Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Thursday, May 21, 2015

Sakit Itu Indah

Thursday, May 21, 2015

Assalammualikum,
Bila sarang dan segala habuk-habuk tidak dibersih dengan baik sepertinya lama tidak berbual dan berkongsi rasa di Blog Nafsu Seerakah ini. Alhamdulillah semuanya baik hendaknya.

Perkembangan immukmin,sekarang ini tengah rancak menulis thesis terakhir master insyaAllah bakal selesai. Segala perik jerih sepanjang kehidupan sebagai mahasiswa banyak mengajar erti kehidupan. Alhamdulillah. Maaf, mungkin hampir bertahun blog ini tidak terisi dengan perkongsian, insyaAllah kali ini immukmin akan perbanyakkan perkongsian yang berguna untuk semua.

Sakit Itu Indah?
Pasti ramai bertanya kenapa posting sakit itu indah? Semua orang tak nak sakit semua orang nak sihat. Sakit ni cabaran dia hebat, sakit ni tak mampu tahan dek badan, sakit ni hukuman. Siapa kata sakit ini hukuman? Siapa yang pernah bagi garis panduan ini? Siapa?

Pernah tak sahabat-sahabat rasa sedihnya, nak berubah, nak jadi lebih baik, bangun malam berdoa kepada Allah agar Allah jadikan aku lebih baik tetapi pagi esok tetap melakukan kemungkaran. Lepas tu solat, sahabat-sahabat rasa menyesal dengan kemungkaran di lakukan. Selepas itu sahabat-sahabat lakukan lagi. Tiada penyesalan selepas lakukan. Pernah? Selepas itu sahabat-sahabat berdoa;

"ya Allah aku telah berusaha menjadi yang lebih baik, namun fitnah dunia, hasutan syaitan tidak mampu aku lawan. Ya Allah andai Kau boleh berikan aku hati yang baru kau berikan lah"

Selang beberapa hari selepas itu, sahabat-sahabat sakit yang amat teruk tidak tertanggung badan, rasa sangat sakit, rasa seperti pengakhiran sebuah kehiduapan, namun dalam sakit sahabat-sahabat tetap mengingati Allah, tetap berdoa agar diberi kehidupan lagi. Diberi kekuatan dan terus hidup untuk memberi kekuatan pada orang lain. Dan Allah selamatkan kamu dari penyakit itu dalam beberapa tempoh. Dalam tempoh sakit itu, tiada secalit malah kemungkaran dilakukan.

Hati yang baru yang dipohon dalam doa tempoh hari Allah kurniakan dalam keadaan kesakitan ada nikmat yang tidak di sangka. Sakit itu nikmat. Dalam sakit ramai yang mendoakan kesihatan kita supaya lebih bertenaga. Ramai yang menyayangi kita.Dan terbukti sakit itu nikmat dari Allah tetapi sihat itu adalah satu kesenangan yang lalai ujian dari Allah. Nikmat Allah yang manakah kita dustakan?

Gunakan hati yang baru Allah bagi ini dengan sebaiknya, dekatkan diri dengan Allah, jauhkan diri dari maksiat dunia yang celaka kerana pasti tiada peluang pembersihan hati melainkan kita yang tekat mahukan. Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Allah hu rabbi nikmat apakah ini. Keajaiban apakan ini. Kekalkan kami di atas jalan agamamu dan sentiasa mentaati perintah dah suruhan mu. InsyaAllah.

BarakaAllah.

0 aku rase post ko tak bleh blah:

 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket