Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Wednesday, January 3, 2018

Needle Prick?

Wednesday, January 3, 2018
السلام عليكم بسم الله الرحمن الرحيم


Assalammualaikum semua, Alhamdulillah dah menjengah 2018, lama dah aku tak menulis kat sini. Insyaallah aku cuba istiqmah untuk menulis kembali. Alhamdulillah aku selamat menjadi suami kepada seorang jururawat comey. Walaupun aku tak hensem tapi nasib baik ada jururawat minat kat aku. Untuk pengetahuan semua, aku berkahwin dengan wanita pilihan keluarga. Cinta selepas nikah gitu, heheehe

Nak tahu cerita macam mana aku boleh kawin dengan bini aku? nantilah aku cerita. Hari ni aku nak cerita pasal Needle Prick? rasanya term ni tak lari daripada semua pekerja kesihantan. Malah ada yang trauma sebab ni. Hari ni, aku nak cerita ada seorang jururawat kat tempat bini aku kerja terkena Needle Prick. Neddle Prick ni adalah dimana jarum yang telah digunakan kepada pesakit tercucuk dan tertembus pada kulit pengamal perubatan. Tak kesah lah doktor ke? jururawat ke? Medical Assistance (MA) ke. Namun ada beberapa kemungkinan yang akan berlaku. Jikalau pesakit itu ada HIV, Hepatitis B atau Hepatitis C risiko kepada pengamal perubatan itu untuk kena ada. Jadi setiap orang kene tahu apa yang perlu buat andai terkena Needle Prick ni.

Apa yang perlu buat?

1) Cepat-cepat basuh tempat yang terkena Needle Prick dengan air yang mengalir dan sabun sehingga bersih.

2) Terus ke kecemasan atau unit penyakit berjangkit untuk mendapat rawatan dengan Doktor disitu. Andai pesakit yang dikendalikan ada HIV terus bagi tahu kepada Doktor dan Doktor akan memberi satu ubat di mana 99% dapat menghalang HIV itu merebak dan postensi untuk mendapat HIV adalah 0.01% jika cepat. Jika pesakit itu mempunyai Hep B atau Hep C perlu juga diberitahu supaya doktor akan mengambil langkah awal untuk memastikan jakitan itu dapat disingkirakan.

3) Buat report kepada ketua anda. Langkah-langkah terbaik akan dilakukan untuk siasatan pihak hospital.

4) Sesi kaunseling. Ini paling penting untuk mengelakan pengamal perubatan tersebut tertekan atau fobia.


Namun andai pesakit yang dikendalikan tidak membawa sebarang virus seperti HIV, HEP B atau HEP C, potensi untuk pengamal perubatan yang terkena Needle Prick untuk mendapat jangkitan adalah mustahil. Jadi kepada semua pengamal perubatan, mohon mengikut SOP yang telah diberitahu semasa mengendalikan pesakit ketika mengambil darah.


Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua.


Sesungguhnya aku rindu kat bini aku. Semoga Allah sentiasa jaga dia untuk aku. Amin ya rabb

0 aku rase post ko tak bleh blah:

 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket