السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
Belum tiba lagi untuk saya menjengah permasalahan dan isu MH370. Eloklah saya tumpu kepada persoalan pokok sebelum melangkah ke persoalan yang lebih mendalam dan komplek.
Melihat pada peta di atas ada dua pulau utama yang saya 'hightlight'kan sebagai titik penceritaan. Terpulang kepada semua pembaca untuk mentafsir apa sahaja tafsiran. Saya memohon semua pembaca mampu berfikir lebih waras dan lebih mendalam tetang penceritaan saya berdasarkan beberapa fakta dan beberapa andaian saya yang mungkin bertentangan dengan normal akal dan mungkin hanya persepsi tetapi kita sebagai rakyat Malaysia tetap perlu berhati-hati dengan segala konspirasi barat.
Posting lepas Episod 1 tentang Amerika secara umum sebagai pembukaan penceritaan saya dan semua tragedi itu berkait rapat dengan peta di atas. Krisis kewangan yang berlaku juga berkait rapat dengan peta ini juga. Mengapa? dan Kenapa? nanti saya akan ceritakan dengan lebih jelas. Untuk posting kali ini saya ingin terangkan dua Pulau yang berkait rapat dengan siri penjajahan semula Amerika Syarikat di bahagian asia tenggara tetapi masih terbatas. Perancangan Allah maha hebat. Takbir! Allah hu Akhbar.
Pulau Perak sudah terkenal dengan laluan antarabangsa yang sangat popular sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sudah semua ketahui perkara ini malah China amat menjaga hubungan dengan Malaysia kerana Selat Melaka ini menjadi jalan pedangangan utama mereka ataupun dipanggil jalan 'short cut' mereka selepas Amerika menutup jalan mereka di timur tengah. Amerika sangat tertekan dengan kuasa ekonomi China yang dipanggil Gergasi Ekonomi Dunia dan tiada cara selain melanjutkan siri penjajahan mereka di Pulau Perak. Sebelum lanjut penceritaan di Pulau Perak mari kita kaitkan dengan Kepulauan Spratly.
Apa bestnya Kepulauan Spratly ni?
Kepulauan Spratly ni kaya dengan sumber dan menjadi perebutan antara China dan negara sekeliling termasuklah Filipina dan Malaysia. Filipina adalah sekutu Amerika Syarikat malah latihan ketenteraan Amerika adalah dihadapan Kepulauan Spratly. Laut China Selatan menjadi rebutan oleh semua negara-negara terdekat malah Amerika Syarikat juga turut menyarung tangan-tangan mereka di negara sekeliling untuk mendapatkan Kepulauan Spratly bagi melengkapkan siri penjajahannya di asia tenggara.
Pulau Spratly begitu dekat dengan dua buah negara iaitu Malaysia dan Filipina. Siri penjajahan Amerika bermula tahun 2013 melalui proxinya di Malaysia tetapi gagal akibat daripada kehebatan pemikiran orang-orang Melayu Malaysia. Adakah pembaca semua tahu penaklukan Sabah melalui Lahad Datu oleh orang Sulu adalah salah satu siri penjajahan Amerika yang kita tidak ketahui? Ingat kehebatan Pemimpin-pemimpin kita hari ini yang berstrategi dengan tidak mengistiharkan pemberontak sulu sebagai tentera amat diluar jangkaan. Andai kata pemimpin kita menghantar Angkatan Tentera Malaysia secara automatik kita telah mengistiharkan pemberontak sulu sebagai tentera yang mahu menakluk tanah air mereka. Secara tidak langsung peperangan tentera berlaku dan International Police (InterPol) akan masuk untuk campur tangan. Malangnya siri penjajahan itu gagal kerana dengan mendapatkan Lahad Datu maka mereka boleh menyekat kemaraan Malaysia untuk mengawal Lautan China Selatan melalui tuntutan Pulau Spratly.
Kelantangan Tun Dr Mahathir dengan misi "memandang ke timur" membuatkan Amerika tertekan dan membuatkan Malaysia mengutamakan laluan dan perdagangan timur seperti China. Ini membuatkan pergerakan Amerika Syarikat terbatas. Hari ini dengan tidak sengaja kita membuka laluan kepada Amerika Syarikat tanpa kita sedar. Pengakhiran deligasi pemerintahan Tun Dr Mahathir mungkin di rasakan oleh Amerika Syarikat sebagai pengakhiran segala-galanya tetapi tafsiran mereka meleset kerana pemerintahan Dato Seri Najib membuatkan Amerika tersentak kerana pembangunan Malaysia semakin pantas lalu mereka merancang pergerakan baru yang telah lama di cipta skripnya dan cuma memerlukan pelakon dan pengarahnya sahaja.
Siri penjajahan Amerika Syarikat melalui proxi nya sewaktu penaklukan Sabah ternyata Gagal! Amerika perlu bergerak sendiri tanpa bantuan proxi di Malaysia yang dirasakan tidak mampu membawa cita-citanya. Siapa Proxi Amerika Syarikat? dan apa kaitannya dengan Malaysia? Apa kaitannya dengan Pulau Perak? Kenapa Malaysia? Kenapa bukan Singapura, Indonesia atau Thailand? Apa kaitannya dengan Tragedi MH370?
Saya akan ulasnya pada Posting berikutnya. Segala komen amat di alu-alukan.
Berjaga-jagalah Wahai Rakyat Malaysia!
Kembali kepada Allah dan hentikan perkara-perkara maksiat di Malaysia.
BarakaAllah.
0 aku rase post ko tak bleh blah:
Post a Comment