Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Sunday, February 26, 2012

Ya Allah Aku JAtuh Cinta

Sunday, February 26, 2012

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

kawan-kawan semua aku memohon seribu kemaafan kerana blog nafsu seerakah ini sudah lama 'bersawang', perkongsian ilmu yang diharapkan tidak dapat aku laksanakan dengan konsisten kerana terlalu banyak komitmen yang tergalas dibahu lelaki berusia 22 tahun ini. Lumrah hidup semakin tua semakin banyak yang difikirkan. Blog yang sudah menjangkau usia matang sematang usia pemiliknya tidak mampu memberi santapan rohani yang indah kepada diri pemilik dan kawan-kawan yang masih setia. Aku tidak mencedok sesuatu tanpa usulnya, aku tidak mencedok tanpa gurunya dan aku tidak mencedok tanpa periksanya. Mungkin ilmu yang diharpakan belum boleh dikongsi lagi kerana kurang kearifan tetapi hari ini mungkin akan ada secankir ilmu yang bisa dikongsi oleh rakan-rakan yang aku sayangi. Aku bersihkan 'sawang-sawang' yang menjadi raja sepeninggalan aku.

Aku baru sahaja balik daripada Thailand di daerah Nakhon si Tammarat mencari ilmu luas terbentang berpaksikan jalan keredha Allah. Pelbagai budaya, adat dan keindahan ciptaan Allah yang bisa ku teguk di negera Thailand ini tetapi bukan itu yang aku mahu kongsikan tetapi yang mahu aku kongsikan adalah sesuatu yang menjadi igauan aku selepas pulang dari Thailand. SubahanaAllah yang sentiasa mendengar doa hambanya. Terkejut dalam igauan aku mendegar sahabat aku baru sahaja melunaskan sebahagia daripada sunnah. Mengucap syukur kehadrat Ilahi. Jodoh, pertemuan, hidup, mati adalah ketentuan Allah. Aku merasakan dan dapat terhidu saat bahagian sahabatku. Kisah cinta yang penuh liku berakhir dengan satu akad yang sah. Walaupun sederhana tetapi mewah dengan rahamat dari Allah. Bak kata pepatah melayu tidak lari gunung dikejar, Kalau dah jodoh tak kemana. Ada sedikit perasaan cemburu pada mereka bukan kerana hubungan mereka tetapi cemburu kerana mereka telah berjaya melaksanakan sunah Rasulullah s.a.w dan sudah berjaya membina sebuah masjid yang indah lagi diberkati. Pasangan yang secocok yang penuh dengan kasih sayang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Kagum aku dengan meraka kerana keputusan yang matang mereka buat jelas menunjukan bahawa meraka ikhlas bercinta kerana Allah. Pada usia muda mereka sudah menjadi sebuah pasangan yang bahagia. Ku titip doa semoga meraka kekal ke hujung nyawa. Sehidup semati kerana Allah dan dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah. insyaAllah.

Terdengar-dengar sebuah lagu mencuit hatiku dan juga bisa membuatkan aku lebih bersemangat:

oh mama, saya mahu khawin, khawin dengan siapa? dengan siapa sahaja. oh mama, saya mahu khawin, khawin dengan orang batu pahat, muka cantik ah tahi lalat 2x.

Wah bila pula tiba giliran aku ya? Semoga jodoh ini dipercepatkan Allah.

ingin aku berkongsi sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Amru ibnu Maimun berkata, Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a. bersabda.

seseorang yang ingin mendapatkan kesenagan rasa nikmat iman maka hendaklah dia mencintai sesorang itu semata-mata kerana Allah


Dari pada hadis ini boleh kita simpulkan bahawa cinta yang berasaskan nafsu semata-mata tidak akan menjulang ke akhirat yang abadi tetapi penuh liku-liku ketentuan Ilahi tetapi ingat cinta yang bertunjangkan Iman adalah segala-galanya. Allah dihati cinta yang bersemi adalah cinta yang hakiki. Jangan mudah terpengaruh dengan dunia yang so call indah tetapi penuh dengan dusta berkala kerana itu kita tertipu dengan keindahan. Cinta hanya datang setelah kita benar-benar cinta kepada Allah. Apakah kita cinta kepada Allah? tepuk dada tanya iman, soal nafsu dan jinjing akal. Adakah kita bertuankan nafsu?

Cinta memang indah, lagi indah dengan ikatan yang sah. Sebetulnya diri ini juga tidak mampu mengawal untuk meluhakan kata hikmat cinta kepada yang berkenan dihati tetapi memikirkan ia bakal merosakan iman terhenti seketika. Cukuplah luahan itu untuk yang hak. Untuk isteri yang tersayang yang halal. Isteri yang solehah idaman hati ini mungkin adalah yang terbaik daripada Allah. Mungkin masa yang ditetapak tidak akan ketahui tetapi cukuplah Allah yang menentukannya. Biar hati ini dilanda badai cinta hanya Allah sahaja yang tahu bertapa seksanya diri ini tetapi ingatan kepada Allah membuatkan lara yang panjang terubat dek kalam dan nama Mu ya Allah. Cinta hanya indah selepas berkahwin itu pengangan nurani aku. Bagi aku tiada cinta sebelum khawin. Bagi aku cinta adalah sebuah ikatan yang sah antara seorang lelaki dan seorang perempuan selepas akad.

Bagi aku cinta itu adalah sulaman-sulaman halus kalam Allah yang indah antara seorang suami kepada isteri. Cinta itu juga adalah suci tiada ganti dan tiada penghujungnya. dan cinta itu juga lagi suci apa bila sebuah rumah tangga itu penuh dengan kecintaan kepada Allah.

Andai aku sudah akad akan ku sulam isteriku dengan sebuah keindahan abadi kerana sesungguhnya isteri itu adalah anugerah Allah. Akan ku jaga dengan rapi akan ku belai dengan keindahan berlandaskan hukum Allah. Tidak akan ku sia-siakan walaupun sedetik cuma dan yang pasti akan ku bawanya hingga kesyurga.

tersisip kata nurani cinta Ilahi,
terdiam bukan kerana bertepi,
tetapi kerana indahnya ia berteraskan Ilahi,
ikatan yang sah adalah ikatan yang berlandaskan Ilahi,
ikatan yang bisa mebawa ke surga dan bahagia diduniawi.

berdiam bukan kerana bacul,
tetapi cukup sebagai tanda,
meraih kasih apabila betul-betul bersedia,
jangan mudah untuk berburuk sangka,
kerana ia adalah ikhlas dan takut kepada Allah.

hidup mati ketentuan Allah,
qada dan qadar sudah suratan ya Rabb,
cukuplah Allah peneman tika lara,
cukuplah rindu teman bicara,
dan percayalah,
cinta jodoh semua sudah ditangan Allah
tidak perlu dipaksa atau terpaksa,
kerana andai sudah ketetapannya,
dua hati pasti bersatu dalam landasanNya.

Aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w
 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket