Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Thursday, December 9, 2010

onanikah?

Thursday, December 9, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hahaha..apa khabar geng nafsu seerakah...hohohho...bukan pe..aku nih terlampau rajin mengupdate blog aku..hahaha...sbb banyak mase terluang...mula2 aku ingat nak post pasal sunah junjungan besar kita yang aku amat sayang..of couse lah Rasulullah s.a.w...tapi bila aku terkenangkan soalan member aku yang berbunyi begini...

setuasi didalam kereta:
(immukmin haram ke onani(tapi dia tak sebut onani dia sebut lancap hak3!! nakal..)?)
aku dengan tegasnya menjawab:
(haram seharam-haramnya...)
aku rase dia tak puas hati...pastuh dia tanya aku lagi...
(dah tuh kalu dah tak tahan sangat.....emm...dikhuatiri merogol orang..cam ne?)
dengan bajetnye aku menjawab
(dengan mengingati Allah hati menjadi tenang)
dia tak puas hati lagi..
(aku pernah baca satu artical yang cakap boleh..kalu dah terlampau gersang)
jawapan aku...
(ikut suke hati hampalah, hampa dah besaq)


hahah..itulah serba sedikit tentang watak kehidupan manusia...kepada yang terasa minta maaf..cume nak tally kan situasi dengan entri aku..hak3!!!!..emmm..ok..suke aku nak beri tahu yang menlancap atau onani adalah haram bagi segi islam baik lelaki mahu pun perempuan aku bold kan di sini..baik lelaki mahupun perempuan....nak kene ulang lagi..ek!!! baik lelaki mahupun perempuan.... (immukmin perempuan pon?) yap!!!!

ok enteri ini..bukan bertujuan untuk menlucahkan blog ini..tetapi sebagai panduan kepada semua..insyAllah..kita kongsi ilmu..

jom kita lihat satu firman Allah surah al mukminun ayat 5-7 yang amat jelas dan nyata...

A005
Dan mereka yang menjaga kehormatannya,


A006
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -


A007
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;


ayat di atas sudah jelas menerangkannya... pada ayat yang ke7 Allah berfirman..
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;


ayat ini sudah jelas "menginginkan selain dari yang demikian" maknanya..kita nak sesuatu yang bukan ditempatnya..makannya yang bukan sunatunAllah..adalah orang yang melampaui batas termasuklah pelacuran,penzinaan..dan onani sekali.....

ada satu lagi dalil
(Maksud riwayat yang disandarkan kepada Nabi sallallahu-alaihi-wasallam, dikemukakan oleh Imam adz-Dzahabi dalam al-Ka'bar, ms 59 tanpa mengemukakan status kekuatannya atau sumber periwayatannya.)

Di Hari Akhirat Tuhan tidak akan melihat golongan-golongan ini lantas terus berfirman: Masuklah kalian ke dalam api neraka bersama-sama mereka yang (berhak) memasukinya. Golongan-golongan tersebut ialah

[1] Orang-orang homoseksual,
[2] orang yang bersetubuh dengan haiwan,
[3] orang yang mengahwini isteri dan juga anak perempuannya pada waktu yang sama dan
[4] orang yang kerap melakukan onani, kecuali jikalau mereka semua bertaubat dan memperbetulkan diri sendiri (maka tidak lagi akan dihukum)


imam syafie dan imam malik juga apabila ditanya tentang hukum onani atau dalam bahasa kasarnya adalah melancap mengharamkannya..setelah melihat daripada firman Allah diatas.

ok..berbalik kepada isu member aku tadi yang cakap dah kalu terlampau gersang macam mane? suka ingin aku katakan yang onani ini hanya kepuasan seksual seketika..malah dia bukan dapat memuaskan nafsu sebaliknya bakal menaikan nafsu sahwat menaikan gred gersang daripada D kepada A..bukan untuk kepuasan semata2..dan lepas pada tuh..sebb dah naik gerd kan..so...daripada melakukan onani terus terjun kelembah zina yang diharamkan oleh Allah.. berlaku sek bebas serta seks diluat tabi'i so...sape nak jawab??? hohohoh....lepas tuh salahkan nafsu seerakah yang tak bagi tahu awal2..hohohoho

bukan apa...isu ini dipandang ringan oleh kita semua termasukalah remaja yang belum berkahwin serta anak2 kecil dibangku sekolah..hohoho..bahaya... jika kekerapan melakukan onani ini..dia hanya mampu memberi kepusana time tuh je...INGAT!!!

aktiviti ini juga boleh menyebabkan sesorang itu mahukan sesuatu yang lebih sempurna..maksud disini..sesorang itu mahukan seks yang sempurna. jika kekerapan melakukan onani..maka diorang akan menjadi sesorang yang sentiasa berimigenasi tinggi kearah itu..dan disebabkan pertukaran gred dari D ke A maka..time tuh nafsu seerakah sudah menguasi diri maka berlakulah perkara yang tidak diingin iaitu beromen sebelum nikah di tepi tasik..hohohoho...time tuh...syaitan mengelepor kegembiraan...dan Allah begitu murka terhadap penzina dan malaikat atib sudah penuh du buknya menulis kejahtan dan jika mati time tuh..malaikat mungkar nagkir tidak sabar memalu serta malaikat malik tidak sambar menyambut tetamu di naeraka..hohohooho

selain itu..aktiviti melancap a.k.a onani ini mampu membawa kepada lemah tenaga batin serta melemahkan perestasi sang suami kepada sang isteri..hohoh..malu beb seorang suami kalah dengan isteri...hohohohho... onani boleh menyebabkan sesorang itu mati pucuk..ini fakta yek!!!

melancap ini juga boleh melonggarkakn keimanan dan ketqwaan seseorang itu kepada yang maha besar Allah s.w.t... memang ada para fikh mengatakan dibolehkan melakukan onani ini..tetapi...setelah dia berusaha melarikan diri daripada melakukan onani seperti berpuasa,solat sunat,membaca alquran..tetapi setlah melakukan segala ini..maka shawat tidak mampu bertahan lagi maka dibolehkan...itu makananya
..
bukan dok main bantai je...tetapi jika seseorang itu melakukan onani disebabkan melihat video2 lucah atau mengambarkan kepada sesuatu yang lucah...tiu salah..dan tidak dibolehkan... walaupun seseorang itu melakukan onani disebabkan oleh tidak mampu mengawal shawatnya setleah berpuasa,solat sunat, berziki..hukumnya tetap sama..haram di dalam islam...

tetapi tipulah setelah berpuasa berzikir dan membaca alquran tidak mampu meredakan shawat..sebb apa firman Allah..
"mengingati Allah hati akan menjadi tenang"
so apa pendapat geng2 semua???

immukmin aku ketagih so macam mane?

jangan risau sebagai seorang islam kita mempunyai senjata iaitu doa...doa itu senjata orang mukmin... so ade doa untuk meredakan nafsu..masih ingat kisah nabi yussof yang digoda oleh ibu angkatnya iaitu zulaikah yang akhirnya menjadi isterinya yang taat kepada Allah...masih ingat cerita itu??? mesti ingatkan..so...bagaimana yussof a.s.. menaganinya..dengan mengingati Allah... ada doanya.. ini doanya..

doa pertama

A023
Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya

doa kedua

A033
Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya"

so ini adalah doa nabi yussof a.s... dan Allah memakbulkan doanya....ia..mugkin situasi itu berlainan tetapi dalam keadan yang sama iaitu..dalam keadaan ketika nafus mengijak2 ke arah zina.. onani juga zina iaitu zina dengan tangan... amalkan doa ini insyAllah kita peroleh kejayaan..

ada juga aku pernah terdengar yang barang sesiapa yang melakukan onani maka diakhirat kelak tangan2nya akan keluar bayi2 yang meminta daripadanya tubuh untuk hidup...

so ini sahaja enteri immukmin..sesungguhnya mengingati Allah hati menjadi tenang..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

wallahhualam



Friday, December 3, 2010

ada apa dengan porno?

Friday, December 3, 2010


السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

apakhabar semua sahabat-sahabat nafsu seerakah.... walaupun tajuk nye agak keterlaluan tetapi sebagai peringatan aku bukan nak galakan korang menyaksikan,meniru atau melakukan tetapi...ade satu perasaan geram membuatkan aku nak terajang dan menumbuk makhluk2 yang membina cerita2 ini...adoi sakit ati aku bila tahu mengenai ini...pelajar2...pun dah pandai buat cerita porno...adoi...luluh hati mak bapak depa kalu tahu anak2 mereka di universiti bukan belajar untuk membahagikan mak ayah tetapi belajar untuk mencontengkan arang atau dalam bahasa hindinya koila...hahahha.... tak habis dengan cerita ariill kini ada pulak cerita tersebar di kalangan mahasiswa...aku sebagai mahasiswa malu dengan masalah yang melanda. adoi.... dunia dunia....
video2 porno ini..bukan untuk hiburan tetapi keredik ke lembah neraka jahanam...nauzubillahhiminzaliq.....

aku takut dengan semua ini, adoi...mereka tidak tahu bertapa azabnya manusia andai melakukan zina...

"ya Allah..kuatkan hati setiap manusia di dunia ini.. aku juga manusia lemah... iman aku juga turun naik dan aku perlukan pedanping untuk menguatkan iman aku ini...malah kawan2 aku juga perlukannya.. ya Allah..kuatkanlah iman dan hati kami..tetapkanlah ia..."

heboh!!!! heboh lebih daripada JOM HEBOH...kalu pasal porno ..semua cepat ..ajak g ceramah ustaz yusaini semua buat alasan...apa lah manusia zaman skunk...aku pun dah tak faham... sedangkan dia tidak tahu yang menciptakan dia adalah Allah s.w.t...tapi kenapa dia sanggup
menzalimi diri sendiri....

kalu kita nak kata punca ini datangnya dripada ibu bapa yang tidak pandai mendidik.... kadang2 aku tak setuju ..sebab apa sedangkan ikrimah anak kepada abu jahal yang dulu penentang agama Allah..tetapi selepas itu dia adalah peneraju peperangan meluaskan agama Allah ....

kalu nak kata salah cikgu tak boleh juga kerana apa cikgu ni adalah guru yang akan memegang amanah Allah...sudah penat di ajar tetapi tidak didengar...

pokok pangkalnya diri sendiri..teladani lah cerita pahlawan ulung ikrimah yang mencari hidayah Allah...hidayah tidak datang sendiri tanpa usaha... memang benar hidayah itu milik Allah tetapi Allah memberi kepada manusia yang mencarinya....

ya Allah..isu porno ini amat sirius dalam dunia kita tetapi yang memandangnya hanya segelintir sahaja..ya Allah...perkara ini amat jijik tetapi menjadi hiburan...adakah manusia buta...perkara yang jijik umpama najis babi ...dia anggap satu keseronokan...adakah manusia tidak tahu yang benda itu adalah jijik? atau manusia sukakan perkara yang jijik sehingga seronok melihat, melakukan..malah ada yang membuat video untuk tatapan ummu...bodoh bangang tolol.....
itu yang bisa aku luahkan..kerana aku geram...aurat di dedahkan di khalayat ummu ..malah berbangga wajahnya di tatap ummu....alangkah kecewanya ibu bapanya andai mengetahuai..bukan sahaja ibu bapa malah tercemar agama islam.... malu!!! malu!!!...


jangan sesekali berdua-duan nak tahu sebab apa..sbb ada org ketiga hohohoh

ini adalah berpunca daripada pergaulan yang terlampau bebas. kalu dah tak tahan sangat khawin abis cite..buatlah seberapa lama pun.... time tuh orang dah tak kesah.... time tuh...takde dosa...semua pahala...ini tidak bukan mahram malah sudah menempah neraka...andai dia mati pada masa itu..nak ckp..apa..mati dalam keadan aib...apa balasan nya...sudah tentu..neraka..tak banyak cite.tak sempat masuk kubur...ular sudah menunggu untuk menerkam....bumi sudah menunggu untuk menghimpit... dan malaikat sudah tak sabar menghukum manusia yang melakukan zina ini atas perintah Allah....(tulis dengan emosi..minta maaf)

adakah kawan2 semua tidak mahu menjadi tetamu Rasulullah s.a.w di terlaga kausar ketika mentari sejengkal di kepala...adakah kawan2 semua sanggup di celup didalam neraka... ..aku tak layak syurga Mu ya Allah tetapi ..aku takut akan neraka Mu.....

lihat...mudah syaitan memasuki rongga2 darah kita untuk menghasut iman kita supaya melakukan perkara yang mungkar...meter iman merudum nafsu seerakah meningkat jadilah manusia yang rugi serungi2nya... ajak pala hang!!..

bile semua ini dah berlaku..nak salahkan sapa...hang dah besaq, belajar tinggi, peksa dapat no dua.... pastuh nak salahkan sapa....so aku cadangkan sesiapa yang melakukan zina nih..kan..kalu korng rasa tak nak kene kat akhirat baik..ko g jumpa orang alim...dan dekatkan diri koorg dgn dia pastuh..bertaubat..mintak dia ajar cara untuk mendekatkan diri kepada Allah...sebb apa..
Allah maha pengampun..percayalah cakap aku....

aku ckp ini untuk peringatan diri aku dan kawan2..(korang tuh include aku sekali yek!!)..
so korang nak tahu tak azab Allah bagi perlaku zina..

Di dalam shahih Bukhari pada sebuah hadits Nabi Muhammad SAW yang panjang, di dalam hadits itu disebutkan bahwa Jibril dan Mikail mendatangi Nabi Muhammad SAW dan bersabda: Maka mereka pergi sehingga mendatangi sebuah tungku, diatasnya terdapat lelaki dan wanita yang telanjng, didatangkan api dari arah bawah mereka, apabila nyala api itu mendatangi mereka maka merekapun berteriak. Maka aku bertanya: Siapakah mereka ini wahai Jirbil?. Jibril menjawab: Mereka adalah para wanita dan lelaki penzina”..

tak takutkan...hahaha mmg tak takut..sbb tak kena...nnt kena...tgok lah..time tuh baru nak memohon keampunan daripada Allah..tetapi....tiada maaf bagi mu.....

bile dah mcm nih....semua dah tak nak mengaku....pastuh..yang dalam perut tuh...di gugurkan...kesian dia..sedangkan dia tidak pernah bersalah.... dan...si ibu yang tidak bernikah itu telah melakukan dua dosa besar termasuklah so call bapanya yang akan dapat saham daripadanya......

dah penat aku marah...hohhoohho...(sabar ek!! aku berkata pada diri ku sendiri)

kawan2..jomlah kita sama2 mendekatkan diri kepada Allah...tiada ruginya..malah mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat ..insyAllah...yang penting...sentiasa mengingati Allah..

enteri ini buka untuk mengutuk atau memaki hamun siapa2..tetapi sebagai peringatan...dunia ini Allah yang punya jadi..jangan kita sewenag2nya memusnahkan ia....

waalhuaalam..yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri ini sendiri..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Wednesday, September 29, 2010

jom pegang2???

Wednesday, September 29, 2010
السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم


apakhabar sahabat semua???
harap2 sume chat lah yek... baru 2 hari lepas aku g umah terbuka sorang kawan aku ni kat jitra kedah.....aku mmg soliutlah kat mak member aku nih..mmg hebat... aku suke dgn mak dia nih... mane tak nye..buat mcm2 kat kitorg..sate, mee goreng.. kuih muih..mcm2 g r... member2 aku sume dtg r... mmg meriah r..ari tuh..aku pun hapy r...sbb dapt meraikan aidilfitri dgn rakan2 sepejuangan... alhamdulilah sume berjalan lancar walaupun ade kesulitan berlaku... hujan tidak berhenti2..ttp pengakhirnya penuh dgn keindahan...

yang pakai kain batik n kain pelekat nih sume samapi lewat sbb pe??? sbbb diorg basah dilanda hujan..tp alhamdulilah sume selamat...

ukhwah antara kami ..alhamdulilah amat erat..... itu jeh untuk story aku... tp sebenarnya aku nak cite pasal satu hadis yg aku jumpe time aku main boling kat jitra kedah...

otw balik dari umah member aku nih..aku berkunjug di pusat bowling..saje2 nak beriadah...

tengah aku seronok main bowling..aku lepak dekat meje yg disediakan ..tiba2 aku ternampak sesuatu yg terlekat terus dimeja itu...

dalam sebuah hadis dari bukhari dari pada Rasulullah s.a.w.. tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan wanita yg bukan halal baginya dalam riwayat lain nabi s.aw bersabada.. ditikam salah seorang daripada kamu dgn jarum daripada besi pada kepalanya adalah lebih baik baginya daripada menyentuh seorang wanita yg tidak halal baginya.

daripada hadis ini...aku merasakan terdapat sesuatu yg perlu ditekankan...iaitu mengenai pergaulan... jgn lah memgang tangan wanita yg tidak halal bagi korg lah..sbb..kita akan lebih dekat kepada zina...mana taknya..bila korg pegang pasti akan timbul perasaan syg... bilah dah syg..adalah perasaan yg bukan2... dan yg pasti bukan dari korang...mesti dari setan laknatullah..sudah semestinya..hehehe....
jadi dalam melakukan aktiviti..kita perlu menjaga batas2 pergaulan kita..mmg isu ini kelihatanya amat lah remeh..tetapi impaknya adalah kepada iman kita...

iman kita pasti sudah gugur menyembah nafsu.... nauzubillahhiminzaliq..

daripada menyentuh seorg wanit..lebih baik menyentuh seekor babi..itu yg aku penah bace... tak tahu lah pendapat korg mcm mane....

jga iman kita..kerana iman itu pasti membantu kita diakhirat..bukan senng untuk mengekalkan ranking iman....itu aku tahu...tp..ingat iman adalah saham kita diakhirat...

Allah akan sentiasa dekat dgn kita...apabila kita berusaha dekat dgn dia...apabila kita sudah leka dgn makisat dunia...pasti...pasti...diakan lupakan kita...dan ..apabila kita sedar...kita pasti terasa jauh dgnnya... percayalah...

kesalahan diri ini telah mengajar erti iman islam ihasan....

bila aku berseorgan..aku yakin yg Allah dekat dgn aku...itu yg selalu...aku peringatkan dalam diri ku...bukan untuk menunjuk2..tp aku bangga mengatakan yg aku sayang dan cinta kepada Allah...dan aku tahu..yg Allah sentiasa bersama-sama ku...
waahualam..

mati itu pasti hidup itu insyaAllah..

aku syg Allah dah Rasulullah s.a.w


Sunday, July 18, 2010

aksi panas

Sunday, July 18, 2010
assalammualikum...sahabt semua...hari ini nafsu seerakah..aku nak mengupas tentang topik yang tidak asing lagi iaitu aksi panas. sekarang heboh pasal aksi panas ariel peterpen..ada orang cakap peterporn...berpusu-pusu orang mencari video hangat ni...aku duk umah baca metro..tak percaya si ariel peterpen ni wat bende2 tak senonoh ni...aku pun buat tak tahu r..biarkanlah...nak halang aku kat malaysia...lagi pun..aku pun bukan boleh nak contact cam tuh jew... aku ni orang biasa...bukan artis...sy tak gilakan artis...hohohohohohohoho...lepas tu timbul pulak kes hubungan ariel peterpen ni dengan kris dayantilah, bunga cinta lestarilah, dan ramai lagi lah..ape ke bodohnya..lah ariel ni...wat bende2 ni..pastu rakam letak dalam laptop..pastu terkanatoi...dah jadi isu..padan muka....ajak pala hang!!!...Allah kasi balasan cash!!!...dah tahu awak tu public figure ..jaga lah atitute...lepas tuh dah tahu salah...dekatkan diri kepada Allah... kawan2 semua...kita tidak sepatutnya menjadikan isu ini sebagai satu isi hiburan tetapi..ini adalah isu akidah yang bakal merosakkan nama baik agama kita.... aku ni bukan lah baik sangat..tetapi mengenai..isu porno ini...ia seperti cendawan tumbuh selepas hujan...ia seperti tren..dah jadi macam hiburan seisi keluarga.... risau gak aku...(nauzubillahhiminzaliq)

mengenai tajuk aku aksi panas ni...aku tak nak lah bercerita benda yang negatif jew...mari kita tgok dari sudut positive...selepas terdedahnya isu ini...bukan sahaja isu ariel peterpen..malah isu sofia budak bijak malaysia tuh..kita kene amek ikhtibar....aku bukan nak bukak aib orang tapi...aku tahu semua orang dah tahu mengenai ini...kita tahu hiburan 'aksi pansa' ini..mudah didapati...dah seperti pisang goreng...makin ramai yang meminatinya..kerana apa...keseronokan..yang akan membawa bala..kepada.kita sendiri.....kita sudah memperdagangakan akidah kita...iman kita..islam kita..semata- untuk membeli...sekepeng cd cetak rompak yg penuh dengan 'aksi panas'...aku terkejut apabila melihat keratan akhbar..metro...itu..tidak ku sangka..bertapa orang islam pada zaman ini..begitu cetek ilmu..sehingga...mahu menjadikan 'aksi panas' ini sebagai hiburan..malah semakin dilihat..nafsu seerakah..membuak2 sehingga menyalurkanya ketempat yg tidak sepatutunya...
dalam diri ini.. mmg diakui..membuat perkara yg berfaedah amatlah bosan...dan tidak dengan keseronokan..andai ada yg sanggup menyang body..pasti itu adalah aktiviti yg paling indah...hohohohohoho...itukah dia.... emmm aku pun takut juga dengan godaaan syaitan dan nafsu..yang semakin hari..semakin menghimpit hati ku yang kudus ini..hohohoohoohho

dalam ere globalisasi..aksi2 seperti ini..juga bukan sahaja ada diadalam dunia yang tertutup..malah ada juga yang membuat nya di khalayak ramai...aku bukan nakcakap r...di kuala lumpur..tuh ..mmg mudah mendapatnya secara live....hohohohohohoho....orang putih belambak2 dekat pantai bertelanjang bogel....katanya public...ikut suke hati dia..dah tu dia ingat ni negara .dia..kamonlah..ni negar malaysia...negara islam...tapi mengapa semua ini ada di malaysia...mahu salahkan siapa..katanya pusat pelancongan malaysia maju 2020
.....budaya kuning ini telah masuk ke malaysia sejak masuknya pemerintahan orang barat di tanah melayu 1511...kita tidak mampu menghalang tapi..iman kita mampu menghlang....semuanya benar..didalam surah annur...mmg favoratelah dalam nafsu seerakah ni....ayat 30-31...dah terang lagi bersuluh..tp nak wat camne...era globalisasi..pemakaian semua berubah...dan yang ketat dah jadi biasa...apa kejadah entah lagging...apa2 lah..jgn lah nak pakai..aku tgok meluat ..dah macam minah tak de maruah..yelah ..mane taknye dok tayang punggog ngan betis..peha sekali..kalu cantik takpe..penuh lemak....adoi!!minta maaf kalu ada yang terasa tapi tu kenyataan.. bile ini berlaku....sape nak ikut firmaan Allah surah annur ayat 30-31..sape nak ikut???? berdosalah kita semua andai firman Allah tidak di ikut...TUNTUTAN wahai sahabat sekalian TUNTUTAN...jangan mempermaikan ayat Allah..jangan berdagang dengan ayat Allah...dengan harga yang murah..andai itu dilakukan..sesunggunhnya kita semua telah menzalimi diri sendiri....istghifaa kawan2..
.astghfiullahhalzaim,astghfiullahhalzaim,astghfiullahhalzaim,astghfiullahhalzaim,astghfiullahhalzaim,astghfiullahhalzaim,

betul kita makhluk Allah yang lemah..jadi jangan lah kita mencari lawan yang kuat...andai mahu juga persiapkan diri sebelum berhadapan dengannya...kita ni....jangan jadi orang putih sanggup buat apa sahaja semata-mata untuk record...jadi orang isalam sejati..melakukan semata-mata untuk Allah...jadi khalifah yang terbaik baik didunia.....nabi kata Rasulullah s.a.w.... adalah orang yang terbaik..di dunia..sehingga digelar sendiri oleh orang putih sebagai manusia yang pertama terbaik di dunia..tgok ..apa rasulullah s.a.w buat..dakwah!!!!! dakwah!!!! dakwah!!! sahabat...jgn nak jadi famous..dengan aksi panas..tp famous pada pengetahuan Allah...tentang diri mu....wooowwwooow...andai ini tercapai..alangkah bertuahla korang semua...insyAllah..syurga...syurgai bai!!!!....

aku bukan insan yang kuat tetapi aku akan menjadi kuat pabila sentiasa mengingat Allah..

waahualam...

aku syg Allah dan Rasulullah s.a.w

Monday, July 12, 2010

benda sedap semua orang suka?

Monday, July 12, 2010
(benda sedap semua orang suka? sanggup tunggu walaupun satu jam untuk sesuatu yang di'katakan' sedap)

hampir setenggah jam aku tunggu berbaris untuk hanya membeli 2 bungkus nasi kandar. aku tak tahu kenapa, mungkin sebab aku terpengaruh dengan orang sekeliling yang sanggup beratur untuk membeli nasi kandar itu... jadi aku jadi [wondering] dan sifat ingin tahu membuat aku turut beratur..hohohohohohohooho... rupanya nasi kandar dia sedap..ohohhohohoho..dan murah bai!!!
tulah penggalaman aku pada waktu petang yang hening.

so sekarang ini aku nak share dengan korang topik semua benda sedap orang suke, sanggup tunggu walaupun hampir satu jam

contoh (+ve)

1. nak beli makanan kesukaan sanggup beratur hampir satu jam.
2.nak beli baju yang paling diminati sanggup beratur hampir satu jam semata2 untuk membayar pada cashier harga sehelai baju.
3.nak masuk water park sanggup beratur hampir satu jam nak beli tiket.

ok tu 3 contoh +ve...

contoh (-ve)

1. sanggup tunggu polis kuar dari kedai cd lucah selama satu jam semata-mata nak beli cd tuh!
2.sanggup tunggu satu jam semata-mata nak salam dengan artis yang diminati.
3.sanggup tunggu satu jam dalam tandas semata-mata nak ponteng kelas.

ok tu lagi 3 contoh....

aku bukan apa...saje je nak tunjuk pro dan contra kehidupan sebuah nafsu....bukan semua manusia ni perfect tapi kadang we have to be perfect. even tak perfect tapi approch to prefect its ok...hohohhoho speaking english lak...
ok sebenarnya manusia ni tidak akan puas dan puas kerana dalam dirinya ada nafsu seerakah yang tidak penah berhenti-henti meminta. hanya seseorang yang mempunyai iman yang teguh mampu melentokkannya. kenapa tak ramai yang suka mengambil sesuatu yang +ve?
sebb yg -ve tu sedap sampai ada yang lentok dengannya. sebab apa? sebab kita ni adalah manusai yg sentiasa hidup bersama-sama nafsu dan ketuanya setan dilaknat Allah... jadi caranya bagaimana..kalu tidak mampu melalui hati..apa kata kita wat pendekatan minda mungkin boleh kot...tp ada konsep islam....

contoh:
situasi1.
tengah beratur beli tiket wayang. masa tu memang ramailah manusia yang hendak membeli tiket wayang ada gak sesekali terlintas di mata korang sepasang makhluk Allah yang gaya ala-ala orang putih duk pegang sana, cuit sini, pukul situ, cium sinun..ohhohohohohoohho..
korang pun layang lah..... dalam diri korang nafsu memang nak tegok lah cite baru ni tajuk dia casanova...memang cita memantapkan nafsu lah....

penyelesaian:

korang cakap dengan otak korang bukan dengan hati..kalu korang cakap dengan hati time tuh..memang korang kalahlah.debab di samping hati ada nafsu yang sudah galak memerintah hati korang, so koraqng ckp dengan otsk korang sbb disamping otak korang ada akal yang waras mampu menjalankan tugasnya.
contoh:
korang dan aku cakap:
kalu aku beli tiket ni mesti confermlah aku kene beratur berjam-jam dari aku beli tiketn ni.. baik aku pergi kedai kerete control lagi shok! lagipun kalu aku masuk dalam panggung ni..kalu aku mati mesti mati sia-sia r...dahlah tengok cerita casanova dengan budak2 yang ala-ala orang putih duk beromen kat beloakang..aku dah kira bersubahat ni..kalu aku mati dalam panggung ni..tak ke masuk neraka nnti.....

lepas tu korang konferm r tak jadi beli tiket tuh...tapi uang penting time korang cakap ngan otak korang ..korang kene lawan cikit lah nafsu korang baru boleh menang...

aku dapat kasi satu je situasi..kalu banyak2 takut tak terbaca (padahal takde idea dah..hohoho)

memang sesuatu yang baik itu susah nak lakukan... dulu aku gile sudah nak solat...rase malas sangat2..sampailah aku buat pendekatan sendiri..aku cakpa pada diri aku sendiri... solat 5 minit jew..takkan takboleh buat...kalu layan ternet 10jam relex jew..nikan 5 mint...
start pada tuh..aku pun mmg dah set mind aku...apa2 pun kene solat 5 mint jew....

kalu korang berfikir yang korang akan dapat ganjaran dengan amalan kebaikan... aku conferm korang mesti tak akan tak buat benda2 baikn ni kan????

aku tahu yang pahala tu tidak dapat dizahirkan...cuba kalau pahala itu dizahirkan?.contoh korang akan dapat gaji dari Allah setiap saat korang buat kebaikan.. aku conferm r..malaysia ni tak de samapah walaupun sezahrah habuk..sebb semua orang buat kebaikan... tengok bertapa hebatnya pendekatan minda... jadi korang bile rasa nak jadi macam anak2 orang putih atau monggolia...korang beringat2 lah sikit...guna pendekatan minda kalau hati korang dah tak mampu... kalau dada korang dah berombak time tulah... jadinya korang gune pendekatan minda... tepis segala2 perkara yang buruk korang kata sedap sampai sanggup tunggu hampir satu jam...so mesti korang akan dapat mengatasi masalah itu.... conferm tak tipu..lah bro!!! try your best...sambil2 tu zikirlah sikit..ingat Azab Allah..sebb assitance nafsu ni kuat gak ...setan ni...mmg aku tonyoh muka korang dengan taik dia supaya korang dengar nasihat diorang... kamon r..jgn jadi pandir lah...setan tuh bukan cukpu pun sifat dia... jgn kene main dengan laknat tuh....

jadi korang pastikan si laknat dan si hampeh disamping hati korang kalah dengan korang..tapi kalu tak boleh gak korang buat lah solat hajat supaya Allah membantu korang..doa senjat orang muslim tau..

kasi layan sikit lagu ni...best kot!!

Lirik Cinta Terakhir - Aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Korus
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Ulang korus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Ulang korus

dah habis nyanyi..ok..skunk betulkan niat dan azam...k..lilah kerana Allah ... bukan kerana menurut kehendak hati....

waallahhualan

aku sayang Allah dan Rasulullah.

Thursday, May 6, 2010

pergaulan bebas~seks bebas

Thursday, May 6, 2010
assalammualikum sahabat...hari ini...nafsu seerakah..akan berkongsi dgn korang semua tentang satu tajuk yg agak panas...sebelum tuh biar aku story ckit..ttg diri aku..hari ini aku pertama kali online kat atas meja stady..sebelum ni...zku online dalam bilik ckit...kasi privcy...bru shok..boleh wat bende pelik2 hohohohohohho...k..hari ini aku nak kongsi dgn korang tetang ..nafsu gak..yh mmg sesuai dgn blok aku... aku nak kongsi pasal....pergaulan bebas~seks bebas....hahaha jgn terkejut..hahaha!!!!!ini bukan gurauan ek...ini cite realiti bukan fantasi.... hahahha....sebenarnya..
pergaulan bebas ni..nng bebas r...ape masuk bebas?

bebas ni bermaksud sesuatu yg kita lakukan tanpa perlu mendapat kebenaran atau mengikut peraturan...kalu pergaulan bebas maksu dia berkawan tanpa perlu mendapat kebenaran atau mengikut peraturan...jadi mcm mane tuh???

bebas nak pegang,pukul2 manja,usap2..bebas r...semua bebas...tak ade batas...samapi nak pegang di bahagian dada pun...bebas ohohohhohoho...astgfirullah halzim...
tp aku tahu..member2 aku smeua tak cam tuh..sebab diorang semua tak penah tinggal solat lima waktu dan siap berjemaah g..."solat dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran"
so..mmg member2 aku tak buat r...tp..org2 lain???
yg penuh dekat bintang walk...
kalu perempuan mesti nak bergesel2 dengan jantan..jantan kalu berguna takpe..ni tak bergunah...dah lah bukan mahram..pastuh bergesel2...pakian sendat napak semua part..dari atas sampai bawah...kejadahnya...tak kurang pula yg bertudung...tak ni..org panggil..perempuna tak sedar diri..bertudung pakaian dah cantik..tp..adoi..tak tahu di untung...berpegang-pegang tangan...
tak abis lagi..pergi tepi tasik...tiru gaya mak salih..beromen tak sudah...dad abis beromen...abis segala2nya..yg tak terbukak dibukakan..adoi...la takrabulzina...(nauzubillahhiminzaliq)
ni lah aku ckapkan pergaulan bebas~seks bebas.. itu r..maksudnya...dah bergaulbebas..of corse r...seks bebas..bile dua2 kepala dah naik air...yg tak boleh jadi boleh.....


abis tuh bile dah terberanak..nak salahkan sape????salahkanlah ibu mengandung???salahakan bapak??? dah tu nak salahkan sape?? salahkan lah diri sendiri kerana tak polish iman tuh...aku pun bukan iman teguh sangat pun..kadang2 takut gak...terberanakaan ank orang..
tp mintak jauh r...aku mintak juah... alhamdulillah setakat ni aku tgk kawan2 aku semua menjaga iman..bergaul umpama muslimin dan muslimah sejati..itu yg aku nak...itu yg aku suka kat kawan2 aku....tp aku sedih dekat remaja2 yg duk kat bintang walk..tak kisah r..bintag pe pun..tp..yg bergaul bebas..sampai arak pun dia minum macam air raibina....dan kdag ade yg cium2 macam mak dengan anak..yg tu yg tak tahan tuh,,,,,,


takpe..manusia ni...ALLAH..syg sangt..sbb manusia ni adalah makhluk kejadian ALLAH yg terbaik...penyang ALLAH medahului kemurkaannya....even pelacur pun..masih terbuka pintu taubat untuknya....kawan2 inagt tak kisah seorang pelacur yg memberi minum ajing yg kehausan menggunakan sepatunya???ingatkan...dia adalah wanita yg dijanjikan oleh ALLAH syurga... dia telah mendapat hidayah melalui seekor anjing..dan mejadi wanita muslimah yang sejati selepas kejadian itu...tgok ...wanit yg dinamakan pelacur pada zaman itu masih disayangi oleh ALLAH...bertaubatlah wahai sahabt2ku yg ALLAH sayangi....jgn berputus pada rahmat ALLAH..sesungguhnya siapa yg berputus pada rahmat ALLAH dia dalah manusia yg rugi...malah menzalimi diri sendiri....


iman ada naik ada turun..kalu dia naik...sampai solat hajat 34 rakaat pun tak rase penat...rase manis jew..tp kalu dia turun..mcm2 bende negatif r ..nak buat ohohohohhoohho
. insyALLAH..kita akan selalu berada didalam dakapan ilahi....


kalu nak bergaul boleh..tidak salah...malah dapat mengeratkan silaturrahim..tp ada batas2 pergaulan...bukan meghlang terus..tp ingin...menjaga keindahan agama islam...agama yg sucu bersih dan indah..dan jgnlah kita orang melayu beragam islam mencemarkanya... ingat..kita perlu berusaha keatas iman...bukan menunggu iman....iman itu adalah tunjang kehidupan kita.. tiada iman..kita akan mudah mengikuti nafsu syaitan...nafsu yg bakal merosakkan kehidupan kita..hingge kita jtuh ke dalam lobang2 neraka jahanam..sedarlah wahai sahabat2 ku....

sebagaimana hadith daripada Hamzah bin Usaid Al-Ansari yang diriwayatkan daripada bapanya yang mendengar Rasulullah Saw bersabda,apabila melihat kaum wanita bercampur aduk dengan lelaki di tengah jalan :


عن أبي أسيد الأنصاري عن ابيه : أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول وهو خارج من المسجد فاختلط الرجالبحافا مع النساء في الطريق فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم للنساء : استأخرن ؛ فإنه ليس لكن أن تحققن الطريق ؛ عليكن بحافات[1]



Yang bermaksud : Daripada Abi Usaid Al-Ansori daripada ayahnya : Bahawa dia (iaitu ayah Abi Usaid Al-Ansori) telah mendengar Rasulullah Saw bersabda, di mana ketika itu Rasulullah Saw berada di luar masjid, dan berlaku ikhtilat di kalangan lelaki dan perempuan ( di mana Rasulullah Saw melihat ikhtilat tersebut ) : " Kebelakanglah kamu,sesungguhnya kamu tidak boleh berada berada di tengah jalan,kamu mestilah berjalan di tepi jalan."


hadis diatas jelas menunjukan Rasulullah sendiri tidak mahu wanita dan lelaki bergaul sehingga menimbulkan fitnah yg pasti merosakan institusi islam itu sendiri...aku pun tak suka gak tgok lelaki ngan perempuan bergaul lebih..sampai pegang2...ye lah aku pun tak lah perfect..tp masih menjaga batas2 pergaulan..insyALLAH......

jadi kita sebagai muslimin dan muslimah perlulah..mejaga batas2 pergaulan untuk mengelakan daripada terjerumus ke kancah maksiat yg merosakan...so..same kita muhasabbah diri mendekatkan diri kepada ALLAH.,.yg maha penyayang...kalu tak dapat usap2 dengan makhluk..dapt usap2 dgn ALLAH..alhamdulilah lagi indah...jadi..jgn terlampau gersang untuk mencari maksiat dunia...ingat dunia ni sekejap jew...kepada lelaki2 sekalian..ingat..sekali anada terjerumus dengan zina selama2nya anda tidak merasai nikmat bidadari di syurga ...

so...sampai di sini sahaja wadah dari aku..andai anda terkasar bahasa harap dimaafkan... dan andai de kesalahan dalam post ni..betolkan ek...

waahhuaalam

yg penting aku sayang ALLAH dan RASULULLAH SAW


p/s:aku mahu wanita yg solehah..dan yg penting..menutup aurat dan perhiasan heheheh hohohohoh..

Thursday, April 8, 2010

ghairah..

Thursday, April 8, 2010
ok tak tajuk yang aku nak kupaskan ni...ghairah!!! hahahaha..best ni... aku pulun baik punya..heheheh...ok bercakap pasal ghairah aku dah paham dah korang semua, kalu lelaki conferm2 r.. dok layan biru. hooooo..gerenti nyalah (prempuan seksi pakai baju ketat seluat macm sarung nagka) prgh!!!..ok tak??? ke mcm mane??? ish2 tak patut2... ok aku malas nak mengarut2 sangat kejap g ade yg marah lak..maklumlah..zaman sekarang ni kalau cakap bende macam ni orang chop kita giler seks hahaha..tapi hakiktnya ramai kaum adam yang mcm ni dan ramai kaum hawa yang suka tujuk(kami tengok)hahaha..aku tak galakan ek!!! tepuk dada tanya iman..huhuhu

tengah shok2 aku baca terjemahan surah an-nur terjumpalah aku satu..ehh bukan dua ayat yang cakap pasal ni...

[30]
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
[31]
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


aaaaaaa...tgk bertapa terlitinya nya ALLAH dalam mengelakan manusia terjerumus dalam kancah maksiat ini..ayat dari surah annur 30-31 telah membuktikan bahawa..dua dua..kaum hawa dan adam prelu mengambil tindakan sewajarnya.. bukan duk tayang body atas pentas entah apa2..aku sikit tak paham lah..ape kejadahnya duduk atas penatas jalan macam orang sakit mental..tayang body..aduhai..(nauzubilahhiminzaliq) uh..minta jauh...hooooooo...

sory..korang aku terlari tajuk..tajuk kita pasal ghairahkan?? relex2 kita cool down jap....
uh..uh..uhuh...uhuh...
ok dah cool down ...ok cam ni..bercakap pasal
ghairahkan aku tahu korang memang pikir aku ni lucah..jagan cam tuh dowh..aku nak cakap serius ni..ok ghairah.. ghairah ni kalu mengikut kamus aku lah..adalah perkara yang boleh menaikan nafsu shawat dan boleh menyebabkan fitnah anatara lelaki dan prempuan, lelaki dan lelaki, perempuan dan perempuan, dan banyak g golonga. anak dengan aya pun ada..(astghfirullahhalazim..mintak jauh ya ALLAH) ok...ini terjadi disebabkan kita tiadak mampu mengawal perasaan nak kan sesuatu..lebih2 lagi dalam bentuk nak puaskan nafsu serakah..maksud aku..ala...korang paham r...hooohhohoho....
tapi kenapa kita tidak membawa perasaan ghairah ini dalam
mendekatkan diri kepada ALLAH... dalam konteks ini gahiarah bukan bermaksud ..seperti yang tertulis diatas tapi bermaksud sesuatu yang kita nak sangat lakukan ..sehingga tidak menyempat2..ghairah dalam beribadak kepada ALLAH..tak salahkan...terlampau cintakan ALLAH..tak slahakan... kenapalah kita nak salurkan ghairah ni ke jalan yang lain...jalan maksiat jugak yang dipilihnya..adui... knp2...sebaba nafsu bertindak mengatasi akal hohohhohooh.... macam mane tuh??? ada apa2 yang nak dikomenkan disini....... ok...


sebenarnnya tidak salah perasaan gahairah ni..tapi salunrnya mesti saluran tv9 bukan HBO..haha..maksud aku bukan kearah yang haram..mesti halal..kalu siapa nak ghairah snagt tuh..pegi ghairah dengan isteri..baru masyuk ni tak..sibuk cari yang duduk tepi loroang tuh..apa barang..tak jantan r...hohohohho... kalu kita ghairah dengan isteri satu ibadat dapatlah masuk syurga..tapi kalu dengan tepi lorong tuh...emmm...tak banyak cakap r..conferm2 neraka... sebab dah lakukan zina..ALLAH membenci makhluknya melakukan maksiat...siapa tak marah kalu kita mencabuli undang2..haish.... aku bukan berhak nak tentukan korang masuk syurga ke neraka tapi secara am nya...siapa buat banyak dosa..neraka... siapa banyak amal ibadat kerana ALLAH insyALLAH syurga... tapi kita hendaklah sentiasa mendekatkan diri kepada ALLAH..mencari rahamtNya...bukan cari rahmat dekat lorong rahmat..(takde pun lorong ni ..hehe aku saje letak wat saspen sikit.... aku sebenarnya takut nak tulis ni..sebab takut salah... kalu siapa2 yang rase aku salah..tolong2 lah betulkan..ilmu aku bukan banyak pun sikit..tapi mengade2 jeh lebih..hohohohohoh.. tuh r...aku menyeru dengan sedya yang ada ingat mengajak...
sahabat2 aku beribadt dan sama2 mendekatkan diri kepada ALLAH..yang penting istiqamah... ghairah2 jugak tpi slurkan pada jalan yang betul..bukan main tibai jeh... ingat tau..ALLAH maha melihat..setiap apa yang kita alkukan akan dinilai olehNya..walupun sebesar zahrah seklaipun..takut tak...mesti takutkan.... so...kalu kita nak syurha ALLAH..sama2lah kita beribadat kepadanya...aku tak ingat ..ada satu hadis nabi..kalu tak silap aku cam ni lah lebih kurang...

walaupun amalan yang dilakukan sedikit tetapi biarlah istiqamah..seseunguhnya itu yang dusikai oleh ALLAH..

entah betu entah tidak aku tak ingat.. tapi cam ni r yang aku penah terbaca..kalu kawan2 tahu,,kogsi2 r..dgan aku..dan ..yg penting jangan sesekali melupai ALLAH sebab ALLAH sendiri tiadak peranh meluapai KITA SEMUA.. aku ulang ek!! KITA SEMUA... ..so sahabat2 semua...marilah kita beribadat kepada ALLAH dikala pagi dan petang...sesungguhnya kita adalah orang2 yang beruntung dan BEROTAK..

waalhualam..betulkan aku kalu alu silap..sebba aku manusia biasa..dan yang pentig..
aku sayang ALLAH dan RASULNYA.
 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket