dekat dengan kita..yg penting istiqamah dalam mendekatkan diri kepada Allah... muslimin dan muslimah yg disayangi Allah... mari kita sama2 bertasbih memuji keagungan Allah... satu nasihat daripada aku dan untuk diri aku juga... carilah rahmat Allah...jgn mencari kemurkaan Allah... insyAllah...

selawat dan salam kepada junjungan besar kita nabi muhammad s.a.w... dan kepada keluarga baginda dan sahabat2 baginda... subahanAllah..semakin hari semakin teruk manusia akhir zaman... minda diplopori oleh kaum barat yg kian hari kian membingitkan hati .... aku pun takut... knp kita mudah ikut ke barat daripada ke timur..knp kita percaya dgn bangsa yg bukan menganut agama kita daripada saudara seislam kita knpp??? kenap???...



dunia gempar dengan mengatakan kiamat akan berlaku tahun 2012.. ape nih....ape nih???

apakah kita percaya kepada Allah tuhan seluruh alam atau kita percaya kepada manusia...???

siapa yg tentukan qada' dan qadar alam???

adakah kita tiadak percaya rukun iman yg ke6???

tidak percaya satu rukun maka kafirlah kita (anuzubillahhiminzaliq)

kenapa kita dungu dan bodoh??

jadilah org islam yg berakal...stady hadis nabi...stady alquran... hadis tanpa alquran sesat... alquran tanpa hadis sesat..... boleh aku ckp mcm tuh...sbb ape aku ckp mcm tuh..tak sume kita tahu mendalam ttg ..alquran pengagna suci kita..malah aku sendiri pun tak tahu sangat..melainkan belajar dari org yg tahu.....

ya Allah kau rahmatilah dan selamatkanlah kami semua dari fitnah dunia yg amat teruk ini dan masukkan kami didalam gologan org2 yg bertaqwa....

aku malas nak cerita2 panjang mari kita memahami maksud surah alfatihah ayat 4
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)..

kat sini sudah menunjukan bahawa segala2nya ketentuan Allah..mengapa kita yg nak tentukan sendiri..mengapa kita menilik sesuatu yg tak pasti..dan tahukah kamu...tilikan haram didalam islam..menilik masa hadapan adalah haram...HARAM ..
Allah menguasi hari pembalasan..dan Allah lah yg menentukannya... tapi kita hari ini telah terpedaya dgn ideolgi barat yg ingin memesongkan akidah kita.. nauzubillahhiminzaliq

mari kita melihat hadis nabi mengenai hari kiamat...

“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim

1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.



2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. (Sudah lama mereka bebas, sila rujuk artikel saya berkenaan kajian Ulama Imran N. Hosein)

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.

ok jom kita tgok berdasarkan tanda2 kiamat...
adakah org kafir nak kiamat??? tgok pada tanda2 pertama..semua org kafir mati... adakah mereka mahukan itu..sudah semsetinya tidak... ok...

sahabt2 pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.. bilakah kiamat.??? Rasulullah sendiri tidak mengetahui ttg bilakah tarikh kiamat ttp Rasulullah s.a.w tahu tanda2nya... seperti hadisnya...

sebenarnya kita telah tertipu dek mainan org kafir tahu tak kamu2 semua...

aku copy dari fb org;

Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari Jumaat,jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat.Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. .......... .. cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

hadis ini tidak sahih... menurut ustaz..hadis ini tidak sahih..selanjutnya klik ini....

sebenarnya minda kita telah dijajah oleh org kafir yg sebenarnya takut dgn kita... percayalah kalu kita bersatu, islam akan hebat..dan mampu kalahkan kafir laknatullah ini...

tahukah kamu semua semasa israq mikraj...Rasulullah telah ternampak seorang nenek tua yg berbongkok tiga..ditanyanya kepada Allah..siapakah wanita itu.. Allah berfirman wanita itu adalah umur dunia...

cuba bayangkan seorg wanita yg berbogkok 3 berjalan ...adakah dia mampu??

jika difikir dgn logik...berapa umur dunia sekarang?? adakah dia mampu... kalu nak kata berlakunya kiamat knp tidak berlaku zaman dulu lagi..??? knp???

jadi mari kita buka sikit minda kita .. jgn senang2 je nak terima ..kaji dulu.. org kafir tahu kelemahan kita yg suka disogok..dan kita amek bulat2... jadilah kita manusia yg bodoh.. dan dungu....

jgn percaya dgn segala dakyah ini kerana semua ini adalah ideologi org kapir nak meruntuhkan iman kita..sekaligus kita kufur kepada Allah..bila kita mati time tuh mati dalam kafir..dan bile kafir masuklah api neraka yg menyala2 tak kunjung malap..

tahukah kawan2 semua..org kafir adalah kayu arang dineraka...dan ingat hidup diakhirat selama2nya..no ending..no amargeddon..kalu kita masuk syurga(insyAllah)... bertapa indah dengan kemewahannya..tapi kalu masuk neraka...rasailah keperitan dan kesakitanya..

jadi sama2lah kita mendekatkan diri kepada Allah..semoga Allah memberikan kita sign bila berlakunya hari kiamat...

btw seblum aku nak menghabiskan tulisan aku nih..aku nak story sikit pasal kiamat ..
menurut pembacaan aku..

kiamat tak akan berlaku sebelum lahirnya imam mahadi ataupun seblum iman mahadi memerintah dunia(waallahualnm aku tak pasti..sapa2 tahu beritahu aku) dan imam mahadi kan memrintah selama 40 tahu..selama itu semua manusia akan beriman kepada Allah...

setelah itu baru dajjal turun..dan mengkafirkan org islam... hari pertama kemunculannya dirasakan seperti 1 tahun.. hari kedua seperti 1 minggu ..hari ketiga seperti hari2 biasa...

dan seterusnya mengikut hadis nabi....

dan kiamat akan bermula setlah matahari timbul sebelah barat..
dan pada masa itu pintu taubat telah tertutup...

tiupnya sangkakala pertama..

dan dihisab dipadg mahsayr...

waallahulam..

kalu aku salah betulkan aku..

sbgai manusia aku syg padamu ..

aku syg Allah dan Rasulullah s.a.w

p/s: betulkan akidah dan kepercayaan kita
berlinduglah kepada Allah kerana Allah adalah sebaik2 perlindung

Saturday, October 2, 2010

al quran

Saturday, October 2, 2010
السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

apakhabar semua?? di harap kawan2 semua sihat dan sudi membaca blog nafsu SeErakah yg sering mengganas...mcm mane enteri lepas???? ok tak...kalu tak ok mintak maaf lah yek.. aku ni hamba Allah....yang maha lemah.

aku ingat hari raya dah habis, rupanya..tak penah habis.. org melayu ni bagus ek....selagi bulan syawal tak habis selagi tuh r...balang kuih raya kat umah penuh... takpe2...sbbb kalu kita menyabut tetamu datang kat rumah kita..ada berkat...dan rahmat dari Allah..insyAllah.





malam2..kalu aku keluar rumah...pertama yg aku buat aku akan tgok langit..yelah mane tahu hujan ke....

tp sebenarnya aku tertarik kepada bulan..kalu nampak bulan subahanAllah..cantik..terutamnya pada 15hb bulan islam...sungguh cantik..pada masa itu bulan penuh.. segala-galanya terang... indah.. bulan ini umpama mentol pada waktu malam bintang pula umpama kelip2 bertebaran terbang dan kelihatannya seperti bintang2 bertebaran terbang tapi sebaliknya ini adalah kelip-kelip...


kelihatan seperti bintang2 bertebaran terbang tapi sebaliknya ini adalah kelip-kelip...


subahanaAllah penciptaan Allah yang maha indah... hanya seekor serangga kecil mampu menghasilkan nyalaan lampu pada bahagian ekornya....adakah kita menghayati penciptaan Allah yang maha hebat ini?????...adakah kita kaji?????

ok...back to the story...

bulan dan bintang telah dijadikan oleh Allah dgn penuh hikmah... penceritaannya ada didalam alquran... bulan juga berkait rapat dgn peristiwa mukjizat junjugan besar kita Nabi Muhammad s.a.w...apakah yg Allah ingin buktikan dgn segala perkara yg berkait...ini..??

bulan juga adalah satu pusat graviti.....adakah kita mengetahui???? jadi mengapa bulan?? apa pula kaitanya dengan bintang....

ok...jom kita fikir seketika.... bulan mengikut dalam buku sains adalah satu setelait semula jadi yg mengawal turun naik air laut... hah??? itu yg kita tahu...dan "apa kaitan dgn bintang immukmin".... bintang pula dijadikan oleh Allah sebagai buruj untuk menunjuk jalan bagi org yg sedang belayar...itulah kaitanya...dan banyak lagi..



mengenai bintag pula,

Allah telah menceritakan perihal bintang ini di dalam surah al-buruj...dalam suruh al- buruj Allah bersumpah..

Demi langit yang mempunyai tempat peredaran bintang-bintang...

sungguh indah surah al buruj ini...sebenarnya ada cerita tersirat didalam surah al buruj ini...

dan korang mesti tertanya2 knp surah al buruj ini...ayat dua sehingga ayat terakhir tidak menceritakan langsung ttg bintang...

sebenarnya ada cerita tersirat..kalau korng nak tahu tunggu enteri aku yg akan datang... cerita ini telah dirakamkan oleh Pencipta kita Allah s.w.t.... ceritanya amat indah..nnt aku ceritakannya...


ok cukup sampai situ....



enteri aku sebanarnya adalah nak berceritattg ALQURAN kalam Allah..atau pun ayat Allah ataupun cerita cinta yg disampaikan oleh Allah melalui utusannya Nabi Muahmmad s.a.w.

sebelum kita menceritakan dgn lebih lanjuk mengenai kitab suci yg menjadi pengangan kita..mari kita mengetahui ttg cara penurunannya...

sebenarnya setiap baris ayat alquran diturunkan berkaitan dgn kehidupan seharian yg dilalui oleh Rasulullah s.a.w.. maksudnya apabila satu perkara yg berlaku samada gembira atau duka didalam perjalanan hidup Rasulullah s.a.w pasti diturunkan wahyu oleh Allah melalui jibril kepada Rasulullah s.a.w...sbg panduan dan tarbiah hidup

untuk memudahkan pemahaman.. setiap perkara yg berlaku diperjelaskan oleh Allah kepada Rasulullah melalui kalam nye yakni Ayat2 suci Alquran... ataupun...lagi mudah setiap apa yg berlaku ada hikmahnya..

setiap apa yg berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w... diceritkan semula oleh Allah dan dikaitkan oleh Allah dgn perkara yg berlaku pada zaman2 nabi yg terdahulu... dan zaman2 org2 alim yg terdahulu seperti ashabul kahfi..

tujuannya adalah untuk dijadikan ikhtibar dan mengambilnya sbgai pengajaran dan pemblajaran.. sifat2 mahmudah dan mazmumah org2 terdahulu dirakam oleh Allah didalam Alquran untuk pedoman hidup org mukmin...

segala ini disampaikan oleh Allah kpd Rasulullah s.a.w.. bukan sahaja zaman lampau malah cerita yg berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w dan apa yg berlaku dimasa hadapan...segala2 nya dikukuhkan dgn hadis2 nabi mengenai org pada akhir zaman....

ok itu sahaja...

skunk ni aku nak story menggenai al-quran... kat sini aku nak mengambil dua potong ayat alquran

Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji..

surah ibrahim ayat 1

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

surah albaqrah ayat 208

surah ibrahim ayat satu...telah menerangkan lagi jelas mengenai tujuan alquran diturnkan.. alquran diturunkan adalah untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya iman yg lagi terang......

(aku bukan tahu sanggat pun tapi aku nak kasi tahu apa yg aku tahu...)

sebenarnya alquran adalah satu esklopidia dunia yg digunakan oleh semua manusia termasuk org bukan islam...bertapa hebat alquran..ttp mereka sengaja mempertikai alquran, kerana apa???

kerana meraka takut dgn org islam dan mereka mahu memesongkan akidah org islam..

sebaliknya mereka beramal dgn apa yg ada dalam alquran ttp sombong untuk beriman kepada Allah...

alquran adalah sumber primer...maksudnya sumber pertama setiap aspek..yg telah berlaku atas muka dunia.. perniagaan,hukum hakam,pentadbiran dan sbgnya... tpi siapa yg menggunakan alquran sbg panduan...

andai manusia tidak menjadikan alquran sbg panduan...Allah telah berfirman didalam surah albaqrah ayat 208 seperti diatas...

kita telah melanggar fitrah yg telah Allah tetapkan..kita telah termasuk didalam golongan yg dimurkai oleh Allah yakni gologan setan laknatullah... hahahaha...adaka kita sanggup disamakan dgn setan??? aku nak tanye lah...

adakah kita sanggup???

kalu aku tanya budak tadika sekalipun diorg mesti tak mahu.... tapi apa yg kita buat..termasuk aku... nauzubillahhminzaliq...

jadi marailah kita sama2 menghayati ayat2 alquran.. jgn butakan mata hati, pekakkan telinga unutk menghayati alquran...

sebelum aku mengkahiri enteri ini aku ingin bercerita mengenai ayat alquran..

satu huruf 10pahala...alhamdulilah..tapi kita baca??? tepuk dada tanya iman...

cerita mengenai ayat alquran...daripada member aku yg sangat soleh..

dunia digemaprkan dgn kehilangan muka surat didalam alquran ... kemana perginya?...apabila hampinya kiamat ayat2 alquran akan dibawa naik oleh Allah untuk kembali kepadaNya...itu tanda akhir zaman..

Allah berfiman..

ayat-ayat ku kenapa engkau kembali kepada Ku..

ayat2 alquran...

sesungguhanya manusia tidak mahu mengamalkanku lagi dan mereka kufur dgn ayat2Mu..jadi lebih baik aku kembali kepada mu...

fikir2kanlah..

waallhualam..mati itu pasti..hidup itu insyaAllah..

aku syg Allah dan Rasulullah s.a.w..

andai aku silap betulkan aku.

Thursday, September 30, 2010

makan jom???

Thursday, September 30, 2010
السلام عليكم بسم

الله الرحمن الرحي

lepas magrib semalam...adalah sorang sahabat aku yang mulia nih..ajak aku g dgr ceramah ... mula2..aku menolak sbb ade komitmen lain..selepas memikir seketika aku membuat keputusan untuk follow gak... nak kejer punye kejar ceramah tuh member aku bwk moto gile laju...aku pun agak terkesima...

sampai jew dekat surau tuh..aku tgok bersusu kereta dgn motor dah macam ade kenduri...menurut org setempat mmg setiap hari surau nih penuh macam nih...alhamdulilah..meriah..aku tgok..dah mcm ade kenduri....

dari luar aku dah dgr ade sorang ustaz nih memberi ceramah..hebat.. aku kagum dengar ceramah beliau tidak berganjak walaupun seketika begitu leka dgn keindah penyampaiannya... dia kelihatan santai ttp ...setiap bait kata pujangganya penuh dgn hikmah itulah dia...


alfadhil ustaz yusaini bin yahya...

aku bukan nak cite pasal ustaz nih..tp pasal ilmu yg dia sampaikan..sehinggakan begitu ramai org datang dgr ceramah beliau ...sudah semestinya penuh dgn ilmu berguna....

di sbbkan terlewat dari rumah samapi sahaja aku di sana ..isu yg dibincgkan mengenai org bukan islam masuk masjid tanpa menutup aurat... boleh kah...dan bolehkah orang bukan islam masuk masjid...

kawan2 ingat tak enteri nafsu seErakah yg lepas..ada membincangkan ttg golongan ini masu kemasjid... tp aku memperjeleskan lagi..pada zaman Rasulullah..segala urusan di masjid... temasuk lah urusan negara...org yg dtg dari luar tidak kira muslim atau kafir..akan berurusan dgn Rasulullah s.a.w di dalam masjid nabawi ...malah yg membina masjid nabawi juga ada golongan dikalang org musyrik jadi tidak salah org bukan islam masuk kedalam masjid supaya apa???


supaya dia dpt melihat keindahan isalam itu sediri...ini adalah method dakwah yg dilakukan oleh junjugan besar kita Nabi Muhammad s.a.w....

bagi pertayaan kedua..adakah org bukan islam boleh masuk kedalam masjid tanpa mentup aurat... penjelasan ustaz amatlah mudah dan padat...pertanyaan yg di utarakan adalah simple...
"adakah wajib kafir menutup aurat.... adakah wajib??"
itu persoalannya...maka jawapanya "tidak"... jadi ia bukan isu untuk di ketengahkan oleh org ramai mengenai org bukan islam masuk kedalam masjid... ok sampai di situ isu nya... full stop!

sebenarnya aku nak story pasal makan ...aku tahu korang bak kata member aku 48 hour makan hahahah...tapi apakah korang makan iku sunnah nabi....????(wondering) iman yg paling tinggi di sisi Allah adalah iman manusia yg melakukan sunnah Rasulullah s.a.w...
jadi adakah kita lakukannya????



adakah kita makan macam ini??? penuhsatu meja..samapi tak habis...dah seterusnya..pasti mengikut akhlak setan hahahaha....(nauzubillahhiminzaliq)..minta jauh lah....

ataupun kita makan ikut sunnah nabi..


alhamdulilah.....aku pun bukan lah pandai sanggat..dan aku pun bukan selalu makan dalam talam..tapi banyak fadhilatnya....jap g aku story.... tp..mmg best makan dalam talam nih....

ok..tak kesah lah korg nak makan dalam apa pun tapi...apa2 sebulum makan kita kena bermula dgn doa.... dan sesudah makan kita mengakhirkannya dgn doa juga...

satu aku nak tanya untuk korg dan diri aku jugak...adakah kita .mengingati Allah ketiak makan..atau kita lahap tak ingat dunia,,,??? (waallahualam)...

ok semasa aku dgr ceramah tuh..aku dapat grab lah dua tiga hadis..

hadis yg pertama adalah...

dari ka'ab bin malik r.a meriwayatkan
rasulullah s.a.w makan menggunakan ketiga jari beliau. usai makan beliau menjilat ketiga-tiganya...
dan hadis yg kedua..aku tak ingat riwayat sape... tp lebih kurang mcm nih
Rasulullah s.a.w tidak akan menggelap tanganya dgn sapu tangan atau membasuhnya sebelum menjilat jarinya satu persatu...

dari hadi yg pertama menunjukan Rasulullah s.a.w menggunakan tiga jari ketika makan..
maksud disini jari yg digunakan adalah jari hantu, telunjuk dan ibu...
bukan bermaksud Rasulullah s.a.w tidak menggunkan jari lain tetapi kebanykannya dia menggunakan tiga jari itu. dan selepas makan baginda menjilat jari2nya.

hadis kedua mengukuhkan hadis pertama..
baginda s.a.w menjilat jarinya satu persatu...bermakna baginda s.a.w tidak akan membasuh atau menggelap sebelum beginda s.a.w menjilat dahulu...

baginda s.a.w menjilat sebanyak tiga kali bermula dgn hantu,telunjuk,ibu dan andai menggunakan lima jari...hantu,telunjuk,ibu,kelingkin dan akhirnya manis...

menurut saintis barat yang tidak puas hati dgn kelakuan Rasulullah s.a.w ini telah mengkaji dan mendapat jawpanya


mereka telah menjumpai sesuatu yg menakjubkan subahanaAllah..andai kita melaksanakan sunnah nabi pasti peroleh kejayaan... mereka telah menjumpai satu enzyem didalam jari manusai yg boleh mempercepatkan proses penghadaman... tgok bertapa bijaknya nabi kita.... nabi kita adalah saintis moden sepanjang zaman...

ok?

hehehehhe...sebelum aku nak mengakhiri nafsu seerakah nih..aku nak menjelaskan sesuatu... Rasulullah s.a.w makan tiga jari...

tapi korg jgn wat gila makan 2 jari lak..sbb pe..makan dua jari adalah mengikut cara setan laknatullah makan..dan org yg makan dgn menggunkan 2 jari tergolong di kalangan org yg sombing...

dan ingat andai kita makan bersama2 org mukmin dalam satu bekas...ia adalah ubat segala penyakit...air liur org mukmin adalah penawar...

tapi INGAT..makan bersama2 org musyrik dalam satu pinggan ...air liur mereka adalah racun...

dan Rasulullah s.a.w makan sehinggakan beliau melicinkan pinggannya dgn menggunakan jari terlunjuk dan menjilatnya..kerana sisa2 yg tinggal itu terdapat berkatnya... nabi s.aw. menjilat jarinya sehingga kelihatan merah..begitu bersungguha Rasulullah s.a.w menjilat jarinya...

last but not list...

jgn kita memakan makanan yg maish menggelegak seperti hot plate atau cara org korea makan apa kejadahnya tuh emmm...alah aku pun tak ingat yg kene rendam dalam air yg menggelegak tuh..lepas tuh terus makan... itu tidak disukai oleh Rasulullah s.aw. kerana makanan yg mengelegak tidak ada berkat...

tetapi Rasulullah s.a.w sukan makanan yg panas..maksud disini makanan yg telah lama dihidang ttp masih rasa bahangnya...bukan makanan yg direct dari api...


Allah s.w.t tidak pernah memberi makan api kepada hambanya di dunia ini..ttp hambanya mencari api untuk dimakan..sungguha tidak bersyukur

akhir kalam amalkan sunnah Rasulullah s.a.w...korg pasti peroleh kejayaan...
waallahhualam...


aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

mati itu pasti hidup itu insyAllah

Wednesday, September 29, 2010

jom pegang2???

Wednesday, September 29, 2010
السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم


apakhabar sahabat semua???
harap2 sume chat lah yek... baru 2 hari lepas aku g umah terbuka sorang kawan aku ni kat jitra kedah.....aku mmg soliutlah kat mak member aku nih..mmg hebat... aku suke dgn mak dia nih... mane tak nye..buat mcm2 kat kitorg..sate, mee goreng.. kuih muih..mcm2 g r... member2 aku sume dtg r... mmg meriah r..ari tuh..aku pun hapy r...sbb dapt meraikan aidilfitri dgn rakan2 sepejuangan... alhamdulilah sume berjalan lancar walaupun ade kesulitan berlaku... hujan tidak berhenti2..ttp pengakhirnya penuh dgn keindahan...

yang pakai kain batik n kain pelekat nih sume samapi lewat sbb pe??? sbbb diorg basah dilanda hujan..tp alhamdulilah sume selamat...

ukhwah antara kami ..alhamdulilah amat erat..... itu jeh untuk story aku... tp sebenarnya aku nak cite pasal satu hadis yg aku jumpe time aku main boling kat jitra kedah...

otw balik dari umah member aku nih..aku berkunjug di pusat bowling..saje2 nak beriadah...

tengah aku seronok main bowling..aku lepak dekat meje yg disediakan ..tiba2 aku ternampak sesuatu yg terlekat terus dimeja itu...

dalam sebuah hadis dari bukhari dari pada Rasulullah s.a.w.. tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan wanita yg bukan halal baginya dalam riwayat lain nabi s.aw bersabada.. ditikam salah seorang daripada kamu dgn jarum daripada besi pada kepalanya adalah lebih baik baginya daripada menyentuh seorang wanita yg tidak halal baginya.

daripada hadis ini...aku merasakan terdapat sesuatu yg perlu ditekankan...iaitu mengenai pergaulan... jgn lah memgang tangan wanita yg tidak halal bagi korg lah..sbb..kita akan lebih dekat kepada zina...mana taknya..bila korg pegang pasti akan timbul perasaan syg... bilah dah syg..adalah perasaan yg bukan2... dan yg pasti bukan dari korang...mesti dari setan laknatullah..sudah semestinya..hehehe....
jadi dalam melakukan aktiviti..kita perlu menjaga batas2 pergaulan kita..mmg isu ini kelihatanya amat lah remeh..tetapi impaknya adalah kepada iman kita...

iman kita pasti sudah gugur menyembah nafsu.... nauzubillahhiminzaliq..

daripada menyentuh seorg wanit..lebih baik menyentuh seekor babi..itu yg aku penah bace... tak tahu lah pendapat korg mcm mane....

jga iman kita..kerana iman itu pasti membantu kita diakhirat..bukan senng untuk mengekalkan ranking iman....itu aku tahu...tp..ingat iman adalah saham kita diakhirat...

Allah akan sentiasa dekat dgn kita...apabila kita berusaha dekat dgn dia...apabila kita sudah leka dgn makisat dunia...pasti...pasti...diakan lupakan kita...dan ..apabila kita sedar...kita pasti terasa jauh dgnnya... percayalah...

kesalahan diri ini telah mengajar erti iman islam ihasan....

bila aku berseorgan..aku yakin yg Allah dekat dgn aku...itu yg selalu...aku peringatkan dalam diri ku...bukan untuk menunjuk2..tp aku bangga mengatakan yg aku sayang dan cinta kepada Allah...dan aku tahu..yg Allah sentiasa bersama-sama ku...
waahualam..

mati itu pasti hidup itu insyaAllah..

aku syg Allah dah Rasulullah s.a.w


Thursday, September 23, 2010

setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Thursday, September 23, 2010

assalammualikum kawan2 semua...hahaahahah..dah habis suasana raya...dan kini aku kembali semula ke kolej...ohohohoh...best gak..sbb pe dapt jumpe kawan2 aku yg sume sporting nak mampus hahahaah....hari ni..aku nak post enteri baru...berkenaan dgn setiap yang berlaku ada hikmahnya....

hoohoohoo...sebelum tuh kita relx2 dulu ...

tgh aku lepal2 dekat bilik rehat kat student center ade lah kawan2 aku ni panggil aku...katanya nk tanye sesuatu ...aku dgn malasnya pergilah kat diorg..mane taknye time tuh aku tgh layan movie korea....kawan aku tanye..." immukmin boleh tak org non muslim masuk masjid.."

...hahaahahah...dia tanya aku pasal nih...aku nih bukan pandai pun...aku agak ragu2 tapi aku pasti..yg non-muslim boleh memsuki masjid tetapi..hanya diruang lega..dan ruang solat tidak boleh...di sbbkan aku kekurangna ilmu aku bertanya kepada yg layak..aku bertanya kepada sahabat aku yg lebih berpengetahuan...katany boleh..tp kita perlu lihat..apa tujuannya...jikalu munasabah untuk...kebaikan semua dibenarkan....
pandapat aku juga...ini adalah salah satu method dakwah yg berguna....waallahualam...




ok jom kita mulakan enteri kita...yaeh!!!! setiap yg berlaku ade hikmahnya...ada bukti??? jikalau kita mencari kita pasti merasakan yg allah amat menyangi kita....tapi jika kita tidak cari.... hati kita pasti berburuk sangka kepada Nya...nauzubillahhiminzaliq......

apa yg berlaku sebenarnya sudah termaktub dalam luhmanfuz..manusia tidak boleh mengubahnya... setiap yg berlaku adalah kehendak dan izin Allah.... bagaimana mana kalu aku cakap apa yg berlaku tuh..boleh mengeratkan lagi hubungaan kita dgn Allah..???? ada yg nak membantah...kasih sayang Allah mendahului segala-galanya...setiap apa yg berlaku adalah...hint daripada Allah...untuk kita sedar kesilpan kita dan kita berusaha mengubahnya..

Allah berfirman..
aku tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu andai kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri..

ayat diatas menerangkan Allah telah menetapkan segala-galanya..dan jika kita berusaha mengubahnya..insyAllah dengan izin Allah..ia akan berubah kecuali MATI....

setiap apa yg berlaku ada hikmahnya..



kegagalan bukanlah pengakhiran segala-galanya..tapi ia adalah pertunjuk daripada Allah..untuk kita lebih berusaha memajukan diri sendiri dan bermuhasabah diri dalam melihat kesilpan diri...kita akan lebih dekat dgn Allah...jika kegagalan menimpa kita..
betul tak???
apa buktinya..



"Ya Allah aku telah gagal sekali lagi...kurniakanlah aku kejayaan....."
lihat bertapa kita kembali kepada Allah setelah berlakunya kegagalan dalam diri kita... kenapa kita kembali kita pada Allah???? sbb kita tahu pada masa itu hanya Allah sahaja yg dapat membantu kita... dengan ini sudah pasti kita akan lebih dekat dgn Allah..

jibril memohon kepada Allah....
yg Allah engkau makbulkan lah doa hambamu ini,...

Allah berfirman..
aku akan makbulkan doanya dengan sesuatu yg lebih baik tapi bukan sekarang kerana aku rindu mendengar doanya...

rindu mendengar doanya......cuba lihat..Allah rindu akan doa hambanya....cuba kita lihat. bertapa Allah...rindu hambanya..tetapi adakah kita rindu kepada Allah(wondering???) tepuk dada tanya iman... malah kita selalu melupai Allah...maksiat umpama makan bagi kita ...semua dah lupa akan nikmat kurnia Allah.... dan yg paling teruk adalah berat untuk berdoa kepada Allah... ini di namakan hamba???

sesungguhnya setiap berlaku ada hikmahnya..
jika Allah memberi kejayaan kepada kita pada waktu ituh...satu persoalan..adakah engaku akan mengingati Allah???? adakah engkau org yg alim sentiasa meng intai Allah???? andai hati engaku bersih tiada kekotoran hitam walaupun sebesar sawi...itu adalah mustahil... kerana iman manusia biasa adalah turun naik....

jgn ingat nikmat kejayaan itu adalah satu nikmat..sebaliknya ia adalah satu bala yg menguji kepada keimana kita...adakah kita mengucap syukur setelah mendapat kejayaan???? adakah kita melakukan solat sunat setah mendapat kejayan.....


malah kita meraikannya dengan bersuka ria di tempat yg penuh dengan maksiat...betulkah???


atau kita raikannya didalam rumah Allah yg serba indah...???

cuba lihat... betula tak apa yg aku cakap..setiap apa yg berlaku ada hikmahnya...setiap hikmah mempunyai maksud yg tersendiri.....

contoh

kejayaan....

pasti lahir perasaan riak takbur dgn sedikit nikmat yg allah beri...ya Akulah yg terpaling bijak didalam sekolah ini..aku tidak layak bergaul dgn korg sebb korg bodoh....

boleh aku ckp macm nih???
maknye di sini...terlaihrnya sifat riyak..yakni sirik khafi...apakah kita teloah mekakukan kesalahan????

haha soalan bodoh ditanya oleh aku sendiri...sudah pasti...dosa syirik adalah dosa yg tidak diampunkan oleh Allah....

setiap yg berlaku ada hikmahnya...

contoh lain...

seorang lelaki yg kehilangan duit sebanyak rm36 juta... tujuan duit itu adalah ingin membuka sebuah rumah anak yatim....

keluar didada akhbar...



jutawan kehilangan rm36 juta untuk membuka sebuah rumah anak yatim...

apabila berlakunya sedemikian rupa..apakah jutawan itu tiada perasan bangga dengan apa yg dikemukakn di dada akhbar...niatnya dulu ikhlas kini..di war2kan unutk tatapan umum...andai dia tidak mampu membuka rumah anak yatim tidak mengapa..insyallah Allah akan memberi pahala kepadanya seperti membuka sebuah rumah anak yatim...tetapi setalah lahirnya perasaan menunjuk2... segala amlannya rosak...atau kata lain hampeh!!!!

rosaknya seperti buah yang busuk di makan ulat..

setiap yang berlaku ada hikmahnya

jika anda seorng bapa kepada 2 orng anak dan bekerja sbg pejual budak ..dan pada suatu hari anak anda telah hilang dijual oleh orng lain...apa perasaan anda...pasti anda akan insaf...betul atau tidak????

setiap apa yg berlaku ada hikmahnya...

jadi jgn lah kita bersangka buruk atas apa yg telah ditetapkan oleh Allah kepada kita..kerana apa yg berlaku ada hikmahnya....dan jangan kita berat untuk berdoa kerana setiap doa yg kita lahirkan Allah pasti mendegarnya...

doa itu adalah satu bentuk jual beli yg tidak muflis daripada Allah...tidak rugi kita berdoa...

waallahualm..


aku ada sebuah kisah tetang pengasihnya Allah...
Allah melahirkan perasaan sayangnya kepada manusia..tetapi manusia tidak dapat melihatnya kerana beratapa gelapnya hati manusia itu... tetapi segelap2 hati firaun dia dapt melihat kasih sayang Allh..melalui wajah sang bayi Musa a.s... tidak terjangkau akalnya untuk membunuh bayi itu...

sehingga kepercayaannya mendalam terhadap Allah selepas itu..disebbkan sombong dan takburnya dia... dipendamkan perasaan itu...

ketika telah sampai ajalnya di laut merah...ketika itu dia sedang melafazkan syahadah tetapi tiadak termampu..kerana sifatnya yg sombong..itu telah memakan dirinya...

waallahhualm...

sebagai manusia aku syg pada mu

aku syg Allah dan Rasulullah s.a.w

Friday, September 17, 2010

puasa 6 yuk!!!

Friday, September 17, 2010


assalammualikum...
hehehee penat! penat! penat!....penat beraya...dari pagi sampai ke petang..adoi~...
sahabat2 semua hari ini nafsu seerakah akan mengepost enteri terbaru iaitu..berkenaan dgn puasa 6..tapi sebelum tuh..meh aku story ttg sesuatu yg amat lawaklah dgn sorg kawan aku nih..termasuk lah aku....cube bayang aku dgn kawan2 aku beraya kat rumah sorang member aku nih..dah masuk tiga kali..hahaah..sampai mak dia pun dak mark muka kitaorg..hahaah... mane taknya raya pertama sampai hari ni ..umah dia buat umah terbuka..mcm2 juadah dia buat..hahaah...penat aku..melayan hehehe..tp best..aku lapor je singgah umah dia..pastuh belah...hahaa...kata raya...


itulah raya aku...raya ke empat g shoping..shok wo..abis banyak gak duit aku...adoi~..duit raye yg aku kumpul abis bershoping..hahahahaa..sape nak shoping..ajak aku...aku on je...hahhahaah....
bulan sywal ni jugak menanggung kesedihan..mane taknya..kawan baik aku nak belah...katanye dia nak g merempat kat mesir...aku kata pegilah..hahhaah..moga2 dia berjaya ..amin ya rabb...
org kata jauh perjalanan luas permandagan...banyak pengetahuan...hohohhohho...hebat2....

ok dah puas aku merapu..ni aku nak cite lah cikit pasal pose 6....

aku bukan apa...aku nak cite kat korg nih..sbbb aku segan dengan si ipin ..nih...dia ajak aku join dia puasae 6..bagus betol si ipin..nih...anak yg soleh...aku pun nak jadi mcm dia anak soleh....puasa 6..kerana rindu akan bulan Ramadhan yg diturunkan oleh Allah....
sebenarnya ada hikmah Allah menyuruh kita berpuasa 6... hadis Rasulullah yg si ipin nih postkan...sudah menerangkan bertapa..besarnya fadhilat kita berpuasa 6...itu dari segi rohaninya...dari segi jasmani...nye...kita telah berpuasa selama sebulan pada bulan ramadhan jadinya..andai kita memakan terlalu banyak pada bulan syawal..mugkina akan berlaku kejutan ...jadi...mungkin ramai sahabat2 kita mengalami sakit2 perut pada hari raya pertama.... sbb tuh r...sbb tuh..adanya puasa 6...puasa 6 nih mampu meringankan perut kita..supaya perut kita berfungsi dgn systen asal....maknenye perut kita slow kembali kepada normal..maknye..ikut stage r...lepas 30 hari berpuasa..so kita kurangkan kepada 6.....

ulmak berselisih pendapat ttg puasa enam dan puasa ganti nih... ade bertanya boleh kah niat sekali atau tiada...ada ulamak kata boleh ada kate tak boleh so ade kekilafan di situ.... jadi ada yg berpendapat kita bebas memilih sama ade kita nak amek salah satu atau kedua2nya... tapi Allah maha mengetahui niat kita...mugkina ada muslimah diluar sana (wondering) sbb diorg kene ganti puasa dan diorg nak jugak puasa 6.... takpe korg puasa je ganti dulu dgn harapan dapat fadhilat puasa 6 ..Allah maha mengetahui.... banyak kekilafahn.... ada riwayat mengatakn..ikutlah seperti

saidatina Aisyah r.a..
aisyah berpuasa dibulan syawal untuk mendapat fadhilat sywal...dan berpuasa ganti pada bulan2 yg lain....

tp..bg aku baik ganti dulu puasa wajib sbb kita tak tahu bile kita mati.... mati itu pasti ..hidup itu insyaAllah..andai kita ganti dulu maknenye telah terlaksane hutang kita dgn Allah..dgn harapan kita mendapat fadhilta puasa 6...insyAllah... Allah maha pengasih lagi maha penyayang...

waahualamm...

kalu aku silap betulkan...

aku syg Allah dan Rasulullah s.a.w

Wednesday, September 15, 2010

2 bulan

Wednesday, September 15, 2010
assalmmualikum.....

tak adil lah kalau nafsu seerakah tak post waktu raye...hahaaha...dah raye ke 6 baru nak post..haahahhahahaa... dalam enteri aku kali ini...aku ingin berkongsi pasal ramadhan dan hari raya..

sudah lama kita tinggalkan Ramadhan terasa sedih..semua pasti mengetahuinya bukan...aku ade dgr sahabat aku memberi satu pesanan kepada semua jemaah2 surau waktu anatara solat sunat tarawikh.... "Ramadhan bukan tuhan tapi Ramdahan adalah suatu bulan yg dirahmati oleh Allah...bulan yg diturunkan oleh Allah rahmatnya.... bukan bulan Ramadhan ini adalah tuhan"
aku berfikir semula..betul jugak...org islam ni bila ramadhan semua org akan berpusu2 beribadat...sbb pe...??? cube tanye..mesti diorg ckp..sbb bulan ni kan bulan ramadhan bulan untuk beribadat ..itu diorg ckp...maknenye..bukan bulan Ramdhan ni je...boleh beribadat... itu lah org melayu kita...dia ingat bulan ramadhan je..boleh buat ibadat...hahaahhah...bodoh2... pikir betul2 bro..bukan cm tuh.... bulan ramadhan ni..bulan yg spesial...bulan yg mana kalu kita lakukan ibadat..pahala berlipat kali ganda... bulan lain juga wajib melakukan ibadat...bukan bulan ramadhan jew...ok....cube korang tgok..lepasa habis je bulan ramadhan maksiat..mak ai!!!...berleluasa...mane aku tak rindu bulan ramadhan..penuh ketenagan... sbb pe....sbb kita rasa terjamin yg kita ini berada didalam bulat rahmat.. tgok...apa beza antara bulan ramdhan dgn bulan lain...kita rasa terjamin...kita rasa kita dekat dgn Allah..betul tak...kita rase Allah...selalu selamatkan kita??? betul tak.... bile kita yakin.... semua akan mudah..tp bulan lain macam mane???
macam mane???

lu pikirlah sendiri(nabil raja lawak cakaplah)

ok....kita renung2kanlah yek...ingat yg bulan ramadhan adalah satu bulan yg bakal mentarbiahkan kita..semoga segala ibadat yg kita lakukan pada bulan Ramadhan menjadi titik permulaan ibadah kita kepada Allah...ok?? kita doakan same2..... Allah suka mendengar doa hamba2 nye yg soleh...

raye...........raye......... selamat hari raye...upin ipin pun sambut hari raye.....ok...raye nih..mmg adalah satu perayaan yang dirayakan oleh seluruh umat islam di seluruh dunia....tapi untuk siapa yek raye nih??? maksud aku siapa yg layak merayakannya....sudah tentu dirayakan oleh..org islam yg meraikan kemengannya dalam mentarbiahkan diri..pada bulan Ramadhan... meraikan dirinya sendiri keran telah berjaya berpuasa pada bulan Ramadhan...dan ikhlas dalam berpuasa...bukan di rayakan oleh orang islam yang tidak berjaya mentarbiahkan diri.... bulan ramadhan tidak mengubahnya bermakna dia telah gagal...jadi dia tidaka layak merayakan aidilfitri....bukan begitu kah???(wondering)hehehhehe...aku pun bukan betul pun...tp sekadar berkongsi....

pada bulan syawal ini jugalah...berpusu2 manusia..bermaaf-maafan katanye...sywal ini adalah bulan untuk bermaaf-maafan...hahahahhahaha...baguslah kamu....kamu tidak tahukw ha???yg hari2 kita perlu bermaaf-maafan...inilah org melayu kita....sepatutnya..kita perlu sentiasa bermaaf-maafan...ye lah..mane tahu..lepas kita buat salah dgn org..tiba2 mati???? macam mane.??? tak sempat nak minta maaf....pas tuh nak ckp pe nampak nye (you will meet me at padang mahsyar lah gamaknya)...ajak pala hang!!!!...jadi lepas salah ringan2kan mulut minta maaf....beres boh!!!!

jadi ingatlah..mati itu pasti..hidup itu insyAllah.... jgn lah kita jadikan dendam itu...satu kunci untuk kita bermusuh-musuhan..sbb itu kesukaan syaitan laknatullah....ingat tuh...kawan2....jgn lah cepat marah...ingat Allah...istghifar banyak2...kita hamba Allah...kita syg Allah...jadi dekatkan diri kepada Allah....dan pada bulan syawallah...adalah bulan tebaik kita mendekatkan hubungan silaturrahim antara sesama umat.....itu adalah yg terbaik....

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w.

p/s: mungkin enteri kali ini ada kekuragan..selamat hari raya maaf zahir dan batin...
 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket