Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Sunday, February 26, 2012

Ya Allah Aku JAtuh Cinta

Sunday, February 26, 2012

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

kawan-kawan semua aku memohon seribu kemaafan kerana blog nafsu seerakah ini sudah lama 'bersawang', perkongsian ilmu yang diharapkan tidak dapat aku laksanakan dengan konsisten kerana terlalu banyak komitmen yang tergalas dibahu lelaki berusia 22 tahun ini. Lumrah hidup semakin tua semakin banyak yang difikirkan. Blog yang sudah menjangkau usia matang sematang usia pemiliknya tidak mampu memberi santapan rohani yang indah kepada diri pemilik dan kawan-kawan yang masih setia. Aku tidak mencedok sesuatu tanpa usulnya, aku tidak mencedok tanpa gurunya dan aku tidak mencedok tanpa periksanya. Mungkin ilmu yang diharpakan belum boleh dikongsi lagi kerana kurang kearifan tetapi hari ini mungkin akan ada secankir ilmu yang bisa dikongsi oleh rakan-rakan yang aku sayangi. Aku bersihkan 'sawang-sawang' yang menjadi raja sepeninggalan aku.

Aku baru sahaja balik daripada Thailand di daerah Nakhon si Tammarat mencari ilmu luas terbentang berpaksikan jalan keredha Allah. Pelbagai budaya, adat dan keindahan ciptaan Allah yang bisa ku teguk di negera Thailand ini tetapi bukan itu yang aku mahu kongsikan tetapi yang mahu aku kongsikan adalah sesuatu yang menjadi igauan aku selepas pulang dari Thailand. SubahanaAllah yang sentiasa mendengar doa hambanya. Terkejut dalam igauan aku mendegar sahabat aku baru sahaja melunaskan sebahagia daripada sunnah. Mengucap syukur kehadrat Ilahi. Jodoh, pertemuan, hidup, mati adalah ketentuan Allah. Aku merasakan dan dapat terhidu saat bahagian sahabatku. Kisah cinta yang penuh liku berakhir dengan satu akad yang sah. Walaupun sederhana tetapi mewah dengan rahamat dari Allah. Bak kata pepatah melayu tidak lari gunung dikejar, Kalau dah jodoh tak kemana. Ada sedikit perasaan cemburu pada mereka bukan kerana hubungan mereka tetapi cemburu kerana mereka telah berjaya melaksanakan sunah Rasulullah s.a.w dan sudah berjaya membina sebuah masjid yang indah lagi diberkati. Pasangan yang secocok yang penuh dengan kasih sayang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Kagum aku dengan meraka kerana keputusan yang matang mereka buat jelas menunjukan bahawa meraka ikhlas bercinta kerana Allah. Pada usia muda mereka sudah menjadi sebuah pasangan yang bahagia. Ku titip doa semoga meraka kekal ke hujung nyawa. Sehidup semati kerana Allah dan dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah. insyaAllah.

Terdengar-dengar sebuah lagu mencuit hatiku dan juga bisa membuatkan aku lebih bersemangat:

oh mama, saya mahu khawin, khawin dengan siapa? dengan siapa sahaja. oh mama, saya mahu khawin, khawin dengan orang batu pahat, muka cantik ah tahi lalat 2x.

Wah bila pula tiba giliran aku ya? Semoga jodoh ini dipercepatkan Allah.

ingin aku berkongsi sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Amru ibnu Maimun berkata, Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a. bersabda.

seseorang yang ingin mendapatkan kesenagan rasa nikmat iman maka hendaklah dia mencintai sesorang itu semata-mata kerana Allah


Dari pada hadis ini boleh kita simpulkan bahawa cinta yang berasaskan nafsu semata-mata tidak akan menjulang ke akhirat yang abadi tetapi penuh liku-liku ketentuan Ilahi tetapi ingat cinta yang bertunjangkan Iman adalah segala-galanya. Allah dihati cinta yang bersemi adalah cinta yang hakiki. Jangan mudah terpengaruh dengan dunia yang so call indah tetapi penuh dengan dusta berkala kerana itu kita tertipu dengan keindahan. Cinta hanya datang setelah kita benar-benar cinta kepada Allah. Apakah kita cinta kepada Allah? tepuk dada tanya iman, soal nafsu dan jinjing akal. Adakah kita bertuankan nafsu?

Cinta memang indah, lagi indah dengan ikatan yang sah. Sebetulnya diri ini juga tidak mampu mengawal untuk meluhakan kata hikmat cinta kepada yang berkenan dihati tetapi memikirkan ia bakal merosakan iman terhenti seketika. Cukuplah luahan itu untuk yang hak. Untuk isteri yang tersayang yang halal. Isteri yang solehah idaman hati ini mungkin adalah yang terbaik daripada Allah. Mungkin masa yang ditetapak tidak akan ketahui tetapi cukuplah Allah yang menentukannya. Biar hati ini dilanda badai cinta hanya Allah sahaja yang tahu bertapa seksanya diri ini tetapi ingatan kepada Allah membuatkan lara yang panjang terubat dek kalam dan nama Mu ya Allah. Cinta hanya indah selepas berkahwin itu pengangan nurani aku. Bagi aku tiada cinta sebelum khawin. Bagi aku cinta adalah sebuah ikatan yang sah antara seorang lelaki dan seorang perempuan selepas akad.

Bagi aku cinta itu adalah sulaman-sulaman halus kalam Allah yang indah antara seorang suami kepada isteri. Cinta itu juga adalah suci tiada ganti dan tiada penghujungnya. dan cinta itu juga lagi suci apa bila sebuah rumah tangga itu penuh dengan kecintaan kepada Allah.

Andai aku sudah akad akan ku sulam isteriku dengan sebuah keindahan abadi kerana sesungguhnya isteri itu adalah anugerah Allah. Akan ku jaga dengan rapi akan ku belai dengan keindahan berlandaskan hukum Allah. Tidak akan ku sia-siakan walaupun sedetik cuma dan yang pasti akan ku bawanya hingga kesyurga.

tersisip kata nurani cinta Ilahi,
terdiam bukan kerana bertepi,
tetapi kerana indahnya ia berteraskan Ilahi,
ikatan yang sah adalah ikatan yang berlandaskan Ilahi,
ikatan yang bisa mebawa ke surga dan bahagia diduniawi.

berdiam bukan kerana bacul,
tetapi cukup sebagai tanda,
meraih kasih apabila betul-betul bersedia,
jangan mudah untuk berburuk sangka,
kerana ia adalah ikhlas dan takut kepada Allah.

hidup mati ketentuan Allah,
qada dan qadar sudah suratan ya Rabb,
cukuplah Allah peneman tika lara,
cukuplah rindu teman bicara,
dan percayalah,
cinta jodoh semua sudah ditangan Allah
tidak perlu dipaksa atau terpaksa,
kerana andai sudah ketetapannya,
dua hati pasti bersatu dalam landasanNya.

Aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Saturday, December 10, 2011

Dunia Tunggangan Manusia

Saturday, December 10, 2011
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم


hai geng-geng nafsu Seerakah, adakah kamu merindui aku. hohoh!. minta maaf terlalu busy dengan kerja dunia . nauzubillahiminzaliq. Aku sebenarnya rindu mahu menulis di blog ini tetapi banyak kejadian telah berlaku keatas diri ini, insyaAllah segala kejadian itu adalah ujian daripada Allah yang pasti insyaAllah memantapkan iman. Kerinduan kepada Allah dan Rasulullah s.a.w menjadi pembuka ataupun mukadimah untuk entri kali ini.

SubahanAllah walhamdulillah walailahhaillahAllah Allahhuakhbar
Allahhumasolli'alaasaidinamuhammadwal'alaalihiwasahbihiwassalim.

Bulan Muharam terkenal dengan hijrahnubwah, hijarah Rasulullah s.a.w tetapi kita semua tahu yang hijrah Rasulullah s.a.w berlaku pada bulan Rabiulawal. Rabiulawal juga dikenali sebagai rabiulrasul yakni bulan Rasulullah s.a.w. Banyak peristiwa yang berlaku pada bulan Rabiulawal. ok nnt kita cerita tentang bulan Rabiulawal pada entri lain. Miri kita fikir sejenak... apakah kaitan tajuk entri kali ini Dunia Tunggangan Manusia dengan Hijrah?

Pasti ramai yang tertanya bukan? tiada hijrah selepas pembukaan kota makkah tetapi hanya hijrah melawan nafsu yang juga adalah salah satu daripada jihat fisabilillah. insyaAllah. Berapa ramai yang berani berhijrah daripada perkara yang buruk kepada baik? angkat tangan!

hohoh!

siapa berani berhijrah, daripada tidak memakai tudung terus memakai tudung, daripada tak cukup solat kepada cukup solat 5 waktu. daripada tidak pernah mengamalkan solat sunat duha kepada tidak pernah tinggal duha..

aku tanye sekali lagi, siapa berani?

setiap perkara yang baik kita mahu amalkan amat susah, sebab apa? sebab tiadanya perasaan yang dinamakan istiqamah. Ingin akau berkongsi dengan korang satu fakta yang memang jelas dicerita dalam alquran.

Hijrah nabi Musa a.s gagal tetapi kenapa Hijrah nabi Rasulullah s.a.w berjaya?

kerana akhlak umat nabi Muhammad adalah lebih baik berganda-ganda daripada bani israel. Ada pada satu ketika selepas Allah memerintahkan Nabi Musa dan bani Israel berhijrah daripada Mesir ke Palastin mereka tersesat di Ardudin selama 40 tahun dan selama itu terjadi bermacam-macam perkara yang pasti menguji Nabi Musa a.s. Sampailah pada ketika mereka sudah sampai ke Palastin yang mana diduduki oleh satu masyarakat yang kuat dan hebat. Nabi Musa a.s berkata Allah menyuruh kita berperang menentang masyarakat itu dan jangan bimbang Allah sentiasa bersama-sama kita tetapi jawaba bani Israel.

"kau pergilah berperang dengan Tuhan kau Musa, kami mahu duduk di sini dan melihat dari jauh". ini adalah akhlak bani israel.

perisitwa ini juga berlaku selepas Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah ketika perang badar, Rasulullah s.a.w amat bimbang untuk memberitahu tentang wahyu daripada Allah menyuruh berperang. Rasulullah s.a.w takut jawapan yang sama diberi oleh sahabat-sahabatnya seperti Bani Israel tetapi 3 orang sahabat bangun dan salah seorang daripada mereka adalah Saad daripada golongan ansar. "jangan Risau Rasulullah s.a.w kami akan bersama- sama tuan untuk berjihat di jalan Allah" Rasulullah tersenyum dengan jawapan itu dan rasa gembira dengan jawapan itu.

Lihat akhlak sahabat-sahabat nabi yang pasti menyenangkan hati Rasulullah s.a.w tetapi kita hari ini bila bercakap tentang akhlak sudah pasti tidak mahu dengar malah ada yang mengutuk.
Terlampau gilakan dan merindu dunia hukum Allah dilupakan dan dipersia-siakan malah ada yang mengutuk hukum Allah nauzubillahhiminzaliq.

satu hadis yang masyur:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

'Jadi hadis ini betul-betul sudah terjadi pada hari ini, mari kita lihat musuh sudah berjaya menakluk minda kita dengan pelbagai hidangan dunia yang mengiurkan sehinggakan kita lalai serta leka mengingati Allah dan lupa mencintai Rasulullah s.a.w.
Kita mengagungkam dunia yang sementara malah kita malas mencari bekalan akhirat sehinggakan apabila bercakap tetang hukum Allah menetang seperti apa yang ditetapkan Allah adalah salah satu kesilapan besar. nauzubillahiminzaliq.

"ya allah kau tetapkan iman kami"

sesungghunya tiada keraguan dalam hukum Allah. siapa yang melaksanakan hukum Allah maka mereka adalah orang-orang yang berjaya. yang menduka citakan, hari ini, tiada yang mahu berhijrah malah banyak yang sesat dengan dunia. Sebab politik, hukum Allah dipermainkan dan di perbodohkan. tidak kah mereka tahu bahawa hukum Allah itu adalah satu hukum yang pasti boleh menyelesaikan pelbagai masalah. Bodoh dan bodoh kepada manusia-manusia yang cetek agama tetapi memandai-mandai menilai dan mempertikaikan hukum Allah.

Sebab kemewahan dunia hari ini, manusia berlumba-lumba mencari harta ,wanita dan macam-macam lagi tetapi bekalan akhirat tiada dalam simpanan. teringat aku dengan satu gurauan daripada seorang penceramah yang terkemuka.
katanya:
hari ini manusia menjadikan surat khabar sebagai alquran, tv sebagai hadis.

jika dinilai semula, ada betul nya. kita lebih percayakan media massa dan electronik daripada segala yang termaktub dalam alquran dan hadis. Hukum hudud wajib dilaksana tetapi disebabkan putar belit daripada media massa dan media electronik, maka ramai yang buta agama menyalahkan hukum Hudud. nauzubillahhiminzaliq.

Hudud wajib dilaksankan, wajib kerana hanya hukum hudud ini sahaja yang mampu menyelamatkan umat islam.

jadi kita tidak sepatutnya meletakan Dunia sebagai perkara yang utama, tak mengapa bersederhana di dunia tetapi kaya raya di akhirat insyaAllah.

Wallahulam

p/s: waktu aku tengah siapkan entri ini. gerhana bulan sudah penuh dan sesungguhnya aku sangat takut. barakaAllah

Wednesday, November 9, 2011

Permasalahan, Persoalan dan Kepentingan CINTA

Wednesday, November 9, 2011

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng-geng nafsu seerakah. bak kata orang putih long time no see. alhamdulillah dengan izzin Allah akhirnya dapat juga aku mengupdate blog ini. suka untuk aku kongsi bersama geng-geng semua tentang aku hohoh! alhamdulillah kesihatan aku makin baik dan tangan aku pun semakin pulih. terima kasih kepada nenek aku yang sudi mengurut tangan ku.

hari ini suka aku untuk berkongsi tentang permasalahan, persoalan dan kepentingan CINTA... hohoh! semua orang suka bila kita bercakap tentang CINTA tetapi...tetapi berapa orang yang faham cinta pada kaca mata islam?

banyak persoalan yang berada di minda
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
otak kata jangan hati pula kata ya
hidup tak menentu adakah ini cinta

tu dia lirik lagu dari petikan lagu cinta muka buka daripada najwa latif.

bukan aku nak bercerita pasal najwa latif . tapi aku suka untuk kongsi dengan korang semua pasal permasalah, persoalan dan kepentingan cinta tetapi sebelum itu, suka untuk aku ingatkan bahawa cinta pertama-tama cinta yang maha agung adalah cinta kepada ALLAH, rasul, agama baru makhluk.

mari kita kecilkan skop kita bincang tentang cinta kita kepada makhluk. sunatullah genetik chromosome XX akan tertarik kepada genetik chromosome XY. lumrah alam yang telah ditetapkan oleh ALLAH. tidak salah tetapi permasalahannya berapa orang yang boleh cinta kerana ALLAH dan berapa orang yang boleh merahsiakan kata cinta kepada seseorang itu sebelum seseorang itu menjadi halal baginya... berapa orang yang sanggup? percayalah cakap aku, tidak ada yang mampu menahan nafsu untuk memberhentikan diri untuk meluahkan kata cinta kepada orang yang kita cintai. kerana apa? kerana kita rasa kita akan kehilangan seseorang itu jika kita tidak luahkannya.

pemikiran yang senteng dan kolot seperti ini menyebabkan kita melabuhkan diri kita kepada maksiat. btw apa prinsip kita yang pertama tadi? sayang kepada ALLAH bukan? jadi kenapa kita perlu takut untuk kita merahsiakan rasa cinta kita kepada seseorang itu kerana ALLAH maha mengetahui dan dia lah yang maha kuasa untuk melabuhkan perasan cinta kepada orang yang kita cintai. so, cukuplah kita berdoa dan memohon ALLAH menaburkan benih-benih cinta dalam hati orang yang kita cintai. jangan risau hidup, mati, nikah, khawin, zuriat, kekayaan semua ditentukan oleh YA KHALID. so, kita jangan risau. andai ia adalah jodoh kita maka dia selama-lamanya jodoh kita andai ia telah ditetapkan oleh ALLAH insyaAllah.

persoalan cinta pasti menjadi tanda tanya oleh semua manusia. adakah cinta kita cinta hakiki, adakah cinta kita cinta yang ikhlas atau adakah cinta kita ini adalah cinta yang benar bukan sebab kedunia? argh!!! banyak persoalan yang berada diminda. hohoh! persoalan seperti ini lah membuatkan kita sakit otak, nak giler dan bunuh diri sebab kita tak confident dengan ketentuan ALLAH . jangan begini akak,abang adik, dan semua umat islam, sila nyahkan semua persoalan ini di minda anda ..dan sila balik kepada prinsip pertama . kembali kepada ALLAH. sesungguhnya persoalan ini akan timbul selepas anda selesai akad bukan sebelum akad sebab persoalan ini lah membawa anda-anda dan aku kelembah maksiat hohoh! kita sentiasa teringat seseorang yang bukan mahram kita adalah menghampiri zina. aku tahu mesti ada sesetegah geng-geng cakap

"alah, immukmin macam lah dia tak pernah ada perasaan mca tuh!"

sesungguhnya aku adalah manusia dan aku bukan seorang yang alim sehinggakan mampu mematahkan godaan syaitan dengan mudah tetapi aku punyai kekuatan untuk mengingati diriku dan kawan2 semua. jadi lebihkan diri kita untuk lebih dekat dengan ALLAH supaya ALLAH tetap menjadi no satu dalam hati kita dan insyaAllah ALLAH pasti membantu kita dan memakbulkan setiap doa kita BARAKAALLAH. jadi janganlah kita rungsing dengan persoalan yang kita tidak pasti lagi kebenarannya kerana hati manusia berubah-rubah.

dan akhir sekali apa kepentingan cinta nih? emm..banyak kepentingan cinta ini kerana cinta ramai yang mampu berjaya atas izin ALLAH. cinta ini umpama capsul ajaib. jika dimakan kita menjadi semakin kuat dan bertenaga. jadi ramai yang kita lihat berjaya keran cinta. bak kata pepatah setiap kejayan seseorang lelaki itu ada wanita dibelakang. see! that we call the power of love. the person that we love always give us something that can catalyst and it will speed up the rate of reaction. hohoh! kimia lah pulak. tetapi itu adalah kebenarnya tetapi tidak semestinya cinta itu perlu diluahkan bagi yang belum bernikah cukuplah kita rahsiakan kerana ada satu peringatan

"andai kita mencintai seseorang itu, cukuplah kita simpan didalam hati. jika kita mati pada masa itu tanpa meluhakannya maka mati kita adalah mati syahiid"

What is Love?

A simple spark of deep desire,
The gentle gaze that sets the fire.
Often spoken, sometimes meant,
Heat of passion, sweetly spent.

Pleasure sought and object lured,
Emotions cherished and endured.
Forever, or a brief affair,
Not forgotten, always there.

Few resist and many fall,
Some are wary, not at all.
Found in tears, a smile, a sigh,
If unrequited, passes by.

Not for sale at any price,
Trust, compassion, sacrifice.
Common bonds of tempered past,
Kindred spirits, first and last.

Feelings ever changing flow,
Nurtured well, the best will grow.
Is it ever understood?
This much we know, love is good.

- Duncan MacKellar -

waaAllahhualam

sesungguhanya aku sayang ALLAH dan RASULULLAH S.A.W

p/s: aku pun risau kalau lah aku betul2 jatuh cinta... hehehe ..=P

Tuesday, January 18, 2011

"Setan" ber"Tendang"

Tuesday, January 18, 2011
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2 nafsu seerakah..hohoh! minta maaf sangat2..bukan tak nak update blog..tetapi tidak ada masa untuk mengupdate blog kerana sibuk dengan hal-hal berkaitan akedamik yang masih belum selesai. alhamdulilah hari ini ada juga masa senggang untuk aku mengupdate blog. bukan masalah yang berkaitan akademik juga yang menghalang aku untuk mengupdate blog..malah masalah internet di kolej aku ini salah satu penyebab yang menyebabkan aku tidak mampu untuk mengupdate blog. minta maaf kepada kawan-kawan terutamanya Encik Mamat dan bro Dark Half yang sentiasa bertanyakan khabar tentang aku tak lupe juga kawan aku yang selalu sepak menyepak dalam dunia blog ini ..iaitu si james buns dgn entrinya yg menenagkan minda aku seketika. hgpa kalu aku tak updateblog..hg p lah baca blog depa..lagi best...hohoh!..alhamdulillah punyai teman yang sentiasa saling ingat mengingati...... aku harap semua kawan2 sihat yek..

btw aku ade banyak nak story tapi nnt lah...aku keep it dulu...aku skunk mmg sibuk..di takdirkan oleh Allah..aku diamanahkan tugas yang besar di kolej...rasa berat untuk menerima tugas ini. setelah aku menolak..dan menolak...dengan izin Allah..akhirnya mmg aku yg perlu menyandang jawatan itu. kat sini aku nak beri tahu bahawa jika kita merancang di segenap sudut sekali pun..kita kena ingat yang Allah sebaik-baik perancang. sebelum ini..sudah banyak kali aku menolak untuk terlibat dengan aktiviti universiti ini..akhirnya...dengan izzin Allah...aku perlu menghadiri dan mengikutinya juga... aku teringat kisah imam hanafi yang menolak memegang jawatan penting dalam negara...aku juga teringat kisah sahabt yang menolak untuk memegang jawatan...aku juga tahu kenapa mereka menolak..kerana mereka takut dengan Allah... takut akan pertanyaan Allah..di akhirat kelak...aku juga takut..jika amanah yang diberi tidak dapat di tunaikan..apa yang aku bakal jawab di hadapan Allah kelak... 'semoga dipermudahkan urasan ini ya Allah.'.

ok..sepanjang aku lepak2 di utara tanah air ini...terdetik untuk berjalan-jalan dipersisiran kota...hak3!..ayat tak leh belah....aku jalan2 tiba2 ternampak satu kedai ..gah dengan warnanya ...warna merah putih...katanya..merah 'ong'...hahahah....aku layankan sahaja...nampak pulak dekat kedai tu ade logo burung nuri hijau..comelsangt sambil memaki topi..hahah..cute kot...aku tinjau-tinjau gak nama kedai tu,,,mene taknya...cina,india,melayu dan lain-lain bangsa...ramai berkunjung di kedai tu..mudah kata 1 malaysia lepak kat kedai itu. tinjau punya tijau...na... kedai 4 nombor...tak silap dah ni...of corselah..kedai 'Sport Toto'..atau bahasa aku kedai 'Setan berTendang'...aku tak marah korang nak bertendang dengan setan kat kedai tu..tapi agak2 r..bro..kalu dasar orang islam..jgn malukan aku bro..aku malu bro..dahlah kulit sama dgn aku..walaupun aku ni gelap sikit pada ko...dah lah umur sebaya dgn aku..(tak kurang juga tua ganyut...tak ingat mati ke pakcik?)..bangsa sama dengan aku..orang islam...adeh...malu bro... boleh pulak bersapa-sapa...hamboi...takde maruah ke... aku malas nak cerita pasal ni..dan aku juga pelik dgn pemerintah nih...aku rase diorang tahu bende nih..haram...jelas-jelas..judi..tapi apa yg mereka buat...hak3!!..join sekaki kah? wallahhualam...yg lagi hairan dan pelik...dan aku rase mmg bodoh pada abad ini....MT untuk bisnes judi nih..adalah orang islam...kesian anak2 diorng..malu dgn kawan2..mane taknye...bile tanya?

'ayah kerja apa?"

"ayah ada bisnes syarikat"

"bisnes apa?"

"bisnes nombor ramalan."

"campany apa.."

"sport toto"

hambik ajak pala ....malu wo....satu lagi..tak takut..ke azab Allah..makan hasil haram...ya Allah.... tahu tak yang korang takakan masuk syurga selagi...badan korang penuh dengan hasil haram...nauzubillahhiminzaliq..

ok kalu aku cakap lebih-lebih pun korang cakap aku merepek..padahal korang yg merepek..pegi lepak kat kedai yang mane tempat setan bertendang...ye lah..mahu tak bertendang...kalu korang kalah korang bertendang..kalu menang pun bertendang.....giler.. judi ini ..sah-sah haram di sisi Allah...hukumannya..80 kali sebatan..(betulkan aku kalau aku salah)..dan di rampas semua harta judi...kenapa..ini di lakukan? ada hikmahnya..

korang tahu tak..yang korang berjudi ini..adalah salah satu sifat syaitan yang nak bawak korang masuk neraka? (tahu) dah tu kenapa korang buat? (sebb sedap)..ha...korang tahu bila dah rasa sedap tuh..selow2 Allah kasi...biar korang makin sedap dan sedap..sedap dalam jalan kemurkaan Allah..supaya korang akan mudah di masukan dalam neraka...takyah nak di hisab-hisab lagi....piunggggg...terus terjun dalam neraka..mudah...cepat dan mesra...hohoh!... skunk ni aku cakap perkara yang serius..bukan main-main....aku taknak korang melahirkan zuriat yang lemah....sebb duit judi ni...

biak p lah kat depa...depa nak main ka..nak makan ka...hang pa...org islam buat cara islam...hgpa..org islam syg diri hampa...menzalimi diri sendiri adalah berdosa besaq... hgpa dahlah kene cas dosa main judi..pas tuh..cas dosa zalim diri sendir...cas dosa hg beri anak hg makan benda haram...pas tuh..bile hg mati...mcm mana????

kesimpulannya..kita jauhkan diri kita dengan perkara2 yang haram ini...kita tahu tapi kita..buat...kita nak cakap diri kita ni apa? tepuk dada tanya iman.

semoga kita sentiasa dalam pelukan Ilahi..insyaAllah..

waallahualam..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

p/s: minta maaflah..entri ini..entri rush..mmg tak ada masa untuk menaip..mintak maaf kawan2..sebenaqnya...aku rindu kat hangpa semua...hangpa semua rindu kat aku tak?

hak3!!..btw tq kawan2 sbb sudi ziarah blog yg tak seberapa ini...doakan aku dipermudahkan oleh Allah segala urusan dan amanah yang Allah berikan kat aku noh!

Saturday, January 8, 2011

Virus RIAK

Saturday, January 8, 2011
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2 nafsu seerakah..semoga di hari sabtu ini semuanya dalam keadaan yang sentiasa sihat dan tersenyum (^-------------------^) mcm <== ni.. ok...hak3!!!...hari ni mmg free..tak tahu nak buat apa..ada je kerja tapi malas nak buat so, kita tangguh dulu..lepak2 kejap...tenangkan fikiran..menikmati..angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa...ah..segarnya..tak terasa kepanasan di negeri indra kayangan ini walaupun matahari terik memancar di ubun-ubun kepala kerana tiupan angin dingin menyegarkan tubuh yang menerimanya..

bersyukur dengan nikmat Allah ini...kalau basuh kain time2 nih..best gak hohoh!..cepat kering hehehe...ini lah kelebihan yang Allah kurinakan kepada negeri indrakayangan ini. panas tetapi sejuk..cm ne ek? (wonderingkan??) kuasa Allah...diluar mmg panas tetapi hakikatnya dalam rumah nyaman je... kalau nak cerita pasal negeri indrakayagan nih..mmg banyak kelebihan dan keindahan alamnya...

ok entri kali ini..nak gak story pasal satu penyakit hati ini...emm..semua manusia ada...iaitu..RIAK.. pada pendapat aku dan apa yang aku faham RIAK ini adalah salah satu penyakit hati yang membawa kepada keburukan pada diri sendiri..tak kiralah dunia dan akhirat.
penyakit RIAK ini amat merbahaya malah boleh merosakan iman yang sedia nipis seperti kulit bawang.

ok yang aku nak story nih..RIAK dalam ibadat..dan kesannya kepada kehidupan sebagai manusia di atas muka bumi Allah ini.

RIAK nih..umpama virus DENGGIlah....sbb apa aku buat persamaan

RIAK =DENGGI.

sebab DENGGI nih kalu kita lambat ubatkan maka matilah kita... virus DENGGI ini berasal daripada sejenis nyamuk yang diberi nama nyamuk ADIS..ingat tak iklan TIADA ADIS TIADA DENGGI. dalam iklan itu pembawa DENGGI adalah ADIS dan pembawa penyakit RIAK ini adalah SYAITAN hohoh!... macam mana mahu mengatasi masalah ini...

bak kat pepatah para doktorian
'mencegah lebih baik daripada mengubati'

betul tak? mcm mane nak cegah penyakit RIAK ini?

mestilah..setiap penyakit ada cara pencegahannya..dan setiap penyakit ada ubatnya.
jom kita selidik asal usul virus RIAK ini..berasal daripada sejenis makhluk yang dilaknat oleh Allah iaitu iblis dan sekutu-sekutunya. bagaimana dia memasukan virus RIAK ini? melalui hati ..melalui hati yang tidak ikhlas dalam beribat kepada Allah..hati yang mahukan dunia semata-mata..hati yang mahu orang melihat segala amalan nya bukan kerana Allah tetapi untuk menunjuk.

...syaitan akan mencari hati2 ini...alim bukan kerana Allah tetapi alim kerana dunia..kerana ingin menunjuk-nunjuk. disebabkan manusia seperti inilah..semua setan-setan gemuk, kenyang dan masing-masing dah naik pangkat..jadi genral!..hohoh!..mcm mane dia tak naik pangkat sbb dah ramai pengikut yang bakal menjegah neraka...kalau penyakit ini tak dicegah dan di ubati..ke lubang nerakalah..semua amalan sia-sia...abis...

yang tadi..baca alquran kerana Allah..tiba-tiba ada orang datang..time tuhlah...si setan nih. suntik virus RIAK nih..time tuh mulalah start..tadi baca tegagap-gagap tiba dah lancar...kalu lancar betul takpe..ni main langgar tajuid, baris,,abis semua langgar..yang tadi baca mendatar tiba-tiba datang taranum.. semua jenis taranum dicampur-campur nak suruh orang terpegung dengan bacaannya...parah kalau macam ini...kenapa ini terjadi?

kenapa yek?
masing-masing mahukan perhatian dan mahu semua orang tahu yang dia pandai membaca alquran dan bertarannum...rasa tidak bersyukur dengan nikmat Allah menjadikan manusia ini RIAK. tiada keikhlasan dalam hati dalam beribadat kepada Allah...nak jadi alim kerana nak orang pandang tinggi kat dia...hampeh! bodoh! bahalol! ...

jangan kita mudah-mudah menurut setan..mmg benar akan terlintas pada hati kita ... tetapi kita perlu melawan segala virus RIAK ini. apabila rasa seperti virus RIAK sedang di cucuk dalam hati cepat-cepat beristghifar dan set mind terus...ibadat yang dilakukan kerana Allah..jika kita tidak buat seperti ini kita melayan virus RIAK ini..maka terjadilah amalan yang kita lakukan tadi sia-sia...jangan layan itu yang penting..tangkis virus RIAK itu dengan istghfar kepada Allah. Allah tahu apa yang dalam hati kita ...insyaAllah..dia tahu yang kita sedang melawan virus RIAK selagi kita sentiasa beringat itu sahaja.

contoh.
korang tahu yang nyamuk ADIS tengah isap darah korang dan korang tahu kalau korang biar maka korang akan mendapat DENGGI..so tak akan korang nak biarkan sahaja..sudah semestinya adrinalin korang meningkat dan electrik impulse akan membawa kepada moto nerve terus ke otak dan otak mengarahkan tangan korang untuk menepuk namuk ADIS itu..betulkan?

begitu juga virus RIAK . korang dah tahu akan timbul perasaan RIAK jika korang layan..jadi cepatlah..korang menghalangnya dengan beristhgfar...buang jauh-jauh...

ada banyak cara nak melawan perasaan RIAK ini...tapi sebalum aku bagi tahu aku nak kasi tahu kat korang yang korang juga sebenarnya akan RIAK tetapi korang tak sedar..contoh.

'aku bukan tak nak sedekah nanti orang cakap aku RIAK'
dekat situ sebenarnya kita sudah RIAK...kita sudah RIAK... ucapan itu sudah menunjukan kita melakukan sesuatu bukan kerana Allah...betul tak..sebelum kita nak menderma kita dah terget ..kalau kita derma kita akan RIAK..maka? kita sudah RAIK..hohoh! berhati-hati dengan ucapan..

sepatutnya kita menderma. biar apa2 pun terjadi aku tetap akan menderma..biarlah orang cakap apa-apa pun..yang penting aku derma kerana Allah...bukan nak dapat nama...

itu baru betul...tetapkan hati yang paling penting...tetapkan hati..buang virus RIAK itu...istighfar dan sentiasa ingat Allah..apa gune pengertian dan pelajaran IHSAN yang telah kita terap dalam setiap ibadat kita..

beribadat seolah-olah kita melihat Allah.seolah-olah Allah berada di hadapan kita.. insyaAllah..perasaan RIAK ini akan hilang.
jaga dengan perkataan yang kita sampaikan.

RIAK ini adalah salah satu syirik kecil.

tang mana RIAK boleh jadi syirik?

tang mana? tang bila kita beribadat untuk orang bukan untuk Allah..so..syirik lah tuh..
apabila di akhirat Allah tak tengok ibadat RIAK ini tetapi Allah menyuruh orang yang ibadat dengan RIAK ini meminta pahala kepada orang yang dia menunjuk ibadatnya..

satu pertanyaan aku...orang tuh nak kasi ke?

orang tu pun sibuk time tuh...takpayah lah korang nak RIAK-RIAK ni..is nothing ok...beribadat bertujuan untuk menunujuk..last sekali diri sendiri yang bongok...dan bahalol serta bodoh...time tuh jangan salahkan Nafsu SeeRakah yek..sbb..Nafsu seerakah dah kasi tahu ...hohoh!

cara untuk mengatsi virus RIAK ini daripada dicucuk oleh setan.

1) tetapkan hati ketika beribadat kepada Allah
2) tidak memikirkan apa2 hanya fokos kepada ibadat yang sedang di lakukan
3) sentiasa solat sunat berseorangan tanpa dilihat oleh orang lain untuk membina kekuatan
4) segera beristghfar dan mengingti Allah serta azabNya.
5) sentiasa berzikir,bertahmid serta bertahlil supaya kita akan setiasa kekal dalam keiman dan ketaqwaan kepada Allah.
6) berdoa supaya kita memperoleh kekuatan keiman dan menjadi manusia yang sentiasa ikhlas ketika beribadat.

insyaAllah semoga kita semua dapat menangkis virus RIAK ini....aku ingatkan segala ini untuk diri aku. semoga perasaan RIAK ini tiada pernah wujud dalam diri kita..istiqmah dalam beribadat kepada Allah ..cintailah Allah...insyaAllah kita berjaya dunia dan akhirat.

wallahhualam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

An-Nisaa`:116 إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.


Melakukan riak hanya merugikan dan mengundang pelbagai masalah. Fahamilah hadis berikut:
“Diriwayatkan daripada Jundub al-Alaqiy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amalan kerana) ingin ...menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya” (Bukhari & Muslim: 1720)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (Al-Kahfi 18:110)

Friday, January 7, 2011

SOMBONG BAKAL SUMBING

Friday, January 7, 2011
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng nafsu seerakah..mohon maaf kerana tidak mampu untuk berblogwalking kerana kelembapan internet di sini membuatkan kemesran kita terjejas..mohon maaf kepada semua yek!.. emm...hari ini hari jumaat..ya Allah indah sungguhnya..damai..tetapi tidak boleh lari dengan tiupan angin dingin yang indah di pagi hari membuatkan manusia khusyuk meneruskan tidur tanpa menghiraukan solat subuh yang memanggil-manggil...insyaAllah..semoga semua geng2 nafsu seerakah tidak terbui dek ciptaan mimpi-mimpi indah dari syaitan laknatullah..

satu keSOMBONGAN yang telah di terapkan oleh syaitan-syaitan ini dalam diri setiap manusia supaya menjadi sepertinya yang so call gah dan bajet bagus.. ini tidak boleh bah!...aku pun nak pesan pada diri aku jangan jadi SOMBONG sebab apa..Rasulullah s.a.w tidak pernah sombong...hohoh!..aku jatuh cinta pada mu ya Rasulullah s.a.w..aku jeles dengan sahabat-sahabat mu yang bisa berjumpa mencium dan memeluk serta menatap wajah mu...

suke untuk aku berkongsi satu hadis yang membuatkan aku jeles dengan seorang sahabat nabi ini.. ya Allah jelesnye aku...

anas bin malik meriwayatkan.
maksudnya:
"satu hari zahir, seorang lelaki kampung (badui), memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah pun membekalinya ketika ia hendak pulang. beliau berkata, ' Zahir adalah orang badui yang merupakan bagian dari kita, dan kita adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya.' Rasulullah s.a.w sendiri sangat meyenangi Zahir, meski ia tidak memilik wajah yang rupawan. suatu ketika, Rasulullah s.a.w mendatangninya ketika ia tengah menjual barang dagangan. beliau mendekap zahir dari belakang. zahir yang tidak bisa melihat orang yang mendakapnya berkata, 'siapa ini? lepaskan aku!' setelah itu, Zahir pun menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya adalah Rasulullah s.a.w. mengetahui hal itu, Zahir terus berusaha agar belakangnya tetap menyentuh dada Rasulullah s.a.w, kemudian beliau berkata 'siapa yang hendak membeli budak ini?'."

hak3!!..ini lah cara Rasulullah s.a.w bergurau..indah kan..bertapa dia sayang sesama manusia tidak kira daripada bangsa dan keturuan mana tetapi dia tetap mesra..ya Allah...lihat..walaupun dia seorang Nabi....dia tidak pernah SOMBONG ..tidak kita ingin mencontohinya..ya Allah..sungguh aku rindu akan Rasulullah s.a.w. sungguh penyayang Rasulullah s.a.w.

adakah kita akan menjadi manusia yang SOMBONG sehinggakan kita tidak melihat orang yang duduk di bawah kita...dan menganggap orang dibawah kita dalah gologan yang tidak layak berdiri sebaris dengan kita.... ya Allah..jangan bersikap sedemikian rupa..jangan..nnt satu hari yang bawah inilah yang bakal membantu kita...

jangan kita hina dengan orang yang berada di bawah kita...kerana di akhirat nnt manusia adalah sama... kita sepatutnya memabantu meraka supaya dia dapat berdiri sebaris dengan kita. itulah yang di namakan "ukwah fillah abdan abada" kita tidak tahu bertapa dia mahu berjaya seperti kita..kita tidak seharusnya meletakakn mereka di kaki kita..tetapi letak mereka di hati kita..supaya kita sama- sama sayang antara satu sama lain..lalu lenyaplah perasaan SOMBONG ini..

maka cita-cita syaitan laknatullah..berkecai meletus umpama gunung berapi...ya Allah tidak kah kita rasa yang kita patut membantu manusia yang seiman dengan kita..bukan hanya memperlekehkan mereka...terima segala idea mereka.. berbincang untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat..itu lah yang patut kita lakukan..bukan membandingkan kepandaian, kekayaan..atau pangkat..sebaliknya kita sentiasa bertukar-tukar pendapat..kerana..apa..Allah menciptakan manusia itu saling lengkap melengkapi..setiap manusia ada keisimewaannya..jadi... buanglah sifat SOMBONG yang bakal MENYUBINGKAN kehidupa kita sebagai seorang yang beriman insyaAllah..

waallahhualam..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Thursday, January 6, 2011

MELAWAN ALLAH? nauzubillahhiminzaliq

Thursday, January 6, 2011
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2..hohoh!!..lama tak bersua..minta maaf sangat2..hohoh!! bukan tak nak update blog tetapi..server kat kolej..amatlah lembab selembab tangan aku menaip hohoh!!..ape2 pun alhamdulilah, pagi ini dapat juga aku melunaskan aktiviti yang memang kerap aku lakukan..jika aku berada di kolej...iaitu..berjogging..kat umah tak jog..hohoh!! sbb malas dan dekat rumahlah lemak ku mula berkumpul....dan disini..aku ingin mengurangkan.. menukarkan lemak kepada mascule yeah!!

sambil2 jogging dapat gak tgok keindahan ciptaan Allah yang sangat indah. berjogging di persisiran bendang yang tali airnya penuh dengan teratai..teringat lak lagu teratai layu di tasik madu..hak3!! (gedik disini hohoh!).. apa2 pun..melawok-melawok gok...kalu sirius2 gak..hak3! ayat member aku bile time dia sirius..

ok...hari ini nak gak aku kongsi ilmu dengan geng2 nafsu seerakah bukan apa..setiap apa yang kita lakukan perlulah bermanfaat. semalam adelah satu majlis ilmu...tertarik lak aku..bukan apa kita insan lemah bak kat ustaz yang beri ceramah tu nak belajar ugama ada dua cara..

pertama bertalqi..

maksud disini belajar dengan guru yang yakin dengan kealimannya dan mempunyai ortoriti untuk menyampaikan ilmu dan ilmu yang sebenar-benarnya yang dipelajari dan dari sanad2 yang soheh dan asalnya daripada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

kedua

berdamping dengam orang soleh dan alim serta para ulama'. bertukar-tukar pendapat mengenai ilmu agama.

itulah yang ustaz tu cakap...so semalam..ustaz yusaini bin yahya.. memang meriah menceritkan perihal Kelazatan Akhirat. macam biasalah..hohoh! kedatangan aku agak lambat . ada kesulitan yang tidak boleh di elakan..tetapi aku dan kawan-kawan aku lewat dalam 10 minit. kuliah yang mengambil masa 60 minit itu amat berguna dan manfaat..tak boring tapi seronok ...percayalah ..try r..

ok...mengenai kelazatan akhirat. katanya..

manusia zaman ini amat sayang kepada dunia..tiada perasaan untuk mencari akhirat..bila ini terjadi maka manusia itu berani MELAWAN ALLAH,..
nauzubillahhiminzaliq... beranikah kita melawan ya RAbb?!!...jangan buat giler bro!..
katanya sifat yang membuatkan manusia ini berani MELAWAN ALLAH adalah sifat sayangkan dunia..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud.

'aku tidak takut umat ku fakir tetapi aku takut umatku bersenang lenang'

ada juga sahabat yang berkata..

'aku tidak takut di uji dengan kemiskinan tetapi aku takut di uji dengan kesenangan'

hak3!! tgok! see! look!

bersenang ini amat ditakuti oleh para sahabt termasuklah Rasulullah s.a.w sebab apa? sebab..takut MELAWAN ALLAH lah..
'ko immukmin, pandai-pandai je cakap kalu kaya kita akan MELAWAN ALLAH'

oh tak percaya ek? ok aku nak cakap tak semua manusia yang kaya MELAWAN ALLAH tetapi ini terbukti..contoh.. Qarun.

kekayaan telah menyebabkan dia MELAWAN ALLAH..tidak menuniakan suruhan Allah..malah leka dengan dunia..disebabkan apa... disebabkan KESENANGAN lah bro..

gua cakap bukan berdasarkan mitos..tapi gua cakap berdasarkan sejarah...yang hampa duk cakap harta karun, harta karun tuh...dapat daripada nama dia lah.

manusia akan melampau apabila mereka bersenang-lenang. apabila proses melampau ini terjadi maka meraka akan hilang pertimbangan dan melupakan ya Rabb..bila dah lupe...start nak MELAWAN lah...

bile dah MELAWAN mula lah duk meletakan sifat kekayaan pada diri sendiri dan meletakan sifat miskin kepada Allah.. hangguk dia..

hang duk berlindung dengan harta..pa dia! aku nak habak mai kat hang...hang tau tak harta hang mari kut mana? kut Allah lah...nak tanya kat hang..kalu lah hang kaya, hang cakap... hang duk tanam pokok durian..pastuh hang juai ...pastuh..hang cakap...itu semua titik peluh hang..takda kaitan dengan sapa2..hang silap...hang memang silap...sbb..kalu Allah tak izinkan bijih benih pokok durian tuh bercambah dan membesar..bukan setakat durian...buah lain pun..hang tak merasa.....hang jangan nak menyombong lah dengan kelazatan dunia..tak kemana...

ada empat sifat manusia yang akan MELAWAN ALLAH
1)Takbur
2)Hasad
3)Marah
4)Sahwat

bila hang duk sombong...maka semuanya hang rasa hang punya..abih r...hang start MELAWAN ALLAH r..orang cakap tak boleh pakai seluar pendek..nampak aurat..berdosa... hang duk melawan r..
'ikut suke hati aku r..kubuq lain2'

bila hang duk dengki..hang star MELAWAN ALLAH lah..hang tgok sejarah iblis cukup...duk jeles dengan manusia tu jadi lagu tu tuh... MELAWAN ALLAH..orang suruh sembah Adam tak mau ..belagak..

Marah ni pun sama gak..hang duk marah2..api duk keluar masuk dalam hati..abih r... rosak ...pungah iman..start MELAWAN ALLAH

shawat pun sama...kalu hangpa duk dengar shawat suka na!..tapi..kalu dah nafsu seerakah bertukar gred dari D ke A..abih r...MELAWAN ALLAH..abih duk romen tepi tasik... ni contoh na!! banyak gi contoh lain hohoh!

jadi aku nak habak kat hangpa...pi-pi lah..cari kelazatan akhitat..tak rugi..langsung..sikit tak rugi...percayalah kat aku...betoi ni... hang bersusah-susah kat dunia mencari akhirat..insyaAllah..kat akhirat nnt hang bersenang lenang... hang senang-senang kat dunia ni..conferm kat akhirat hang susah...

wallahhualam..

aku sayng Allah dan Rasulullah s.a.w

Monday, January 3, 2011

Dosa dan Pahala?? apa kita tahu??

Monday, January 3, 2011
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2 nafsu Seerakah!!...alhamdulillah dengan segala rahmat dan pertolongan Allah akhirnya aku selamat sampai ke utara tanah air meneruskan pengajian aku. hohoh!. segalanya bermula dengan tenang dan mudah. walaupun dah 2 hari aku di utara tanah air..tetapi perasaan rindu atau homsick masih terkesan di dada...teringat mama, abah dan adik beradik di kampung..hohoh!..tapi perkara itu tidak melemahkan aku untuk terus berjihat di atas jalan Allah insyaAllah..

lepas magrib tadi..aku betul2 terlupe ade kuliah magrib kat surau kolej aku..lepas bace doa aku terus balik bilik..terkurung aku di dalam bilik beberapa ketika...tiba-tiba ...

lagu 'How do i live without you' nyanyian LeAnn Rimes memekak-mekak memanggil aku... dengan pantas ketenangan aku terganggu.

"assalammualikum..immukmin" no telephone adik aku timbul pada skrin phone aku.
"waalaikumsalam..ah ayo kenapa?"
"emm line stremyx tak ok..dah 4 hari dah..tolong call TM"
"ok..jap g aku call"

dengan pantas aku mematikan telefon aku..dan bercadang untuk menelefon TM...apabila aku call tiba2 satu msg masuk..
"your air time share was expired...bla..bla.."

hak3!! rupa-rupanya..takde kerdik..aku pun membusykan diri aku dgn hal dunia..meminjam telephon member aku untuk menguruskan line internet dirumah...dalam pada masa yang sama terdengar cermah dari surau yg berdekatan..rasa mcm serba salah...tetapi aku masih buat tak tahu untuk menyelesaikan urusan dunia ini..dan akhirnya urusan dunia diselesaikan dgn jawapan yang hampar dari opereter..aku melangkah gagah kesurau..untuk mengetahui apa yang di bincangkan oleh ustaz yang di jemput...menyesal gak aku tak stay tadi..seyes aku lupe... aku mengambil tempat bersebelahan seorang pakcik..sambil mukanya tersenyum melihat aku..walaupun ada 5 minit lagi sebelum masuknya azan ishak..tetapi aku masih gagahkan diri..untuk mendengar.

satu rangkap maksud ayat alquran membuatkan aku memahami permasalahan yang di bincangkan..

"walau sebesar zarah pun kebaikan yang kita buat Allah akan kurniakan pahala, dan sebesar zarah kesalahan Allah akan menjatuhkan hukuman dosa kepada kita"
rangkap maksud ini yang membuatkan aku untuk mengetahui apa penjelasan lanjut.
kata ustaz tu lagi..

" kita tak tahu,sampai bila kita hidup..dok tgok artis.. dok puja-puja..depa dak tahu artis yang depa puja..hipokrit..belakon pasai dunia dan akhirat..suma boleh..bila buka URTV pakaian dedah sana dedah sini...ini yang kita puja. penipuan yang besar"

pap!! terkena batang hidung aku sendiri..ajak pala aku..hohoh!..aku pun terasa dengan apa yang selama ini aku suke baca suke tgok, suka dengar...

rasa keinsafan juga..tetapi aku berdoa semoga istiqamah..insyaAllah. kita sebenarnya tidak perasaan dengan apa yang kita buat..

aku pernah komen satu blog..dalam komen tuh aku tulis..
"bila nafsu seerakah mengatsi akal..bila kekayaan mengaburi mata..maka syariat Allah dilupakan"
bertapa aku terkesan dengan ceramah oleh ustaz tuh...ayat yang aku rase semua orang akan terasa...merindui dunia lebih daripada akhirat...aku pun bukan perfect..so bende nih reflect kat aku balik...mentarbiahkan diri..dengan mendekatkan diri kepada Allah dan mendengar ceramah serta berdamping dengan para ulama' adalah yang terbaik mengubati penyakit hati..

ustaz itu menyambung lagi untuk menutup kulihanya..

"hampa kalu nak jadi mukmin yang sejati..hampa kena betul semua perkara..hampa duk cerita sana cerita sini pasai dosa pahala..tapi hampa tak jaga..duk bergaul laki perompuan .. kalu yang perompuan hampa tutuplah aurat tu..jangan duk tunjuk kat..orang r...tak baguih..dosa free2... hak laki pun sama..hang ingat hang duk pakai seluar tiga suku baguih sangt r. duk nampak bulu betih....mmg tutup aurat..tapi kita sebagai orang islam kene perfect..baru bulih jadi mukmin sejati..kita duk cerita sana...cerita sini..kutuk yahudi..tapi kita pun sama sekali duk pakai seluar tiga suku ikut depa....cakap pompang-pompang ..duk jaja..pasai dosa pahala...tapi hampa duk ada perasan dengki kat orang..duk kutuk orang sana..duk fitnah orang sini..kita sepatutnya..jaga pertuturan kita tahu akidah kita tahu syariat jadi sama-sama kita ingat mengingati..semperna tahun baru ini..kita berubah kearah yang lebih baik.."

aku terasa...panas juga muka aku..dengar segala ini..aku pun berusaha mengubah dan mentarbiah diri kearah yang lebih baik insyaAllah...

entri kali ini bukan bertujuan mengutuk tetapi ingat mengingati...aku nak kasi tahu kat sini..nak jadi seorang islam yang perfect, kita kene mempunyai mutu keunggulan dalam mentarbiahkan diri kearah yang lebih baik..mencintai Allah lebih daripada segala-galanya...kadang2 kita lalai tetapi cepat-cepatlah kita sedar..

kita tahu hakikat sebenar pahala dan dosa..tetapi kita tidak pernah berusaha kearah itu dalam menangani dan mempelajari segala-galanya hukum Allah ini..bersama-sama kita mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah..insyaAllah..ingat mengingati..

"kita tahu tetapi kita tetap lakukan..kita di kira??"

waallahualam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Wednesday, December 29, 2010

Apa Ikhtibar yang kita dapat dengan menonton bola sepak?

Wednesday, December 29, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم


hai semua geng2 nafsu seerakah..alhamdulilah..rasa bersyukur sangat akhirnya Malaysia berjaya menjulang piala AFF. walaupun percubaan yang amat mengganas daripada Indonesia tetapi Malaysia berjaya mempertahankannya.. syabas dan tahniah. Alhamdulilah.

hari ni aku rase pening sikit. bukan apa..kelemahan yang ade pada diri aku ni..aku tidak boleh memakan makanan yang bercoklat dan berkafen yang terlalu pekat. kebetulan pak sedare aku beli donat daripada sebuah kedai donat yang terkemuka. aku ni kalu makan perisa lain takpe..tapi kalu coklat dengan nescafe macam tak boleh sikit. so dia kasi yang perisa macam rasa nescafe. biasalah dah nak abis kot tadiwaktu dia beli. tak ada pilihan..ada yg perisa nescafe je..kalu tak ambik takut dia terasa lak ..so aku pun makan lah..tak abis..pun..sikit je makan..dia start nak muntah..aku pun buanglah perisa dia kat atas just makan donat kosong je. lepas tu .dia start poning..adeh..kalu coklat conferm aku muntah. kesian aku kan. org lain kalu sebut pasal coklat suke..tapi aku..tak layan.hohoh..

so entri kali ini..aku tak nak mengulas pasal permainaan bola sepak yang telah laris di ulas oleh blogger lain tetapi..aku ingin mengulas kehebatan daripada sukan bola sepak ini. sebenarnya banyak kelebihan daripada sukan bola sepak ni..sebelum aku bercerita ttg kebaikan sukan bola sepak dari segi yang lebih besar..aku nak cerita dari segi yang kecil2 dulu..ok..

tadi sepanjang permaian bola sepak selama 90 minit semua keluarga aku termasuk mak sedare aku dan jiran..datang berkumpul rumah aku...family aku agak friendly sedikit..kami beramai-ramai menonton bola sepak sambil makan keropok yang mama aku goreng. apa2 pun sukan bola sepak ini mampu mengeratkan lagi ikatan persaudaran antara kami. dan kami rasa seronok meluangkan masa bersama-sama..malah ia menjadi satu cara untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kami.

ini juga terbukti dalam kamus hidup aku..setiap hujung minggu ..aku dan kawan2 kerap bermain futsal bersama..malah futsal ini telah menyelamatkan persahabatan antara kami..alhamdulilah dgn izzin Allah..segala persengketaan antara kami akhirnya dilupakan setelah kemenangan dan persefahaman dalam kumpulan. itulah yang terbaik..kita bukan sahaja menonton bola atau bermain bola tanpa mengambil ikhtibar daripadanya...

bukan sahaja sukan bola malah semua jenis sukan yang melibatkan pasukan atau negeri,sekolah dan negara pasti kita ada satu semangat kesukanan yang tinggi dan persahabtan erat antara kita. betul tak?? kawan2 semua pernah mengalaminya bukan. jadi kita perlu jadikan ia sebagai salah satu hikmah dalam bersukan bukan hanya untuk hibran bermanfaat semata- mata.

untuk negara..semua orang menonton perlawanan tadi buka? tak kira melayu, cina, india, sikh, dan bangsa lain. tak kira parti politik pas, umno, dap,keadilan ,KAMI dan parti2 lain..semua menyahut selogan yang sama malaysia boleh!! tetapi kenapa bila semua ini berakhir..berlakunya persengketaan??? faham tak apa yang aku nak sampaikan?? pahamkan??..jadi kita sepatutnya bersatu...bersatu di bawah seruan yang sama iaitu...menjadikan sebuah negara islam yang berjaya. perlembagaan berasaskan islam, undang-undang islam..itu yang paling penting..

kenapa aku bercakap tentang islam..kerana kita adalah negara islam..kita bermula dengan sebuah negara yang rakyatnya beragama islam dan negara kita dalah negara islam dan di iktiraf sebagai sebuah negara Hub Halal. oleh itu kita sepatutnya bersatu memartabatkan agama islam barulah negara aman...barulah kerajaan di berkati...kita tidak sepatutnya mengikut telunjuk orang bukan islam..tetapi kita membawa mereka mengenali islam dan keadalian undang-undang islam itu sendiri..kita tak rugi mengikuti undang-undang islam malah negara kita di berkati oleh Allah. tak akan berlaku isu rasuah, isu buang anak, isu cabul dan rogol, isu rompak judi dan sebgainya..sebaliknya negara aman damai dan harmoni malah..jika kita tinggalkan emas di luar rumah tiada siapa yg berani mencuri dan tiada siapa yang mahu mengambilnya kerana masing-masing mempunyai keiman yang tinggi..

kenapa kita tidak mengambil semangat sukan itu..dan di terapkan dalam semangat kita untuk membanggunkan sebuah negara islam bukan sebuah negara yang so call islamic..aku kat sini bukan nak kondem negara Malaysiaku yang tercinta tatapi aku hanya ingin katakan yang aku sayang negara aku dan tidak mahu negara ini dan pemerintah seta rakyat dalam negara ini di azab oleh Allah... isu homoseksual juga sudah dipandang mudah malah para ulama' amat risau tentang ini..takut akan azab Allah tetapi adakah kita dan pemerintah perasaan? adakah ini disebabkan pemerintahan yang terlampau liberal yang mengikut barat sehingga rakyat mandi pantai tebogel pun di benarkan. tubuh pusat2 hiburan juga dibolehkan sehingga menghina agama islam melalui pemakaian yang so call islamic malah menghina kalimah Muhammad pada pakaian itu dan katakan itu adalah fasion?..rela korban agama semata-mata untuk menunjukkan kepada dunia akulah wira dan wirawati dunia? bergitukan kita? sehingga terdiam kerana disebabkan yang merialisasikan fasion ini adalah org kuat negara?. aku disini bukan membuka persengketaan antara kita tetapi kau disini ingin menyedarkan rakan2 semua dan diri ku sendiri bertapa islam itu adalah agama yang murni suci dan diberkati..jangan di hina..tetapi di jaga..

andai undang-undang islam itu dilaksanakan..tiada rasuah.tiada homoseksual tiada semua perkara yg meroskan iman.. insyaAllah.

jadi aku disini buka untuk membuka persengketaan dan jurang antara kita dan pemerintah tetapi kita bersama-sama menegakan kebenaran. dari sekecil-kecil badan dakwah sehingga sebesar-besar badan dakwah yang mampu menarik lebih ramai remaja yang bakal menjadi pelapis negara. politik itu penting tetapi kenapa kita perlu meneruskan plan A andai plan A tidak mampu dilaksanakan..kita cipta Plan B yang boleh meneruskan dakwah Rasulullah s.a.w... jika kita hanya bertumpu kepada plan A yang kita belum pasti akan kejayaannya..kenapa tidak kita bertindak dengan sendiri-sendiri..

melaksankan plan B dengan diri kita sendiri..menarik lebih ramai lagi remaja mengenali agama islam dengan lebih dekat...tak kenal maka tak cinta..dari sekecil-kecil kumpulan ia mampu menjadikan sebuah badan yang besar yang bakal menegakkan syariat islam..itu sahaja cukuplah negara kita melaksanakn pemerintah islam tidak kiralah siapa yang memerintah. aku bukan ingin berpolitik disini tetapi ingin memberi tahu pendapat aku. kita bersatu kita berjaya., sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

wallahualam..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Tuesday, December 28, 2010

aku kasi Rm 10 000 kau tutup kesalahan aku. kau nak?

Tuesday, December 28, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم


hai geng2...lama rasanya tidak mengupdate perkongsian berguna. segalanya mengenai isi hati aku je..hohoohho...aku rasa ada baiknya aku berkongsi sedikit ilmu yang aku tahu dengan kawan-kawan semua. tadi aku berblogwalking berjalan-jalan melihat entri terbaru kawan-kawan tertarik dengan entri bro Azhan "senarai Top 10 perasuah Dunia, Perasuah Jadi Pengeruai Felda" aku kat sini bukan nak senaraikan siapa 10 top perasuah dan nak bagi tahu siapa perasuah jadi pengerusi felda...kalu korang nak tahu..korang g je blog bro Azhan tetapi aku disini ingin mengulas sedikit isu rasuah nih.. bile difikir2kan..rasa mcm bodoh yang memberi dan menerima rasuah ni... aku nak buat equation..

Rasuah= Shit

aku nak explane sikit r pasal pengambil-pengambil shit ni. korang ambik shit. korang sorok celah mane pun dia tetap berbau. kalu wangi tak pe ni busuk bro...korang sorok dalam peti besi sekali pun kalu dah shit memang berbau. kalau tak dapat tangkap hari ini hari esok lusa tulat tubing..kita tak tahu lagi. kalau tak dapat kat dunia jangan risau kat neraka mesti kena lagi maha hebat azabnya. ini bukan aku cakap tapi sabda Rasulullah s.a.w


Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

berani korang lawan hadis Rasulullah s.a.w..berani! berani!... bro dunia boleh lah korang action..nnt kat akhirat tiada kompromi.. sedih aku melihat orang yang ambik dan terima shit..malah aku juga kecewa dgn kawan abah aku..baru2 ini heboh ttgnya menerima shit...seorang polis berpangkat tinggi sanggup mengambil shit semata-mata untuk memperoleh kekayaan dengan sekelip mata.. bodoh!!!!... aku dah menyamapah dengan isu shit ni... malah ..bukan sahaja para tentera dan polis malah ada juga pemerintah yang paling bodoh..menerima dan memberi shit. cuba korang bayangkan korang menerima shit. bertapa kotor tangan korang malah korang boleh gunakan shit itu untuk beri makan anak bini. anak bini korang makan shit..yaks!!! geli bro...

"ape kejadahnya...lori babi masuk taman aku...babi tu haram dimakan...orang islam tak boleh makan babi haram" sambil mengelak daripada lori itu takut air babi terkena muka.

amboi statement korang..tahu pulak babi tuh haram....tak boleh makan... tapi korang dok makan duit shit..boleh lak..tak haram,...tak geli...bodoh bodoh....

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)

aku pelik lah..kenapa penerima shit nih..tak takut dengan hukum Allah..adakah mereka ni..bodoh sampai tidak boleh memikir... betulah apa yang ustaz aku cakap..

"kalau mata dan rindukan dunia..kalu mata dah kabur dengan dunia..yang haram semua halal."

akhir zaman ini Allah telah campakan perasaan 'wahan' dalam hati setiap orang muslim. cintakan dunia takutkan mati..

dunia ini telah menjadi syurga mereka sehingga lupa akhirat. bila cerita pasal pengambil shit ni..kesan negatifnya..pasti ada..kalau tak, Allah tidak pulak melarang kepada pengambil shit ni..mesti ada kesan buruk..apabila Allah sudah larang..

suke untuk aku menjawab soalan pendidikan islam. apakah kesan buruk pengambil shit?

segi Politik.
pemerintah yang mengambil shit ni pasti akan terasa lalai dengan dunia sehingga dia tidak ingat yang diadalah pemerintah . terlampau senang dengan duit hasil shitnya. lalai dengan tugas sebagai pemerintah. negara kucar kacir kerana pemerintah menerima shit than kegiatan jenayah dalam negara tidak dapat dibendung. gejala sosial dalam kalangan pelajar juga tinggi..mana taknya...dah rogol orang ..jumpe polis...kasi shit...polis terima...
masuk jel sebab dadah..jumpe pemerintah kasi shit. pemerintah ambik shit..lepas tu bahagia. macam mana negara nak maju..masing2 ambik shit....ambik shit time tu macam lalat urung taik..hohohoho..

segi Rakyat.
rakyat makin gile..gile dengan duit..rakyat makin malas..cari duit melalui shit. rakyat jadi bodoh..masing-masing tak nak pergi sekolah..mana taknya...kalu cari kesalahan orang lain..lepas tuh..dakwa..than dapat shit. bodoh!!!.. kan terhebat manusia yang terima shit..hohoh...
tapi bila dah terima shit..macam biasalah berbau skit bro!!!..than kalu mati waktu terima shit..lagi naya...berbau sampai ke akhirat..terimalah hakikat.

segipersonal.
korang terima shit.korang malas kerja. korang duduk rumah, perut korang buncit macam perut mak beranak sepuluh, lepas tuh korang dapat penyakit , pastuh korang mati..pastuh..terima lah padah daripada Allah...

hohoh,

korang terima shit..korang tak takut ke..satu hari nanti ..anak korang kene rogol lepas tuh..penjenayah tu di tangkap..tetapi dilepaskan..kerana shit..korang tak kesian ke kat anak-anak korang. lepas ni dibesarkan dengan duit shit..than jadi bodoh ..sebab makan duit shit. hohoh. than nak belajar..kesian nak korang belajar dengan duit shit..so tak berkat..ilmu yang diorang dapat pun tak berkat..belajar..punyelah nak mampus..stay up daripada pukul 10 malam sampai lepas subuh..last2 masuk u kene tendang..sana korang tak tahu mcm mane nak atasi masalah ni..tapi sebenarnya ..semua datang dari pada korang yang terima shit .kesian anak korang..dia nak jadi orang yang berjaya...aku nak tolong pun tak boleh..sbb aku ni pun bukan pandai sangat. anak korang tension dengan study sebab korang asyik push last2 sekali bunuh diri tension dgn korang...

"macam2 macam papa kasi nak suruh boboy pandai..boboy nak itu ini, papa kasi..sebulan papa kasi rm10 000 kat boboy..pakai kereta ferari..tapi boboy tak boleh juga dapat pointer 2 flat...abah khuatirlah..kenapa boboy macam nih.."

kalu boboy tak sedar papa boboy amek rasuah mungkin kesian kat boboy..tapi kalau boboy tahu ..

"papa..macam mane boboy tak bodoh...ini sebab angkara papa lah..sebab papa ambik SHIT..macam mana ilmu yang boboy belajar nak berkat..."
hohoh..jgn korang cakap macma ni..tak baik..cakap cara baik ek..ni sekadar contoh semata-mata hohoh..

jadi kesimpulannya..jangan lah amek shit kerana shit haram di sisi Islam..malah effect dia..amat buruk kepada negara, politik,keluarga dan diri sendiri. kerana kita nampak keburukan mengambil shit ini.

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”. diriwayatkan oleh Ahmad


waallahualm,

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

p/s: aku google gambar shit..bapak gelinye..hohoh
tengah aku tulis enteri ini DR Iizi tengah hot cerita pasal rasuah kat Tv 9.hohoh

Sunday, December 26, 2010

cerita aku pulak kalu nak bace moh mai ke blog ...

Sunday, December 26, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2..tiba2 rasa nak share somtihing..hohoh..nak share gambar aku waktu kecik2 dulu..hehehe..lepas tgok macam tak caye itu adalah aku...hehehe...kalu boleh ..nak sangat kongsi kat kawan2 jom2..kita share gambak time kecik2 dulu..hohohohoh(nada poyo disitu).. emm nilah gambar aku mase kecik...tapi kalu gambar besar mcm payah sikit nak kasi tunjuk..kalu nak tahu..korang bayang sendirlah aku kalu besar mcm mane..hohohoho....jom tgok.....

masa ni baru umur 8-9 bulan macam tuhlah..rasenye.. tak berapa ingat al maklum lah masih kecik. bile di fikir-fikirkan..masa2 kecik dulu semua indah je..takyah nak fikir masalah..rase mcm2..tak beban je kepala ni..tapi bile dah besar macam2 kena difikirkan.

now im studying
.
.
.
.
.
3 years after this InsyAllah I will continue my studies
.
.
.
2 years after my studies, i will jump into industries insyaAllah.
.
.
.
2 years after thah i will get married insyaAllah.


hohoh..kalu inilah..perancangan hidup aku bertapa jauh lagi aku perlu melaluinya. jika ini perancangan di dalam benak fikiran aku bertapa aku kena harungi dengan tabah.

dulu masa kecik2 aku tak pernah fikir pasal ni..yang aku tahu bila mama aku tanya.
"bile besar nak jadi apa?"
"nak jadi doktor"

kagum mama aku dengar jawapan aku ..namun akhirnya 'doktor' itu hanya gurauan mimpi aku dan harapan mama dan abah,... kini aku memasang impian juga...impian sebagai seorang 'doktor'..hahahaha..'doktor' mesin.. 'doktor' juga...insyaAllah bidang yang aku pilih ini adalah bidang yang memang aku idam-idamkan selepas cita-citaku ingin menjadi seorang doktor tidak kesampaian.

dulu masa kecik..yang aku tahu main je...aku ingat lagi cara mama aku ajar aku membaca..agak unik.tetapi berhasil. mama membeli video tape dan membeli tape karaoke.. setiap lagu yang di pasang ada tahapnya sendiri..mama aku ajar pada awalnya lagu yang slow dan apabila aku sudah pandai mama aku memberi lagu yang laju. itulah cara mama aku ajar aku membaca.
mama aku bukan seorang guru, bukan seorang yang educated, bukan mempunyai ilmu yang tinggi, tetapi ketinggian harapan sehinggakan di berfikir seperti seorang guru yang telah bertahun mengajar.

masih aku ingat semasa aku berusia 7 tahun, setiap malam aku pasti menangis. bukan kerana di dera tetapi mama aku ajar aku spealing. setiap perkataan di ajar. dan pengajaran itulah yang telah menyebabkan aku mendapat gred A untuk subjek bahasa inggeris ketika aku darjah satu. time tu aku rase mama aku paling educated...hohohoh...

aku ingat lagi cikgu kaunseling aku ..aku panggil dia kak zah je...sebab time tuh aku semua dak2 sekolah aku panggil dia kak zah..biar rasa dekat sikit..hohoho...dia cerita kat aku..dia cakap..

"bayi yang dilahirkan memegang janji daripada Allah"
pernah tak kita perasaan kenapa bayi yang baru lahir tangannya sering menggengam
sebab bayi mengenggam janji Allah..
"semakin hari tangan yang di gengam itu terbuka dan semakin bayi itu membesar semakin lupa akan janji Allah"

seberapa benar cerita ini waallahualam..tetapi kita jadikan ia sebagai ikhtibar diri kita insyaAllah.

semoga diri kita akan sentiasa mengingati janji kita kepada Allah..andai kita terlupa rujuklah bait-bait kalam Allah...ini sebagai peringatan bersama...insyaAllah..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Friday, December 24, 2010

Dunia Jambatan Akhirat

Friday, December 24, 2010


السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2.hahhaa minta maaflah tak sempat nak mengupdate blog. hahaha..alhamdulilah..akhrinya kuar juga result final aku..hak3!! Alhamdulilah.. keputusan terbaik sempanjang aku belajar.. ok abis cerita keputusan exam malas nak panjang2 hohohoh.. hari ini aku sibuk menguruskan adik aku untuk masuk sekolah beasrama. alhamdulilah Result dia telah berjaya membawanya ke sekolah beasrama. walaupun bukan asrama penuh hanya sekolah Vokasional tetapi itu dah terbaik untuk dia. aku ni memang nak dia masuk asrama...biar dia tahu sedikit erti kehidupan..biar di reti berdikari..biar dia pandai menguruskan diri..biar dia tahu syariat dan agama. sebab sekolah vokasional di tempat yang aku telah uruskan kemasukan ini adalah sekolah yang menekankan kepentingan agama dalam kehidupan.

pernah jumpa tak sekolah vokasional yang pelajarnya nak ke kelas kene pakai songkok? hohohhoo..dulu aku pernah sekolah di tempat yang adik aku nak belajar ni. tapi aku bukan sekolah vokasional sebb aku bukan pandai kemahiran..tetapi sekolah asrama sekitar sekolah vokasional yang di tempatkan.

aku nak adik aku belajar dekat sana selain daripada mendapatkan ilmu yang mudah untuk dia mempelajari berbanding sekolah biasa dia dapat mengikuti kelas kafa yang diwujudkan setiap hari selasa. solat berjemaah lima waktu wajib untuk mendisiplinkan diri dia. masa aku dekat asrama dulu ada satu moto yang memang cikgu gunakan di sekolah kami "disiplin bermula daripada mussola" terbaik lah...moto ini..telah melahirkan ramai cerdik pandai di sekolah aku...alhamdulilah.

bercakap pasal asrama ni..teringat lak aku masa aku sekolah rendah dahulu. mak aku berkeras menyuruh aku masuk asrama. kebanykana budak darjah 6 masuk asrama katanya nak study tetapi di sebabkan aku ni anak manja so, macam-macam alasan aku wujudkan...aku menangis..tak manu duduk asrama...hohohohho..manja giler.... lepas tu masa tingkatan 4..parents aku kene pindah ke negeri tok gajah..so mama aku buat conclusion..aku kena masuk asrama di negeri penyu betelur. cuba korang bayangkan tingkatan 4 boleh menangis nak balik rumah.

last sekali aku pindah dan bersekolah di negeri tok gajah. tetapi aku akhirnya terpaksa masuk sekolah beasrama juga selepas sebulan bersekolah di negeri tok gajah. aku mendapat satu surat untuk memasuki sebuah sekolah dan kali ini memang tiada kompromi mama aku suruh aku masuk juga. aku lah seorang budak lelaki yang menangsi waktu mama dgn abah aku belah. tapi tak adalah meraung cuma terbik ayak mata. aku cuba terima dan adapt kehidupan asrama dan akhirnya asrama menjadi rumah pertama aku.aku enjoy duduk asrama sehinggalah aku tahu syariat. aku belajar agama. aku berdikari. dan kini aku juga sudah membawa diri ke negeri indra kayangan. terima kasih mama dan abah kerana berkeras suruh aku masuk asrama. ada hikmah di setiap kejadian. aku dah lihat janji Allah itu..alhamdulillah.

kat sini aku bercerita bertapa kita perlu tahu hal dunia dan akhirat hohoh..penting. disebalik hal dunia ..akhirat adalah pelengkap kehidupan kita di dunia ..



"dunia jambatan akhirat" bila kita tahu dunia ini bagaimana jalan hidupnya mengikut syariat yg di tetapkan. mendahulukan agama sebelum hal2 lain. insyaAllah ada kejayaan...

waallahualam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Wednesday, December 22, 2010

antara Dunia dan Akhirat

Wednesday, December 22, 2010


السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2..agak busy minggu ini. hahahah.btw ini adalah post yg ke 100 dari immukmin tak sangke hohoh..kalu print semua post ni berapa helai muka surat ek! hohohoh .hari ini result final sem dah keluar tetapi sayang dari pagi tadi aku tunggu portal masih tidak boleh dibuka tetapi tak mengapa ini mungkin meredakan sedikit ketegangan dalam diri aku. semalam memang busy tak sempat nak update blog dan berblog walking. than hari ini alhamdulilah ada ruang masa. mungkin masalah ummah yang menjadikan kita semakin leka dengan dunia itu pada tafsiran immukmin. hiburan yang melampaui batas membejatkan pemikiran orang islam di atas muka bumi Allah ini. aku juga begitu. aku merasai kekurangan ilmu aku ttg agama dan aku merasakan amat malu pada Allah tapi apakan daya aku masih belajar. semoga Allah membuka jalan kemudahan untuk aku dan kawan-kawan semua.

kita susah untuk tinggalkan dunia.sebaliknya pencarian ilmu ttg akhirat senang kita lupakan. aku bukan menghina kawan-kawan semua tetapi aku bercakap tentang diri aku. kadang-kadang aku juga tidak terlepas dengan godaan dunia yang serba indah pada pandagn kasar tetapi serba luput pada pandangan sufi.

subahanaAllah. aku bersyukur masih ada pelapis yang bakal mermartabatkan islam. aku ingat semakin bertambah pelapis penyayi tetapi rupanya ada lagi pelapis da'i yang pasti kan menggemparkan dunia. tertarik aku kepada satu rancagan rialiti terbitan TV1; adik-adikku.
pengakhiran lagu temanya juga menarik minat aku untuk mencoretkan disini ttg nya.. "adik-adik ku insyaAllah boleh"

indahnya mereka. bertapa comelnya mereka.petah berkata-kata menegakan islam dimata dunia. walaupun masih berusia 12 tahun kebawah hafalan hadis dan ayat alquran amat mantap tertarik aku ingin bercerita tentang salah seorang peserta pogram rialiti tv ini;


nama di beri Nur Syawani berasal dari terenggany. beliau amat petah berhujah. gaya yang dilontarakan telah menarik ramai juri. rancak dia berpidato ttg islam, iman, ihsan.
teringat aku tentang satu perkataan yang disebut..hohoh
"islam ini bukan botox"
hahahaha perbandingan yang amat membuka minda. kita sepatuntnya melahirkan perasaan cintakan islam dan cintakan ilmu bukan kita hanya merancang satu rialiti tv yang menjadikan anak-anak sebagai mangas hiburan tetapi corak lah anak-anak dengan tarbiah islam. secara personalnya aku puji dengan tv1 merancang aktiviti yang sangat bermanfaat pada musim cuti sekolah ini tetapi secar jujurnya ada juga program rialiti yang aku mmg suka. program rialiti yang berbentuk hiburan yang sekarang heboh. aku suka melihat adik-adik ini. semua comel-comel tetapi aku juga sedih melihat merak menjadi mangsa hiburan. dan pasti menggalakkan mereka terjebak di dalam dunia pergaulan yang bebas sehinggakan tiada batasan dalam pergaulan. nauzubillahhinzaliq

Rasulullah s.a.w bersabada, yang bermaksud, “Setiap bayi yang lahir itu adalah suci bersih. Maka ibu bapalah yang menjadikan mereka sama ada Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.”

hadis riwayat Bukhari dan Muslim

jadi segala pokok pangkal adalah daripada ibu bapa itu sendiri. betulah kata pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. kalau kita tidak didik anak-anak kita dari kecik. ini mmg pepatah yang amat benar sebenar-benarnya. sbb aku dah pernah tgok budak yang dibesarkan dgn didikan yang baik dan didikan yang kurang baik. mmg totally different. tapi Alhamdulilah mama n abah aku didik aku menjadi insan yang cemerlang insyaAllah.

kita memang susah untuk lepaskan diri kita daripada hiburan. mak bapak hari ini terlalu memnerikan kebebsan kepada anak-anak. dulu aku, siap kene sebat dengan batang paip sebb apa hanya kerana duit rm0.20. sekrang ambik rm0.20 tak kesah sbb rm0.20. kalau di biarkan bak kata mama aku nanti naik 'mue' dah naik 'mue' time tuh nak ajar pun dah tak gune. selagi anak-anak ini tak mencapai tahap yang matang dan pandai berfikir baik geng2 ajar elok2. macam entri aku yang lepas ttg adik aku aku just mahukan dia menjadi insan berguna. itu sahaja tak ada niat untuk aku menghukum dia.

aku sebagai abang perlu mengambil tempat mama dan abah aku untuk mendidik adik2 aku supaya menjadi insan berguna insyaAllah. begitu juga kawan-kawan semua. jangan pandang remeh ttg isu penerapan agama islam dalam diri anak-anak. kelak geng-geng pasti menyesal. ingat!

waallahualam

aku sayang Allah dan Rasulullah .s.a.w

Sunday, December 19, 2010

umat islam semakin parah (alert!!!)

Sunday, December 19, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

selawat dan salam kepada junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w yang amat kita rindui dan sayangi. kecintaan dan keimanan kepada Allah.ketetapan dan ketaqwaan hanya kepada Allah. kepada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. insyaAllah kita semua di tempatkan di dalam syurga Allah. amin ya Rabb.

hai geng2 nafsu seerakah.minta maaflah aku tak sempat nak update blog kerana sibuk giler hari ini. (subahanaAllah sibuk dengan dunia.) agak laju jugak hari ini aku berblogwalking sampai tak terupdate blog aku. macam2 kerenah blogger aku jumpa. dan aku juga minta maaf kepada blog yang aku follow tak sempat nak tengok entri baru korang semua sebab hari ini mmg agak busy tapi insyAllah kalau ada masa aku pergi melawat.

(enteri apa lak kali ini ek?)

hari-hari entri dunia dan dunia dan dunia. aku pun takut dengan hidup aku sekarang. aku adalah budak baru dalam dunia blog ini. memang betul umur blog nafsu seerakah ini sudah mencapai satu tahun lebih tetapi aku baru sahaja aktif dalam beberapa bulan ini. dan sepanjang aku mengaktifkan diri dalam dunia blog baru aku tahu yang umat Nabi Muhammad s.a.w semakin tenat. teruk dan amat teruk termasuklah aku.

(maksudnya?)

sepanjang aku berblogwalking macam-macam enteri yang aku baca dan setiap itulah aku akan jumpa entri yang membuatkan aku teringat kembali saat-saat Rasulullah s.a.w wafat.

di saat Rasulullah s.a.w ingin kembali semula kepada yang maha Esa. air matanya mengalir mulutnya tidak berhenti-henti menyebut umati,umati,umati.
bertapa di mengingati kita dan jangan ada orang bertanya pulak dengan aku

"macam mana kau tahu yang Rasulullah s.a.w sebut umati,umati,umati?"

kalau ada orang tanya aku soalan ini..aku nak cakap yang dia ni bodoh sebab dia hidup kat dunia ini semata-mata hidup untuk makan dan makan untuk hidup serta untuk meningkatkan ekonomi dunia.

kalau ada orang tanya aku macam ini aku nak cakap kat orang ni, kau adalah beruk sebab apa..sebab kau tak percaya dengan sejarah islam than kau percaya dengan sejarah orang asing. dan kenapa aku samakan denga beruk tak samakan dengan bintang lain? sebab diorang percaya dengan theory Darwin.

si darwin tu bila satu soalan ditanya "maknanya moyang encik darwin adalah beruk?" dan si darwin ni marah. ada jugak orang kata kita menghina budaya barat tetapi kita guna bahasa dia guna teknologi dua. hemmm...aku wondering gak..apasal jadi macam ni ek??? kalau aku cakap dekat korang masa kejatuhan barat dulu orang asing ni datang ke arab mencari ilmu dan mengkaji alquran dan mengkaji segala kitab-kitab yang telah di ciplak oleh pengkarya barat hasil original daripada para sainstis dan para bijak pandai islam seperti albatuta,alkhwarizmi,alashabahni,aljauzi,alfarabi dan banyak lagi lah. lepas diorang kaji mengenai apa yang diorang sendiri bodoh dengan teknologi ni akhirnya diorang berjaya dan diorang memusnahkan tamdun islam dengan mengahapuskan kitab-kitab terbilang orang islam. di saat kejatuhan khalifah semasa pemerintahaan uthmaniyyah mereka akhirnya telah berjaya menguasai dunia. korang nak tahu semasa kejatuhan barat semasa itu raja diorang memang dah nazak nak tahu apa raja diorang cakap

"kita tidak boleh perang dengan orang islam sebab mereka terlalu hebat. peperangan senapang dan peluru tidak mampu melemahkan semangat orang islam sebab orang islam tak takut mati. kita perlu melancarkan peperangan minda"

dan akhirnya wasiat itu dibawa oleh mereka sewaktu zaman kenaikan kembali orang barat ini dengan membawa visi dan misi mereka gold,glory,gospel. ok korang tahu tak yang sekarang ini semua visi dan misi mereka telah tercapai. apa buktinya.

*buktinya umat kita dah gilerkan dunia (gold), umat kita dah lemah (glory), umat kita mengagungkan diaorang(gospel).

(gold).umat kita gilerkan dunia sebab terlalu cintakan harta-harta dunia ini dan takut nak mati dan proven disini equation yang datang daripada Rasulullah s.a.w

Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda;
“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”
Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”
Nabi SAW menjawab,
“Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya,
“Apakah wahan itu hai Rasulullah?”
Nabi menjawab, “Cintakan dunia dan takut mati.”
– HR Imam Abu Daud

proven tak equation yang di conclusionkan oleh Rasulullah s.a.w

*pendapat aku;

(gospel).mengagunkan diorang . sentiasa membanggkan agama lain dan melupakan agama sendiri. mempertahankan agama orang lain dan sentiasa mencari kelemahan agama islam yang memang sudah sempurna tetapi memang ramai umat islam yang mahu melihat agama islam itu jatuh. dan ini membuka ruang untuk agama kristian bermaharajalela dan dengan itu mereka akan lebih selamat untuk menguasai dunia.

sebab apa aku cakap macam ini?
kita riuh duk sambut hari kekasih tetapi kita tahu apa tujuan hari kekasih itu? kita tahu tapi kita lakukan... so, kita nak ketogorikan diri kita sebagai apa? kita terkinja-kinja menyambut tahun baru sehingga tercemar mahkota keemasan yang selama ini para-para gadis menjaga..
sebab apa??
sebab nak tiru orang barat yang katanya kalu tidak berzina sebelum nikah adalah kolot.
memang kita kolot sebab kolot-kolot kita. kita tak menghidap HIV.

emm alah boleh guna kondom. ok guna kondom selamat. tak kesahlah korang selamat di dunia tetapi akhirat tak selamat bai. (kalau ada yang tak puas hati tolong comment yek!!)..
korang tak kasihan ke kat diri korang sendiri?

so sekarang merialisasilah impian kedua raja tu dan yang ketiga.

(glory) ini lebih kepada kejayaan diorang.
memang pada zahirnya diorang dah berjaya. berjaya mempengaruhi dunia dengan kuasa diorang dan kita sudah lemah. lemah dengan kemewehan dunia yang diorang kasi dan korang lena dibuai keindahan dunia yang korang cakap syurga. ambik kau syurga kepala hotak dia. syurga dunia ini seketika sahaja dekat akhirat syurga seinfiniti indah bebanding dunia. diorang dah berjaya melemahkan kita dengan visi dan misi diorang. adakah kita tahu?

adakah kita tahu?

kita tahu tapi kita sombong untuk akui sebab kita ego menerima sehinggakan kita trevel serata dunia untuk mencari kebenaran agama islam ini adalah agama yang tidak sempurna dan kita sanggup menggadai agama kita yang dari alam rahim lagi ibu bapa kita pupuk. agama islam di akui oleh orang bukan islam adalah agama yang perfect sempurna tetapi mereka juga bajet ego mencari kesalahan agama islam yang memang betul-betul perfect dan tidak boleh disangkalkan lagi. dan orang putih sendiri dah mengaku tokoh yang paling berjaya di dunia ini dalam rangking no satu dunia adalah Nabi Muhammad s.a.w(kalau korang nak tanya bukti aku payah sedikit nak kasi sebab aku dah lupe buku apa..karangan sap..tapi aku pernah baca).

kenapa korang nak deny lagi tetang kehebatan agama korang anuti..kenapa nak mempertikai lagi dengan segala syariat Allah. agama yang paling menghormati agama lain. agama yang saling menjaga hak orang lain sehinggakan tidak boleh seseorang jiran itu tidur didalam kekenyagan jika jiran disebelah rumahnya kelaparan..bertapa menjaga hak asasinya ajaran islam.

kata ajaran islam mudah tetapi kenapa rasa susuh je?

ajaran islam memang mudah once korang adalah islam korang wajib mengikutinya. ajaran islam mmg mudah dan yang menyusahkannya adalah korang sendiri.

asal kena pakai tudung.nak tudung sampai kedada menyusahkan aku je.
rengetan ini tidak perlu dilayan ..

tapi aku nak layang gak regetan ini...kenapa perlu memakai tudung..sebab orang lelaki ini cepat tergoda dengan keindahan orang perempuan... tergugat iman mereka.

pastuh ada sorang kaum adam ni tanya..
"asal korang horny ke tgok perempuan tak bertudung..aku tak horny pun"

jangan nak tipulah wahai kaum adam yang bertanya..syaitan akan memperindahkan perempuan itu di mata lelaki..aku berani jamin kalu kau diletakan berdua-duan dengan perempuan itu di satu tempat selama seminggu. cukup makan, cukup minum aman dan tenteram aku berani jamin iman kau akan letak di kaki dan nafsu seerakah akan kau letak di kepala. peningkatan gred dari D ke A pasti berlaku.

aku tak penat memberi tahu tapi aku penat melalui manusia yang so call berilmu ini tak puas2 mencari kelemahan agama sendiri katanya untuk hak asasi manusia..tak cukup dengan hukum Allah yang mententeramkan dunia. kenapa zaman khlifah dulu dunia penuh aman damai?
sbb pemerintahan itu adalah pemerintahan yang diberkati Allah bukan pemerintahan libreal yang so call menjana ekonomi dan mejaga hak asasi manusia.

ok jom kita kembali kepada cerita ketika junjungan besar kita dalam sakaratul maut.

"umati,umati umati.."
bertapaRasulullah s.a.w sayang umatnya kerana baginda takut umatnya menyempang dari ajarannya.

dan persoalan aku adakah kita melaksanakn segala hukum Allah?

perbaiki diri kita semua, iman kita semua agar mudah-mudahan kita telah melaksankan syariat Allah insyaAllah.
dan adakah kita menjadi tetamu Rasulullah s.a.w di telaga kausar?

P/s: mungkin aku ni terlalu kolot untuk bercerita mengenai ini sebab benda ini semua orang tahu dan aku ini adalah orang yang terakhir menceritakan dan mengupas perkara ini.

aku takut dengan hukum Allah keran aku percaya dengan syariat Allah aku percaya dengan agama islam yang sengat sempurna dan aku percaya rukun islam,rukun iman dan aku percaya dan megerti apa itu ihsan

waallahualam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w


Thursday, December 16, 2010

'pandai ' tak bertempat (ingatan kepada semua blogger)

Thursday, December 16, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2 nafsu seerakah...emm tah lah dunia dah terbalik..hohoh..hukum dunia dan hukum akhirat dah tak leh beza..sedihnye...immukmin bace entri2 kawan-kawan kita..yang kadang2 bagi immukmin ada sedikit kesasaran pada landasan Allah..bukan mempertikai karya agung mereka tetapi penulisan mereka mempengaruhi minda manusia...yang lagi sedih..sehinggakan ada 108 comment yg kebanyakan mereka bersetuju dengan apa yang di tulis..ada juga yang memuji2....
teringat immukmin ceramah ustaz azhar...halo..tak kang sep mung dop tahu..ustaz hok cakap gannu tuh...belke tahu kang?? hak...(aku memang reti cakap terengganu sebab lapan tahun duduk kat terengganu dan berkawan dengan orang penang dan kelantan 3 tahun..so mmg reti cakap lah kelantan dan utara serta pahang sbb sy anak jati pahang ok..hak3!!!)




jauh perjalanan luas permandangan.... jauh bloqwalking banyak ragamnya..boleh beritahu macam tuh.. bukan apa semasa aku mendengar rakaman ceramah ustazi itu dia ada cakap menolak syariat Allah atau mempertikai bermakna kita mempertikai kekuasaan Allah... ingat wahai manusia anda akan di hakimin di akhirat kelak..

(immukmin kenapa? kak pink tgok immukmin risau je?)

mane tak risau kak pink...sejak aku aktive dalam dunia blog nih...macam manusia aku jumpe..menulis megikut hati...

(siapa immukmin story r kat aku bro...)

tak apalah..tak payah aku nak buka aib orang bro ijau semoga manusia itu sedar dan memperbetulkan apa yang di luahkan di dinding-dinding blog mereka...

aku bukan apa geng2 semua...cuba geng2 semua fikir.apa yang ditulis oleh geng2 semua pada blog geng2..pasti..akan di baca semua lapisan masyarakat..contoh geng2 tulis sesuatu yg mmg salah dan seleweng oleh syariat islam...maka orang yang membaca mengikut dan percaya kemudian dia sampaikan kepada orang lain..dan orang lain pun sesat..maka dosa itu..bertali-tali..dan yang paling teruk penulis blog itu lah...sebb dia akan mendapat kredik dari Allah apa yang di tulis....kredik bersirat-sirat..hohohooh...

memang kita ada hak bersuara,,tetapi jangan bermain dengan hukum Allah jangan samakan hukum Allah dengan hukum dunia yang di cipta oleh manusia... aku disini amat panas bile ada orang yang bercerita tentang agama sedangkan dia sendiri tak tahu pasal agama...

memang betul sampaikan walau sepotong ayat..ok kalu apa yang korang nak sampaikan tetapi tak tahu hukum..tak g majlis agama..tak dengar ceramah..gune profesor google..untuk mencari hukum ..sedangkan hukum itu salah..anda copy dan peaste kat blog korang....pastuh orang lain bace..pastuh terus sesat..itu salah yek..jangan buat giler..jangan bermain dengan hukum Allah..jangan menjual ayat-ayat Allah dengan harga ya murah. sesungguhnya yang menjual ayat-ayat Allah dengan harag yang murah, mereka akan mendapat azab yang pendih.

(immukmin kak pink faham apa yang immukmin nak sampaikan)

lantak korang r..nak tulis apa2 pun..nak pertikai stoke law ke...gauss law ke..tapi jangan nak pertikai Allah's law..jangan hina ulama' ..ulama' itu waris anbia'... jangan nak hina agama sendiri sehinggakan meletakan agama di kaki...

tak puas hati dengan hukum negara jangan nak kaitkan dengan hukum Allah...itu namanya manusia bodoh ok...manusia bodoh...geramnye!!!...

(sabar immukmin..aku paham perasaan hang..sabaq na..)

terima kasih bro ijau ingatkan aku. bukan apa..ini satu kesalahan yang besar...geng2 tak takut ke? tak takut dengan hukum Allah...tolonglah..kepada semua geng2 yang menulis blog..jika andan bermain dengan hukum Allah sila perbetulkan..atau delet entri ttg itu..nnt kita yang akan di tanya di akhirat kelak... (aku ingatkan untuk diri aku juga...).

aku cakap sekali lagi...yek...tak kira lah kau perdana menteri ke, majestrik ke, ahli muzik ke..doktor ke...tolong jang bermain dengan hukum Allah dan tolong jangan hina ulama pewaris anbia'..

wallahualam.

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w
 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket