Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Wednesday, December 29, 2010

Apa Ikhtibar yang kita dapat dengan menonton bola sepak?

Wednesday, December 29, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم


hai semua geng2 nafsu seerakah..alhamdulilah..rasa bersyukur sangat akhirnya Malaysia berjaya menjulang piala AFF. walaupun percubaan yang amat mengganas daripada Indonesia tetapi Malaysia berjaya mempertahankannya.. syabas dan tahniah. Alhamdulilah.

hari ni aku rase pening sikit. bukan apa..kelemahan yang ade pada diri aku ni..aku tidak boleh memakan makanan yang bercoklat dan berkafen yang terlalu pekat. kebetulan pak sedare aku beli donat daripada sebuah kedai donat yang terkemuka. aku ni kalu makan perisa lain takpe..tapi kalu coklat dengan nescafe macam tak boleh sikit. so dia kasi yang perisa macam rasa nescafe. biasalah dah nak abis kot tadiwaktu dia beli. tak ada pilihan..ada yg perisa nescafe je..kalu tak ambik takut dia terasa lak ..so aku pun makan lah..tak abis..pun..sikit je makan..dia start nak muntah..aku pun buanglah perisa dia kat atas just makan donat kosong je. lepas tu .dia start poning..adeh..kalu coklat conferm aku muntah. kesian aku kan. org lain kalu sebut pasal coklat suke..tapi aku..tak layan.hohoh..

so entri kali ini..aku tak nak mengulas pasal permainaan bola sepak yang telah laris di ulas oleh blogger lain tetapi..aku ingin mengulas kehebatan daripada sukan bola sepak ini. sebenarnya banyak kelebihan daripada sukan bola sepak ni..sebelum aku bercerita ttg kebaikan sukan bola sepak dari segi yang lebih besar..aku nak cerita dari segi yang kecil2 dulu..ok..

tadi sepanjang permaian bola sepak selama 90 minit semua keluarga aku termasuk mak sedare aku dan jiran..datang berkumpul rumah aku...family aku agak friendly sedikit..kami beramai-ramai menonton bola sepak sambil makan keropok yang mama aku goreng. apa2 pun sukan bola sepak ini mampu mengeratkan lagi ikatan persaudaran antara kami. dan kami rasa seronok meluangkan masa bersama-sama..malah ia menjadi satu cara untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kami.

ini juga terbukti dalam kamus hidup aku..setiap hujung minggu ..aku dan kawan2 kerap bermain futsal bersama..malah futsal ini telah menyelamatkan persahabatan antara kami..alhamdulilah dgn izzin Allah..segala persengketaan antara kami akhirnya dilupakan setelah kemenangan dan persefahaman dalam kumpulan. itulah yang terbaik..kita bukan sahaja menonton bola atau bermain bola tanpa mengambil ikhtibar daripadanya...

bukan sahaja sukan bola malah semua jenis sukan yang melibatkan pasukan atau negeri,sekolah dan negara pasti kita ada satu semangat kesukanan yang tinggi dan persahabtan erat antara kita. betul tak?? kawan2 semua pernah mengalaminya bukan. jadi kita perlu jadikan ia sebagai salah satu hikmah dalam bersukan bukan hanya untuk hibran bermanfaat semata- mata.

untuk negara..semua orang menonton perlawanan tadi buka? tak kira melayu, cina, india, sikh, dan bangsa lain. tak kira parti politik pas, umno, dap,keadilan ,KAMI dan parti2 lain..semua menyahut selogan yang sama malaysia boleh!! tetapi kenapa bila semua ini berakhir..berlakunya persengketaan??? faham tak apa yang aku nak sampaikan?? pahamkan??..jadi kita sepatutnya bersatu...bersatu di bawah seruan yang sama iaitu...menjadikan sebuah negara islam yang berjaya. perlembagaan berasaskan islam, undang-undang islam..itu yang paling penting..

kenapa aku bercakap tentang islam..kerana kita adalah negara islam..kita bermula dengan sebuah negara yang rakyatnya beragama islam dan negara kita dalah negara islam dan di iktiraf sebagai sebuah negara Hub Halal. oleh itu kita sepatutnya bersatu memartabatkan agama islam barulah negara aman...barulah kerajaan di berkati...kita tidak sepatutnya mengikut telunjuk orang bukan islam..tetapi kita membawa mereka mengenali islam dan keadalian undang-undang islam itu sendiri..kita tak rugi mengikuti undang-undang islam malah negara kita di berkati oleh Allah. tak akan berlaku isu rasuah, isu buang anak, isu cabul dan rogol, isu rompak judi dan sebgainya..sebaliknya negara aman damai dan harmoni malah..jika kita tinggalkan emas di luar rumah tiada siapa yg berani mencuri dan tiada siapa yang mahu mengambilnya kerana masing-masing mempunyai keiman yang tinggi..

kenapa kita tidak mengambil semangat sukan itu..dan di terapkan dalam semangat kita untuk membanggunkan sebuah negara islam bukan sebuah negara yang so call islamic..aku kat sini bukan nak kondem negara Malaysiaku yang tercinta tatapi aku hanya ingin katakan yang aku sayang negara aku dan tidak mahu negara ini dan pemerintah seta rakyat dalam negara ini di azab oleh Allah... isu homoseksual juga sudah dipandang mudah malah para ulama' amat risau tentang ini..takut akan azab Allah tetapi adakah kita dan pemerintah perasaan? adakah ini disebabkan pemerintahan yang terlampau liberal yang mengikut barat sehingga rakyat mandi pantai tebogel pun di benarkan. tubuh pusat2 hiburan juga dibolehkan sehingga menghina agama islam melalui pemakaian yang so call islamic malah menghina kalimah Muhammad pada pakaian itu dan katakan itu adalah fasion?..rela korban agama semata-mata untuk menunjukkan kepada dunia akulah wira dan wirawati dunia? bergitukan kita? sehingga terdiam kerana disebabkan yang merialisasikan fasion ini adalah org kuat negara?. aku disini bukan membuka persengketaan antara kita tetapi kau disini ingin menyedarkan rakan2 semua dan diri ku sendiri bertapa islam itu adalah agama yang murni suci dan diberkati..jangan di hina..tetapi di jaga..

andai undang-undang islam itu dilaksanakan..tiada rasuah.tiada homoseksual tiada semua perkara yg meroskan iman.. insyaAllah.

jadi aku disini buka untuk membuka persengketaan dan jurang antara kita dan pemerintah tetapi kita bersama-sama menegakan kebenaran. dari sekecil-kecil badan dakwah sehingga sebesar-besar badan dakwah yang mampu menarik lebih ramai remaja yang bakal menjadi pelapis negara. politik itu penting tetapi kenapa kita perlu meneruskan plan A andai plan A tidak mampu dilaksanakan..kita cipta Plan B yang boleh meneruskan dakwah Rasulullah s.a.w... jika kita hanya bertumpu kepada plan A yang kita belum pasti akan kejayaannya..kenapa tidak kita bertindak dengan sendiri-sendiri..

melaksankan plan B dengan diri kita sendiri..menarik lebih ramai lagi remaja mengenali agama islam dengan lebih dekat...tak kenal maka tak cinta..dari sekecil-kecil kumpulan ia mampu menjadikan sebuah badan yang besar yang bakal menegakkan syariat islam..itu sahaja cukuplah negara kita melaksanakn pemerintah islam tidak kiralah siapa yang memerintah. aku bukan ingin berpolitik disini tetapi ingin memberi tahu pendapat aku. kita bersatu kita berjaya., sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

wallahualam..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Tuesday, December 28, 2010

blog aku selalu usyha..dan tak rugi kalu korang nak usyha..jom2..bace

Tuesday, December 28, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng semua...sudah hampir sebulan aku duk umah..blogwalking dan blogwalking..korang tak terasa ke..kenapa aku suke blog walking? hak... mesti korang tak terasa sebab aku biasanya Bw je..tinggal pesanan dekat shoutbox..kadang2 aku rase nak je buang shoutbox tu..tapi difikir2kan.. kalu buang tak de lah aku tahu kewujudan kawan2 aku... hohoh... korang tahu tak...tak semua blog yang aku singgah aku akan komen..cume blog yang aku rase..ade info yang bermanfaat aku akan komen..paling kurang aku akan komen "nice n3 keep it up!'', ataupun "tq ukhti/akhi info yang menarik".. bukan aku tak nak komen panjang2 cume aku rase mmg entri terbaik..buat apalah aku nak komen..melainkan..aku ade rase sesuatu yang aku perlu kasi tahu dan aku kasi tahu..kadang2 panjang gak...hohoh.. bukan aku nak kondem blog yang lain.. tapi itulah aku...tak berniat nak jadi sombong...insyaAllah blog yang aku follow kalu aku free..aku pasti melawat dan tinggalkan komen... tak pun aku baca entri than aku tinggal jejak di shoutbox.

ok aku kat sini nak gak kongsi kat korang blog yang kalu admin dia update..bak kata orang perlis celapok aku p terjah..antaranya... jeng2...banyak tau blog yang aku suke bace..mmg aku tertunggu-tunggu...kalu aku cakap kat korang blog kereta mayat? korang mesti kenalnye lah...blog tu mmg aku suke sngat2..first blog yang aku suke bace..walaupun...si Hamka tu tulisan dia agak lawak tetapi itu tidak melemahkan aku untuk menghabiskan entri dia sampai habis..seyes..aku suke bace entri dia...hohoh... tak leh belah..banyak aku belajar daripada entri kereta mayat ni..contoh perihal ihsan..korang nak belajar pasal ihsan korang g lah blog dia conferm paham...insyaAllah.

blog kedua adalah blog encik mamat... blog encik mamat ni..dia punye nama blog aku dan sesuatu... korang kalu tak kenal dia..mmg korang tak berani usyha...bile korang follow dia..pergh!! gua cakap sama lu..mmg gua tak tipu..seyes lu orang mesti..tak tido malam baca entri dia..mana taknya..semua tersirat..kene pikir outside the box..pernah aku komen kan dia punye entri "encik mamat tolong explane sikit" ..pastuh..dah dua kali aku bace baru aku faham...blog dia mmg simple..senang je nak masuk..takyah tunggu lama2 mcam blog yang lain..encik mamat ni..seorang yang puitis..so kalu korang nak baca blog dia..kene jadi puitis..baru boleh paham hohoh. dia ni mmg seorang yg cekal...aku soliut encik mamat...

blog ketiga yang mmg aku akan melawat bile dia update ..dia ni mcm lambat sikit updateblog mungkin dia busy..geram gak aku.. tapi sekali bile dia update..aku bace entri dia..tak puas..sbb ape...entri dia gempak..kot...tapi dia kasi pendek je..hohoh.. tapi kalu bace..baru korang tahu siapa si james buns ni.. blog berjudul Tiba-tiba menang!..dulu judul blog dia mmg gempak ..sampai aku pun wondering..nak tahu judul nya apa.. STFU bukan selogan lucah..aku pun pikir lah apa maksud dia..sampai skunk tak tahu...tapi blog di..gua ckp lu..tak bosan..lu bace banyak kali pun etri dia..lu gelak...tak abis..pastu lu bace lak komen dia..gua gerenti..gua punye komen mesti ade..melainkan..si james buns ni tak approve g..hak3!!!..stylo r..bro...

blog keempat blog Sorrow: yang begitu indah.. aku ni mmg nak berterima kasih kat bro Dark Half ..perkenalan aku dengan dia takdelah mesra..tetapi entri dia..pasti memesrakan aku dgn blog dia..mane taknya...entri sempoi abis...kalu korang nak bace blog dia..kene bersedia dgn kamus..ok...blog dia ni mmg aku tabit gak r..sbb terbuka minda aku bace blog bro nih..mane taknya..semua isu semasa..dia reletkan dgn agama islam..than kita sama2 mencari cara bagaimana nak selesaikan masalah..siap ade soal jawab dekat komen dia..gempak..kdg2 apa yang kita tak tahu lepas bace blog dia ni..pap! terbuka terus minda..tanpa berfikir tangan terus tekan button post komen..sbb nak komen "bro nice entri" mmg stylo r..dark Half. kadang2..dekat blog nih lah kita tahu masalah ummah yang sentiasa terkubur di dalam negara kita.. syabas bro..aku kagum dgn ko..teruskan menulis...hohoh.

blog seterunsya dua blog dari pelajar upsi..seorang lebih suka di kenali sebagai ayie..dan sorang lagi..loqman hakim. blog yang lebih menceritakan ttg dairi mereka amat indah di baca..mahasiswa upsi ini amat bagus dalam menulis entri malah bermanfaat. coretan kehidupan si cucu umie blog kepunyaan ayie..lebih cenderong kepada penulisan ttg permasalahan ummat serta mengaitkan hidupnya dengan syariat islam...bagi cikgu Akim yang lebih kepada penulisan yang agak exterm. suke menceritakan ttg aktviti nya di upsi menarik aku untuk lebih membaca..dan aku juga suka caranya menarik lebih ramai blogger untuk singgah di blognya...melancarkan pelbagai segmen..baginya dapat mengeratkan ikatan antara blogger.. baru ini segmen Jom Berkenalan berjaya menarik hampir 500 blogger berkumpul di blognya...syabas.. loqman..terbaik!!.itulah penangan blog Catatan Loqman Hakim

blog yang aku suke mengomen adalah blog Naulalala..blog ini kepunyaan nauratul nadiah..dia ni budak dentis di mesir...aku mmg kenal dengan dia ni...penah sekolah sama2 dulu..aku suke bace blog dia..selain kemeriahan blog dia dan amat cute sekali...dia suke menceritkan kehidupan dia di mesir..menarik wo...kadang2 dia suke mengajar aku bahasa arab..kalu nak belajar meh jengok blog dia..rase cute sangt..hahahaah... blog dia ni..mcm open dairi r..hohoh...kalu nak bace dairi dia ko pergi terjah blog dia..pastuh..korang komen sampai dia pening hahaha..dia ni suke warna ungu..mmg obses giler dgn warna ungu.

blog seterunya..blog kak lady...hohoh...name blog nya LadyBird's life. aku mmg suke bace blog kak lady..sebb banyak ilmu dapat...kak lady ni..suke cerita ttg kesihatan..kalu nak tips..kesihatan..g lah blog kak lady... kak lady juga suka gak post entri tarbiah..aku suke bace entri dia ni..banyak entri mentarbiah diri ini. thanks kak lady.

blog seterusnya selalu buat aku tersentuh blog ukhti aienny mmg paling aku terusik..setiap kali aku bace blog dia..pasti aku tersentuh.. dan tersedar...sebb entri ukhti ni..mmg bermain dgn perasaan membuatkan kita terasa dan tersentuh. mengembalikan diri ini kepada maha pencipta..

blog kak fuziani penuh dramatis..menceritkan kehidupanya sebagai anak sabah..satu blog yang membuat kita terpikir setiap bait2 cerita yang disampaikan..penceritaanya pencarian sinar keiman yang amat indah..dan mencari keindahan hidup melalui penulisannya..menarik aku lebih dekat mengetahuinya..penceritaannya yang penuh tanda tanya..membuatkan kita akan sentiasa menunggu entri seterusnya..itulah blog Cetusan Seikhlas Rasa. aku suke..thanks kak fuziani.. blog akak dah banyak mengajar aku...

ada dua blog mmg aku suke wat rujukan..indah sangatt penulisan blog dia..kadang2 mengupdate isu semasa..dua blog yang penuh informasi..tetapi penulisan yang berbeza..iatu blog bro azhan dan blog bro abu ikhwan iaitu blog kembara mencari hamba..thanks bro..sbb banyak ilmu aku dapat dari blog bro2 semua... thank you..

korang semua..kalu nak tahu lebih lanjut..baik korang pergi je blog diorang ni...aku nak cerita pun...banyak sngt..tak tercerita..better korang g..blog diorang..ni..best!!..menarik ..sempoi.....hohoh...

waallahhualm..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

aku kasi Rm 10 000 kau tutup kesalahan aku. kau nak?

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم


hai geng2...lama rasanya tidak mengupdate perkongsian berguna. segalanya mengenai isi hati aku je..hohoohho...aku rasa ada baiknya aku berkongsi sedikit ilmu yang aku tahu dengan kawan-kawan semua. tadi aku berblogwalking berjalan-jalan melihat entri terbaru kawan-kawan tertarik dengan entri bro Azhan "senarai Top 10 perasuah Dunia, Perasuah Jadi Pengeruai Felda" aku kat sini bukan nak senaraikan siapa 10 top perasuah dan nak bagi tahu siapa perasuah jadi pengerusi felda...kalu korang nak tahu..korang g je blog bro Azhan tetapi aku disini ingin mengulas sedikit isu rasuah nih.. bile difikir2kan..rasa mcm bodoh yang memberi dan menerima rasuah ni... aku nak buat equation..

Rasuah= Shit

aku nak explane sikit r pasal pengambil-pengambil shit ni. korang ambik shit. korang sorok celah mane pun dia tetap berbau. kalu wangi tak pe ni busuk bro...korang sorok dalam peti besi sekali pun kalu dah shit memang berbau. kalau tak dapat tangkap hari ini hari esok lusa tulat tubing..kita tak tahu lagi. kalau tak dapat kat dunia jangan risau kat neraka mesti kena lagi maha hebat azabnya. ini bukan aku cakap tapi sabda Rasulullah s.a.w


Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

berani korang lawan hadis Rasulullah s.a.w..berani! berani!... bro dunia boleh lah korang action..nnt kat akhirat tiada kompromi.. sedih aku melihat orang yang ambik dan terima shit..malah aku juga kecewa dgn kawan abah aku..baru2 ini heboh ttgnya menerima shit...seorang polis berpangkat tinggi sanggup mengambil shit semata-mata untuk memperoleh kekayaan dengan sekelip mata.. bodoh!!!!... aku dah menyamapah dengan isu shit ni... malah ..bukan sahaja para tentera dan polis malah ada juga pemerintah yang paling bodoh..menerima dan memberi shit. cuba korang bayangkan korang menerima shit. bertapa kotor tangan korang malah korang boleh gunakan shit itu untuk beri makan anak bini. anak bini korang makan shit..yaks!!! geli bro...

"ape kejadahnya...lori babi masuk taman aku...babi tu haram dimakan...orang islam tak boleh makan babi haram" sambil mengelak daripada lori itu takut air babi terkena muka.

amboi statement korang..tahu pulak babi tuh haram....tak boleh makan... tapi korang dok makan duit shit..boleh lak..tak haram,...tak geli...bodoh bodoh....

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)

aku pelik lah..kenapa penerima shit nih..tak takut dengan hukum Allah..adakah mereka ni..bodoh sampai tidak boleh memikir... betulah apa yang ustaz aku cakap..

"kalau mata dan rindukan dunia..kalu mata dah kabur dengan dunia..yang haram semua halal."

akhir zaman ini Allah telah campakan perasaan 'wahan' dalam hati setiap orang muslim. cintakan dunia takutkan mati..

dunia ini telah menjadi syurga mereka sehingga lupa akhirat. bila cerita pasal pengambil shit ni..kesan negatifnya..pasti ada..kalau tak, Allah tidak pulak melarang kepada pengambil shit ni..mesti ada kesan buruk..apabila Allah sudah larang..

suke untuk aku menjawab soalan pendidikan islam. apakah kesan buruk pengambil shit?

segi Politik.
pemerintah yang mengambil shit ni pasti akan terasa lalai dengan dunia sehingga dia tidak ingat yang diadalah pemerintah . terlampau senang dengan duit hasil shitnya. lalai dengan tugas sebagai pemerintah. negara kucar kacir kerana pemerintah menerima shit than kegiatan jenayah dalam negara tidak dapat dibendung. gejala sosial dalam kalangan pelajar juga tinggi..mana taknya...dah rogol orang ..jumpe polis...kasi shit...polis terima...
masuk jel sebab dadah..jumpe pemerintah kasi shit. pemerintah ambik shit..lepas tu bahagia. macam mana negara nak maju..masing2 ambik shit....ambik shit time tu macam lalat urung taik..hohohoho..

segi Rakyat.
rakyat makin gile..gile dengan duit..rakyat makin malas..cari duit melalui shit. rakyat jadi bodoh..masing-masing tak nak pergi sekolah..mana taknya...kalu cari kesalahan orang lain..lepas tuh..dakwa..than dapat shit. bodoh!!!.. kan terhebat manusia yang terima shit..hohoh...
tapi bila dah terima shit..macam biasalah berbau skit bro!!!..than kalu mati waktu terima shit..lagi naya...berbau sampai ke akhirat..terimalah hakikat.

segipersonal.
korang terima shit.korang malas kerja. korang duduk rumah, perut korang buncit macam perut mak beranak sepuluh, lepas tuh korang dapat penyakit , pastuh korang mati..pastuh..terima lah padah daripada Allah...

hohoh,

korang terima shit..korang tak takut ke..satu hari nanti ..anak korang kene rogol lepas tuh..penjenayah tu di tangkap..tetapi dilepaskan..kerana shit..korang tak kesian ke kat anak-anak korang. lepas ni dibesarkan dengan duit shit..than jadi bodoh ..sebab makan duit shit. hohoh. than nak belajar..kesian nak korang belajar dengan duit shit..so tak berkat..ilmu yang diorang dapat pun tak berkat..belajar..punyelah nak mampus..stay up daripada pukul 10 malam sampai lepas subuh..last2 masuk u kene tendang..sana korang tak tahu mcm mane nak atasi masalah ni..tapi sebenarnya ..semua datang dari pada korang yang terima shit .kesian anak korang..dia nak jadi orang yang berjaya...aku nak tolong pun tak boleh..sbb aku ni pun bukan pandai sangat. anak korang tension dengan study sebab korang asyik push last2 sekali bunuh diri tension dgn korang...

"macam2 macam papa kasi nak suruh boboy pandai..boboy nak itu ini, papa kasi..sebulan papa kasi rm10 000 kat boboy..pakai kereta ferari..tapi boboy tak boleh juga dapat pointer 2 flat...abah khuatirlah..kenapa boboy macam nih.."

kalu boboy tak sedar papa boboy amek rasuah mungkin kesian kat boboy..tapi kalau boboy tahu ..

"papa..macam mane boboy tak bodoh...ini sebab angkara papa lah..sebab papa ambik SHIT..macam mana ilmu yang boboy belajar nak berkat..."
hohoh..jgn korang cakap macma ni..tak baik..cakap cara baik ek..ni sekadar contoh semata-mata hohoh..

jadi kesimpulannya..jangan lah amek shit kerana shit haram di sisi Islam..malah effect dia..amat buruk kepada negara, politik,keluarga dan diri sendiri. kerana kita nampak keburukan mengambil shit ini.

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”. diriwayatkan oleh Ahmad


waallahualm,

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

p/s: aku google gambar shit..bapak gelinye..hohoh
tengah aku tulis enteri ini DR Iizi tengah hot cerita pasal rasuah kat Tv 9.hohoh

Sunday, December 26, 2010

cerita aku pulak kalu nak bace moh mai ke blog ...

Sunday, December 26, 2010
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2..tiba2 rasa nak share somtihing..hohoh..nak share gambar aku waktu kecik2 dulu..hehehe..lepas tgok macam tak caye itu adalah aku...hehehe...kalu boleh ..nak sangat kongsi kat kawan2 jom2..kita share gambak time kecik2 dulu..hohohohoh(nada poyo disitu).. emm nilah gambar aku mase kecik...tapi kalu gambar besar mcm payah sikit nak kasi tunjuk..kalu nak tahu..korang bayang sendirlah aku kalu besar mcm mane..hohohoho....jom tgok.....

masa ni baru umur 8-9 bulan macam tuhlah..rasenye.. tak berapa ingat al maklum lah masih kecik. bile di fikir-fikirkan..masa2 kecik dulu semua indah je..takyah nak fikir masalah..rase mcm2..tak beban je kepala ni..tapi bile dah besar macam2 kena difikirkan.

now im studying
.
.
.
.
.
3 years after this InsyAllah I will continue my studies
.
.
.
2 years after my studies, i will jump into industries insyaAllah.
.
.
.
2 years after thah i will get married insyaAllah.


hohoh..kalu inilah..perancangan hidup aku bertapa jauh lagi aku perlu melaluinya. jika ini perancangan di dalam benak fikiran aku bertapa aku kena harungi dengan tabah.

dulu masa kecik2 aku tak pernah fikir pasal ni..yang aku tahu bila mama aku tanya.
"bile besar nak jadi apa?"
"nak jadi doktor"

kagum mama aku dengar jawapan aku ..namun akhirnya 'doktor' itu hanya gurauan mimpi aku dan harapan mama dan abah,... kini aku memasang impian juga...impian sebagai seorang 'doktor'..hahahaha..'doktor' mesin.. 'doktor' juga...insyaAllah bidang yang aku pilih ini adalah bidang yang memang aku idam-idamkan selepas cita-citaku ingin menjadi seorang doktor tidak kesampaian.

dulu masa kecik..yang aku tahu main je...aku ingat lagi cara mama aku ajar aku membaca..agak unik.tetapi berhasil. mama membeli video tape dan membeli tape karaoke.. setiap lagu yang di pasang ada tahapnya sendiri..mama aku ajar pada awalnya lagu yang slow dan apabila aku sudah pandai mama aku memberi lagu yang laju. itulah cara mama aku ajar aku membaca.
mama aku bukan seorang guru, bukan seorang yang educated, bukan mempunyai ilmu yang tinggi, tetapi ketinggian harapan sehinggakan di berfikir seperti seorang guru yang telah bertahun mengajar.

masih aku ingat semasa aku berusia 7 tahun, setiap malam aku pasti menangis. bukan kerana di dera tetapi mama aku ajar aku spealing. setiap perkataan di ajar. dan pengajaran itulah yang telah menyebabkan aku mendapat gred A untuk subjek bahasa inggeris ketika aku darjah satu. time tu aku rase mama aku paling educated...hohohoh...

aku ingat lagi cikgu kaunseling aku ..aku panggil dia kak zah je...sebab time tuh aku semua dak2 sekolah aku panggil dia kak zah..biar rasa dekat sikit..hohoho...dia cerita kat aku..dia cakap..

"bayi yang dilahirkan memegang janji daripada Allah"
pernah tak kita perasaan kenapa bayi yang baru lahir tangannya sering menggengam
sebab bayi mengenggam janji Allah..
"semakin hari tangan yang di gengam itu terbuka dan semakin bayi itu membesar semakin lupa akan janji Allah"

seberapa benar cerita ini waallahualam..tetapi kita jadikan ia sebagai ikhtibar diri kita insyaAllah.

semoga diri kita akan sentiasa mengingati janji kita kepada Allah..andai kita terlupa rujuklah bait-bait kalam Allah...ini sebagai peringatan bersama...insyaAllah..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Kerajaan Hati


السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

dalam meneliti setiap kekosongan kerajaan hati mencari sinar di hujung rindu,
hati terdetik ingin mencari sebuah kebahagian yang jitu,
tetapi disaat ia semakin hampir,
tiba-tiba ia lenyap,
seakan ada yang membenci dan iri hati atas segala kebahagian,
itu semua hanyalah hayalan diri ini,
sedikit demi sedikit kerajaan hati mula gundah gulana.

kerajaan hati tidak pernah lekang merindui sebutir mutiara,
digilap dan digilap semakin bersinar,
tetapi tiba-tiba hilang membelah laut,
terlucut dari tangan yang sudah kemas menggengam.

sewaktu kebahgaian tiada yang indah,
hati tidak menzahirkan iman,
malah melalui corong-corong hitam,
melalui kepulan asap-asap gelap sehingga kerajaan hati yang dulunya merah,
kini diselaputi sawang-sawang hina,
direnugi bait-bait suci tetapi hanya hebusan deruan nafas yang berbunyai.

dulu mutira yang bersinar menemani kerajaan hati sehingga membawa ke lorong-lorong gelap,
kini kerajaan hati mula bersawang,
mendung kegelapan melucutkan mutiara dari gengaman yang erat,
lara panjang membuatkan kerajaan hati mula kembali kepada kebenaran,
kebenaran yang melihat Allah disudut ibadat,
mencipta air-air suci dilohong-lohong pancaindera,
kesusahan telah meletakan kehinaan yang lusuh pada sepasang tapak kaki yang hina.

kini kerajaan hati mula memandu kearah cahya yang mulia,
melupakan sang mutiara yang hanya angan-angan kosong mencemarkan singgahsana,
melupakan segala lukisan-lukisan indah yang sering dicoret pada kanvas putih,
penceritaan indah disembah dengan penwar yang memudarkan warna yang dahulu besinar,
agar kerajaan hati boleh menerima kenyataan,
yang dia adalah meneroka angan-angan dan bukan kenyataan.

kini kerajaan hati sudah tahu ketentuan sebenar,
cinta hakiki milik yang abadi,
cinta hakiki milik yang pasti,
cinta abadi milik ya Rabbi,
ya Rabbi temanilah kerajaan hati ini,
yang sering lupa tika kegembiraan,
yang sering lupa tika keindahan,
ampunilah kerajaan hati ini,
peluk eratlah kerajaan hati ini Ya Allah,
agar kerajaah hati ini sentiasa dekat dalam pertunjuk Mu ya Rabb.

Friday, December 24, 2010

Dunia Jambatan Akhirat

Friday, December 24, 2010


السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2.hahhaa minta maaflah tak sempat nak mengupdate blog. hahaha..alhamdulilah..akhrinya kuar juga result final aku..hak3!! Alhamdulilah.. keputusan terbaik sempanjang aku belajar.. ok abis cerita keputusan exam malas nak panjang2 hohohoh.. hari ini aku sibuk menguruskan adik aku untuk masuk sekolah beasrama. alhamdulilah Result dia telah berjaya membawanya ke sekolah beasrama. walaupun bukan asrama penuh hanya sekolah Vokasional tetapi itu dah terbaik untuk dia. aku ni memang nak dia masuk asrama...biar dia tahu sedikit erti kehidupan..biar di reti berdikari..biar dia pandai menguruskan diri..biar dia tahu syariat dan agama. sebab sekolah vokasional di tempat yang aku telah uruskan kemasukan ini adalah sekolah yang menekankan kepentingan agama dalam kehidupan.

pernah jumpa tak sekolah vokasional yang pelajarnya nak ke kelas kene pakai songkok? hohohhoo..dulu aku pernah sekolah di tempat yang adik aku nak belajar ni. tapi aku bukan sekolah vokasional sebb aku bukan pandai kemahiran..tetapi sekolah asrama sekitar sekolah vokasional yang di tempatkan.

aku nak adik aku belajar dekat sana selain daripada mendapatkan ilmu yang mudah untuk dia mempelajari berbanding sekolah biasa dia dapat mengikuti kelas kafa yang diwujudkan setiap hari selasa. solat berjemaah lima waktu wajib untuk mendisiplinkan diri dia. masa aku dekat asrama dulu ada satu moto yang memang cikgu gunakan di sekolah kami "disiplin bermula daripada mussola" terbaik lah...moto ini..telah melahirkan ramai cerdik pandai di sekolah aku...alhamdulilah.

bercakap pasal asrama ni..teringat lak aku masa aku sekolah rendah dahulu. mak aku berkeras menyuruh aku masuk asrama. kebanykana budak darjah 6 masuk asrama katanya nak study tetapi di sebabkan aku ni anak manja so, macam-macam alasan aku wujudkan...aku menangis..tak manu duduk asrama...hohohohho..manja giler.... lepas tu masa tingkatan 4..parents aku kene pindah ke negeri tok gajah..so mama aku buat conclusion..aku kena masuk asrama di negeri penyu betelur. cuba korang bayangkan tingkatan 4 boleh menangis nak balik rumah.

last sekali aku pindah dan bersekolah di negeri tok gajah. tetapi aku akhirnya terpaksa masuk sekolah beasrama juga selepas sebulan bersekolah di negeri tok gajah. aku mendapat satu surat untuk memasuki sebuah sekolah dan kali ini memang tiada kompromi mama aku suruh aku masuk juga. aku lah seorang budak lelaki yang menangsi waktu mama dgn abah aku belah. tapi tak adalah meraung cuma terbik ayak mata. aku cuba terima dan adapt kehidupan asrama dan akhirnya asrama menjadi rumah pertama aku.aku enjoy duduk asrama sehinggalah aku tahu syariat. aku belajar agama. aku berdikari. dan kini aku juga sudah membawa diri ke negeri indra kayangan. terima kasih mama dan abah kerana berkeras suruh aku masuk asrama. ada hikmah di setiap kejadian. aku dah lihat janji Allah itu..alhamdulillah.

kat sini aku bercerita bertapa kita perlu tahu hal dunia dan akhirat hohoh..penting. disebalik hal dunia ..akhirat adalah pelengkap kehidupan kita di dunia ..



"dunia jambatan akhirat" bila kita tahu dunia ini bagaimana jalan hidupnya mengikut syariat yg di tetapkan. mendahulukan agama sebelum hal2 lain. insyaAllah ada kejayaan...

waallahualam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Wednesday, December 22, 2010

antara Dunia dan Akhirat

Wednesday, December 22, 2010


السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2..agak busy minggu ini. hahahah.btw ini adalah post yg ke 100 dari immukmin tak sangke hohoh..kalu print semua post ni berapa helai muka surat ek! hohohoh .hari ini result final sem dah keluar tetapi sayang dari pagi tadi aku tunggu portal masih tidak boleh dibuka tetapi tak mengapa ini mungkin meredakan sedikit ketegangan dalam diri aku. semalam memang busy tak sempat nak update blog dan berblog walking. than hari ini alhamdulilah ada ruang masa. mungkin masalah ummah yang menjadikan kita semakin leka dengan dunia itu pada tafsiran immukmin. hiburan yang melampaui batas membejatkan pemikiran orang islam di atas muka bumi Allah ini. aku juga begitu. aku merasai kekurangan ilmu aku ttg agama dan aku merasakan amat malu pada Allah tapi apakan daya aku masih belajar. semoga Allah membuka jalan kemudahan untuk aku dan kawan-kawan semua.

kita susah untuk tinggalkan dunia.sebaliknya pencarian ilmu ttg akhirat senang kita lupakan. aku bukan menghina kawan-kawan semua tetapi aku bercakap tentang diri aku. kadang-kadang aku juga tidak terlepas dengan godaan dunia yang serba indah pada pandagn kasar tetapi serba luput pada pandangan sufi.

subahanaAllah. aku bersyukur masih ada pelapis yang bakal mermartabatkan islam. aku ingat semakin bertambah pelapis penyayi tetapi rupanya ada lagi pelapis da'i yang pasti kan menggemparkan dunia. tertarik aku kepada satu rancagan rialiti terbitan TV1; adik-adikku.
pengakhiran lagu temanya juga menarik minat aku untuk mencoretkan disini ttg nya.. "adik-adik ku insyaAllah boleh"

indahnya mereka. bertapa comelnya mereka.petah berkata-kata menegakan islam dimata dunia. walaupun masih berusia 12 tahun kebawah hafalan hadis dan ayat alquran amat mantap tertarik aku ingin bercerita tentang salah seorang peserta pogram rialiti tv ini;


nama di beri Nur Syawani berasal dari terenggany. beliau amat petah berhujah. gaya yang dilontarakan telah menarik ramai juri. rancak dia berpidato ttg islam, iman, ihsan.
teringat aku tentang satu perkataan yang disebut..hohoh
"islam ini bukan botox"
hahahaha perbandingan yang amat membuka minda. kita sepatuntnya melahirkan perasaan cintakan islam dan cintakan ilmu bukan kita hanya merancang satu rialiti tv yang menjadikan anak-anak sebagai mangas hiburan tetapi corak lah anak-anak dengan tarbiah islam. secara personalnya aku puji dengan tv1 merancang aktiviti yang sangat bermanfaat pada musim cuti sekolah ini tetapi secar jujurnya ada juga program rialiti yang aku mmg suka. program rialiti yang berbentuk hiburan yang sekarang heboh. aku suka melihat adik-adik ini. semua comel-comel tetapi aku juga sedih melihat merak menjadi mangsa hiburan. dan pasti menggalakkan mereka terjebak di dalam dunia pergaulan yang bebas sehinggakan tiada batasan dalam pergaulan. nauzubillahhinzaliq

Rasulullah s.a.w bersabada, yang bermaksud, “Setiap bayi yang lahir itu adalah suci bersih. Maka ibu bapalah yang menjadikan mereka sama ada Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.”

hadis riwayat Bukhari dan Muslim

jadi segala pokok pangkal adalah daripada ibu bapa itu sendiri. betulah kata pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. kalau kita tidak didik anak-anak kita dari kecik. ini mmg pepatah yang amat benar sebenar-benarnya. sbb aku dah pernah tgok budak yang dibesarkan dgn didikan yang baik dan didikan yang kurang baik. mmg totally different. tapi Alhamdulilah mama n abah aku didik aku menjadi insan yang cemerlang insyaAllah.

kita memang susah untuk lepaskan diri kita daripada hiburan. mak bapak hari ini terlalu memnerikan kebebsan kepada anak-anak. dulu aku, siap kene sebat dengan batang paip sebb apa hanya kerana duit rm0.20. sekrang ambik rm0.20 tak kesah sbb rm0.20. kalau di biarkan bak kata mama aku nanti naik 'mue' dah naik 'mue' time tuh nak ajar pun dah tak gune. selagi anak-anak ini tak mencapai tahap yang matang dan pandai berfikir baik geng2 ajar elok2. macam entri aku yang lepas ttg adik aku aku just mahukan dia menjadi insan berguna. itu sahaja tak ada niat untuk aku menghukum dia.

aku sebagai abang perlu mengambil tempat mama dan abah aku untuk mendidik adik2 aku supaya menjadi insan berguna insyaAllah. begitu juga kawan-kawan semua. jangan pandang remeh ttg isu penerapan agama islam dalam diri anak-anak. kelak geng-geng pasti menyesal. ingat!

waallahualam

aku sayang Allah dan Rasulullah .s.a.w
 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket