السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
Enteri ini enteri berepisod dan saya akan terus menulis sehinggak para pembaca faham apa yang saya ingin sampaikan. Saya lakukan ini kerana saya sayang Agama, Bangsa dan Tanah Air. Tidak berniat politik tetapi ini adalah tentang Malaysia. Mohon pembaca nilai dengan kewarasan akal dan fakta.
Baru-baru ini Negara digemparkan dengan isu kalimah Allah
dan isu ini pernah muncul pada tahun 2007 dan hari ini isu ini dipertikaikan
lagi. Persoalannya, adakah terdapat agenda yang tersembunyi dalam isu ini?
Adakah agenda ini dirancang dan siapa dalang disebalik isu ini. Saya melihat
isu ini bukanlah melibatkan isu dalam Negara tetapi mempunyai kaitan dengan isu
luar Negara dan juga isu dunia.
Kini dunia sedang melihat dan juga sedang menilai Malaysia. Malaysia
yang terletak di asia tenggara adalah salah sebuah Negara yang sedang
membangun, malah mata wang Malaysia juga
stabil (Terima kasih saya ucapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dengan
kebijaksanaan beliau yang mengikat mata wang ringgit kepada nilai 3.8 sewaktu
mata wang Malaysia yang kadarnya sangat rendah pada tahun 1997 zaman inflasi
dahulu dan kebijaksanaan Tun Dr Mahathir membuatkan formula beliau digunakan
oleh negara-negara lain walaupun pada asalnya dihina). Malah baru-baru ini
kesediaan delegasi dari China yang bersedia untuk membuat pelaburan di Malaysia
melalui Malaysia China Kuantan Industry Park (MCKIP) telah membuka mata seluruh
dunia. China sebuah negara yang menguasi ekonomi dunia memandang Malaysia sebuah
negara perniagaan yang mantap mana mungkin negara-negara gergasi diluar sana
boleh berdiam diri. Kekuatan Malaysia ini mungkin telah menarik perhatian dunia
dan turut mengancam Malaysia. Adakah mereka mahu melihat Malaysia jatuh?
Berjaga-jaga wahai rakyat Malaysia. Sejarah telah menunjukkan bahawa manusia
tidak pernah puas dengan kejayaan orang malah sedia maklum sifat dengki itu
memang satu lumrah dalam diri manusia yang mahu melihat kejatuhan orang lain.
Suka saya berkongsi pemerhatian saya dalam isu kalimah
Allah. Mungkin ramai bertanya, apakah kaitannya isu kalimah Allah dengan
ekonomi Malaysia? Saya melihat isu ini adalah isu nasional dan amat berkait
rapat dengan ekonomi Malaysia tetapi ramai yang tidak mengetahuinya. Menerusi
pembacaan saya, saya dapati Amerika Syarikat mula risau dengan kemajuan yang
dialami oleh negara Malaysia. Misalnya pada tahun 1996 sebelum inflasi,
Malaysia dan Indonesia adalah negara yang hebat ekonominya dan secara diam-diam
ekonomi kita diserang melalui mata wang sehinggakan kita perlu bermula dari
bawah. Siapakah dalang di sebalik kejatuhan Malaysia pada tahun itu? Jawapanya
Amerika Syarikat. Ramai yang tidak mengetahui tetapi itu satu kenyataan. Lumrah
alam kalau kita buang najis di tengah
jalan, adakah kita mengaku yang najis itu milik kita? Sama sekali kita tidak
akan mengaku. Jadi sama dalam konteks ini, dunia juga ada politik serta
kepentingan dan bukan dalam Malaysia sahaja kita berperang politik. Mana mungkin
negara sebesar biji saga dalam peta dunia dapat menguasai dunia dan itu
pendirian Amerkia Syarikat. Mereka meletakan negara Malaysia sebagai negara
yang mampu mengancam kuasa mereka . Justeru, mereka melakukan kajian yang meliputi
bangsa dan agama di Malaysia. Disini saya mahu pembaca menilai pendapat dan pembacaan saya serta
perkongsian info-info menarik dari jurnalis yang saya kenal. Perkongsian ini
bukan atas dasar isu perkauman tetapi satu perkongsian yang berguna buat semua.
Amerika tidak memandang Malaysia sebagai sebuah negara yang
kecil tetapi Amerika memandang semangat dan perpaduan yang ada dalam diri
rakyat Malaysia sebagai ancaman. Oleh itu adengan kucar-kacir yang dicipta oleh
mereka melalui agen-agennya di Malaysia telahpun menjadi. Tindakan mereka tidak hanya terhenti disitu,
malah mereka mencari ahli-ahli akademik yang arif tentang masyarakat-masyarkat
dan etenik-etenik di Malaysia untuk mengkaji semula sejarah tamdaun Malaysia
dan zaman kesultanan Melayu Melaka. Mereka melihat Melaka dapat membangun pada
zaman kesultanan Melayu Melaka dengan pesat dan Melaka adalah sebuah pelabuhan
enterport yang berjaya menarik pelabur asing diseluruh dunia. Malah pada zaman itu Bahasa Melayu menjadi bahasa
lingua franca dan bahasa pertuturan rasmi pada zaman itu dalam semua segi perhubungan
sama ada dalam perbincangan mengenai ekonomi,sosial mahupun politik. Malah pada
zaman itu, sudah ada penduduk tanah melayu dalam kalangan orang arab, china,
india dan lain-lain dapat bersatu di
bawah satu bumbung. Teka- teki mula bermain dalam minda pengkaji Amerika Syarikat.
Mereka mendapati Kesultanan Melayu
Melaka di perintah oleh seorang raja yang berbangsa Melayu dan beragama islam.
Mereka mendapati bahawa bangsa yang hebat ini dulu wujud gah di dunia tetapi
sekarang menyepi dan mereka percaya bangsa itu akan bangkit kembali dan bangsa
itu adalah bangsa Melayu. Kajian mereka tidak berakhir disitu, mereka mengkaji
sosial budaya orang Melayu di Malaysia pada hari ini dan mereka mendapati orang
Melayu tanpa islam, akan gagal dan
menjadi lemah. Amerika mungkin tidak
akan menjajah Malaysia seperti mereka menjajah Afganistan, Iraq, Mesir, Tunisai
dan negara-negara arab yang bergolak melalui peperangan tetapi Amerika
menyerang Malaysia melalui minda rakyat Malaysia. Amerika tidak bergerak
bersendirian malah dibantu oleh Israel untuk menjatuhkan akidah orang Melayu.
Secara umumnya di Malaysia jika sesorang itu Melayu maka dia adalah islam.
Mereka masih berpegang pada kajian mereka jika mahu jatuhkan ekonomi Malaysia
maka, mereka perlu menyerang akidah orang islam selepas pada itu baru mereka
boleh masuk ke Malaysia. Hari ini isu kalimah Allah adalah isu dibangkitkan dan
penggunan khalimah Allah pada bible dalam bahasa Melayu dapat memudahkan agenda
mereka menyebarkan fahaman krisitian pada diri orang Melayu. Saya bukan diskriminasi
agama tetapi saya bercakap atas dasar agama islam perlu kekal dalam diri orang
Melayu kerana Perlembagaan Malaysia sudah tertulis, agama islam sebagai agama
persekutuan dan agama lain bebas mengamalkan agama masing-masing. Kita sebagai
rakyat Malaysia perlu hormat
Perlembagaan Malaysia bagi menjamin kedaulatan Negara. Jika penggunaan
kalimah Allah dalam bible dibenarkan, akan berlaku kecelaruan pada fahaman
orang islam dan apabila fahaman-fahaman ini masuk dalam diri orang Melayu maka
akidah orang Melayu akan hilang dan Melayu akan lemah. Bermulalah proses jajahan
barat yang menerusi akidah orang Melayu.
Kesimpulannya, isu
kalimah Allah adalah agenda barat yang
dibawa masuk ke Malaysia atas dasar untuk menjatuhkan negara Malaysia seperti
mana yang dilakukan oleh mereka pada tahun 1997 melalui serangan mata wang. Sebagai
rakyat Malaysia, saya ingin mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia, anda
semua perlu sedar dan bangkitlah
memperjuangkan negara kita. Negara Malaysia bukan untuk orang Melayu sahaja
tetapi untuk semua rakyat Malaysia. Jangan biarkan orang barat memperkotak-katikan
perjuangan rakyat Malaysia yang kini hamper menjadi sebuah negara maju dan hari
ini kita sudah 56 tahun merdeka dan negara Malaysia dikenali di serata dunia
jadi janganlah kita dengan mudah menyerahkan negara kita yang aman damai ini
kepada orang asing yang hanya mempergunakan keselesaan dan kekayaan hasil bumi
kita untuk mempertahankan kedudukan negara mereka sebagai negara gergasi
didunia. Rakyat Malaysia perlu sedar dan jangan leka dengan keindahan hiburan
dunia sehingga lupa yang negara diserang hendap tanpa bicara. Berfikir sebelum bertindak, bangkit sebelum
diserang!.
BERJAGA-JAGA WAHAI RAKYAT MALAYSIA!
0 aku rase post ko tak bleh blah:
Post a Comment