Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Thursday, January 10, 2013

Menuju ke Alam Couple Halal.

Thursday, January 10, 2013
Assalammualaikum,

Selawat dan Salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Rasul pembawa rahamt seluruh alam dan penutup segala rasul dan nabi. ~~<3

Alhamdulillah masih hidup sehingga hari ini. Nikmat kurniaan Allah kepada aku pada hari ini menjadikan aku lebih bersyukur kerana memberi peluang untuk terus hidup. Aku juga bersyukur kerana Allah tetapkan diri aku dengan nikmat islam, iman dan ikhsan, nikmat yang tidak ada pada semua manusia diatas muka bumi Allah ini. Alhamdulillah, ya Allah tetapkan keimanan dan ketaqwaan aku kepadaMu. BarakaAllah.

Aku masih dalam bulan peperiksaan, di mana satu bulan yang amat dinanti-nantikan oleh semua pelajar tetapi rasa yang bermacam-macam dalam diri pada ketika ini. Semoga jalan ini dipermudahkan Allah.

Lumrah manusia perasaan sayang itu indah, perasaan sayang itu satu kesenagan tetapi bagaiman menyalurkan perasaan sayang itu?. Sayang ada banyak ketagori:
1. Sayang kepada Allah.
2. Sayang kepada Rasulullah s.a.w.
3. Sayang kepada Mama dan Abah.
4.Sayang kepada adik beradik dan kaum kerabat.
5. Sayang kepada Ilmu.
6. Sayang kepada sesorang yang kita cintai(bakal isteri atau suami).
7. Dan lain-lain.

Tetapi bagaiman kita menyalurkan perasaan sayang ini?. Untuk lima yang pertama itu kita sudah tahu caranya.

Kepada Allah:mentaati segala perintahnya dan meninggalkan laranganNya.
Kepada Rasulullah s.a.w: menggamalkan segala ajarannya dan sunahnya, sentiasa selawat kepadanya.
Kepada Mama Abah: Menghormati mereka, menjaganya, mendamaikan jiwanya, memudahkan urusannya, menyanyangi mereka seperti mereka menyanyangi kita sewaktu kecil.
Kepada Ilmu: mengamalkannya.
Kepada Adik beradik dan kaum kerabat: Mencintainya dan menyayangi mereka.

Tetapi kepada sesorang yang kita cintai? (Bakal isteri atau bakal suami? Ini bagi yang belum kahwin yek. :) ). Aku tak arif tetapi aku nak kongsi apa yang aku tahulah.

1. Jika kita mencintai seorang wanita atau lelaki, niat dalam diri untuk jadikan dia yang sah untuk kita.

2. Kenal dengan dia (bukan bermakna couple tetapi mengenali dia atau kita panggil taaruf) but bukan berdua sahaja bile bertaaruf tetapi beserta kawan-kawan.

3. Kenal dengan keluarga perempuan tersebut sebagai tanda bahawa kita benar-benar mahu jadikan dia sebagai isteri kita (kalau lelaki lah sebab penulis blog ini lelaki). Dan sekurang-kurangnya family tahu dengan siapa anaknya berkawan.

4. Pelihara pergaulan, jangan berdating, bercinta, keluar tanpa batasan. Andai ingun bertemu perlulah berserta sebab dan ada perbincagan penting tetapi tidak boleh berdua dikhuatiri fitnah dan melampau batas.

5. Menjaga batas perhubungan. Perlu ada kawan-kawan untuk menasihatkan kita.

6. Menabahkan Ilmu agama. Sebab nak jadi suami kena tahu agama kalau tidak bertuankan nafsu dan syaitan rumahtangga jadi porak peranda.

7. Sentiasa berdoa dan memohon agar Allah menjadikan satu kenyataan untuk memperisterikan seseorang yang kita kenali. Perbanyakan solat hajat dan istiqarah agar pilihan kita tepat dan diredahi Allah. Kita merancang tetapi perancagan Allah maha hebat.

Ini mungkin sedikit yang saya boleh kongsikan. Ini bukanlah langkah yang perlua kawan-kawan semua ikut tetapi perkongsian ini, semoga mendapat keberkatan Allah. Akhir kata segala yang baik datang daripada Allah yang buruk atas kekilafan diri tetapi hakikatnya dari Allah. BarakaAllah.

Aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w.
Sayang Mama dan Abah juga.

P/s: semoga Allah mempermudahkan urusanku. InsyaAllah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 aku rase post ko tak bleh blah:

 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket