السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الرحمن الرحيم
Ciptaan Allah yang sangat indah adalah seorang yang kuat tetapi lembut dimata. Seorang yang bisa mengoncang dunia dengan satu hayunan buaian itu adalah wanita. Secara jujurnya aku amat mengagumi makhluk Allah yang bernama WANITA. Setiap wanita mempunyai kelebihan dan kekurangannya tetapi Allah maha adil kekurangan itu ditampung oleh seorang suami yang bisa menjaga tanpa rasa lelah. Kawan-kawan pasti tertanya-tanya mengapa entri kali ini begitu indah bukan? Kerana entri ini, insyaAllah bisa membuka hati semua wanita serta lelaki unutk menjadi lebih baik insyaAllah. Bukan aku yang bisa mengubah hati setiap manusia melainkan Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w juga amat mengagumi wanita sehinggakan baginda banyak kali berpesan kepada Fatimah supaya sentiasa menjadi seorang wanita yang solehah kerana ganjaran daripada Allah maha hebat berbanding sedikit kesusahan di dunia ini. Wanita-wanita hebat sebelum-sebelum ini iaitu, Khadijah, Asiah, Aishah, Masitah dan ramai lagi wanita yang telah menggoncang dunia tetapi wahai zaujan, zaujah dan bakal zaujan dan bakal zaujah semua adakah kamu tahu bagaimana ingin menjadi seorang wanita yang bisa menggoncang dunia dan juga akhirat?
Wahai zaujan dan bakal Zaujan, Adakah kalian tahu bagaiman bisa mendidik dan mencari Zaujah yang mengagumi akhirat dan menjadikan dunia sekadar alas kaki dan akhirat pakaian mereka? adakah kamu tahu bagaimana hendak mencari dan mendidik mereka?
Sebelum aku berkongsi sedikit ilmu dan pengetahuna aku, suka untuk aku berkongsi tetang cerita seorang pejuang islam yang hebat tidak ada wanita pada masa kini mampu menjadi sepertinya. Wahai sahabat-sahabat semua, dia adalah, Asiah pemaisuri Firaun.
Keyakinannya kepada Allah hanya dia sahaja yang mengetahui. Menyembunyikan keimanan amatlah sukar baginya. Menderita pemergian anak angkanya Musa a.s kerana dihalau oleh suaminya yang zalim amat memeritkan hatinya sehingga dia merasakan dirinya semakin jauh dengan Allah sehinggalah suaminya sendiri yang menguatkan imanya. Firaun tidak pernah mengetahui bahawa dia telah menambahkan keimanan Asiah kepada Allah. Ketika Masitah tukang sikat rambut anak firaun mengukuhkan lagi keimannya, Firauan telah menghukum Masitah dengan membunuh seluruh keluarganya didalam periuk yang mengandungi air mengelegak. Ketika tiba giliran anak terakhirnya,seorang bayi kecil yang baru lahir, Masitah tidak sampai hati untuk mengorbankan anaknya tetapi dengan kuasa Allah bayi itu berkata-kata dan memuji-muji kebesaran Allah dengan itu, masitah berasa yakin. Kematian keluarga Masitah disaksikan oleh Asiah dengan penuh kesedihan dan bertambahlah keimannya. Keimannya diketahuai oleh firaun. Firaun telah menghukum Asiah dengan mengikat kedua tanganya dan kedua kakinya. di tarik secara serentak tetapi tidak sedikitpun Asiah merasakan kesakitan kerana Allah telah membuka hijabnya dengan melihat keindahan syurga.
Lihat bertapa indahnya keimanan seorang wanita. Semua wanita yang mempunyai keimanan yang teguh pasti disayangi oleh Allah. Wahai wanita semua, kalian semua amat bertuah kerana dicipta oleh Allah dengan kemudahan dan keringana tetapi adakah kalian tahua bahawa kalian yang memberatkan segala-galanya sehinggakan sewaktu peristiwa israk dan mikraj Rasulullah s.a.w hanya melihat ramai kaum wanita daripada lelaki kerana apa?
1.AURAT
2.TIDAK MENTAATI SUAMI
3.MELEWATKAN SOLAT
4.MENDERHAKA KEPADA IBU BAPA
adakah wanita-wanita semua menjaga empat ini maka kamu semua wajib syurga? Nampak mudah bukan tetapi kenapa masih ramai wanita yang tidak patuh. Adakah kalian tahu lelaki amat susah untuk memasuki syurga kerana tanggunjawabnya besar terhadap kalian?
Jadi marilah wanita-wanita semua, perkuatkan iman dan taqwa kalian supaya kalian sentiasa menyayangi Allah lebih daripada segala isi bumi ini.
Jadi ingin aku konagsikan sedikit pengetahuan aku untuk kalian semua. Peringkat Wanita dibahagikan kepada 3 keadaan.
SEBELUM BALIGH
Ibu bapa perlu memaikan peranan yang sangat penting sewaktu kanak-kanak. Ajarkan anak-anak bertudung, mengaji, menjaga pergaulan dan yang paling penting ajar cinta kan Allah dan Rasulullah s.a.w. Jangan sesekali mengajar anak-anak dengan berpakaian seksi yang kononya indah dah cute lah sangat. Jangan sesekali mengajar anak-anak dengan berfesyen. Ajar anak-anak dengan peribadi yang baik serta mempunyai sifat malu. INGAT malu itu adalah mahkota setiap wanita. Jika hilangnya sifat malu, terlucutlah mahkota seorang wanita yang selama ini dijaga. Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud anak-anak itu umpama kain putih jadi ibu bapaklah yang akan mencorakannya samada menjadi yahudi,nasarani atau majusi.
Jadi, ketika anak-anak di usia muda pakaikanlah mereka dengan pakaian yang menutup aurat dan ajarkan mereka dengan sifat malu.
USIA BALIGH
Ketika ini tiada lagi bahasa yang indah-indah, tiada lagi belaian manja hanya ketegasan sahaja bisa mengawal segalanya. Tegas tetapi penuh hikmah. Gadis sunti yang mudah tertawan dengan ayat-ayat cinta lelaki. Gadis sunti yang bisa meninggalkan keluarga demi seorang lelaki yang dicintai. INGAT ketika ini kawal anak anda sehebat-hebatnya. Kemana dia pergi, dengan siapa dia keluar dan yang paling penting ilmu agamanya tetang keindah agama Allah yang paling penting. Agama Allah ini biasa menjagannya dana yang paling penting sekali sifat malu. Pastikan mahkota ini tidak bisa tercabut kerana seorang lelaki dan seorang kawan tetapi biarlah mahkota ini disimpan untuk seorang suami yang biasa menjaganya, yang bisa memberinya ilmu tentang agama dan lelaki yang bisa membawanya ke SYURGA ALLAH. Lelaki yang mencintainya bukan kerana rupa parasnya yang indah tetapi kerana agamanya yang diterapkan oleh ibu bapa kepada mereka. SubahanAllah wanita yang biasa menjaga solat dan auratnya adalah yang terbaik. Tidak rugi walaupun sedikit tetapi pelaburan yang maha indah. Wahai wanita taatlah kepada ibu bapamu, jagalah solatmu, Jagalah auratmu kelak kamu kan berjaya. Wanita sekalian, andai kalian memberatkan aurat kalian (dengan berpudah serta menutup perhiasan kalian) maka Allah meninggikan darjat kalian dan tersedia ganjaran disyurga. Wahai wanita, jagalah solatmu, auaratmu serta taatlah kepada ibu bapa kerana kalian lebih indah disisi Allah berbanding segalanya.
ALAM PERKAHWINAN
Wahai suami-suami semua ingatlah, kalian adalah syurga kepada isteri kalian dan boleh jadi kalian adalah neraka untuk isteri dan anak-anak kalian. Wahai wanita-wanita semua, boleh jadi kalian adalah syurga untuk suami kalian dan boleh jadi kalian adalah neraka bagi suami kalian. Adakah kalian semua tahu? Wahai suami semua didiklah isteri dimalam pertama kalian menikahi mereka. Ajar isteri kalian semua bagimana untuk hidup bersuami isteri diatas ladasan Allah kelak isteri kalian akan sentiasa membawa segala ajaran kalian hingga kesyurga. Ajar bagaimana menjadi isteri yang solehah kepada suami dan anak-anak bukan hanya tahu untuk melepaskan nafsu tanpa memikirkan masa depan agama dalam rumah tangga. Wahai wanita-wanita semua, taatlah suami kalian keran syurga kalian adalah suami kalian. Jagalah suami kalian seperti mana kalian mejaga diri kalian sendiri, permudahkan urusan suami kalian, selesakan suami kalian. Jangan lupa setiap masakan yang kalian sediakan untuk anak-anak dan suami kalian disukai oleh Allah. setiap kali kalian menyikat Rambut suamimu Allah telah menyedikan istana indah disyurga. setiap kali kalian meminyakan rambut anak kalian Allah memberkati dan lebih menyangi kalian. Setiap kali kalian keluar dari rumah dengan izin suami, tumbuh-tumbuhan, bintang-bintang sentiasa memuji-memuji dirimu dan mendoakan kesejahteraanmu dan setiap kali kalian memberatkan aurat kerana kalian adalah isteri kepada seorang suami sudah wajib untuk mu syurga dan setiap kali kalian solat diawal waktu, telah diberkati hidup kalian dan suami serta nak-anak kalian. Wahai sang suami, ajarlah isteri-isteri kalian dengan yang baik-baik kerana yang baik-baik itu adalah menjamin zuriat yang soleh dan solehah.
BarakaAllah. sedikit perkongsian untuk Lelaki dan Wanita ciptaan Allah yang maha hebat.
sesungghunya aku mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w
p/s: diri ini juga masih mencari-cari zaujah yang solehan. Mohon doanya. Lilahhitaala
4 aku rase post ko tak bleh blah:
bittaufiq wannajah ya akhi,, semoga mampu mnjadi yang soleh then berjumpa dengan yang solehah insyaALLAH.. btw,, shotmix dah tak bleyh guna,, bleyh tuka ngan fibox ,cbox & sebagainya, may ALLAH bless.. syukran atas en3 yang buat ana bermuhasabah seketika..& bnyak manfaatnya,, insyaALLAH
syukran keden atas pesananny insyaAllah bmanfaat tuk spnjg khdupan..:)
syukran ats ilmunya... may Allah bless us :)
Post a Comment