Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Thursday, May 6, 2010

pergaulan bebas~seks bebas

Thursday, May 6, 2010
assalammualikum sahabat...hari ini...nafsu seerakah..akan berkongsi dgn korang semua tentang satu tajuk yg agak panas...sebelum tuh biar aku story ckit..ttg diri aku..hari ini aku pertama kali online kat atas meja stady..sebelum ni...zku online dalam bilik ckit...kasi privcy...bru shok..boleh wat bende pelik2 hohohohohohho...k..hari ini aku nak kongsi dgn korang tetang ..nafsu gak..yh mmg sesuai dgn blok aku... aku nak kongsi pasal....pergaulan bebas~seks bebas....hahaha jgn terkejut..hahaha!!!!!ini bukan gurauan ek...ini cite realiti bukan fantasi.... hahahha....sebenarnya..
pergaulan bebas ni..nng bebas r...ape masuk bebas?

bebas ni bermaksud sesuatu yg kita lakukan tanpa perlu mendapat kebenaran atau mengikut peraturan...kalu pergaulan bebas maksu dia berkawan tanpa perlu mendapat kebenaran atau mengikut peraturan...jadi mcm mane tuh???

bebas nak pegang,pukul2 manja,usap2..bebas r...semua bebas...tak ade batas...samapi nak pegang di bahagian dada pun...bebas ohohohhohoho...astgfirullah halzim...
tp aku tahu..member2 aku smeua tak cam tuh..sebab diorang semua tak penah tinggal solat lima waktu dan siap berjemaah g..."solat dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran"
so..mmg member2 aku tak buat r...tp..org2 lain???
yg penuh dekat bintang walk...
kalu perempuan mesti nak bergesel2 dengan jantan..jantan kalu berguna takpe..ni tak bergunah...dah lah bukan mahram..pastuh bergesel2...pakian sendat napak semua part..dari atas sampai bawah...kejadahnya...tak kurang pula yg bertudung...tak ni..org panggil..perempuna tak sedar diri..bertudung pakaian dah cantik..tp..adoi..tak tahu di untung...berpegang-pegang tangan...
tak abis lagi..pergi tepi tasik...tiru gaya mak salih..beromen tak sudah...dad abis beromen...abis segala2nya..yg tak terbukak dibukakan..adoi...la takrabulzina...(nauzubillahhiminzaliq)
ni lah aku ckapkan pergaulan bebas~seks bebas.. itu r..maksudnya...dah bergaulbebas..of corse r...seks bebas..bile dua2 kepala dah naik air...yg tak boleh jadi boleh.....


abis tuh bile dah terberanak..nak salahkan sape????salahkanlah ibu mengandung???salahakan bapak??? dah tu nak salahkan sape?? salahkan lah diri sendiri kerana tak polish iman tuh...aku pun bukan iman teguh sangat pun..kadang2 takut gak...terberanakaan ank orang..
tp mintak jauh r...aku mintak juah... alhamdulillah setakat ni aku tgk kawan2 aku semua menjaga iman..bergaul umpama muslimin dan muslimah sejati..itu yg aku nak...itu yg aku suka kat kawan2 aku....tp aku sedih dekat remaja2 yg duk kat bintang walk..tak kisah r..bintag pe pun..tp..yg bergaul bebas..sampai arak pun dia minum macam air raibina....dan kdag ade yg cium2 macam mak dengan anak..yg tu yg tak tahan tuh,,,,,,


takpe..manusia ni...ALLAH..syg sangt..sbb manusia ni adalah makhluk kejadian ALLAH yg terbaik...penyang ALLAH medahului kemurkaannya....even pelacur pun..masih terbuka pintu taubat untuknya....kawan2 inagt tak kisah seorang pelacur yg memberi minum ajing yg kehausan menggunakan sepatunya???ingatkan...dia adalah wanita yg dijanjikan oleh ALLAH syurga... dia telah mendapat hidayah melalui seekor anjing..dan mejadi wanita muslimah yang sejati selepas kejadian itu...tgok ...wanit yg dinamakan pelacur pada zaman itu masih disayangi oleh ALLAH...bertaubatlah wahai sahabt2ku yg ALLAH sayangi....jgn berputus pada rahmat ALLAH..sesungguhnya siapa yg berputus pada rahmat ALLAH dia dalah manusia yg rugi...malah menzalimi diri sendiri....


iman ada naik ada turun..kalu dia naik...sampai solat hajat 34 rakaat pun tak rase penat...rase manis jew..tp kalu dia turun..mcm2 bende negatif r ..nak buat ohohohohhoohho
. insyALLAH..kita akan selalu berada didalam dakapan ilahi....


kalu nak bergaul boleh..tidak salah...malah dapat mengeratkan silaturrahim..tp ada batas2 pergaulan...bukan meghlang terus..tp ingin...menjaga keindahan agama islam...agama yg sucu bersih dan indah..dan jgnlah kita orang melayu beragam islam mencemarkanya... ingat..kita perlu berusaha keatas iman...bukan menunggu iman....iman itu adalah tunjang kehidupan kita.. tiada iman..kita akan mudah mengikuti nafsu syaitan...nafsu yg bakal merosakkan kehidupan kita..hingge kita jtuh ke dalam lobang2 neraka jahanam..sedarlah wahai sahabat2 ku....

sebagaimana hadith daripada Hamzah bin Usaid Al-Ansari yang diriwayatkan daripada bapanya yang mendengar Rasulullah Saw bersabda,apabila melihat kaum wanita bercampur aduk dengan lelaki di tengah jalan :


عن أبي أسيد الأنصاري عن ابيه : أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول وهو خارج من المسجد فاختلط الرجالبحافا مع النساء في الطريق فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم للنساء : استأخرن ؛ فإنه ليس لكن أن تحققن الطريق ؛ عليكن بحافات[1]



Yang bermaksud : Daripada Abi Usaid Al-Ansori daripada ayahnya : Bahawa dia (iaitu ayah Abi Usaid Al-Ansori) telah mendengar Rasulullah Saw bersabda, di mana ketika itu Rasulullah Saw berada di luar masjid, dan berlaku ikhtilat di kalangan lelaki dan perempuan ( di mana Rasulullah Saw melihat ikhtilat tersebut ) : " Kebelakanglah kamu,sesungguhnya kamu tidak boleh berada berada di tengah jalan,kamu mestilah berjalan di tepi jalan."


hadis diatas jelas menunjukan Rasulullah sendiri tidak mahu wanita dan lelaki bergaul sehingga menimbulkan fitnah yg pasti merosakan institusi islam itu sendiri...aku pun tak suka gak tgok lelaki ngan perempuan bergaul lebih..sampai pegang2...ye lah aku pun tak lah perfect..tp masih menjaga batas2 pergaulan..insyALLAH......

jadi kita sebagai muslimin dan muslimah perlulah..mejaga batas2 pergaulan untuk mengelakan daripada terjerumus ke kancah maksiat yg merosakan...so..same kita muhasabbah diri mendekatkan diri kepada ALLAH.,.yg maha penyayang...kalu tak dapat usap2 dengan makhluk..dapt usap2 dgn ALLAH..alhamdulilah lagi indah...jadi..jgn terlampau gersang untuk mencari maksiat dunia...ingat dunia ni sekejap jew...kepada lelaki2 sekalian..ingat..sekali anada terjerumus dengan zina selama2nya anda tidak merasai nikmat bidadari di syurga ...

so...sampai di sini sahaja wadah dari aku..andai anda terkasar bahasa harap dimaafkan... dan andai de kesalahan dalam post ni..betolkan ek...

waahhuaalam

yg penting aku sayang ALLAH dan RASULULLAH SAW


p/s:aku mahu wanita yg solehah..dan yg penting..menutup aurat dan perhiasan heheheh hohohohoh..

Monday, May 3, 2010

agriditasi untuk calon2 ahlis syurga

Monday, May 3, 2010
copy dari member..bukan aku yg tulis...makhluk ALLAH..yang insyaALLAH..beroleh kejayaan dunia akhirat..

Gambaran Di Hari Perhitungan (Judgement Day)
Share
Today at 12:02pm
(http://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=3829)
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.



12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba
dibumi.

15. 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.


27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.



Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

Sunday, May 2, 2010

KHAWIN vs NIKOH

Sunday, May 2, 2010
assalammualikum sahabat..semua..hari ini...aku nak cerita tentang ap...jang!jang!jang!....
jgan terkejut...jgn ade yg sawan..jg ade yg gelepor..jg ade yg nak stim2 lak ek...ni nak cite pasal...hahahaha...nak thu tak..hohoohohohh...nak tahu ke????...betol ke nak tahu... k...nak cite pasal...khawin ..aku bukan dah khawin pun tapi tak pe r...aku nak cite gaksebb bende ni penting...kalu aku bukak kejadah facebook tuh...ade je member2 aku ni sibuk cite pasal khawin...aku pun kadang2 layan gak hahaahaha(gatal bley!!!!..sekali sekale tak pe..jgn selalu..haha) ok....aku bukan nak cite pasal malam pertama ke,,malam kedua ke..teknik2 ke...tp ...aku kat sini..nak cite...pasal...matlamat..

korang ni kalu cite pasal khawin..mmg suke..tp matlamaye..tujuan..ny..ape????
bukan benda main2..tau..ni soal dunia akhirat...kk... ni aku nak kongsi sikit ttg satu firman ALLAH...

Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika kamu takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”


ok...dalam ayat ni..mmg ALLAH..menyuruh umatnya berkhwin..tetapi ALLAH jug berfirman..bahawa dalam ayat ini..lelaki boleh berkhwin meksimumnya 4 orang..jew..tp aku bukan nak cite pasal poligami...tetapi aku nak cite pasal...ALLAH menyuruh hambanya berkhwin..untuk ape???untuk melahirkan zuriat..zuriat yg soleh dan solehah...itu matlamatnya... motifnye apa????melahirkan insan ulualbab...yg mentaati perintah ALLAH..dan meniggalkan larangany...sebelum korang nak khawin...apa persiapanya....itu yg kita nak kupaskan ..bukan main bedal je...pk nak khwin..utuk pe...sekdar meghalalkan yg haram...banyklah(kalu camtuh..khwin cerai...khawin..cerai) bgus.....

k..first sekali..korang takyahlah nak pk2 nak g urut batin ke ...ape ke....nak kuatkan stamina ke...kejadahhnyua....sia2...hai apelah..manusia..ni..dia ingat seorang wanita ingin menikahinya smeata untuk...melayan nafsu seerakahnya...banyak cantik....ko tak tahu perempuan tuh nak kikis duit ko.. dia nak bimbingan dan mecari keredhan ALLAH daripada suami yg soleh..itu yg betol nye....k...aku nak beritahu kepda mahsiswa mahsiswi semua... nak khawin yek..... jap aku ade stu hadis..aku jumpe... jap ek....

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW. Antara faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu dapat menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat....so mmg..dari hadis ni...pun tujuan dia..memelihara kemaluan...tp ingat lah...ALLAH telah meletakan seseorang keatas seeorang itu dengan sesuatu yg adil dan saling lengkap melengkapi(sekufu..ek..bukan sekufur)

aku pun bukan layak ckap pasal ini..sbb aku tak khawin lagi..tp aku nak beritahu..jgn samapi yg ade khwin2 ayam..dah dapat...bile dah ade telur..yg betina je jaga..yg jantan cari betina lain...itu kita tak nak...

berzina itu haram...hukum berzina adalah sebat seratus kali..bagi yg bujang tp bagi sudah khawin rjam sampai mati...tp hukum hudud tak de kat malaysia...sbb tuh r..remaja2 skunk tak takut...boleh wat suke2 ati...kt kedai makan pun boleh beromen...dah ngandug anak haram pastuh baru menyesal ...nangis2 wat muka tak reti malu...itulah orag ckp..iku nafsu syaitan..mmg r...sibuk..org nak kahwin dia nak khawin...org khwain pakai wali sah diak hwin..pakai wali 7-Eleven... 7-Eleven pun satu...bukak 24 jam...bile dak2 ni nak cari wali pukul 2..3 pagi nak wat projek kat tepi tasik muadah r...ish....teruk habaq hang...

tapi aku nak beritahu ni..andai sesorang muslimin mencintai seorang muslimah....

pertama-tama

tiada cinta seindah selepas khawin...

tiada cinta tanpa ketqwaan kepada ALLAH

tiada cinta tanpa keredhwann ALLAH...

apakah cinta itu hanya didunia...pasti sehingga akhirat..

bagaimana????

bersama2 membawa muslimah itu mencintai ALLAH...

dekatkan diri kepada ALLAH...

perbanyakan ilmu agama untuk memimipin...

korbankan cinta semata2 kerana ALLAH....

jadilah cinta manusia sebagai asbab dala mencintai ALLAH....

sesungguhnya orang yg beriman akan dibukakan jalan kemudahan oleh ALLAH,.... insyaALLAH...


dunia...

apa yg perlu ada sebelum nak anak dar orang

2. duit

3.rumah

4.kereta

5.pakaian

6.makanan(tak kan nak makan pasir)....

lepas ade semua ni..kalu ko nak khawin khwainlah....

melainkan korang ni..mmg dah kaya dan beragama..serta sudah layak berkhawwin,,insyaAllah berjaya dunia akhirat.....


yang paling penting..

AKU SAYANG ALLAH DAN RASULULLAH SAW

waahuaalam...

p/s: kadang2 aku terpikir gak siapa ek muslimah yg bakal jadi suri hidup ku...hehehhe

 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket