Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Sunday, August 30, 2009

EXAMINATION

Sunday, August 30, 2009

TEST


salam ukhwah...
hari jumaat lepas ana terpakse mengambil dua ujian penting...
iaitu anatomy dan curcuit theory..
ana merasa kecewa dengan penampilan sulung ana dalam anatomy..
ana menjawab soalan anatomy seperti ana tidak pernah belajar..
mugkin salah ana kerana tidak mengulag kaji subjek anatomy..
seperti janji Allah.. apa yang kita belajar itu yang kita dapat.
ilmu tidak datang bergolek tetapi kita perlu mencarinya..
dalam surah alaalaq ayat 1...
firman Allah..
bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan.
Allah menyuruh kita menunutut ilmu krananya..
jadi ana membuat kesimpulan disini yang kita perlu mempunyai niat belajar kerana Allah
Alhamdulilah dengan berkat usaha ana dalam subjek curcit theory akhirnya ana berjaya menjawb soalan itu. walupun masih ada kesulitan yang ana perlu hadipi tetapi ana bersyukur kerana dapat menyiapkannya.
anatara dua subjek ini..
terlihat dua perbezaan antar subjek yag di ulangkaiji dengan tidak..
nampaknya jajni Allah itu benar...
apa yang kita belajar yang itu yag kita dapat..
walallahhualam

Saturday, August 29, 2009

Wanita

Saturday, August 29, 2009

wanita perlu dihargai?

Allah S.W.T berfirman:
Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.
Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.
Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.
Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.
Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.
Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.
Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada

Wednesday, August 26, 2009

kenikmatan ramadhan

Wednesday, August 26, 2009
Keindahan sebuah Ramadhan...



pejam pelik pejam pelik dah lima hari kita berpuasa.. persoalannya adakah kita menghayati sepenuhnya nilai sebuah ramadhan???

ramadhan adalah bulan yang amat ditunggu oleh sekalian umat islam selain bulan syawal tetapi yang spesialnya bulan ramdhan ini.. bulan di mana tersembunyinya malam lailatulqadar.

lailatulqadar?
ramai orang tidak mengetahui lagi keistimewaan malam lailatulqadar ini...

Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:

"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".

Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.

Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.

Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.

Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:

* Menghayati malam tersebut dengan ibadah
* Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
* Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :

* Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
* Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
* Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
* Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar

Keistimewaan Lailatul Qadar
Lailatul Qadar ialah satu malam daripada malam-malam bulan Ramadhan. Ia merupakan malam yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.

waalahualam..

Monday, August 24, 2009

RAMADHAN DI PERSIA-SIAKAN

Monday, August 24, 2009
Nafsu kawal diri...

semalam ana baru sampai di perlis... ana berbuka puasa dengan sahabat ana di depan terminal bus kangar selepas itu kami solat maghrib berjemaah di bangunan kwsp.
pada malam itu kami tidak berkesempatan untuk bersolat terawikh. kami terpakse menunggu bus kolej sehingga pukul 10.30mlm akhirnya dapat juga ana dan kawan2 menaiki bus kolej.semasa ana mengambil tempat duduk didalam bus. ana ternampak kelibat dua pasang pasangan yang sudah jelas bukan maharam sedang bemesra tetapi ana cuba bersangka baik...
ana hairan ,tiba-tiba ana terkejut melihat pada mulanya satu pasangan daripada dua duduk dihadapan tetapi tanpa ana sedari pasang tersebut berubah tempat dibahagian belakang hujung bus. ana tidak mampu melakukan apa2. yang hanya mampu ana lakukan adalah dengan beristgfar...
tidak terlintas dalam hati ana yang pasangan itu akan melakukan perkara yang terkutuk pada bulan ramdhan yang mulia ini..
pada masa itu ana berborak dengan sahabat ana tanpa memikirkan hal pasangan itu..
sehingga sahabat ana memberi isyarat supaya menoleh kebelakang...
nauzubilahhiminzalik..
ana melihat satu maksiat yang betul2 didepan mata ana dan ana hanya mampu melihat dan tidak mampu menegur..
ana terdiam dan terus tersadar di kerusi bus itu...
ana betul2 kecewa dan sedih dengan sikap pasangan itu..

terlintas dibenak ana dengan firman Allah...

'la takrabulzina'
jangan akmu menghampiri zina...

relintas juga dibenak ana ayat Allah dalam surah annur ayat 30-31

katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman,agar mereka menjaga pandanganya dan memelihara kemaluannya yang demikian itu lebih suci bagi mereka. sesungguhnya, Allah mahamengetahui apa yang mereka perbuat.

dan katakanlah kepada perempuan yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan jaganlah menampakan auratnya,kecuali yang terliahat. dan hendaklah mereka nenutup kain kerundung ke dadanya daN janganlah menampakan perhiasannys (aurat) kecuali kpada........ (mahramnya)

Waalahhualam..

Sunday, August 9, 2009

apabila lapang

Sunday, August 9, 2009
salam ukwah fillah...

Lapangan

sesuatu yg amat baik dan amat bahaya,
kadang-kadang kita akan rasa senang sangat apabila kita rasa lapang...
dan macam-macam perkara yang kita boleh lakukan...
tetapi kebanykan perkara yang kita lakukan itu banyak kepada perkara menjurus kepada kemaksiatan kerana hasutan daripada syaitan daripada setiap sudut...
ini amta merbahya kerana ia sesuatu yang boleh menyesatkan kita..
bagai mana kita boleh menghindarnya????
dengan mengingati Allah...
Allah pernah berfirman dalam suruh [toha ayat 117]
wahai adam sesungguhnya iblis itu musuh bagi mu dan bagi isterimu, oleh itu jagalah sebab ia kamu terkeluar daripada syurga kerana dengan yang demikian kamu dan isteri kamu akan menderita..

dalam firman Allah diatas,Allah telah mengingatkan kpd kita ttg kejahatan syaitan..
danmakhluk musuh manusia ini akan menyesatkan manusia..
jd hati2 lah kita...
dan kita perlu tahu syaitan dapat menggoda kita dibahagia kiri,kanan,depan,belakang...
kecuali di bahagian atas dan bawah..
kerana bahagian atas terangkatnya doa dan bahagian bawah bersujudnya kita kepada Allah...
oleh itu..
perbanykan berdoa dan ambilah masa ketika bersujud utk berdoa kpd Allah
kerana doa ketika sujud mudah dimakbulkan oleh Allha kerana ketika itu kita dekat denganNya..
insyAllah...
kita sama2 saling ingat mengingati...
waalahuallam..
 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket