Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Sunday, February 26, 2012

Ya Allah Aku JAtuh Cinta

Sunday, February 26, 2012

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

kawan-kawan semua aku memohon seribu kemaafan kerana blog nafsu seerakah ini sudah lama 'bersawang', perkongsian ilmu yang diharapkan tidak dapat aku laksanakan dengan konsisten kerana terlalu banyak komitmen yang tergalas dibahu lelaki berusia 22 tahun ini. Lumrah hidup semakin tua semakin banyak yang difikirkan. Blog yang sudah menjangkau usia matang sematang usia pemiliknya tidak mampu memberi santapan rohani yang indah kepada diri pemilik dan kawan-kawan yang masih setia. Aku tidak mencedok sesuatu tanpa usulnya, aku tidak mencedok tanpa gurunya dan aku tidak mencedok tanpa periksanya. Mungkin ilmu yang diharpakan belum boleh dikongsi lagi kerana kurang kearifan tetapi hari ini mungkin akan ada secankir ilmu yang bisa dikongsi oleh rakan-rakan yang aku sayangi. Aku bersihkan 'sawang-sawang' yang menjadi raja sepeninggalan aku.

Aku baru sahaja balik daripada Thailand di daerah Nakhon si Tammarat mencari ilmu luas terbentang berpaksikan jalan keredha Allah. Pelbagai budaya, adat dan keindahan ciptaan Allah yang bisa ku teguk di negera Thailand ini tetapi bukan itu yang aku mahu kongsikan tetapi yang mahu aku kongsikan adalah sesuatu yang menjadi igauan aku selepas pulang dari Thailand. SubahanaAllah yang sentiasa mendengar doa hambanya. Terkejut dalam igauan aku mendegar sahabat aku baru sahaja melunaskan sebahagia daripada sunnah. Mengucap syukur kehadrat Ilahi. Jodoh, pertemuan, hidup, mati adalah ketentuan Allah. Aku merasakan dan dapat terhidu saat bahagian sahabatku. Kisah cinta yang penuh liku berakhir dengan satu akad yang sah. Walaupun sederhana tetapi mewah dengan rahamat dari Allah. Bak kata pepatah melayu tidak lari gunung dikejar, Kalau dah jodoh tak kemana. Ada sedikit perasaan cemburu pada mereka bukan kerana hubungan mereka tetapi cemburu kerana mereka telah berjaya melaksanakan sunah Rasulullah s.a.w dan sudah berjaya membina sebuah masjid yang indah lagi diberkati. Pasangan yang secocok yang penuh dengan kasih sayang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Kagum aku dengan meraka kerana keputusan yang matang mereka buat jelas menunjukan bahawa meraka ikhlas bercinta kerana Allah. Pada usia muda mereka sudah menjadi sebuah pasangan yang bahagia. Ku titip doa semoga meraka kekal ke hujung nyawa. Sehidup semati kerana Allah dan dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah. insyaAllah.

Terdengar-dengar sebuah lagu mencuit hatiku dan juga bisa membuatkan aku lebih bersemangat:

oh mama, saya mahu khawin, khawin dengan siapa? dengan siapa sahaja. oh mama, saya mahu khawin, khawin dengan orang batu pahat, muka cantik ah tahi lalat 2x.

Wah bila pula tiba giliran aku ya? Semoga jodoh ini dipercepatkan Allah.

ingin aku berkongsi sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Amru ibnu Maimun berkata, Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a. bersabda.

seseorang yang ingin mendapatkan kesenagan rasa nikmat iman maka hendaklah dia mencintai sesorang itu semata-mata kerana Allah


Dari pada hadis ini boleh kita simpulkan bahawa cinta yang berasaskan nafsu semata-mata tidak akan menjulang ke akhirat yang abadi tetapi penuh liku-liku ketentuan Ilahi tetapi ingat cinta yang bertunjangkan Iman adalah segala-galanya. Allah dihati cinta yang bersemi adalah cinta yang hakiki. Jangan mudah terpengaruh dengan dunia yang so call indah tetapi penuh dengan dusta berkala kerana itu kita tertipu dengan keindahan. Cinta hanya datang setelah kita benar-benar cinta kepada Allah. Apakah kita cinta kepada Allah? tepuk dada tanya iman, soal nafsu dan jinjing akal. Adakah kita bertuankan nafsu?

Cinta memang indah, lagi indah dengan ikatan yang sah. Sebetulnya diri ini juga tidak mampu mengawal untuk meluhakan kata hikmat cinta kepada yang berkenan dihati tetapi memikirkan ia bakal merosakan iman terhenti seketika. Cukuplah luahan itu untuk yang hak. Untuk isteri yang tersayang yang halal. Isteri yang solehah idaman hati ini mungkin adalah yang terbaik daripada Allah. Mungkin masa yang ditetapak tidak akan ketahui tetapi cukuplah Allah yang menentukannya. Biar hati ini dilanda badai cinta hanya Allah sahaja yang tahu bertapa seksanya diri ini tetapi ingatan kepada Allah membuatkan lara yang panjang terubat dek kalam dan nama Mu ya Allah. Cinta hanya indah selepas berkahwin itu pengangan nurani aku. Bagi aku tiada cinta sebelum khawin. Bagi aku cinta adalah sebuah ikatan yang sah antara seorang lelaki dan seorang perempuan selepas akad.

Bagi aku cinta itu adalah sulaman-sulaman halus kalam Allah yang indah antara seorang suami kepada isteri. Cinta itu juga adalah suci tiada ganti dan tiada penghujungnya. dan cinta itu juga lagi suci apa bila sebuah rumah tangga itu penuh dengan kecintaan kepada Allah.

Andai aku sudah akad akan ku sulam isteriku dengan sebuah keindahan abadi kerana sesungguhnya isteri itu adalah anugerah Allah. Akan ku jaga dengan rapi akan ku belai dengan keindahan berlandaskan hukum Allah. Tidak akan ku sia-siakan walaupun sedetik cuma dan yang pasti akan ku bawanya hingga kesyurga.

tersisip kata nurani cinta Ilahi,
terdiam bukan kerana bertepi,
tetapi kerana indahnya ia berteraskan Ilahi,
ikatan yang sah adalah ikatan yang berlandaskan Ilahi,
ikatan yang bisa mebawa ke surga dan bahagia diduniawi.

berdiam bukan kerana bacul,
tetapi cukup sebagai tanda,
meraih kasih apabila betul-betul bersedia,
jangan mudah untuk berburuk sangka,
kerana ia adalah ikhlas dan takut kepada Allah.

hidup mati ketentuan Allah,
qada dan qadar sudah suratan ya Rabb,
cukuplah Allah peneman tika lara,
cukuplah rindu teman bicara,
dan percayalah,
cinta jodoh semua sudah ditangan Allah
tidak perlu dipaksa atau terpaksa,
kerana andai sudah ketetapannya,
dua hati pasti bersatu dalam landasanNya.

Aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Monday, December 12, 2011

BaitulMakqdis Berada Di Tanganku- Part 1

Monday, December 12, 2011
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

Segala persiapan ketenteraan sudah siap, Segala peralatan peperangan sudah lengkap yang hanya tinggal adalah memperkuatkan lagi bala tentera yang ada.

Umar Bashir sibuk melihat dokumen-dokumen mengenai pembelian dan kemasukan peralatan perang. Kali ini, mereka berjaya membawa masuk sebuah kapal selam perang yang dibeli dari satu agensi rahsia yang dimiliki oleh seorang saudagar kaya dari Russia. Alhamdulillah dengan izin Allah, akhirnya kapal selam selamat sampai di perairan Gaza. Pihak rejim Zionis tidak mengetahui kemasukan kapal selam itu kerana, seorang jurutera dari Asia tenggara sudi berkhidmat untuk ketenteraan Palastien. Zubir Rahman, telah berjaya mencipta satu peranti "Wave Absorbtion" di mana peranti ini dapat menarik segala gelombang-gelombang elektrostatik yang boleh mengesan kehadiran kapal selam mahupun kapal terbang. Penciptaan Wave Absorbation ini, telah membantu kemasukan kapal selam di perairan Gaza tanpa dikesan oleh Rejim Zionis laknatullah.

"Siapa berani berjihat?" seruan Umar Bashir ketika pertama kali menjejak kaki di bumi Gaza setelah 20 tahun menetap di Russia.

ana,ana,ana,.... hampir 800 orang anak muda yang menyahut seruan Umar Bashir. Tersenyum Umar Bashir.

Umar Bashir, anak jati Palastien, keluarganya terkorban ketika dia berusia 8 tahun. Masih segar diingatannya kejadian tembak menembak di antara abinya dan pihak Zionis dan yang lebih kejam, kakaknya diperkosa dihadapannya serta dibunuh. Dia hanya mampu menangis di dalam almari dengan mulut tertutup. Hari ini, dia sudah hadir dengan sebuah semangat baru menentang Rejim Zionis. Semasa berusia 8 tahun setelah peperangan reda seketika, sepasukan sukarelawan dari pada Russia datang memberi bantuan, salah seorangnya bernama Jamil Roshkavin. Jamil Roshkavin, adalah seorang bekas tentera yang beragama islam. Beliau telah mengambil Umar Bashir sebagai anak angkatnya. Sepanjang kehidupan Umar Bashir di Russia, dia telah di dedahkan dengan pelbagai seni mempetahankan diri, malah bapa angkatnya seorang bekas tentera yang banyak berjasa kepada negara dalam mempertahankan negara mendedahknya dengan pelbagai strategi peperangan. Malah Jamil juga tidak loket dengan ilmu agamanya yang dituntut dengan ulama' terbilang negara Russia untuk diajar kepada Umar Bashir. Segala cerita tetang dua pernaklukan BatulMakqadis juga dicerita kepada Umar Bashir supaya roh jihdt itu betul-betul bersemadi dalam tubuhnya.

"Zubir, bagaimana dengan segala kelengkapan lain, maksud saya tentang peluru berpandu untuk kapal selam kita"
Umar Bashir bertanya kepada Zubir.

"Semuanya saya sudah pastikanya. Pengubahsuian peluru tersebut memberi impak yang kuat kepada setiap objek yang dituju dan penghasilan momentem yang tinggi serta pengabdian daya yang kuat kepada peluru tersebut dapat menghasilan hadlaju yang tinggi dan sekali gus memberi kesan letupan yang kuat dan sudah pasti boleh menyebabkan kehancuran kepada objek. Pengubahsuian M60 pada juga telah saya lakukan. Sudah ada 100 unit dihasilkan."

"apa yang kamu ubah wahai sahabatku Zubir"

"M60 yang dikawal secara elektronik dengan kadar cahayaultra yang tinggi. M60 ini terlalu ringan untuk kegunaan tanpa kenderaan, tetapi terlalu berat terutamanya dengan membawa peluru bagi askar yang bertidak secara individu. Kebolehan yang tinggi dan jisim kuasa yang rendah boleh menghasilakan kesan yang berterusan. Satu lagi adalah berkenaan enam berlaras, ia boleh menghasilakn 4000 pusingan per minit, XM214 yang dihasilakn oleh General Electric. Ia mempunyai kuasa pemanjangan kompleks dan yang terakhir adalah motor elektrik kuasa punggah, penyebuan, dan mekanik ini mampu melepaskan tembakan di atas tanpa mengubah sasaran."

"hebat! alhamdulillah Allah telah mengurniakan ilham kepada kamu dan satu lagi ingat, kita tidak mempunyai masa yang banyak, bila-bila masa sahaja kita akan diserang."

"InsyaAllah, semuanya telah disiapkan seperti dirancang tuan."

"alhamdulillah."

Azan ishak berkumandang dan menandakan masuknya waktu solat, mussola yang ringkas telah lama tersergam di sebuah kem ketenteraan yang betul-betul menghadap perairan Gaza. Sebuah terowong bawah tanah menghala ke sebuah bilik kebal sudah lama dicipta untuk proses perbincangan strategi.

Semua para tentera sudah siap untuk berjemaah yang pasti di imamkan oleh Umar Bashir. Setelah selesai solat sunat qalbiah yang dilaksanakan oleh semua jemaah mereka solat Isyak secara berjemaah dan sesudah itu solat sunat baa'diah disusuli dan ada juga yang sempat melaksanakan solat sunat hajat memohon kemenangan daripada Allah. Usai solat, Umar Bashir memberi sedikit tazkirah untuk menjadi penguat semangat.

" Rasulullah s.a.w tidak pernah takut untuk berperang, ini pula kita umatnya. Rasulullah s.a.w tidak takut dengan mati, ini kan kita pula umatnya, Rasulullah s.a.w mencintai syahid, kenapa bukan kita?" Mukadimah tazkirah Umar Bashir.

"tuan-tuan sekalian 313 orang para shuhadah berperang mampu mengalahkan 1000 orang musyirikin. sesungguhnya jangan takut tuan-tuan semua, Allah sentiasa membantu kita. Ini tanah air kita, ini tanah kelahiran kita, ini kiblat pertama kita dan ini adalah tempat suci para anbia'. Kenapa kita perlu takut untuk mengambil semula tanah kita. Siapa mereka, para Rejim Zionis laknatullah?. Mereka tiada iman, kita ada iman, kita ada Allah, kita kenal Rasulullah s.a.w tetapi kenapa perlu kita takut. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang beriman. Jangan takut para shuahda sekalian kerana takut itu adalah perasaan yang di campakan oleh syaitan laknatullah. Tidakkan kita ingat, bagaimana salahuddin Alayubbi mentakluk BaitulMakqdis? Bagaimana tenteranya? hebat bukan iman meraka dan kita perlu mencontohi mereka. Bagaimana iman tentera Muhammad Alfatih? Hebat bukan? kita perlu mencontohi mereka. Jadi sama-sama kita memantpkan iman sebelum kita ke medan jihad."

selesai sahaja tazkirah Umar Bashir laungan AllahhuAkbar mengegar tanah Gaza.

Malam itu, Umar Bashir memanggil orang kanannya termasuk Zubir Rahman. Ridhwan Faroq, Hamzah almasud serta Saiful Khalid untuk membincangkan mengenai strategi peperangan.

"setelah saya membuat sedikit selidikan, saya mendapati bahawa, kita perlu merubah strategi peperangan yang biasa digunakan oleh sahabat-sahabat kita sebelum ini, walapupun kelengkapan ketenteraan kita hanya ada di darat sahaja, jadi saya rasa kita tidak mampu untuk mengalahkan pihak lawan dengan serangan melalui darat. Jadi setelah saya berfikir, kita perlu menghuru-harakan perairan mereka. Bagaimana pandangan suadara?"
Umar Bashir memberi pandangan.

"tetapi dengan hanya sebuah kapal selam adakah kita mampu mengalahkan mereka sedangkan mereka mempunyai bebrapa kapal selam, jet pejuang serta kereta kebal yang tak terkira bilangannya." Ridhwan begitu risau dengan pandagan Umar Bashir.

"Zubir boleh kamu terangkan tentang peralatan kententeraan kita?"

"InsyaAllah, tuan. Begini, tentera kita sudah melangkau kepada 1000 orang jadi, saya telah menghasilkan M6o yang telah direka khas. M60 yang mampu berfungsi secara electronik dengan penghasilan cahayaultra yang tinggi mampu menyerang lima orang askar secara serentak. Penghasilan perluru berpandu yang dilihat pada sudut mekanikal mampu meletupkan sebuah objek tanpa meninggalkan kesan."

"subahanAllah, hebat!" Ridhuan memuji Allah dengan pemberian kepintaraan kepada Zubir.

"jadi, kita boleh menyerang pihak lawan daripada dalam air tanpa dikesan kerana dengan adanya peranti "wave absorption", kita tidak dapat dikesan dalam beberapa jam sebelum pihak Zionis tahu kewujudan kita di perairannya. Setelah musnahnya semua kapal selam dan kapal perang mereka, baru kita memulakan serangan melalui darat dan kamu semua jangan risau lihat ini."

Umar Bashir mengeluarkan dokumen yang terdapat segala peralatan ketenteraan yang ada dan dibeli olehnya menggunakan wang yang selama ini disimpan dan dilabur di sebuah bank di eropah untuk membeli sebuah jet pejuang.

"bagaiman tuan boleh membawa masuk jet ini?" Saiful bertanya untuk mendapat kepastian.

"Alhamdulillah, president Mesir, Al-abbas telah bersama-sama dengan kita. President baru mesir yang berusia 45 tahun itu, tidak mampu lagi melihat bumi palastine di kongkong oleh Yahudi laknatullah dan saya juga telah berjaya membuatkan dia membantu kita dengan peranti wave absorption. Untuk memastikan negara dan rakyatnya selamat, Jet pejuang itu telah disimpan di dalam sebuah kebin dan peranti Wave absorption telah dipasang padanya. Jet ditempatkan di Port Said untuk memudahkan kita semasa pihak lawan sudah kelam kabut. Jadi apabila semua sudah kelam kabut kita akan melancarkan jet ini. Jet ini akan menyerang kubu utama pihak lawan."

"idea yang bernas tetapi, saya rasa kita perlu ada penyamaran di pintu masuk Gaza dan beberapa tempat yang menjadi kawalan pihak rejim di dalam Gaza untuk memastikan segala peralatan peperangan kita tidak dihidu oleh mereka."
Saiful memberi cadangan.

"Jadi begini, kita perlu mencari 100 orang askar kita yang mempunyai kebolehan bertutur dalam bahasa pihak lawan dan mengetahui segala mengenai pihak lawan untuk menggantikan askar-askar Rejim, tugas ini saya serahkan kepada tuan ,Saiful Khalid."

bersambung....


Sesungghnya, islam itu indah dan islam itu mudah. kekuatan sesebuah islam itu terletak pada iman, bukan pada senjata yang memacu dan bukan pada kapal selam yang bemutu tetapi pada iman yang kukuh.

Saturday, October 29, 2011

Setiap yang berlaku ada hikamhnya

Saturday, October 29, 2011


السلام عليكم



بسم الله الرحمن الرحيم






hai geng2 nafsu seerakah...emm..rase sedih sebenarnya..tetapi insyaAllah rasa sedih yang pasti memantapkan iman. btw Allah telah menguji aku dengan satu kemalangan kecil. my major is biomedical electronics, so i know litter bit about anatomy and phisyology. the doctor say..my metalcouple was dislocated. by the way...ia hanyalah jari ibu sahaja.. nak tak nak.. tangan aku terpaksa disimen. yang lagi mencabar liku-liku hidup ini adalah, aku bakal menduduki midterm exam by this monday. aku adalah seorang lelaki yang menulsi menggunakan tangan kidal dan ibu jari kiri aku telah disimen jadi, aku tidak mampu menulis. aku cuba menulis tetapi terasa mencucuk-cucuk pada ibu jari aku dan akhir sekali aku giveup. bukan giveup aku tidak mampu menulis tetapi amat sakit sekali.....uhuhuhu... aku redha dengan ketentuan Allah.






selepas perkara ini berlaku, baru aku sedar yang aku selalu menggunakan tangan kiri.even kalau makan guna sudu pun. aku guna tangan kiri tapi kalau makan guna tangan aku guna tangan kanan lah..hehehe...sedang menaip ini pun terasa berdenyut-denyut..tapi aku sabar kerana ini semua ujian Allah untuk aku lebih dekat dari padaNya. aku sekarang cuba berbincang dgn pensyarah aku ttg penangguhan midterm aku..semoga dipermudahkan..insyaAllah..






kadang-kadang aku rase apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..aku redha..dan aku tahu Allah maha mengetahui...aku risau tentang midterm aku... insysAllah ada yang terbaik.. barakaAllah.






"apa yang baik datang daripada Allah dan yang buruk itu kelemahan diri sendiri"






aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Thursday, October 27, 2011

Kegagalan Landasan Kejayaan

Thursday, October 27, 2011

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم


selamat pagi geng2 nafsu seerakah semua.. Alhamdulillah dapat juga cek bangun pagi ni untuk mendekatkan diri kepada Allah. by the way hari ini insyaAllah..cek bersama-sama dengan classmate akan beriadah di gua kelam.. mailah kita beriadah bersama. cek akan berada di sana, insyaAllah pada jam 10 pagi. hohohoh!. ok btw sebelum kita bergerak ke gua kelam eloklah kita berkongsi ilmu atau pengalaman mungkin... untuk menguatkan lagi iman dan semangat kita dalam mendekatkan diri kepada Allah..barakaAllah.

sebenarnya, InsyaAllah habis sahaja cuti deepavali ini, aku dan seluruh pelajar universiti aku akan menduduki peperiksaan ujian pertegahan tahun..pejam pelik2x dah 2 bulan aku lepak kat uni rasa macam sekejap je... so, aku mohon kawan2 doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah..insyaAllah.

tak semua yang kita nak kita akan dapat direct.. tak gitu cek jah...hehehe... ye kalau bercakap tentang exam, semua orang nak yang terbaik. event aku pun mahu yang terbaik. kita dah usaha sehabis mungkin, sampai merebes peluh jantan..ni untuk lelaki je lah..hehehe..tapi tak dapat juga keputusan yang diinginkan... jgn bersedih sebb setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. aturan Allah maha hebat jika dibandingkan dengan aturan kita sendiri yang sememangnya tidak boleh menandingi ya Rabb. so, jangan bersedih. apabila kita mengalami kegagalan tidak bermakan kita akan gagal selama-lamanya.. at least, pengalaman kegagalan itu dijadikan satu kekuatan untuk lebih berjaya bukan untuk cepat putus asa.

ada seorang kawan aku ni...masa dajah 6..cikgu cop dia..pelajar yang bodoh... kebanyakan cikgu dia mmg dah tahu yg dia memang tak boleh perform..tapi apa yang dia buat, kesedaran agama yang tinggi disebbkan didikan daripada ibu bapa banyak mematangkan fikirannya.. caranya adalah dengan mendekatkan dirinya kepada Allah...

seingat aku, dia tidak pernah tinggal sekali pun solat sunat hajat sebelum,semasa dan selepas UPSR... setiap hari dia memohon kejayaan daripada Allah..setiap hari aku lihat selepas ishak di surau dia sujud memohon doa dan hajat daripada Allah.... semasa trial upsr tiada satu A pun yang dia perolehi.berkat usaha,doa dan tawaklanya kepada Allah, akhirnya semasa keputusan UPSR di ishtiharkan, dia memperolehi keputusan yang sangat cemerlang, sehinggakan semua cikgu terkejut dan bangga kepada nya, tapi ada juga guru yang mengatakan dia meniru tetapi aku yakin memang dia tidak akan meniru. semua itu atas usahanya sendiri...

pernah sekali aku lepak dengan dia, tiba-tiba dia bersuara "aku akan pastikan yang aku boleh berjaya dari orang lain walaupun aku ni bukan budak bijak-bijak" dan akhrinya dia buktikan.. semua orang suka melihat kejayaannya.. bermula pada hari itu, semangatnya semakin berkobar-kobar untuk belajar dan akhirnya dia berjaya sehingga hari ini Alhamdullilah.

"Allah membantu manusia yang membantu agamanya''

jadi kita jangan cepat berputus asa. kegagalan bukanlah pengakhiran segala-galanya.. ianya satu coretan di atas kertas putih untuk dijadikan sebuah kehidupan yang indah. kalau asyik nak perfect je..tiada kemanisan dalam kehidupan.. dan hidup pun tiada kematangan. mana taknya..asyik senang je tiada susah..nak nih dapat nak tu dapat... adeh!!!

so jadikan kegagalan satu landasan kepada kejayaan.. dan jangan cepat putus asa dan yang penting jangan MALAS.. sifat MALAS ni bakal menggagalkan setiap manusia... dan yang penting

'Ada Kejayaan Kepada Manusia Yang Berusaha'

itu memang janji Allah..Allah tidak akan memungkiri janji.

WaAllahhualam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Monday, October 17, 2011

Harapan Seorang Panglima kepada Seorang Serikandi

Monday, October 17, 2011

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم


andai aku adalah panglima perang,
jalan yang aku cari pastinya jihad fisabilillah,
andai aku mencari serikandi,
pasti serikandi yang beragama pertama yang pasti menjadi pilihan.

dimana letaknya nilai seorang serikandi pada mata panglima?
pada rupanya, pada darjatnya, pada hartanya atau pada agamanya?
jika panglima memilih agamanya, maka dapat ia kesemuanya,
andakah itu tidak cukup lagi?

aku bertanya kepada diriku sebagai panglima,
apakah pilihanku?
pasti aku akan memilih agamanya,
serikandi pilihan hati sukar dicari cukuplah mencintai Allah lebih dari segalanya.

andai aku bisa menerima serikandi pasti akad aku hadiahkan,
bukan sang panglima mencari nafsu semata-mata,
tetapi mencari hubungan yang halal dalam pergaulan,
mencari suri penaman hati, peneman dakwah dalam mendekatkan diri kepada Allah.

apakah wujud serikandi dalam angan-angan panglima?
atau ilusi yang hanya berbicara tanpa gambaran rialiti,
jika itu sudah nyata maka jangan mudah putus asa,
kerana putus asa dibenci oleh Allah.

dalam sujud panglima berdoa:

ya Allah andai serikandi itu adalah jodoh panglima,
maka kau campkanlah perasaan sayang dalam diri serikandi,
agar serikandi bisa mencinta panglima seperti mana panglima mencintai serikandi,
dan jadikalan serikandi itu satu-satunya ratu di hati panglima,
bersama-sama memegang panji-panji Allah dalam menegakkan kalimah LAILAHAILLAALLAH!

bicara panglima bukan bicara biasa,
bicara hati sampai keminda,
bicara khiasan purnama mengambang,
menghiasi kamar sang serikandi yang suram.

setiap tatapan penuh makna,
setiap khiasan penuh berhikmah,
memberi makna yang utuh buat serikandi,
supaya bisa menrima panglima yang sedang mencari suri hati yang lara.

sebuah nukilan bukan satu penceritaan,
yang direka tanpa alasan,
luahan panglima satu lamaran
buat serikandi yang sekian lama menjadi idaman..

Wednesday, April 27, 2011

rasa hati

Wednesday, April 27, 2011
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2 nafsu seerakah ...sory r..mungkin entri kali ini agak singkat..hak3!! bukan ape..terlampu sibuk..dan membuat diri ini sibuk...hohoh!.... entahlah..kalu nak katakan entri kali ini..agak emosi...dua enteri lepas pun..mmg emosi...

setiap apa yang berlaku mmg telah digariskan dan di takdir kan oleh Allah...aku redha...dan aku harap apa yang ditakdirkan ini adalah yang terbaik untuk aku..dan semua orang...hati ini..sudah dimiliki...kenapa ini terjadi? mungkin nafsu...ya allah peliharalah hati ini.....mungkin makhluk Allah yang bisa menambat hati ini tidak bisa menandingi..rasa sayang aku kepada Allah, Rasulullah s.a.w dan ibu bapa aku..tetapi..dia telah berjaya mebuatkan hati ini..sering menjadikan diri ini mengingatinya...

andai ini takdir Allah...ya Allah..kau peliharalah hati ini agar hati ini sentiasa merindui dan mencintaimu dan RasulMu serta ...ibu bapa ku yang tercinta....

wallahualam..

aku sayang Allah, Rasulullah s.a.w dan AbahMama

Sunday, April 24, 2011

Diriku yang leka

Sunday, April 24, 2011
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

ape khabo geng2 nafsu seerakah... hak3!!....tiba2 aku rase nak update blog aku kali kedua pada minggu ini...emm..almaklumlah...aku skunk terlampau busy dgn final..so tak banyak ruang sangt nak mengupdate blog.......rase segar sikit badan nih....yelah..mmg rutin aku..kalu badan sihat...tak sakit tak demam..akan berjogging...kalu tak pagi mesti petang...disebabkan..star pukul 11pagi - 10.30 malam aku duk library..so rutin berjogging petang berubah ke pagi....nyaman...dan sangt tenang...


argh....aku rase...aku sangt teruja ingin bercerita ttg diri aku..sejak akhir2 ini.... entahlah..semakin hari..aku rase..hati aku di isi dgn satu perasaan yang..unik...seumur hidup aku...insyaAllah..tidak pernah ada perasaan yang unik menggalir dalam hati aku..

"semoga perasaan ini sentiasa mendapat pertunjuk dari Allah..amin ya rabb"

aku sebenarnya tidak mahu perasaan ini mengalir..semakin aku jauh dari perasaan ini...semakin kuat dia mencekam..dasar hati ku yang lusuh...adeh!!... perasaan yang sngt unit... tetapi..setiap kali aku bangun pagi pasti aku bertanya pada diri ini..

"adakah betul apa yang aku lakukan ini?"

sebenarnya aku takut....aku takut..perasaan ini...boleh melalaikan aku....ya Allah..aku takut,..kau kurinakanlah jalan untuk aku sentiasa dekat dgn Mu.... argh...apa yang aku pikirkan ini....

aku terasa amat bahagia andai ada berita ttgnya diceritakan kepada ku... argh...dia aku tidak pernah nak meluahkan kerana aku rasa itu bakal membawa aku kelembah yang lebih teruk...aku jadikan perasaan ini..adalah satu anugerah untuk aku lebih dekat dengan Allah... semoga perasaan ini..adalah satu perasaan yang di anugerahkan oleh Allah untuk aku lebih bertaqwa kepadaNya...

"ya Allah andai aku mencintai dia...cukuplah dia adalah cinta ku kepada makhlukMu.. dan janganlah cintanya mengatasi cintaku kepadaMu.. ya Allah..andai dia adalah jalan hidupku.. jadikanlah dia jalan-jalan yang indah..penuh dengan cahyamu..agar aku bisa melaluinya..untuk kesyurgamu. ya Allah..andai dia adalah jalan yang indah yang akan membawa ku kesyurga jadikanlah jalan ini adalah coretan dalam sebuah istana disyurga supaya jalan ini sentiasa kekal bersamaku selama-lamanya..amin ya Rabb"

wallahhualm..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Friday, April 22, 2011

secebis rasa untuk dikongsi.

Friday, April 22, 2011
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai semua geng2 nafsu seerakah....argh!!! sebenarnya aku dalam study week....semoga...aku tabah menjalani peperiksaan final dengan cemerlang ..insyaAllah... btw... kawan2 aku mintak maaf sebab lama tak mengupdate blog ini kerana aku terlampau sibuk dengan aktiviti universiti..akh harap semua kawan2 faham...

apa entri aku hari ni yek??? takde ape2 kot..mungkin aku terlampau busy..sampai tiada idea untuk di utarakan.... kepada kawan2 semua...aku minta maaf sangat2... ok.. aku nak share something...

tetang apa?? hehehe...tetang cinta boleh tak...selepas cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah s.a.w, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada umat islam, cinta kepada ilmu dan yang terakhir.. cinta kepada orang yang kita cintai...

aku just nak cerita tentang cinta kepada orang yang kita cintai..

tak salah kalu kita cintakan? aku tak nak lah nnt org cakap...aku tulis kat blog nih..di sebbkan aku terlampau ikut perasaan.... secara jujurnya...dalam hati aku ini...ada seseorang yang ..aku cintai.....tetapi..aku takut...aku akan melakukan perkara yang langgar syariat Allah...walaupun aku rase aku dah melakukannya...nauzubillahhiminzaliq...

cinta itu satu fitrah...tetapi...kdg2 ada manusia yang salah gunakannya... semalam..aku otw nak pergi library...aku naik bus dari kediaman..aku.... ..aku sebernarnya..tak kesah..ko nak duduk berdua dalam bus..tetapi...aku jdi PANAS bile...sambil duduk ..bergesal2... yg lagi best bukan satu couple..tapi 3...PANAS wa cakap lu.... betul...aku tak kesah..kalu ko nak duk sebelah2...sbb buskan..penuh...aku tak nak buruk sangke..tapi..kalu dah pegang2 tangan..ini bikin gua PANAS..tapi apa yg aku mampu buat...diamkan saja...

ok abis cite tu...aku cuma nak beritahu sekarang...yang ada seorang muslimah..melekat dihati aku...aku tahu dia pun tahu..tetapi kami buat tak tahu..kerana masing2 belum bersedia...

"YA Allah jangan Kau biarkan kami menentukan nasib kami sendiri melaikan itu daripada Kau."

secara jujurnya..aku tidak melihat pada paras rupanya...tetapi aku melihat pada sikapnya..yang sangat baik..seorang gadis yang periang dan sangat menyenangkan hati memandang...kadang2..rase seperti..tiada masalah apabila bersua denganya....

semoga ini adalah takdir daripada Allah untuk aku lebih dekat denganNya.... jadikanlah diri ini ikhlas..dan lebih dekat denganMu ya Allah.... insyaAllah...


waallahualam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Tuesday, February 1, 2011

POLITIK DI MALAYSIA??

Tuesday, February 1, 2011
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2 nafsu seerakah...lama tak lepak dengan korang ...minta maaflah ek...aku bukan tak nak..update terlampau busy dengan kerja...ok lah...aku nak bukak isu sebenaranya. sewaktu aku di utara tanah air ada satu hari aku berpeluang mendengar ceramah. tajuk ceramahnya adalah.. "ketuanan melayu atau ketuanan islam"...hahaha..tajuk nya giler best...tapi input dia...bagi aku...hahaha...agak kurang...banyak kepada politik...aku tak tahulah....aku tak nak beritahulah parti mana yang beri ceramah..tetapi cara berceramahnya aku tak suka...ikut suka hampalah...

kita orang islam..sepatutnya...kita tahu yang orang islam ini tidak sepatutnya...kutuk sesama sendiri...berpolitik itu boleh..tetapi ...ingat jgn berkutuk-kutuk..Allah sendiri membenci kita kutuk mengutuk....aku pernah terbaca dalam tafsir alquran...aku minta maaf aku tak ingat surah mana...tetapi kalu aku ingat aku kasi tahu..mmg Allah..tidak suka kita kutuk mengutuk... tak kesahlah pihak parti ABC mengperjuangkan apa .dan parti XYZ perjuangkan apa..kita tidak ada hak untuk mengutuk..cukuplah kita memperjuangkan hak kita..dan apa yang kita nak untuk parti kita...dan kita perjuang untuk rakyat...aku tak sukalah...kalu kita parti yang memperjuangkan sesuatu yang baik..tetapi dalam cermah kita..kita mengutuk orang lain...apa nih...Rasulullah s.a.w pun berpolitik tetapi takdelah sampai kutuk mengutuk..tgok..cara baginda lemah lembut..dan akhir sekali baginda berjaya mencari pengaruh baginda diserata dunia.... masing2 belajar tinggi dan pandai bidang agama tetapi berfikir macam orang tak pernah belajar.

aku terbaca akhbar berita harian 29 januari. tajuknya.. "pas terus bergelut tagih undi". terpampang gambar YB Nomala.. aku tak kesah parti pas nak tagih undi ke tak...itu hak depa..nak cari undi..tapi yang aku bengangnya..penulis artikel itu..aku tak tahulah..apa yang penulis dapat dengan mengutuk sesama islam...yang aku paling geram..bila dia cakap.. "dulu selogan pas 'pas untuk menegakkan negara islam dan hukum hudud' tetapi kini 'pas untuk semua'..."tak kesahlah apa pun selogan depa...depa tahu apa yang depa buat...janganlah hang duk permainkan depa...hang dapat apa burukan depa... hang tak tahu apa yang mereka tegakan dan apa visi meraka tetapi janganlah hang duk kutuk depa.... aku berani tulis kat sini bukan sebab aku sokong mana2 parti...aku tak pernah buat statement yang aku sokong pas dan aku tak pernah buat statement yang aku sokong BN..tetapi aku cakap ini nak beri tahu..yang politik hampa semua tak pernah aku nampak..pun berteraskan agama....aku tak tahu apa yang hampa semua perjuangkan..tetapi..aku nak habaq...orang macam aku akan cari parti terbaik..dari segi dunia dan akhirat..tetapi permasalah yang aku nak timbul...aku tak nampak pun mana2 parti..kat malaysia ni..ada memperjuangkan kedua-duanya...aku tak nampak..ini pendapat aku...

aku bukan nak kodem hampa semua..cuma aku nak habaq...cara hampa semua pada pendapat aku tak..kena...parti ABC memperjuangkan agama tetapi kutuk sana sini... parti XYZ memperjuangkan bangsa dan negara tetapi...aku tak nampak untuk agama so, belah mana aku nak sokong...aku tak tahu..satu hari nanti...kalu aku nak mengundi...insyaAllah .aku istiqrah dahulu cari pertunjuk daripada Allah..moga2 Allah memberi petunjuk kepada aku untuk memilih parti yang baik untuk aku...hampa kalu nak khawin baru nak istiqarah tak guna...

aku agak terkejut apabila pertama kali pergi mendengar ceramah itu..tak sangka..orang yang tinggi agama..boleh kutuk mengutuk..orang yang tahu syariat tapi kutuk mengutuk...ada ka ayat dalam al quran cakap..kita boleh kutuk mengutuk dalam keadaan tertentu...aku tak pernah lagi baca sejarah Rasulullah s.a.w ..yang Rasulullah kutuk mengutuk dalam berpolitik..tak tahulah kalu ada..almaklumlah..aku cetek agama....kalu ada habaq mai noh!!!..orang akan nilai kita dengan cara kita bercakap...itu sahaja daripada aku..

wallahhualam..
aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

p/s 1: kalu ada yang tak puas hati tolong beritahu kat aku..biar aku explane lagi lanjut.. para sahabat takut memegang amanah tetapi rakyat malaysia berpusu-pusu nak pengang amanah..tak faham kenapa boleh jadi macam ini...dunia akhir zaman..manusia mencari dalil untuk menghalalkan yang haram...

p/s 2: semoga sahabt2 aku di mesir selamat..insyaAllah.

Monday, January 24, 2011

aku ber'perang' dengan sekuriti

Monday, January 24, 2011
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai semua geng2 nafsu seerakah..hohoh!..tiada banyak masa untuk mengupdate blog...kerana terlalu sibuk dgn aktiviti kolej...hohoh!..baru sahaja memegang satu jawatan tetapi kerjanya...hanya Allah sahaja yg tahu..bukan bertujuan untuk mengeluh tetapi...adalah satu luahan rasa yang mahu diterjemahkan dalam bentuk tulisan... semoga kerja ini memberi satu inspirasi untuk terus berjaya..apa yang perlu dilakukan adalah bersabar dengan kerenah dunia yang penuh dgn liku2 hidup selain mentarbiahkan diri supaya lebih dekat dengan Allah..satu pengorbanan yang pasti tidak semua orang merasakannya..semoga pengorbanan ini menjadi satu mimpi-mimpi indah pada akhir usia kelak..insyaAllah....

sejak akhir-akhir ini..rasa kehilangan...hohoh! mungkin sbb kurang berhubung dgn kawan2 kerana terlalu sibuk...diharap kesibukan ini..memberi manfaat kepada semua orang sama ada untuk dunia mahupun akhirat insyaAllah..

semalam satu kejadian yang agak memalukan telah berlaku terhadap aku..tetapi aku mengambilnya sebagai pengajaran hidup...selepas meeting bersama persatuan...ada barang yang tertinggal dirumah..akibat daripada itu..kekalutan telah membuat aku bertindak diluar kawalan..aku meminjam motor dari kawan aku utuk pulang kerumah dan mengambil barang aku yang tertinggal...tanpa berfikir aku terus start moto kawan aku yang ku sangka diparkir di kawasan meeting aku...aku start moto dan terus pulang kerumah...5 minit selapas itu aku kembali ..membawa barang yang aku tertinggal...tiba2 ada seorang securiti gurd memanggil aku..hohoh!..kecut perut di buatnya...katanya...aku menggunakan motornya seketika tadi...marah dia..kerana menyangka aku mencuri motornya..padahal..aku tak tahu itu motornya..yang pelik...kunci motor kawan aku boleh menghidupkan motornya...dan kawan aku parkir motor diluar kawasan tempat kami meeting...securiti itu memarahi aku...seperti aku ini persalah..sedangkan dia juga bersalah kerana tidak membaiki tempat kunci motornya...aku di maki dihadapan kawan2...agak malu...aku meminta maaf atas kesilapan aku..tetapi..dia masih tidak puas hati...mungkin kerana terlalu marah sehingga tidak mampu mengawal amarahnya...

segalanya berakhir...selepas selesai solat magrib, ada soeang kawan aku menelefon..katanya ..secutriti iu ingin berjumpa dengan aku....fikiran aku...pasti menyatakan ketidakpuashatiannya...teringat aku...sewaktu dia memarahi aku..sambil kayu cota tepat diatas kepala..aku hanya mampu bersiap sedia...kalau2 satu pukulan maut singgah dikepala aku...mahu gila terencat akal aku.....setelah berbincang dengan kawan aku..kami membuat keputusan untuk berjumpa dengan dia..dan menyelesaikan dengan cara baik....belum sempat kami ingin berjumpa dengannya...tiba-tiba dia sampai dihadapan rumah aku...dia meminta maaf atas kesalahnya..memarahi aku tanpa usul pereksa...aku juga meminta maaf atas kesalahan aku..segalanya selesai dengan cara baik..

emm...disini kita boleh simpulkan bahawan...kemaafan sesama islam itu boleh menutup api kemarahan kita...jika kita bertindak untuk melawan dan tidak berusaha untuk mengalah maka..berlakunya peperangan yang dasyat sesama islam....jadi kita perlu mencari jalan tengah menyelesaikan masalah dengan cara baik..agar ukwah kita sesama islam terjamin...insyaAllah..

waallahualam..
aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Thursday, January 6, 2011

MELAWAN ALLAH? nauzubillahhiminzaliq

Thursday, January 6, 2011
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2..hohoh!!..lama tak bersua..minta maaf sangat2..hohoh!! bukan tak nak update blog tetapi..server kat kolej..amatlah lembab selembab tangan aku menaip hohoh!!..ape2 pun alhamdulilah, pagi ini dapat juga aku melunaskan aktiviti yang memang kerap aku lakukan..jika aku berada di kolej...iaitu..berjogging..kat umah tak jog..hohoh!! sbb malas dan dekat rumahlah lemak ku mula berkumpul....dan disini..aku ingin mengurangkan.. menukarkan lemak kepada mascule yeah!!

sambil2 jogging dapat gak tgok keindahan ciptaan Allah yang sangat indah. berjogging di persisiran bendang yang tali airnya penuh dengan teratai..teringat lak lagu teratai layu di tasik madu..hak3!! (gedik disini hohoh!).. apa2 pun..melawok-melawok gok...kalu sirius2 gak..hak3! ayat member aku bile time dia sirius..

ok...hari ini nak gak aku kongsi ilmu dengan geng2 nafsu seerakah bukan apa..setiap apa yang kita lakukan perlulah bermanfaat. semalam adelah satu majlis ilmu...tertarik lak aku..bukan apa kita insan lemah bak kat ustaz yang beri ceramah tu nak belajar ugama ada dua cara..

pertama bertalqi..

maksud disini belajar dengan guru yang yakin dengan kealimannya dan mempunyai ortoriti untuk menyampaikan ilmu dan ilmu yang sebenar-benarnya yang dipelajari dan dari sanad2 yang soheh dan asalnya daripada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

kedua

berdamping dengam orang soleh dan alim serta para ulama'. bertukar-tukar pendapat mengenai ilmu agama.

itulah yang ustaz tu cakap...so semalam..ustaz yusaini bin yahya.. memang meriah menceritkan perihal Kelazatan Akhirat. macam biasalah..hohoh! kedatangan aku agak lambat . ada kesulitan yang tidak boleh di elakan..tetapi aku dan kawan-kawan aku lewat dalam 10 minit. kuliah yang mengambil masa 60 minit itu amat berguna dan manfaat..tak boring tapi seronok ...percayalah ..try r..

ok...mengenai kelazatan akhirat. katanya..

manusia zaman ini amat sayang kepada dunia..tiada perasaan untuk mencari akhirat..bila ini terjadi maka manusia itu berani MELAWAN ALLAH,..
nauzubillahhiminzaliq... beranikah kita melawan ya RAbb?!!...jangan buat giler bro!..
katanya sifat yang membuatkan manusia ini berani MELAWAN ALLAH adalah sifat sayangkan dunia..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud.

'aku tidak takut umat ku fakir tetapi aku takut umatku bersenang lenang'

ada juga sahabat yang berkata..

'aku tidak takut di uji dengan kemiskinan tetapi aku takut di uji dengan kesenangan'

hak3!! tgok! see! look!

bersenang ini amat ditakuti oleh para sahabt termasuklah Rasulullah s.a.w sebab apa? sebab..takut MELAWAN ALLAH lah..
'ko immukmin, pandai-pandai je cakap kalu kaya kita akan MELAWAN ALLAH'

oh tak percaya ek? ok aku nak cakap tak semua manusia yang kaya MELAWAN ALLAH tetapi ini terbukti..contoh.. Qarun.

kekayaan telah menyebabkan dia MELAWAN ALLAH..tidak menuniakan suruhan Allah..malah leka dengan dunia..disebabkan apa... disebabkan KESENANGAN lah bro..

gua cakap bukan berdasarkan mitos..tapi gua cakap berdasarkan sejarah...yang hampa duk cakap harta karun, harta karun tuh...dapat daripada nama dia lah.

manusia akan melampau apabila mereka bersenang-lenang. apabila proses melampau ini terjadi maka meraka akan hilang pertimbangan dan melupakan ya Rabb..bila dah lupe...start nak MELAWAN lah...

bile dah MELAWAN mula lah duk meletakan sifat kekayaan pada diri sendiri dan meletakan sifat miskin kepada Allah.. hangguk dia..

hang duk berlindung dengan harta..pa dia! aku nak habak mai kat hang...hang tau tak harta hang mari kut mana? kut Allah lah...nak tanya kat hang..kalu lah hang kaya, hang cakap... hang duk tanam pokok durian..pastuh hang juai ...pastuh..hang cakap...itu semua titik peluh hang..takda kaitan dengan sapa2..hang silap...hang memang silap...sbb..kalu Allah tak izinkan bijih benih pokok durian tuh bercambah dan membesar..bukan setakat durian...buah lain pun..hang tak merasa.....hang jangan nak menyombong lah dengan kelazatan dunia..tak kemana...

ada empat sifat manusia yang akan MELAWAN ALLAH
1)Takbur
2)Hasad
3)Marah
4)Sahwat

bila hang duk sombong...maka semuanya hang rasa hang punya..abih r...hang start MELAWAN ALLAH r..orang cakap tak boleh pakai seluar pendek..nampak aurat..berdosa... hang duk melawan r..
'ikut suke hati aku r..kubuq lain2'

bila hang duk dengki..hang star MELAWAN ALLAH lah..hang tgok sejarah iblis cukup...duk jeles dengan manusia tu jadi lagu tu tuh... MELAWAN ALLAH..orang suruh sembah Adam tak mau ..belagak..

Marah ni pun sama gak..hang duk marah2..api duk keluar masuk dalam hati..abih r... rosak ...pungah iman..start MELAWAN ALLAH

shawat pun sama...kalu hangpa duk dengar shawat suka na!..tapi..kalu dah nafsu seerakah bertukar gred dari D ke A..abih r...MELAWAN ALLAH..abih duk romen tepi tasik... ni contoh na!! banyak gi contoh lain hohoh!

jadi aku nak habak kat hangpa...pi-pi lah..cari kelazatan akhitat..tak rugi..langsung..sikit tak rugi...percayalah kat aku...betoi ni... hang bersusah-susah kat dunia mencari akhirat..insyaAllah..kat akhirat nnt hang bersenang lenang... hang senang-senang kat dunia ni..conferm kat akhirat hang susah...

wallahhualam..

aku sayng Allah dan Rasulullah s.a.w

Monday, January 3, 2011

Dosa dan Pahala?? apa kita tahu??

Monday, January 3, 2011
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2 nafsu Seerakah!!...alhamdulillah dengan segala rahmat dan pertolongan Allah akhirnya aku selamat sampai ke utara tanah air meneruskan pengajian aku. hohoh!. segalanya bermula dengan tenang dan mudah. walaupun dah 2 hari aku di utara tanah air..tetapi perasaan rindu atau homsick masih terkesan di dada...teringat mama, abah dan adik beradik di kampung..hohoh!..tapi perkara itu tidak melemahkan aku untuk terus berjihat di atas jalan Allah insyaAllah..

lepas magrib tadi..aku betul2 terlupe ade kuliah magrib kat surau kolej aku..lepas bace doa aku terus balik bilik..terkurung aku di dalam bilik beberapa ketika...tiba-tiba ...

lagu 'How do i live without you' nyanyian LeAnn Rimes memekak-mekak memanggil aku... dengan pantas ketenangan aku terganggu.

"assalammualikum..immukmin" no telephone adik aku timbul pada skrin phone aku.
"waalaikumsalam..ah ayo kenapa?"
"emm line stremyx tak ok..dah 4 hari dah..tolong call TM"
"ok..jap g aku call"

dengan pantas aku mematikan telefon aku..dan bercadang untuk menelefon TM...apabila aku call tiba2 satu msg masuk..
"your air time share was expired...bla..bla.."

hak3!! rupa-rupanya..takde kerdik..aku pun membusykan diri aku dgn hal dunia..meminjam telephon member aku untuk menguruskan line internet dirumah...dalam pada masa yang sama terdengar cermah dari surau yg berdekatan..rasa mcm serba salah...tetapi aku masih buat tak tahu untuk menyelesaikan urusan dunia ini..dan akhirnya urusan dunia diselesaikan dgn jawapan yang hampar dari opereter..aku melangkah gagah kesurau..untuk mengetahui apa yang di bincangkan oleh ustaz yang di jemput...menyesal gak aku tak stay tadi..seyes aku lupe... aku mengambil tempat bersebelahan seorang pakcik..sambil mukanya tersenyum melihat aku..walaupun ada 5 minit lagi sebelum masuknya azan ishak..tetapi aku masih gagahkan diri..untuk mendengar.

satu rangkap maksud ayat alquran membuatkan aku memahami permasalahan yang di bincangkan..

"walau sebesar zarah pun kebaikan yang kita buat Allah akan kurniakan pahala, dan sebesar zarah kesalahan Allah akan menjatuhkan hukuman dosa kepada kita"
rangkap maksud ini yang membuatkan aku untuk mengetahui apa penjelasan lanjut.
kata ustaz tu lagi..

" kita tak tahu,sampai bila kita hidup..dok tgok artis.. dok puja-puja..depa dak tahu artis yang depa puja..hipokrit..belakon pasai dunia dan akhirat..suma boleh..bila buka URTV pakaian dedah sana dedah sini...ini yang kita puja. penipuan yang besar"

pap!! terkena batang hidung aku sendiri..ajak pala aku..hohoh!..aku pun terasa dengan apa yang selama ini aku suke baca suke tgok, suka dengar...

rasa keinsafan juga..tetapi aku berdoa semoga istiqamah..insyaAllah. kita sebenarnya tidak perasaan dengan apa yang kita buat..

aku pernah komen satu blog..dalam komen tuh aku tulis..
"bila nafsu seerakah mengatsi akal..bila kekayaan mengaburi mata..maka syariat Allah dilupakan"
bertapa aku terkesan dengan ceramah oleh ustaz tuh...ayat yang aku rase semua orang akan terasa...merindui dunia lebih daripada akhirat...aku pun bukan perfect..so bende nih reflect kat aku balik...mentarbiahkan diri..dengan mendekatkan diri kepada Allah dan mendengar ceramah serta berdamping dengan para ulama' adalah yang terbaik mengubati penyakit hati..

ustaz itu menyambung lagi untuk menutup kulihanya..

"hampa kalu nak jadi mukmin yang sejati..hampa kena betul semua perkara..hampa duk cerita sana cerita sini pasai dosa pahala..tapi hampa tak jaga..duk bergaul laki perompuan .. kalu yang perompuan hampa tutuplah aurat tu..jangan duk tunjuk kat..orang r...tak baguih..dosa free2... hak laki pun sama..hang ingat hang duk pakai seluar tiga suku baguih sangt r. duk nampak bulu betih....mmg tutup aurat..tapi kita sebagai orang islam kene perfect..baru bulih jadi mukmin sejati..kita duk cerita sana...cerita sini..kutuk yahudi..tapi kita pun sama sekali duk pakai seluar tiga suku ikut depa....cakap pompang-pompang ..duk jaja..pasai dosa pahala...tapi hampa duk ada perasan dengki kat orang..duk kutuk orang sana..duk fitnah orang sini..kita sepatutnya..jaga pertuturan kita tahu akidah kita tahu syariat jadi sama-sama kita ingat mengingati..semperna tahun baru ini..kita berubah kearah yang lebih baik.."

aku terasa...panas juga muka aku..dengar segala ini..aku pun berusaha mengubah dan mentarbiah diri kearah yang lebih baik insyaAllah...

entri kali ini bukan bertujuan mengutuk tetapi ingat mengingati...aku nak kasi tahu kat sini..nak jadi seorang islam yang perfect, kita kene mempunyai mutu keunggulan dalam mentarbiahkan diri kearah yang lebih baik..mencintai Allah lebih daripada segala-galanya...kadang2 kita lalai tetapi cepat-cepatlah kita sedar..

kita tahu hakikat sebenar pahala dan dosa..tetapi kita tidak pernah berusaha kearah itu dalam menangani dan mempelajari segala-galanya hukum Allah ini..bersama-sama kita mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah..insyaAllah..ingat mengingati..

"kita tahu tetapi kita tetap lakukan..kita di kira??"

waallahualam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Tuesday, December 28, 2010

blog aku selalu usyha..dan tak rugi kalu korang nak usyha..jom2..bace

Tuesday, December 28, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng semua...sudah hampir sebulan aku duk umah..blogwalking dan blogwalking..korang tak terasa ke..kenapa aku suke blog walking? hak... mesti korang tak terasa sebab aku biasanya Bw je..tinggal pesanan dekat shoutbox..kadang2 aku rase nak je buang shoutbox tu..tapi difikir2kan.. kalu buang tak de lah aku tahu kewujudan kawan2 aku... hohoh... korang tahu tak...tak semua blog yang aku singgah aku akan komen..cume blog yang aku rase..ade info yang bermanfaat aku akan komen..paling kurang aku akan komen "nice n3 keep it up!'', ataupun "tq ukhti/akhi info yang menarik".. bukan aku tak nak komen panjang2 cume aku rase mmg entri terbaik..buat apalah aku nak komen..melainkan..aku ade rase sesuatu yang aku perlu kasi tahu dan aku kasi tahu..kadang2 panjang gak...hohoh.. bukan aku nak kondem blog yang lain.. tapi itulah aku...tak berniat nak jadi sombong...insyaAllah blog yang aku follow kalu aku free..aku pasti melawat dan tinggalkan komen... tak pun aku baca entri than aku tinggal jejak di shoutbox.

ok aku kat sini nak gak kongsi kat korang blog yang kalu admin dia update..bak kata orang perlis celapok aku p terjah..antaranya... jeng2...banyak tau blog yang aku suke bace..mmg aku tertunggu-tunggu...kalu aku cakap kat korang blog kereta mayat? korang mesti kenalnye lah...blog tu mmg aku suke sngat2..first blog yang aku suke bace..walaupun...si Hamka tu tulisan dia agak lawak tetapi itu tidak melemahkan aku untuk menghabiskan entri dia sampai habis..seyes..aku suke bace entri dia...hohoh... tak leh belah..banyak aku belajar daripada entri kereta mayat ni..contoh perihal ihsan..korang nak belajar pasal ihsan korang g lah blog dia conferm paham...insyaAllah.

blog kedua adalah blog encik mamat... blog encik mamat ni..dia punye nama blog aku dan sesuatu... korang kalu tak kenal dia..mmg korang tak berani usyha...bile korang follow dia..pergh!! gua cakap sama lu..mmg gua tak tipu..seyes lu orang mesti..tak tido malam baca entri dia..mana taknya..semua tersirat..kene pikir outside the box..pernah aku komen kan dia punye entri "encik mamat tolong explane sikit" ..pastuh..dah dua kali aku bace baru aku faham...blog dia mmg simple..senang je nak masuk..takyah tunggu lama2 mcam blog yang lain..encik mamat ni..seorang yang puitis..so kalu korang nak baca blog dia..kene jadi puitis..baru boleh paham hohoh. dia ni mmg seorang yg cekal...aku soliut encik mamat...

blog ketiga yang mmg aku akan melawat bile dia update ..dia ni mcm lambat sikit updateblog mungkin dia busy..geram gak aku.. tapi sekali bile dia update..aku bace entri dia..tak puas..sbb ape...entri dia gempak..kot...tapi dia kasi pendek je..hohoh.. tapi kalu bace..baru korang tahu siapa si james buns ni.. blog berjudul Tiba-tiba menang!..dulu judul blog dia mmg gempak ..sampai aku pun wondering..nak tahu judul nya apa.. STFU bukan selogan lucah..aku pun pikir lah apa maksud dia..sampai skunk tak tahu...tapi blog di..gua ckp lu..tak bosan..lu bace banyak kali pun etri dia..lu gelak...tak abis..pastu lu bace lak komen dia..gua gerenti..gua punye komen mesti ade..melainkan..si james buns ni tak approve g..hak3!!!..stylo r..bro...

blog keempat blog Sorrow: yang begitu indah.. aku ni mmg nak berterima kasih kat bro Dark Half ..perkenalan aku dengan dia takdelah mesra..tetapi entri dia..pasti memesrakan aku dgn blog dia..mane taknya...entri sempoi abis...kalu korang nak bace blog dia..kene bersedia dgn kamus..ok...blog dia ni mmg aku tabit gak r..sbb terbuka minda aku bace blog bro nih..mane taknya..semua isu semasa..dia reletkan dgn agama islam..than kita sama2 mencari cara bagaimana nak selesaikan masalah..siap ade soal jawab dekat komen dia..gempak..kdg2 apa yang kita tak tahu lepas bace blog dia ni..pap! terbuka terus minda..tanpa berfikir tangan terus tekan button post komen..sbb nak komen "bro nice entri" mmg stylo r..dark Half. kadang2..dekat blog nih lah kita tahu masalah ummah yang sentiasa terkubur di dalam negara kita.. syabas bro..aku kagum dgn ko..teruskan menulis...hohoh.

blog seterunsya dua blog dari pelajar upsi..seorang lebih suka di kenali sebagai ayie..dan sorang lagi..loqman hakim. blog yang lebih menceritakan ttg dairi mereka amat indah di baca..mahasiswa upsi ini amat bagus dalam menulis entri malah bermanfaat. coretan kehidupan si cucu umie blog kepunyaan ayie..lebih cenderong kepada penulisan ttg permasalahan ummat serta mengaitkan hidupnya dengan syariat islam...bagi cikgu Akim yang lebih kepada penulisan yang agak exterm. suke menceritakan ttg aktviti nya di upsi menarik aku untuk lebih membaca..dan aku juga suka caranya menarik lebih ramai blogger untuk singgah di blognya...melancarkan pelbagai segmen..baginya dapat mengeratkan ikatan antara blogger.. baru ini segmen Jom Berkenalan berjaya menarik hampir 500 blogger berkumpul di blognya...syabas.. loqman..terbaik!!.itulah penangan blog Catatan Loqman Hakim

blog yang aku suke mengomen adalah blog Naulalala..blog ini kepunyaan nauratul nadiah..dia ni budak dentis di mesir...aku mmg kenal dengan dia ni...penah sekolah sama2 dulu..aku suke bace blog dia..selain kemeriahan blog dia dan amat cute sekali...dia suke menceritkan kehidupan dia di mesir..menarik wo...kadang2 dia suke mengajar aku bahasa arab..kalu nak belajar meh jengok blog dia..rase cute sangt..hahahaah... blog dia ni..mcm open dairi r..hohoh...kalu nak bace dairi dia ko pergi terjah blog dia..pastuh..korang komen sampai dia pening hahaha..dia ni suke warna ungu..mmg obses giler dgn warna ungu.

blog seterunya..blog kak lady...hohoh...name blog nya LadyBird's life. aku mmg suke bace blog kak lady..sebb banyak ilmu dapat...kak lady ni..suke cerita ttg kesihatan..kalu nak tips..kesihatan..g lah blog kak lady... kak lady juga suka gak post entri tarbiah..aku suke bace entri dia ni..banyak entri mentarbiah diri ini. thanks kak lady.

blog seterusnya selalu buat aku tersentuh blog ukhti aienny mmg paling aku terusik..setiap kali aku bace blog dia..pasti aku tersentuh.. dan tersedar...sebb entri ukhti ni..mmg bermain dgn perasaan membuatkan kita terasa dan tersentuh. mengembalikan diri ini kepada maha pencipta..

blog kak fuziani penuh dramatis..menceritkan kehidupanya sebagai anak sabah..satu blog yang membuat kita terpikir setiap bait2 cerita yang disampaikan..penceritaanya pencarian sinar keiman yang amat indah..dan mencari keindahan hidup melalui penulisannya..menarik aku lebih dekat mengetahuinya..penceritaannya yang penuh tanda tanya..membuatkan kita akan sentiasa menunggu entri seterusnya..itulah blog Cetusan Seikhlas Rasa. aku suke..thanks kak fuziani.. blog akak dah banyak mengajar aku...

ada dua blog mmg aku suke wat rujukan..indah sangatt penulisan blog dia..kadang2 mengupdate isu semasa..dua blog yang penuh informasi..tetapi penulisan yang berbeza..iatu blog bro azhan dan blog bro abu ikhwan iaitu blog kembara mencari hamba..thanks bro..sbb banyak ilmu aku dapat dari blog bro2 semua... thank you..

korang semua..kalu nak tahu lebih lanjut..baik korang pergi je blog diorang ni...aku nak cerita pun...banyak sngt..tak tercerita..better korang g..blog diorang..ni..best!!..menarik ..sempoi.....hohoh...

waallahhualm..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Sunday, December 26, 2010

cerita aku pulak kalu nak bace moh mai ke blog ...

Sunday, December 26, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2..tiba2 rasa nak share somtihing..hohoh..nak share gambar aku waktu kecik2 dulu..hehehe..lepas tgok macam tak caye itu adalah aku...hehehe...kalu boleh ..nak sangat kongsi kat kawan2 jom2..kita share gambak time kecik2 dulu..hohohohoh(nada poyo disitu).. emm nilah gambar aku mase kecik...tapi kalu gambar besar mcm payah sikit nak kasi tunjuk..kalu nak tahu..korang bayang sendirlah aku kalu besar mcm mane..hohohoho....jom tgok.....

masa ni baru umur 8-9 bulan macam tuhlah..rasenye.. tak berapa ingat al maklum lah masih kecik. bile di fikir-fikirkan..masa2 kecik dulu semua indah je..takyah nak fikir masalah..rase mcm2..tak beban je kepala ni..tapi bile dah besar macam2 kena difikirkan.

now im studying
.
.
.
.
.
3 years after this InsyAllah I will continue my studies
.
.
.
2 years after my studies, i will jump into industries insyaAllah.
.
.
.
2 years after thah i will get married insyaAllah.


hohoh..kalu inilah..perancangan hidup aku bertapa jauh lagi aku perlu melaluinya. jika ini perancangan di dalam benak fikiran aku bertapa aku kena harungi dengan tabah.

dulu masa kecik2 aku tak pernah fikir pasal ni..yang aku tahu bila mama aku tanya.
"bile besar nak jadi apa?"
"nak jadi doktor"

kagum mama aku dengar jawapan aku ..namun akhirnya 'doktor' itu hanya gurauan mimpi aku dan harapan mama dan abah,... kini aku memasang impian juga...impian sebagai seorang 'doktor'..hahahaha..'doktor' mesin.. 'doktor' juga...insyaAllah bidang yang aku pilih ini adalah bidang yang memang aku idam-idamkan selepas cita-citaku ingin menjadi seorang doktor tidak kesampaian.

dulu masa kecik..yang aku tahu main je...aku ingat lagi cara mama aku ajar aku membaca..agak unik.tetapi berhasil. mama membeli video tape dan membeli tape karaoke.. setiap lagu yang di pasang ada tahapnya sendiri..mama aku ajar pada awalnya lagu yang slow dan apabila aku sudah pandai mama aku memberi lagu yang laju. itulah cara mama aku ajar aku membaca.
mama aku bukan seorang guru, bukan seorang yang educated, bukan mempunyai ilmu yang tinggi, tetapi ketinggian harapan sehinggakan di berfikir seperti seorang guru yang telah bertahun mengajar.

masih aku ingat semasa aku berusia 7 tahun, setiap malam aku pasti menangis. bukan kerana di dera tetapi mama aku ajar aku spealing. setiap perkataan di ajar. dan pengajaran itulah yang telah menyebabkan aku mendapat gred A untuk subjek bahasa inggeris ketika aku darjah satu. time tu aku rase mama aku paling educated...hohohoh...

aku ingat lagi cikgu kaunseling aku ..aku panggil dia kak zah je...sebab time tuh aku semua dak2 sekolah aku panggil dia kak zah..biar rasa dekat sikit..hohoho...dia cerita kat aku..dia cakap..

"bayi yang dilahirkan memegang janji daripada Allah"
pernah tak kita perasaan kenapa bayi yang baru lahir tangannya sering menggengam
sebab bayi mengenggam janji Allah..
"semakin hari tangan yang di gengam itu terbuka dan semakin bayi itu membesar semakin lupa akan janji Allah"

seberapa benar cerita ini waallahualam..tetapi kita jadikan ia sebagai ikhtibar diri kita insyaAllah.

semoga diri kita akan sentiasa mengingati janji kita kepada Allah..andai kita terlupa rujuklah bait-bait kalam Allah...ini sebagai peringatan bersama...insyaAllah..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Friday, December 24, 2010

Dunia Jambatan Akhirat

Friday, December 24, 2010


السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2.hahhaa minta maaflah tak sempat nak mengupdate blog. hahaha..alhamdulilah..akhrinya kuar juga result final aku..hak3!! Alhamdulilah.. keputusan terbaik sempanjang aku belajar.. ok abis cerita keputusan exam malas nak panjang2 hohohoh.. hari ini aku sibuk menguruskan adik aku untuk masuk sekolah beasrama. alhamdulilah Result dia telah berjaya membawanya ke sekolah beasrama. walaupun bukan asrama penuh hanya sekolah Vokasional tetapi itu dah terbaik untuk dia. aku ni memang nak dia masuk asrama...biar dia tahu sedikit erti kehidupan..biar di reti berdikari..biar dia pandai menguruskan diri..biar dia tahu syariat dan agama. sebab sekolah vokasional di tempat yang aku telah uruskan kemasukan ini adalah sekolah yang menekankan kepentingan agama dalam kehidupan.

pernah jumpa tak sekolah vokasional yang pelajarnya nak ke kelas kene pakai songkok? hohohhoo..dulu aku pernah sekolah di tempat yang adik aku nak belajar ni. tapi aku bukan sekolah vokasional sebb aku bukan pandai kemahiran..tetapi sekolah asrama sekitar sekolah vokasional yang di tempatkan.

aku nak adik aku belajar dekat sana selain daripada mendapatkan ilmu yang mudah untuk dia mempelajari berbanding sekolah biasa dia dapat mengikuti kelas kafa yang diwujudkan setiap hari selasa. solat berjemaah lima waktu wajib untuk mendisiplinkan diri dia. masa aku dekat asrama dulu ada satu moto yang memang cikgu gunakan di sekolah kami "disiplin bermula daripada mussola" terbaik lah...moto ini..telah melahirkan ramai cerdik pandai di sekolah aku...alhamdulilah.

bercakap pasal asrama ni..teringat lak aku masa aku sekolah rendah dahulu. mak aku berkeras menyuruh aku masuk asrama. kebanykana budak darjah 6 masuk asrama katanya nak study tetapi di sebabkan aku ni anak manja so, macam-macam alasan aku wujudkan...aku menangis..tak manu duduk asrama...hohohohho..manja giler.... lepas tu masa tingkatan 4..parents aku kene pindah ke negeri tok gajah..so mama aku buat conclusion..aku kena masuk asrama di negeri penyu betelur. cuba korang bayangkan tingkatan 4 boleh menangis nak balik rumah.

last sekali aku pindah dan bersekolah di negeri tok gajah. tetapi aku akhirnya terpaksa masuk sekolah beasrama juga selepas sebulan bersekolah di negeri tok gajah. aku mendapat satu surat untuk memasuki sebuah sekolah dan kali ini memang tiada kompromi mama aku suruh aku masuk juga. aku lah seorang budak lelaki yang menangsi waktu mama dgn abah aku belah. tapi tak adalah meraung cuma terbik ayak mata. aku cuba terima dan adapt kehidupan asrama dan akhirnya asrama menjadi rumah pertama aku.aku enjoy duduk asrama sehinggalah aku tahu syariat. aku belajar agama. aku berdikari. dan kini aku juga sudah membawa diri ke negeri indra kayangan. terima kasih mama dan abah kerana berkeras suruh aku masuk asrama. ada hikmah di setiap kejadian. aku dah lihat janji Allah itu..alhamdulillah.

kat sini aku bercerita bertapa kita perlu tahu hal dunia dan akhirat hohoh..penting. disebalik hal dunia ..akhirat adalah pelengkap kehidupan kita di dunia ..



"dunia jambatan akhirat" bila kita tahu dunia ini bagaimana jalan hidupnya mengikut syariat yg di tetapkan. mendahulukan agama sebelum hal2 lain. insyaAllah ada kejayaan...

waallahualam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Sunday, December 19, 2010

umat islam semakin parah (alert!!!)

Sunday, December 19, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

selawat dan salam kepada junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w yang amat kita rindui dan sayangi. kecintaan dan keimanan kepada Allah.ketetapan dan ketaqwaan hanya kepada Allah. kepada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. insyaAllah kita semua di tempatkan di dalam syurga Allah. amin ya Rabb.

hai geng2 nafsu seerakah.minta maaflah aku tak sempat nak update blog kerana sibuk giler hari ini. (subahanaAllah sibuk dengan dunia.) agak laju jugak hari ini aku berblogwalking sampai tak terupdate blog aku. macam2 kerenah blogger aku jumpa. dan aku juga minta maaf kepada blog yang aku follow tak sempat nak tengok entri baru korang semua sebab hari ini mmg agak busy tapi insyAllah kalau ada masa aku pergi melawat.

(enteri apa lak kali ini ek?)

hari-hari entri dunia dan dunia dan dunia. aku pun takut dengan hidup aku sekarang. aku adalah budak baru dalam dunia blog ini. memang betul umur blog nafsu seerakah ini sudah mencapai satu tahun lebih tetapi aku baru sahaja aktif dalam beberapa bulan ini. dan sepanjang aku mengaktifkan diri dalam dunia blog baru aku tahu yang umat Nabi Muhammad s.a.w semakin tenat. teruk dan amat teruk termasuklah aku.

(maksudnya?)

sepanjang aku berblogwalking macam-macam enteri yang aku baca dan setiap itulah aku akan jumpa entri yang membuatkan aku teringat kembali saat-saat Rasulullah s.a.w wafat.

di saat Rasulullah s.a.w ingin kembali semula kepada yang maha Esa. air matanya mengalir mulutnya tidak berhenti-henti menyebut umati,umati,umati.
bertapa di mengingati kita dan jangan ada orang bertanya pulak dengan aku

"macam mana kau tahu yang Rasulullah s.a.w sebut umati,umati,umati?"

kalau ada orang tanya aku soalan ini..aku nak cakap yang dia ni bodoh sebab dia hidup kat dunia ini semata-mata hidup untuk makan dan makan untuk hidup serta untuk meningkatkan ekonomi dunia.

kalau ada orang tanya aku macam ini aku nak cakap kat orang ni, kau adalah beruk sebab apa..sebab kau tak percaya dengan sejarah islam than kau percaya dengan sejarah orang asing. dan kenapa aku samakan denga beruk tak samakan dengan bintang lain? sebab diorang percaya dengan theory Darwin.

si darwin tu bila satu soalan ditanya "maknanya moyang encik darwin adalah beruk?" dan si darwin ni marah. ada jugak orang kata kita menghina budaya barat tetapi kita guna bahasa dia guna teknologi dua. hemmm...aku wondering gak..apasal jadi macam ni ek??? kalau aku cakap dekat korang masa kejatuhan barat dulu orang asing ni datang ke arab mencari ilmu dan mengkaji alquran dan mengkaji segala kitab-kitab yang telah di ciplak oleh pengkarya barat hasil original daripada para sainstis dan para bijak pandai islam seperti albatuta,alkhwarizmi,alashabahni,aljauzi,alfarabi dan banyak lagi lah. lepas diorang kaji mengenai apa yang diorang sendiri bodoh dengan teknologi ni akhirnya diorang berjaya dan diorang memusnahkan tamdun islam dengan mengahapuskan kitab-kitab terbilang orang islam. di saat kejatuhan khalifah semasa pemerintahaan uthmaniyyah mereka akhirnya telah berjaya menguasai dunia. korang nak tahu semasa kejatuhan barat semasa itu raja diorang memang dah nazak nak tahu apa raja diorang cakap

"kita tidak boleh perang dengan orang islam sebab mereka terlalu hebat. peperangan senapang dan peluru tidak mampu melemahkan semangat orang islam sebab orang islam tak takut mati. kita perlu melancarkan peperangan minda"

dan akhirnya wasiat itu dibawa oleh mereka sewaktu zaman kenaikan kembali orang barat ini dengan membawa visi dan misi mereka gold,glory,gospel. ok korang tahu tak yang sekarang ini semua visi dan misi mereka telah tercapai. apa buktinya.

*buktinya umat kita dah gilerkan dunia (gold), umat kita dah lemah (glory), umat kita mengagungkan diaorang(gospel).

(gold).umat kita gilerkan dunia sebab terlalu cintakan harta-harta dunia ini dan takut nak mati dan proven disini equation yang datang daripada Rasulullah s.a.w

Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda;
“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”
Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”
Nabi SAW menjawab,
“Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya,
“Apakah wahan itu hai Rasulullah?”
Nabi menjawab, “Cintakan dunia dan takut mati.”
– HR Imam Abu Daud

proven tak equation yang di conclusionkan oleh Rasulullah s.a.w

*pendapat aku;

(gospel).mengagunkan diorang . sentiasa membanggkan agama lain dan melupakan agama sendiri. mempertahankan agama orang lain dan sentiasa mencari kelemahan agama islam yang memang sudah sempurna tetapi memang ramai umat islam yang mahu melihat agama islam itu jatuh. dan ini membuka ruang untuk agama kristian bermaharajalela dan dengan itu mereka akan lebih selamat untuk menguasai dunia.

sebab apa aku cakap macam ini?
kita riuh duk sambut hari kekasih tetapi kita tahu apa tujuan hari kekasih itu? kita tahu tapi kita lakukan... so, kita nak ketogorikan diri kita sebagai apa? kita terkinja-kinja menyambut tahun baru sehingga tercemar mahkota keemasan yang selama ini para-para gadis menjaga..
sebab apa??
sebab nak tiru orang barat yang katanya kalu tidak berzina sebelum nikah adalah kolot.
memang kita kolot sebab kolot-kolot kita. kita tak menghidap HIV.

emm alah boleh guna kondom. ok guna kondom selamat. tak kesahlah korang selamat di dunia tetapi akhirat tak selamat bai. (kalau ada yang tak puas hati tolong comment yek!!)..
korang tak kasihan ke kat diri korang sendiri?

so sekarang merialisasilah impian kedua raja tu dan yang ketiga.

(glory) ini lebih kepada kejayaan diorang.
memang pada zahirnya diorang dah berjaya. berjaya mempengaruhi dunia dengan kuasa diorang dan kita sudah lemah. lemah dengan kemewehan dunia yang diorang kasi dan korang lena dibuai keindahan dunia yang korang cakap syurga. ambik kau syurga kepala hotak dia. syurga dunia ini seketika sahaja dekat akhirat syurga seinfiniti indah bebanding dunia. diorang dah berjaya melemahkan kita dengan visi dan misi diorang. adakah kita tahu?

adakah kita tahu?

kita tahu tapi kita sombong untuk akui sebab kita ego menerima sehinggakan kita trevel serata dunia untuk mencari kebenaran agama islam ini adalah agama yang tidak sempurna dan kita sanggup menggadai agama kita yang dari alam rahim lagi ibu bapa kita pupuk. agama islam di akui oleh orang bukan islam adalah agama yang perfect sempurna tetapi mereka juga bajet ego mencari kesalahan agama islam yang memang betul-betul perfect dan tidak boleh disangkalkan lagi. dan orang putih sendiri dah mengaku tokoh yang paling berjaya di dunia ini dalam rangking no satu dunia adalah Nabi Muhammad s.a.w(kalau korang nak tanya bukti aku payah sedikit nak kasi sebab aku dah lupe buku apa..karangan sap..tapi aku pernah baca).

kenapa korang nak deny lagi tetang kehebatan agama korang anuti..kenapa nak mempertikai lagi dengan segala syariat Allah. agama yang paling menghormati agama lain. agama yang saling menjaga hak orang lain sehinggakan tidak boleh seseorang jiran itu tidur didalam kekenyagan jika jiran disebelah rumahnya kelaparan..bertapa menjaga hak asasinya ajaran islam.

kata ajaran islam mudah tetapi kenapa rasa susuh je?

ajaran islam memang mudah once korang adalah islam korang wajib mengikutinya. ajaran islam mmg mudah dan yang menyusahkannya adalah korang sendiri.

asal kena pakai tudung.nak tudung sampai kedada menyusahkan aku je.
rengetan ini tidak perlu dilayan ..

tapi aku nak layang gak regetan ini...kenapa perlu memakai tudung..sebab orang lelaki ini cepat tergoda dengan keindahan orang perempuan... tergugat iman mereka.

pastuh ada sorang kaum adam ni tanya..
"asal korang horny ke tgok perempuan tak bertudung..aku tak horny pun"

jangan nak tipulah wahai kaum adam yang bertanya..syaitan akan memperindahkan perempuan itu di mata lelaki..aku berani jamin kalu kau diletakan berdua-duan dengan perempuan itu di satu tempat selama seminggu. cukup makan, cukup minum aman dan tenteram aku berani jamin iman kau akan letak di kaki dan nafsu seerakah akan kau letak di kepala. peningkatan gred dari D ke A pasti berlaku.

aku tak penat memberi tahu tapi aku penat melalui manusia yang so call berilmu ini tak puas2 mencari kelemahan agama sendiri katanya untuk hak asasi manusia..tak cukup dengan hukum Allah yang mententeramkan dunia. kenapa zaman khlifah dulu dunia penuh aman damai?
sbb pemerintahan itu adalah pemerintahan yang diberkati Allah bukan pemerintahan libreal yang so call menjana ekonomi dan mejaga hak asasi manusia.

ok jom kita kembali kepada cerita ketika junjungan besar kita dalam sakaratul maut.

"umati,umati umati.."
bertapaRasulullah s.a.w sayang umatnya kerana baginda takut umatnya menyempang dari ajarannya.

dan persoalan aku adakah kita melaksanakn segala hukum Allah?

perbaiki diri kita semua, iman kita semua agar mudah-mudahan kita telah melaksankan syariat Allah insyaAllah.
dan adakah kita menjadi tetamu Rasulullah s.a.w di telaga kausar?

P/s: mungkin aku ni terlalu kolot untuk bercerita mengenai ini sebab benda ini semua orang tahu dan aku ini adalah orang yang terakhir menceritakan dan mengupas perkara ini.

aku takut dengan hukum Allah keran aku percaya dengan syariat Allah aku percaya dengan agama islam yang sengat sempurna dan aku percaya rukun islam,rukun iman dan aku percaya dan megerti apa itu ihsan

waallahualam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w


Saturday, December 18, 2010

antara persahabatan dan keegoan

Saturday, December 18, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai semua geng2 nafus seerakah yang kadang-kadang nafsu melonjak-lonjak kegairahan..jungan di biarkan ia bermaharajalela..cepat-cepat kembali kepada Allah nnt tak pasal-pasal melekat dengan syaitan untuk merialisasikan impian syaitan menyesatkan geng2 semua..nauzubillahhiminzaliq..walaupun kita di mana sahaja apabila kita terdedah melakukan perkara yg pasti melangga syariat islam cepat-cepat kembali noh...hohhooh...sesungguhnya apabila kita mengingati Allah hati akan menjadi tenang..alhamdulilah...

tengah aku shok berblog walking tanpa sebarang idea untuk mengupdate blog tiba-tiba laman sosial aku berbunyi menandakan ada orang sedang rancak ingin berborak dengan aku. aku dengan pantasnya membuka lama sosial itu dan membaca serta merta tangan aku menyentuh papan kekunci untuk membalasnya

"immukmin boleh tolong mak cu tak?"
"tolong apa mak cu?"
"eemmm.. pakcu kene pergi keje..tiba-tiba dia dapat msg dari pensyarah dia..pensyarah dia suruh hantar assignment hari ini juga on time.."
"jadi?"
"mak cu minta, immukmin tolong buatkan assignment tuh"
(wondering????)
nak buat macam mana... apa tajuknya???

laman sosial itu berhenti berbunyi sebaliknya telephon reput yg memang betul berada disebelah laptop aku berbunyi..lantas aku mengangkatnya..

"ye makcu..apa tajuknya.."
"isu semasa..tak kesahlah isu apa pun..nak taknak..pak cu kene hantar hari ini juga..mmg terdesak dah ni..makcu tak tahu nak buat assignment mcm mana mengharapkan immukmin je.."
"ok makcu..apa isunya.."
"immukmin pikirlah..apa2 isu pun..asalkan isu semasa..nak kena hantar before 2 ptg"..
aku tgok jam sudah menunjukan pukul 1.15

lantas semasa itu aku sedang membaca entri daripada blog Mohamadazhan HjDesa yang bertajuk mengapa aku tinggalkan syiah lalu terlintas satu idea untuk aku bercerita mengenai syiah..dengan adanya suber sedikit daripada blog bro Muhamadazhan dan beberapa lagi sumber dari internet yang sahih daripada ustaz zahiruddin dan sedikit dari sahabt-sahabt blog lain..akustar mengarang..dan alhamdulilah siap..aku terus emil kepada mak cu aku...

telefon reput di sisi berbunyi lagi..

"terima kasih immukmin..kalau tiada anak sedara siapa lagi nak tolong..kawan2 pakcu tak beritahu pun yang kene siapkan assignment...kawan-kawan pakcu mmg suke berdengki..makcu pun tak faham.."
"biasalah makcu..siapalagi kalau bukan sedara sendiri nak minta tolong.."

perbualan berhenti disitu...

(sebenarnya apa yang nak di beritahu dan apa entrinya..ke entri kali ini mengenai syiah?)
bukan bro ijau..entri kali ini aku nak cerita pasal kawan...kawan....kawan...dan kawan....

(macam menarik je...kak pink suke entri ini...sepanjang berblog tak pernah immukin post pasal entri kawan...)
oh ye ke..tak perasan pulak..hohoho



ok hari ini aku ingin bercertia pasal sahabt...sahabt boleh mejadi teman dan kadang kala bakal menjadi lawan..macam mana ini boleh berlaku dan kenapa ini boleh berlaku???

ok..dalam hidup aku aku pernah ada seorang kawan..amat rapat insyaAllah sampai hari ini kami sangat rapat ..sahabt karib dunia akhirat. umur persahabtan kami sudah menjangkau empat tahun...sepanjang persahabtan kami ..macam-macam kami lalui... aku mengenalinya di sebuah sekolah yang mempunyai asrama yang amat usang...kami belajar,bersahabt, tolong menolong..aku sakit dia bantu dan dia sakit..aku bantu...dan kami juga pernah menjadi musuh disebabkan orang ketiga..dan mmg ditakdirkan persahabtan kami adalah persahabtan yang ikhlas kerana Allah dan akhirnya kami berkawan sampai hari ini..walaupun sahabt aku itu jauh di nun bumi anbia' tetapi kami tetap keep in touch...kami adalah sahabt yang akan kekal dunia dan akhirat insyaAllah...

macam mana segala permusuhan ini berlaku...kerana terlahirnya perasaan tidak puas hati yang tidak diluahkan dan di sembunyikan..serta wujudnya orang ketiga yang merenggakan persahabtan itu sediri..

kadang2 salah faham antara satu sama lain adalah punca berlakunya permusuhan antara satu sama lain.. aku amat kesal atas apa yang belaku..hampir sebulan kami tidak bertegur..membuatkan aku dan sahabat aku itu dalam keadaan tidak tenang..apa bila sahabt aku dalam kesusuhan aku rasa kasihan melihat dia..tiada orang datang membantu..dan apabila aku dalam kesusahan tiada orang datang membantu dari jauh dia melihat..segala kerja yang dulu kami sama-sama lakukan ..tidak boleh di selsaikan dengan aman melainkan meminta orang lain sebagi orang tengah antara kami... jika di ingatkan kembali macam perempuan pun ada hhahaha.. itulah ego lelaki...

(macam mana boleh baik kembali immukmin)

macam mana boleh baik kembali? pertanyaan yang bernas kak pink . semua nya bermula kembali ketika aku sarat demam..demam yang amat panas..aku sengaja menyuruh kawan-kawan aku merahsiakan daripadanya..sehinggalah dia datang melawat ke bilik aku untuk meminjam sesuatu daripada roomate aku...dia melihat aku dalam keadaan terketar-ketar lantas merasa dahi aku yang panas..dia mengangkat aku dan suruh aku ke tandas untuk mandi..dia mencarikan aku ubat untuk aku makan supaya kebah demam ku..alhamdulilah ...asbab kejadian itu..persahabtan kami kembali baik..dan aku amat bersyukur kepada Allah...
dan kini sahabat aku selesa di bumi anbia menuruskan pengajiannya disana..aku berdoa semoga dia berjaya..insyaAllah...

ok..ini cerita pasal aku...tetapi korang tahu tak ada juga sahabt yang selepas dia berkawan dia bermusahan dan bermusuhan sehingga dia mati....kerana apa..kerana tidak boleh melihat sahabtnya berjaya..dengki tidak bertempat..sanggup melakukan perkara yang terkutuk semata-mata suka melihat sahabatnya gagal dalam hidup...ada ke macam ini??? hohoh..mestilah ada...ini manusia yang dibenci oleh Allah..menjatuhkan orang lain demi kepentinagan diri sendiri...

geng2 semua jangan bertindak sedemikian rupa..sahabat adalah yang kelima setelah Allah, Rasul, ibubapa, adik beradik... sahabt ini seperti saudara kita...sahabat inilah yang sepatutnya sentiasa ada dengan kita di kala kita sedih dan gembira...

ada juga sahabat yang demand..mencari kawan2 yang setaraf dengan kekayaannya..ya Allah..macam ini pun ada... aku tak tahu nak cakap..sanggup memburuk-buruk kawan semata-mata kepentingan diri sendiri...

terima seadanya sahabat korang yang mmg ikhlas nak kawan dengan korang..tak kiralah dia gemuk ke..kurus ke..itam ke..putih ke...asalkan dia baik..dan membawa kejalan Allah..itu sudah terbaik buat korang..bukan yang ajak korang kejalan yang di murkai oleh Allah...
(sakit pinggang duduk depan komputer ni dari pagi tadi hohoohh)

satu lagi..bila kawan korang bad mood dan marahkan korang jangan mudah sangat korang terasa..korang ambik positif..kuatkan hati..terima apa yand sedang berlaku dengan dia..approch dia..dengan baik dan tanya apa masalah dia...jangan korang pegi mengamuk time dia pun mengamuk....mmg tak jadi r..kalau macam itu..

yang penting korang kene kenal apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka..dan belajar..peribadi dia..study elok2..bila dah tahu..masing2 akan hormat kehendak masing2...insyaAllah...yang penting ingat..pastikan sahabt itu membawa kamu ke pada jalan Allah..insyaAllah..

sahabat yang baik adalah sahabat apabila kita melihat mukanya kita mengingati Allah.. insyaAllah..

kepada geng2 nafsu seerakah semoga ukwah kita berkekalan..insyaAllah...
ukhwah fillah abadan abada

waallahulam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w



p/s: sahabt aku ni..lelaki bukan pompuan yek!!hak3!!

Thursday, December 16, 2010

'pandai ' tak bertempat (ingatan kepada semua blogger)

Thursday, December 16, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2 nafsu seerakah...emm tah lah dunia dah terbalik..hohoh..hukum dunia dan hukum akhirat dah tak leh beza..sedihnye...immukmin bace entri2 kawan-kawan kita..yang kadang2 bagi immukmin ada sedikit kesasaran pada landasan Allah..bukan mempertikai karya agung mereka tetapi penulisan mereka mempengaruhi minda manusia...yang lagi sedih..sehinggakan ada 108 comment yg kebanyakan mereka bersetuju dengan apa yang di tulis..ada juga yang memuji2....
teringat immukmin ceramah ustaz azhar...halo..tak kang sep mung dop tahu..ustaz hok cakap gannu tuh...belke tahu kang?? hak...(aku memang reti cakap terengganu sebab lapan tahun duduk kat terengganu dan berkawan dengan orang penang dan kelantan 3 tahun..so mmg reti cakap lah kelantan dan utara serta pahang sbb sy anak jati pahang ok..hak3!!!)




jauh perjalanan luas permandangan.... jauh bloqwalking banyak ragamnya..boleh beritahu macam tuh.. bukan apa semasa aku mendengar rakaman ceramah ustazi itu dia ada cakap menolak syariat Allah atau mempertikai bermakna kita mempertikai kekuasaan Allah... ingat wahai manusia anda akan di hakimin di akhirat kelak..

(immukmin kenapa? kak pink tgok immukmin risau je?)

mane tak risau kak pink...sejak aku aktive dalam dunia blog nih...macam manusia aku jumpe..menulis megikut hati...

(siapa immukmin story r kat aku bro...)

tak apalah..tak payah aku nak buka aib orang bro ijau semoga manusia itu sedar dan memperbetulkan apa yang di luahkan di dinding-dinding blog mereka...

aku bukan apa geng2 semua...cuba geng2 semua fikir.apa yang ditulis oleh geng2 semua pada blog geng2..pasti..akan di baca semua lapisan masyarakat..contoh geng2 tulis sesuatu yg mmg salah dan seleweng oleh syariat islam...maka orang yang membaca mengikut dan percaya kemudian dia sampaikan kepada orang lain..dan orang lain pun sesat..maka dosa itu..bertali-tali..dan yang paling teruk penulis blog itu lah...sebb dia akan mendapat kredik dari Allah apa yang di tulis....kredik bersirat-sirat..hohohooh...

memang kita ada hak bersuara,,tetapi jangan bermain dengan hukum Allah jangan samakan hukum Allah dengan hukum dunia yang di cipta oleh manusia... aku disini amat panas bile ada orang yang bercerita tentang agama sedangkan dia sendiri tak tahu pasal agama...

memang betul sampaikan walau sepotong ayat..ok kalu apa yang korang nak sampaikan tetapi tak tahu hukum..tak g majlis agama..tak dengar ceramah..gune profesor google..untuk mencari hukum ..sedangkan hukum itu salah..anda copy dan peaste kat blog korang....pastuh orang lain bace..pastuh terus sesat..itu salah yek..jangan buat giler..jangan bermain dengan hukum Allah..jangan menjual ayat-ayat Allah dengan harga ya murah. sesungguhnya yang menjual ayat-ayat Allah dengan harag yang murah, mereka akan mendapat azab yang pendih.

(immukmin kak pink faham apa yang immukmin nak sampaikan)

lantak korang r..nak tulis apa2 pun..nak pertikai stoke law ke...gauss law ke..tapi jangan nak pertikai Allah's law..jangan hina ulama' ..ulama' itu waris anbia'... jangan nak hina agama sendiri sehinggakan meletakan agama di kaki...

tak puas hati dengan hukum negara jangan nak kaitkan dengan hukum Allah...itu namanya manusia bodoh ok...manusia bodoh...geramnye!!!...

(sabar immukmin..aku paham perasaan hang..sabaq na..)

terima kasih bro ijau ingatkan aku. bukan apa..ini satu kesalahan yang besar...geng2 tak takut ke? tak takut dengan hukum Allah...tolonglah..kepada semua geng2 yang menulis blog..jika andan bermain dengan hukum Allah sila perbetulkan..atau delet entri ttg itu..nnt kita yang akan di tanya di akhirat kelak... (aku ingatkan untuk diri aku juga...).

aku cakap sekali lagi...yek...tak kira lah kau perdana menteri ke, majestrik ke, ahli muzik ke..doktor ke...tolong jang bermain dengan hukum Allah dan tolong jangan hina ulama pewaris anbia'..

wallahualam.

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Thursday, December 9, 2010

rasa hati untuk dikongsi...

Thursday, December 9, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng...hak3!!! sebenarnya aku ada dua blog..satu g blog coretan hambamu . blog coretan hambamu ini..aku jadikan satu blog untuk aku tulis cerpen aku...cerpen berepisod...dah lama tak tulis episod berikutnya..bukan tak nak tulis..tapi takde ilham lagi..hohooh...emm..tapi sedih juga buat orang tertunggu-tunggukan?...malam ni baru tulis tak sampai separuh dan tiba2 hilang mood...hak3!!!...tengah duduk lepak2 dekat meja stady kepunyaan adik nih..tiba2 rasa diri ini keseorangan..hak3!!! apa maksudnya..jeng2!!!



tiba-tiba lagu tema winter sonta berlagu-lagu di minda

haahaha...boleh tak entri kali ini aku nak cerita pasal perasaan pulak??? boleh tak??
(ah immukmin asal dah ada berkenan dihati ke?)

hahaha..entah lah....ok2..aku taknak layan soalan yang selalu jew bewarna hijau dalam enteri aku nih..hak3!!! (giler!! )

emmm...aku tak pernah bercinta...hak3!! (cerita pasal cinte lak!!! )

sebenarnya normal seorang lelaki itu menyukai seorang perempuan..begitu juga aku tetapi tidak pernah sekali aku meyuarakan atau memberitahu..hohohoh..sebab aku tak percaya pada cinta sebelum kahwin..itu perinsip aku....aku memang tidak boleh memandang couple2 nih..sebab aku rase geram dan rase nak marah..tapi kadang2 aku takut pada diri aku sendiri..aku takut aku juga terlibat dengan cinta haram!!

boleh kah aku cakap cinta haram....hhohoho minta maaf ek!!..ada sahabat aku panggil cinta anta ente...ini pun aku tak suke......

(immukmin tadi cakap nak cerita pasal perasaan.skunk sibuk pasal orang lain)

ok..ok..ok...

emm aku ade kenal seorang ukhti insyAllah muslimah solehah...hahhaha satu je yang aku alegik...bile jumpa dia...hati aku ni akan kuat berdegup...entah r..mungkin dia adalah cinta pertama(percaya pulak aku dekat cinta pertama)... aku kenal dia agaka lama jugak r..tapi tak pernah lah aku nak g lepak dengan dia hahahaha..

setiap kali aku terserempak dengan dia mesti ada sesuatu...hohoho.....
emm...kami dah lama tidak bersua..mungkin dah dua tahun..selama itu..aku berdiam je...malas nak fikir...aku nak fikir study ke...aku nak jadi engineer yang berjaya untuk masa hadapan insyAllah..tapi umur aku semakin meningkat dan kadang-kadang aku ada terfikit mengenai pernikahan... aku sedar diri aku nih masih tidak mampu untuk melalu alam perkahwinan...ekonomi aku masih tidak stabil mana mungkin aku boleh berumahtangga hahaha...

tetapi bila aku memikirkan dia...pasti ada sesuatu yang mengalir dalam diri ini..sau perasaan suka nak bertemu dengan keluarga dia dan memberi tahu niat hati... tapi apakan daya mengenangkan mungkin dia dan aku masih belum bersedia...
(berani aku wat pengakuan hak3!!!!)

kadang2kan...ada satu perasaan yang mungkin bukan datang ikhlas dari hati..tapi dari nafsu seerakah....perasaan cemburu..perasaan yang rasa mungkin dia ada pilhan hati yang lebih baik...mugkin...mungkin ada...dia adalah muslimah solehah yang baik pekertinya....mana mungkin akau boleh menjadi imam dalam hidupnya....perasaan ini mendorong aku..untuk mendiamkan diri...hohohohohoho...

kadang2 aku rase aku ni...shok sendiri..padahal dia takde apa2....hak3!!!!... itu yang aku paling takut....penah gak aku down sebab dia hhahaaha...bodoh!!! tol....adakah itu penangan perasaan...hhoohoohho...

walapun kami jauh tapi kami masih, macam org putih cakap keep in touch...hahaha..pengenalan kami singkat jew..hohho..tapi ukhwah kami..insyAllah berkekalan..sampai ke hari ini.... aku hanya mampu pendam kerana aku percaya dengan satu hadis.. tapi tak ingat apa hadisnya..tapi lebih kurang macam nih lak maknannya..
"jika kau mencintai seseorang maka cukuplah cinta itu tersimpan didalam hati kerana jika kau mati dalam keadaan itu maka sesungguhnya mati itu mati syahid"

hehehhehe...tapi sebenarnya..aku takut gak kene reject...sbb dia adalah muslimah yang terbaik yang pernah aku kenal... tuturnya amat sopan malah dia menjaga batas pergaulan serta menjaga auratnya.. dia sungguh merendah diri dan besederhana...

hati!hati!hati!...aku kena jaga..hohhooh....dan aku kene jaga iman!iman!iman!....firman Allah..
"wanita yang baik untuk lelaki yang baik" so dia adalah wanita yang baik...jika aku mahukan dia aku perlu bersiap sedia menjadi lelaki yang baik....ohhohohhoh..

aku nak berfalsafah skit ek..

satu hari hati ini pasti dimilik
mungkin dia atau muslimah yang lain..
aku tidak pernah mengharap sesuatu ya Allah..
selain cintaMu ...
tetapi ya Allah..andai aku diberi pilihan aku pasti mengaut cinta Mu..
aku bukan malaikat yang tidak punyai nafsu...
tetapi aku adalah manusia yang mempunyai nafsu seerakah yang sentiasa turun naik..
aku manusia yang mahukan belaian kasih sayng dari seseorang yang berlainan jantina....
ya Allah kurniakanlah aku cinta yang membawa aku ke syurgaMu..
ya Allah kuatkanlah hati ini untuk mencintaiMu lebih daripada mencintai makhlukMu...
setiap detik hati ini hanya mengikut jejak nafsu meningati makhlukmu...
ampunilah aku ya Allah....
peluklah daku dengan makrifat dan pertunjukaMu..
dan sayangilah aku dengan nyalaan hidayahMu...
ya Allah andai aku gagal mengingatiMu...
kau sedarkanlah aku dengan pedoman dariMu..
iman ku ini adalah buih kosong yang bisa terbang jika di tiup dan bisa pecah bila disentuh..
aku ini lemah ya Allah...
suburkanlah cintaMu didalam hati ini supaya buih itu membeku menjadi kuat untuk mengharugi badai....
sesungguhnya diri ini hanya manusia yang perlukan cinta dari MU ya Allah...

 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket