السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
Siri penjajahan Amerika tidak pernah berhenti dalam usaha dan mencuba masuk ke Asian Tenggara terutamanya Malaysia. Setelah Tun Mahathir membidas Amerika Syarikat untuk membina pengkalan tentera di Malaysia dan Indonesia, AS semakin tertekan dan dari situ Malaysia di tekan melalui kegawatan ekonomi pada tahun 1997. Mereka merancang dengan penuh strategi untuk menjatuhkan Malaysia sekali gus menyekat kemaraan Ekonomi Gegasi Dunia, China dengan mendapatkan Pulau Perak dan Kepulauan Spratly.
Strategi mereka sama hanya menjatuhkan nilai dalam diri orang Melayu, islam di Malaysia maka mereka berjaya. Serangan akidah sudah dilaksanakan beratus-ratus tahun dahulu dengan serangan akidah sahaja mampu menundukan rakyat sesebuah negara. Banyak perkara saya nak keluarkan disini tetapi mungkin kita berbincang isu COMANGO dan terlahir percambahan-percambahan pendapat yang mungkin mampu membuka minda semua rakyat Malaysia. Ini bukan diskriminasi agama atau bangsa tetapi jelas di lihat serangan adalah kepada Bangsa Melayu beragama islam. Boleh kita lihat dari media barat kerap kali menyebut perkataan 'Muslim' jadi saya tekankan disini, Bangsa Melayu dan beragama islam di kencam oleh Amerika. Kenapa? Nanti akan saya bincangkan pada perbincangan yang akan datang.
Apa kaitan isu COMANGO dengan Keselamatan dan ekonomi Malaysia? Pasti ada yang tertanya-tanya dan berfikir jauh. Bagaimana harus saya kaitkan pasti dirasakan tidak logik pada akal tetapi seperti yang di gambarkan oleh Tun Dr Mahathir dalam Ucapannya di Tokyo yang beliau berkata “Negara yang berada pun boleh dijajah dengan menjadikannya negara miskin dan mengemis dalam masa yang amat singkat, tanpa seorangpun askar penjajah terbunuh dan tercedera. Apabila negara menjadi miskin, maka politiknya akan menjadi tidak stabil dan rebutan kuasa akan berlaku. Dengan itu, pemimpin akan ditukar sehingga terdapat yang sanggup mengikut kehendak kuasa dunia. Dengan perkataan lain, penjajahan sudah berlaku”. Begitulah Dr. Mahathir mengemukakan teori imperialisme ekonomi kapitalis baru. Pasti bertanya lagi, apa kaitannya ekonomi, dan agama sehingga Malaysia di kecam sewaktu persidangan COMANGO baru-baru ini. Seolah-olah Perlembagaan Malaysia yang unik dan mampu menyatukan bangsa telah membuatkan mereka perlu menghancurkan perkara yang telah lama kita pertahankan?. Mengapakah?.
Seperti apa yang saya telah jelaskan iaitu, dengan menyebarkan seruan se AKIDAH sahaja AS mampu menundukan semua rakyat Malaysia untuk menyokongnya. Mahukah pembaca semua melihat anak-anak kita mengaku islam tetapi tidak tahu islam itu apa, siapa tuhannya, yang mana baik dan yang mana buruk. LGBT di benarkan, Liwat di benarkan, tidak perlu Raja yang menjadi ketua kepada agama islam. Tahukah anda, pemerintahan beraja yang mengamalkan ajaran islam dan dikekalkan dalam keadaan Raja Berpelembagaan hanya ada di Malaysia? Bertapa ampuhnya sistem kita hari ini sehinggakan libralism, sekularism dan yang diperjuangkan COMANGO mampu menjatuhkan Malaysia.
Kita melihat perjuangan COMANGO satu perjuangan 'HAK ASASI' yang tidak berasas. Patung-patung AS tumbuh di Malaysia seperti cendawan selepas hujan tetapi tanpa disedari oleh mereka. Jangan bila negara sudah tergadai baru kita nak meraung-raung. Bila negara dihujani peluru baru kita nak memaki hamun, bila anak-anak dah tiada iman baru kita nak berdoa dan memohon kepada Allah. Merawat lebih baik daripada mengubati. Sediakan payung sebelum hujan.
Apabila Malaysia di depani dengan pelbagai tuduhan berkenaan dengan isu kehilangan MH370 yang saya yakin di dalangi AS 100 %, kita di kencam habis-habisan oleh pihak baru sewaktu persidangan COMANGO sehinggakan kita hampir goyah. Perancangan Allah maha hebat. Tiada siapa mampu melawannya. Dalam keadaan ini, patung-patung AS berusaha menjatuhkan negara sendiri dengan memburuk-burukan negara. Sedang kita sedikit pon tidak berfikir masa depan negara dan masa depan anak-anak kita. Akidah anak-anak kita pewaris negara akan hilang tanpa kita sedar dan AS akan masuk ke Malaysia atas dasar satu akidah yang dulu di perjuangkan dan akhirnya AS kecapi setelah proses menukar akidah anak-anak di Malaysia selepas kesepakatan COMANGO. Ekonomi Malaysia seratus peratus di kawal oleh AS pada waktu itu dan orang Melayu Islam di anggap hamba abdi. Negara kita mundur dan anak-anak terbiar tanpa pengangan. Konsert liar, zinar, pelacuran, Gay, Lesbian, Bisex, Pondan, Tomboy menjadi biasa. Pada waktu itu semua orang jauh dari islam. Kenapa ini berlaku kerana perjuangan COMANGO oleh patung-patung AS di Malaysia telah mendapat persetujuan dunia. Mereka bersorak tetapi sebenarnya Kampung mereka tergadai.
Kita bersuka-suka hari ini, masa depan belum tentu ada sinar kegembiraan. Sama ada Nur islam itu akan terus menyelubungi Tanah Bertuan Tanah Tumpah Darahku Malaysia atau terkubur atas peyelewangan akidah. Ingatlah isu COMANGO ini bukan isu politk dalaman tetapi politik dunia. Ingatlah wahai Rakyat Malaysia semua. Bersatulah menghentam dan menghina pihak yang tidak bertanggungjawab menjual negara dengan memperjuangkan isu COMANGO. Membuang Akidah Umat Islam dan Melayu dengan memperjuangkan isu COMANGO yang tidak berasas. Bersatulah dengan seruan kaliman Allah yang esa. Bersatulah tanpa mengira parti politik. Sesungguhnya islam itu bersaudara.
Allah hu Akhbar!