Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Wednesday, November 9, 2011

Permasalahan, Persoalan dan Kepentingan CINTA

Wednesday, November 9, 2011

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng-geng nafsu seerakah. bak kata orang putih long time no see. alhamdulillah dengan izzin Allah akhirnya dapat juga aku mengupdate blog ini. suka untuk aku kongsi bersama geng-geng semua tentang aku hohoh! alhamdulillah kesihatan aku makin baik dan tangan aku pun semakin pulih. terima kasih kepada nenek aku yang sudi mengurut tangan ku.

hari ini suka aku untuk berkongsi tentang permasalahan, persoalan dan kepentingan CINTA... hohoh! semua orang suka bila kita bercakap tentang CINTA tetapi...tetapi berapa orang yang faham cinta pada kaca mata islam?

banyak persoalan yang berada di minda
banyak tanda tanya dan juga kata kerja
otak kata jangan hati pula kata ya
hidup tak menentu adakah ini cinta

tu dia lirik lagu dari petikan lagu cinta muka buka daripada najwa latif.

bukan aku nak bercerita pasal najwa latif . tapi aku suka untuk kongsi dengan korang semua pasal permasalah, persoalan dan kepentingan cinta tetapi sebelum itu, suka untuk aku ingatkan bahawa cinta pertama-tama cinta yang maha agung adalah cinta kepada ALLAH, rasul, agama baru makhluk.

mari kita kecilkan skop kita bincang tentang cinta kita kepada makhluk. sunatullah genetik chromosome XX akan tertarik kepada genetik chromosome XY. lumrah alam yang telah ditetapkan oleh ALLAH. tidak salah tetapi permasalahannya berapa orang yang boleh cinta kerana ALLAH dan berapa orang yang boleh merahsiakan kata cinta kepada seseorang itu sebelum seseorang itu menjadi halal baginya... berapa orang yang sanggup? percayalah cakap aku, tidak ada yang mampu menahan nafsu untuk memberhentikan diri untuk meluahkan kata cinta kepada orang yang kita cintai. kerana apa? kerana kita rasa kita akan kehilangan seseorang itu jika kita tidak luahkannya.

pemikiran yang senteng dan kolot seperti ini menyebabkan kita melabuhkan diri kita kepada maksiat. btw apa prinsip kita yang pertama tadi? sayang kepada ALLAH bukan? jadi kenapa kita perlu takut untuk kita merahsiakan rasa cinta kita kepada seseorang itu kerana ALLAH maha mengetahui dan dia lah yang maha kuasa untuk melabuhkan perasan cinta kepada orang yang kita cintai. so, cukuplah kita berdoa dan memohon ALLAH menaburkan benih-benih cinta dalam hati orang yang kita cintai. jangan risau hidup, mati, nikah, khawin, zuriat, kekayaan semua ditentukan oleh YA KHALID. so, kita jangan risau. andai ia adalah jodoh kita maka dia selama-lamanya jodoh kita andai ia telah ditetapkan oleh ALLAH insyaAllah.

persoalan cinta pasti menjadi tanda tanya oleh semua manusia. adakah cinta kita cinta hakiki, adakah cinta kita cinta yang ikhlas atau adakah cinta kita ini adalah cinta yang benar bukan sebab kedunia? argh!!! banyak persoalan yang berada diminda. hohoh! persoalan seperti ini lah membuatkan kita sakit otak, nak giler dan bunuh diri sebab kita tak confident dengan ketentuan ALLAH . jangan begini akak,abang adik, dan semua umat islam, sila nyahkan semua persoalan ini di minda anda ..dan sila balik kepada prinsip pertama . kembali kepada ALLAH. sesungguhnya persoalan ini akan timbul selepas anda selesai akad bukan sebelum akad sebab persoalan ini lah membawa anda-anda dan aku kelembah maksiat hohoh! kita sentiasa teringat seseorang yang bukan mahram kita adalah menghampiri zina. aku tahu mesti ada sesetegah geng-geng cakap

"alah, immukmin macam lah dia tak pernah ada perasaan mca tuh!"

sesungguhnya aku adalah manusia dan aku bukan seorang yang alim sehinggakan mampu mematahkan godaan syaitan dengan mudah tetapi aku punyai kekuatan untuk mengingati diriku dan kawan2 semua. jadi lebihkan diri kita untuk lebih dekat dengan ALLAH supaya ALLAH tetap menjadi no satu dalam hati kita dan insyaAllah ALLAH pasti membantu kita dan memakbulkan setiap doa kita BARAKAALLAH. jadi janganlah kita rungsing dengan persoalan yang kita tidak pasti lagi kebenarannya kerana hati manusia berubah-rubah.

dan akhir sekali apa kepentingan cinta nih? emm..banyak kepentingan cinta ini kerana cinta ramai yang mampu berjaya atas izin ALLAH. cinta ini umpama capsul ajaib. jika dimakan kita menjadi semakin kuat dan bertenaga. jadi ramai yang kita lihat berjaya keran cinta. bak kata pepatah setiap kejayan seseorang lelaki itu ada wanita dibelakang. see! that we call the power of love. the person that we love always give us something that can catalyst and it will speed up the rate of reaction. hohoh! kimia lah pulak. tetapi itu adalah kebenarnya tetapi tidak semestinya cinta itu perlu diluahkan bagi yang belum bernikah cukuplah kita rahsiakan kerana ada satu peringatan

"andai kita mencintai seseorang itu, cukuplah kita simpan didalam hati. jika kita mati pada masa itu tanpa meluhakannya maka mati kita adalah mati syahiid"

What is Love?

A simple spark of deep desire,
The gentle gaze that sets the fire.
Often spoken, sometimes meant,
Heat of passion, sweetly spent.

Pleasure sought and object lured,
Emotions cherished and endured.
Forever, or a brief affair,
Not forgotten, always there.

Few resist and many fall,
Some are wary, not at all.
Found in tears, a smile, a sigh,
If unrequited, passes by.

Not for sale at any price,
Trust, compassion, sacrifice.
Common bonds of tempered past,
Kindred spirits, first and last.

Feelings ever changing flow,
Nurtured well, the best will grow.
Is it ever understood?
This much we know, love is good.

- Duncan MacKellar -

waaAllahhualam

sesungguhanya aku sayang ALLAH dan RASULULLAH S.A.W

p/s: aku pun risau kalau lah aku betul2 jatuh cinta... hehehe ..=P

Saturday, October 29, 2011

Setiap yang berlaku ada hikamhnya

Saturday, October 29, 2011


السلام عليكم



بسم الله الرحمن الرحيم






hai geng2 nafsu seerakah...emm..rase sedih sebenarnya..tetapi insyaAllah rasa sedih yang pasti memantapkan iman. btw Allah telah menguji aku dengan satu kemalangan kecil. my major is biomedical electronics, so i know litter bit about anatomy and phisyology. the doctor say..my metalcouple was dislocated. by the way...ia hanyalah jari ibu sahaja.. nak tak nak.. tangan aku terpaksa disimen. yang lagi mencabar liku-liku hidup ini adalah, aku bakal menduduki midterm exam by this monday. aku adalah seorang lelaki yang menulsi menggunakan tangan kidal dan ibu jari kiri aku telah disimen jadi, aku tidak mampu menulis. aku cuba menulis tetapi terasa mencucuk-cucuk pada ibu jari aku dan akhir sekali aku giveup. bukan giveup aku tidak mampu menulis tetapi amat sakit sekali.....uhuhuhu... aku redha dengan ketentuan Allah.






selepas perkara ini berlaku, baru aku sedar yang aku selalu menggunakan tangan kiri.even kalau makan guna sudu pun. aku guna tangan kiri tapi kalau makan guna tangan aku guna tangan kanan lah..hehehe...sedang menaip ini pun terasa berdenyut-denyut..tapi aku sabar kerana ini semua ujian Allah untuk aku lebih dekat dari padaNya. aku sekarang cuba berbincang dgn pensyarah aku ttg penangguhan midterm aku..semoga dipermudahkan..insyaAllah..






kadang-kadang aku rase apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..aku redha..dan aku tahu Allah maha mengetahui...aku risau tentang midterm aku... insysAllah ada yang terbaik.. barakaAllah.






"apa yang baik datang daripada Allah dan yang buruk itu kelemahan diri sendiri"






aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Thursday, October 27, 2011

Kegagalan Landasan Kejayaan

Thursday, October 27, 2011

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم


selamat pagi geng2 nafsu seerakah semua.. Alhamdulillah dapat juga cek bangun pagi ni untuk mendekatkan diri kepada Allah. by the way hari ini insyaAllah..cek bersama-sama dengan classmate akan beriadah di gua kelam.. mailah kita beriadah bersama. cek akan berada di sana, insyaAllah pada jam 10 pagi. hohohoh!. ok btw sebelum kita bergerak ke gua kelam eloklah kita berkongsi ilmu atau pengalaman mungkin... untuk menguatkan lagi iman dan semangat kita dalam mendekatkan diri kepada Allah..barakaAllah.

sebenarnya, InsyaAllah habis sahaja cuti deepavali ini, aku dan seluruh pelajar universiti aku akan menduduki peperiksaan ujian pertegahan tahun..pejam pelik2x dah 2 bulan aku lepak kat uni rasa macam sekejap je... so, aku mohon kawan2 doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah..insyaAllah.

tak semua yang kita nak kita akan dapat direct.. tak gitu cek jah...hehehe... ye kalau bercakap tentang exam, semua orang nak yang terbaik. event aku pun mahu yang terbaik. kita dah usaha sehabis mungkin, sampai merebes peluh jantan..ni untuk lelaki je lah..hehehe..tapi tak dapat juga keputusan yang diinginkan... jgn bersedih sebb setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. aturan Allah maha hebat jika dibandingkan dengan aturan kita sendiri yang sememangnya tidak boleh menandingi ya Rabb. so, jangan bersedih. apabila kita mengalami kegagalan tidak bermakan kita akan gagal selama-lamanya.. at least, pengalaman kegagalan itu dijadikan satu kekuatan untuk lebih berjaya bukan untuk cepat putus asa.

ada seorang kawan aku ni...masa dajah 6..cikgu cop dia..pelajar yang bodoh... kebanyakan cikgu dia mmg dah tahu yg dia memang tak boleh perform..tapi apa yang dia buat, kesedaran agama yang tinggi disebbkan didikan daripada ibu bapa banyak mematangkan fikirannya.. caranya adalah dengan mendekatkan dirinya kepada Allah...

seingat aku, dia tidak pernah tinggal sekali pun solat sunat hajat sebelum,semasa dan selepas UPSR... setiap hari dia memohon kejayaan daripada Allah..setiap hari aku lihat selepas ishak di surau dia sujud memohon doa dan hajat daripada Allah.... semasa trial upsr tiada satu A pun yang dia perolehi.berkat usaha,doa dan tawaklanya kepada Allah, akhirnya semasa keputusan UPSR di ishtiharkan, dia memperolehi keputusan yang sangat cemerlang, sehinggakan semua cikgu terkejut dan bangga kepada nya, tapi ada juga guru yang mengatakan dia meniru tetapi aku yakin memang dia tidak akan meniru. semua itu atas usahanya sendiri...

pernah sekali aku lepak dengan dia, tiba-tiba dia bersuara "aku akan pastikan yang aku boleh berjaya dari orang lain walaupun aku ni bukan budak bijak-bijak" dan akhrinya dia buktikan.. semua orang suka melihat kejayaannya.. bermula pada hari itu, semangatnya semakin berkobar-kobar untuk belajar dan akhirnya dia berjaya sehingga hari ini Alhamdullilah.

"Allah membantu manusia yang membantu agamanya''

jadi kita jangan cepat berputus asa. kegagalan bukanlah pengakhiran segala-galanya.. ianya satu coretan di atas kertas putih untuk dijadikan sebuah kehidupan yang indah. kalau asyik nak perfect je..tiada kemanisan dalam kehidupan.. dan hidup pun tiada kematangan. mana taknya..asyik senang je tiada susah..nak nih dapat nak tu dapat... adeh!!!

so jadikan kegagalan satu landasan kepada kejayaan.. dan jangan cepat putus asa dan yang penting jangan MALAS.. sifat MALAS ni bakal menggagalkan setiap manusia... dan yang penting

'Ada Kejayaan Kepada Manusia Yang Berusaha'

itu memang janji Allah..Allah tidak akan memungkiri janji.

WaAllahhualam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Wednesday, October 26, 2011

KHAS BUATMU WANITA

Wednesday, October 26, 2011




السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman,

Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan.
Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka

Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

p/s: perkongsian ini diambil daripada maksud keratan ayat dari surah an-nisa dan an nur.

waallahualam
aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w


Monday, October 17, 2011

Harapan Seorang Panglima kepada Seorang Serikandi

Monday, October 17, 2011

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم


andai aku adalah panglima perang,
jalan yang aku cari pastinya jihad fisabilillah,
andai aku mencari serikandi,
pasti serikandi yang beragama pertama yang pasti menjadi pilihan.

dimana letaknya nilai seorang serikandi pada mata panglima?
pada rupanya, pada darjatnya, pada hartanya atau pada agamanya?
jika panglima memilih agamanya, maka dapat ia kesemuanya,
andakah itu tidak cukup lagi?

aku bertanya kepada diriku sebagai panglima,
apakah pilihanku?
pasti aku akan memilih agamanya,
serikandi pilihan hati sukar dicari cukuplah mencintai Allah lebih dari segalanya.

andai aku bisa menerima serikandi pasti akad aku hadiahkan,
bukan sang panglima mencari nafsu semata-mata,
tetapi mencari hubungan yang halal dalam pergaulan,
mencari suri penaman hati, peneman dakwah dalam mendekatkan diri kepada Allah.

apakah wujud serikandi dalam angan-angan panglima?
atau ilusi yang hanya berbicara tanpa gambaran rialiti,
jika itu sudah nyata maka jangan mudah putus asa,
kerana putus asa dibenci oleh Allah.

dalam sujud panglima berdoa:

ya Allah andai serikandi itu adalah jodoh panglima,
maka kau campkanlah perasaan sayang dalam diri serikandi,
agar serikandi bisa mencinta panglima seperti mana panglima mencintai serikandi,
dan jadikalan serikandi itu satu-satunya ratu di hati panglima,
bersama-sama memegang panji-panji Allah dalam menegakkan kalimah LAILAHAILLAALLAH!

bicara panglima bukan bicara biasa,
bicara hati sampai keminda,
bicara khiasan purnama mengambang,
menghiasi kamar sang serikandi yang suram.

setiap tatapan penuh makna,
setiap khiasan penuh berhikmah,
memberi makna yang utuh buat serikandi,
supaya bisa menrima panglima yang sedang mencari suri hati yang lara.

sebuah nukilan bukan satu penceritaan,
yang direka tanpa alasan,
luahan panglima satu lamaran
buat serikandi yang sekian lama menjadi idaman..

Thursday, September 1, 2011

Cerita pasal Taubat..tips? (maybe)

Thursday, September 1, 2011


السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

apa khabar kawan2 nafsu seerakah...apa khabar semua...hehehe..minta maaflah..sudah lama tidak mengupdate blog ini..bukan busy sngt pun..tapi malas...entahlah....semoga apabila sudah mengupdate blog ini ...mohon dapat mentarbiah diri insyaAllah... before that i want to share somthing with all my friends..its about the cerpen thah i currently reading...the cerpen is.... 'Di Ufuk Fajar' that created by Aminah Mokhtar....

pada pendapat aku...koleksi cerpen nya..sangat indah..mentarbiah diri dan mendekatkan diri kepada yang maha Esa, ya Khalid.. insyaAllah...bahasa yg indah dan tersusun... .. ok tu je nak share...

the main point it's ,

for the first thing i want to says is..'selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin'.. kalau ada ynag tunggu post dari immukmin....aku minta maaf sebab tak dapat nak mengupdate waktu bulan puasa...btw... aku terlampau busy dengan perniagaan aku di bazar Ramadhan... the main things that i want to share with all my blog's member is..........

Taubat..

memang aku dah banyak kali cerita pasal taubat ni... yang ini......

hari nak khiamat cek oi!!! bila nak tobat? ...

....tapi aku nak perkukuhkan lagi story tentang taubat ni..ye lah ..tak semua orang mempunyai iman yang sehebat wali yang boleh mengekalkan iman yang sentiasa naik turun umpama laut.. jadi at least aku nak kongsi sedikit tentang taubat di syawal yang ke tiga ini..sebagai tarbiah diri sendiri....

tak semua orang boleh membuang tabiat buruk disebabkan ia seperti darah daging kita... seperti..example..nih bukan betul2..emm..contoh lelaki A suka sangat tgok perempuan memang dah jadi tabiat... mmg tak boleh buang dah.,...memerlukan kekuatan yang amat sangat..jadi lelaki ini perlu berusaha sehabis boleh...mmg sukar tetapi kena cuba..kerana apabila sudah menjadi tabiat dia akan sukar untuk membuangnya... jadi..kita perlukan tarbiah yang tinggi.. dan yang paling penting kene selalu berdamping dengan sahabat2 yang dekat dengan Allah itu adalah salah satu method yang paling berkesan...selain itu...jangan selalu duduk berseorangan kerana..apabila kita duduk berseorangan kita akan jujur pada diri kita dan mula melakukan perkara yang kita mahu lakukan... dan kita juga kene selalu mencari jalan untuk membuang semua tabiat buruk yang menyebabkan kita lalai kepada Allah.... sentiasa menyibukan diri jika tiba2 rasa ingin melakukan perkara yang di kutuk dan di laknat Allah... beristghifar kepada Allah.. insyaAllah pasti ada sinar...

method bertaubat..

1) solat sunat taubat
2) berjanji tidak akan melakukan lagi
3) jangan duduk berseorangan
4) sentiasa berdamping dengan sahabt2 yang dekat dengan Allah
5) sentiasa beristghfar
6) istiqamah..

tahukah kamu?:

jika kamu selalu melihat perkara yang keji dan mungkar serta melakukan larangan Allah... daya ingatan manusia akan berkurang sedikit demi sedikit serta daya penghafalan akan berkuruang.... tidak bagus untuk otak....

sekian sahaja nukilah immukin..

waaAllahhualam

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

and i love my mum n dad..

Wednesday, July 13, 2011

pendapat aku tentang 'BERSIH"

Wednesday, July 13, 2011

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

hai geng2 hahaah..dah lama tidak bersua...diam bukan bererti tiada..tapi diam2 hamba mencari keredhan Allah insyaAllah..doakan aku sentiasa dalam dakapan Allah...amin ya rabb... emm..minta maaflah kawan2..aku bukan tidak mahu meng'update' blog tetapi sentiasa sibuk dengan aktiviti universiti..alhamdulillah aku baru sahaja balik daripada melaka..dan pada 22hb ini aku dah kena bertolak ke perlis untuk menjalani kursus.. sebenarnya aku suka kerana takdelah bosan duduk rumah sepanjang cuti sem ini...hehehe... ok entri ini aku nak cerita pasal 'bersih' bukan nak cerita pasal nak 'bersihkan otak' '..hahaha..aku tak suka nak libatkan diri aku dengan 'bersih'. aku seorang mahasiswa dilahirkan sebagai seorang mahasiswa yang bakal menjadi seorang engineer insyaAllah..dan fikiran aku berbeza berbanding yang lain...aku tak cakap yang tiada mahasiswa yang sokong dengan 'bersih' tetapi aku mmg tak sokong 'bersih' nih..bukan sebab aku ni pro kerajaan... tetapi..bagi aku..ada banyak saluran lagi yang boleh kita gunakan selain daripada menjalankan demostrasi jalanan 'murahan'..boleh tak aku cakap macam ini?

ada satu cerita...aku pergi ke melaka.. menjalani satu program..kebetulan program bermula pada 9hb7 2011..dimana hari yang sama perhimpunan 'bersih' ..secara kebetulan untuk program yang aku sertai ini..pihak universiti telah memberi kami 2 helia t-shirt..mmg kami semua sedia maklum yang tema t-shirt universiti kami adalah biru kuning..kebetulan warna kuning lebih banyak menghiasi baju t-shirt kami berbanding warna biru..selepas habis program...kami berjalan-jalan di bandar hilir..kami berjalan berkelompok ...kami pelik kenapa semua orang memandang kami..sehinggalah kami melalui kawasan abang-abang beca melepak.. diorang 'sound' kami...' weh, bersih!!!!'...tarkejut kami..dan baru kami tahu mengapa ramai orang memandang kami..hahah...

apa yang aku boleh simpulkan...yang perhimpunan bersih ini banyak memberi impak yang negatif berbanding positif.. aku ada tanya member aku.. "weh kenapa ko tak sokong bersih" aku bertanya.

"kalu bersih diterajui oleh orang islam aku join..tapi sayang bersih diterajui oleh orang bukan islam dan orang islam menjadi pengikut kepada orang bukan islam..."

aku fikir-fikir semual..betul juga kata member aku ini...kita tahu yang pemimpin yang wajib orang islam ikuti adalah orang islam..tetapi..kita mengikut orang bukan islam...apa ini??? bodah kah??? minta maaf kalau saya kasar noh...

ok jom aku beri sebab kenapa aku tak sokong dengan 'bersih' nih..

1) 'bersih' diterajui oleh orang bukan islam..
pendapat aku: setiap ketua perlulah orang islam...tak tahulahkan disebalik bersih nih ada orang islam ke tak..sbb kalu dia berani tonjolkan diri..so baru aku nak join sbb orang islam yang terajui..ketua aku mestilah yang beriman kepada Allah.

2)'bersih' menggangu jalan awam.
pernah tak kita dengar hadis yang mengalihkan halangan yang merbahaya dijalanan mendapat pahala yang besar? pernahkan...so..'bersih' nih telah menghalang perjalanan orang..so adakah kita mendapat pahala..malah menyusahkan orang ramai...

3)'bersih' menimbulkan fitnah.
argh!! tak kisahlah..nak buat apa pun..tapi sebab bersih ini lah..fintah banyak tersebar... dalam surat khabar tuh penuh fitnah.. tgok FB penuh dengan video..banyak yang di edit katanya..selepas perhimpuan ini selesai..adakah benda ini baik...fitnah tersebar...aku nak cakap kat korang..kalau 'bersih' ini tidak berlaku..adakah fintnah akan berlaku??? mmg berlaku..tapi..sebab 'bersih' tercetusnya fintah baru..boleh aku cakap..BODOH>>BODOH>>

4)'bersih'menyusah kan oran ramai.
sebab bersih...telah menyusahkan orang ramai... perniaga,pemandu,polis,rela,kerajaan,ibu bapa...ingat sebab bersih juga..ramai yang masuk hospital...tak lupa juga orang yang sakit jantung akibat terkejut apabila mendengar anak-anaknya terlibat dengan perhimpunan ini..bukan sebab dia pro kerajaan atau pro pembangkang tetapi dia risau keselamatan anak2 nya...

cukuplah...aku nak story kenapa aku tak sokong dengan 'bersih' ini.. bukan sebab aku nih..pro kerajaan atau pro pembangkang tetapi..aku terlalu sayang akan keselamatan dan kedamaian negara...aku bukan nak cakar mencakar atau kutuk mengutuk..bagi aku malaysia... sudah aman... tiada peperangan etenik seperti dia thailand dan indonesia... kita nak ke semua perkara ini berlaku....aku sokong dengan pemerintahan islam.... tetapi aku dah tak nampak..seruan negara islam..sekarang...aku bukan yang mudah terpengaruh dengan media..tetapi..aku mengkaji sendiri..aku pembaca blog..so aku baca semua blog..pembangkang dan kerajaan..aku dah tak nampak seruan kepada negara islam..yang aku nampak...semua orang sibuk menutup pekong masing2..argh!!! bodoh..jadi aku nak tanya korang semua..aku nak sokong siapa...??..argh!!! yang itu..biar aku buat kajian..sendiri..apa yang terbaik untuk aku.. tapi bagi aku bersih ini telah merugikan..masa,wang, dan macam2 lagi... korang pklah..masa depan. negara islam ini..kalu korang rase dengan mengadakan demostrasi bersih nih boleh membentuk kerajaan islam yang dipimpin oleh orang bukan islam korang teruskanlah..jgn sampai satu hari nanti aku dengar yang keistimewaan yang diberi sudah ditarik..lepas tuh..tiada yang baik2lah...entah2..time2 tu jugak...diorang tolak kerakyatan korang dan buang negara..sbb nak kekalkan kekuasaan diorg..masa tuh korang tak boleh berpatah balik dah... fikir-fikirkanlah..

aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

p/s: aku tulis ini bukan sebab aku pro kerajaan..tapi ini pendapat logik aku..dan aku rasa tak salah kasi pendapat...aku rasa korang semua pun ada pendapat masing2....

wassalam..
 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket