Geng Nafsu SeeRakah

kalau tuan puan singgah kat blog ini kan...mohon satu je...tolong baca entri ek..kita share2 ilmu...mane tahu manfaat untuk kita semua di dunia dan akhirat insyaAllah..kedatangan tuan puan amat NafSu SeEraKah hargai.. hohoh! kalu komen pun best gak! hak3!!

Tuesday, March 25, 2014

APA MUSLIHAT AMERIKA SYARIKAT -EPISOD 1-

Tuesday, March 25, 2014
السلام عليكم بسم الله الرحمن الرحيم
                                       
                                   
Enteri ini enteri berepisod dan saya akan terus menulis sehinggak para pembaca faham apa yang saya ingin sampaikan. Saya lakukan ini kerana saya sayang Agama, Bangsa dan Tanah Air. Tidak berniat politik tetapi ini adalah tentang Malaysia. Mohon pembaca nilai dengan kewarasan akal dan fakta. 

Baru-baru ini Negara digemparkan dengan isu kalimah Allah dan isu ini pernah muncul pada tahun 2007 dan hari ini isu ini dipertikaikan lagi. Persoalannya, adakah terdapat agenda yang tersembunyi dalam isu ini? Adakah agenda ini dirancang dan siapa dalang disebalik isu ini. Saya melihat isu ini bukanlah melibatkan isu dalam Negara tetapi mempunyai kaitan dengan isu luar Negara dan juga isu dunia.

Kini dunia sedang melihat dan juga sedang menilai Malaysia. Malaysia yang terletak di asia tenggara adalah salah sebuah Negara yang sedang membangun,  malah mata wang Malaysia juga stabil (Terima kasih saya ucapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kebijaksanaan beliau yang mengikat mata wang ringgit kepada nilai 3.8 sewaktu mata wang Malaysia yang kadarnya sangat rendah pada tahun 1997 zaman inflasi dahulu dan kebijaksanaan Tun Dr Mahathir membuatkan formula beliau digunakan oleh negara-negara lain walaupun pada asalnya dihina). Malah baru-baru ini kesediaan delegasi dari China yang bersedia untuk membuat pelaburan di Malaysia melalui Malaysia China Kuantan Industry Park (MCKIP) telah membuka mata seluruh dunia. China sebuah negara yang menguasi ekonomi dunia memandang Malaysia sebuah negara perniagaan yang mantap mana mungkin negara-negara gergasi diluar sana boleh berdiam diri. Kekuatan Malaysia ini mungkin telah menarik perhatian dunia dan turut mengancam Malaysia. Adakah mereka mahu melihat Malaysia jatuh? Berjaga-jaga wahai rakyat Malaysia. Sejarah telah menunjukkan bahawa manusia tidak pernah puas dengan kejayaan orang malah sedia maklum sifat dengki itu memang satu lumrah dalam diri manusia yang mahu melihat kejatuhan orang lain.

Suka saya berkongsi pemerhatian saya dalam isu kalimah Allah. Mungkin ramai bertanya, apakah kaitannya isu kalimah Allah dengan ekonomi Malaysia? Saya melihat isu ini adalah isu nasional dan amat berkait rapat dengan ekonomi Malaysia tetapi ramai yang tidak mengetahuinya. Menerusi pembacaan saya, saya dapati Amerika Syarikat mula risau dengan kemajuan yang dialami oleh negara Malaysia. Misalnya pada tahun 1996 sebelum inflasi, Malaysia dan Indonesia adalah negara yang hebat ekonominya dan secara diam-diam ekonomi kita diserang melalui mata wang sehinggakan kita perlu bermula dari bawah. Siapakah dalang di sebalik kejatuhan Malaysia pada tahun itu? Jawapanya Amerika Syarikat. Ramai yang tidak mengetahui tetapi itu satu kenyataan. Lumrah alam kalau kita buang najis di  tengah jalan, adakah kita mengaku yang najis itu milik kita? Sama sekali kita tidak akan mengaku. Jadi sama dalam konteks ini, dunia juga ada politik serta kepentingan dan bukan dalam Malaysia sahaja kita berperang politik. Mana mungkin negara sebesar biji saga dalam peta dunia dapat menguasai dunia dan itu pendirian Amerkia Syarikat. Mereka meletakan negara Malaysia sebagai negara yang mampu mengancam kuasa mereka . Justeru, mereka melakukan kajian yang meliputi bangsa dan agama di Malaysia. Disini saya mahu pembaca  menilai pendapat dan pembacaan saya serta perkongsian info-info menarik dari jurnalis yang saya kenal. Perkongsian ini bukan atas dasar isu perkauman tetapi satu perkongsian yang berguna buat semua.

Amerika tidak memandang Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil tetapi Amerika memandang semangat dan perpaduan yang ada dalam diri rakyat Malaysia sebagai ancaman. Oleh itu adengan kucar-kacir yang dicipta oleh mereka melalui agen-agennya di Malaysia telahpun menjadi.  Tindakan mereka tidak hanya terhenti disitu, malah mereka mencari ahli-ahli akademik yang arif tentang masyarakat-masyarkat dan etenik-etenik di Malaysia untuk mengkaji semula sejarah tamdaun Malaysia dan zaman kesultanan Melayu Melaka. Mereka melihat Melaka dapat membangun pada zaman kesultanan Melayu Melaka dengan pesat dan Melaka adalah sebuah pelabuhan enterport yang berjaya menarik pelabur asing diseluruh dunia.  Malah pada zaman itu Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca dan bahasa pertuturan rasmi pada zaman itu dalam semua segi perhubungan sama ada dalam perbincangan mengenai ekonomi,sosial mahupun politik. Malah pada zaman itu, sudah ada penduduk tanah melayu dalam kalangan orang arab, china, india dan lain-lain  dapat bersatu di bawah satu bumbung. Teka- teki mula bermain dalam minda pengkaji Amerika Syarikat.  Mereka mendapati Kesultanan Melayu Melaka di perintah oleh seorang raja yang berbangsa Melayu dan beragama islam. Mereka mendapati bahawa bangsa yang hebat ini dulu wujud gah di dunia tetapi sekarang menyepi dan mereka percaya bangsa itu akan bangkit kembali dan bangsa itu adalah bangsa Melayu. Kajian mereka tidak berakhir disitu, mereka mengkaji sosial budaya orang Melayu di Malaysia pada hari ini dan mereka mendapati orang Melayu tanpa islam,  akan gagal dan menjadi lemah.  Amerika mungkin tidak akan menjajah Malaysia seperti mereka menjajah Afganistan, Iraq, Mesir, Tunisai dan negara-negara arab yang bergolak melalui peperangan tetapi Amerika menyerang Malaysia melalui minda rakyat Malaysia. Amerika tidak bergerak bersendirian malah dibantu oleh Israel untuk menjatuhkan akidah orang Melayu. Secara umumnya di Malaysia jika sesorang itu Melayu maka dia adalah islam. Mereka masih berpegang pada kajian mereka jika mahu jatuhkan ekonomi Malaysia maka, mereka perlu menyerang akidah orang islam selepas pada itu baru mereka boleh masuk ke Malaysia. Hari ini isu kalimah Allah adalah isu dibangkitkan dan penggunan khalimah Allah pada bible dalam bahasa Melayu dapat memudahkan agenda mereka menyebarkan fahaman krisitian pada diri orang Melayu. Saya bukan diskriminasi agama tetapi saya bercakap atas dasar agama islam perlu kekal dalam diri orang Melayu kerana Perlembagaan Malaysia sudah tertulis, agama islam sebagai agama persekutuan dan agama lain bebas mengamalkan agama masing-masing. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu hormat  Perlembagaan Malaysia bagi menjamin kedaulatan Negara. Jika penggunaan kalimah Allah dalam bible dibenarkan, akan berlaku kecelaruan pada fahaman orang islam dan apabila fahaman-fahaman ini masuk dalam diri orang Melayu maka akidah orang Melayu akan hilang dan Melayu akan lemah. Bermulalah proses jajahan barat yang menerusi  akidah orang Melayu.

Kesimpulannya,  isu kalimah Allah  adalah agenda barat yang dibawa masuk ke Malaysia atas dasar untuk menjatuhkan negara Malaysia seperti mana yang dilakukan oleh mereka pada tahun 1997 melalui serangan mata wang. Sebagai rakyat Malaysia, saya ingin mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia, anda semua perlu  sedar dan bangkitlah memperjuangkan negara kita. Negara Malaysia bukan untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk semua rakyat Malaysia.  Jangan biarkan orang barat memperkotak-katikan perjuangan rakyat Malaysia yang kini hamper menjadi sebuah negara maju dan hari ini kita sudah 56 tahun merdeka dan negara Malaysia dikenali di serata dunia jadi janganlah kita dengan mudah menyerahkan negara kita yang aman damai ini kepada orang asing yang hanya mempergunakan keselesaan dan kekayaan hasil bumi kita untuk mempertahankan kedudukan negara mereka sebagai negara gergasi didunia. Rakyat Malaysia perlu sedar dan jangan leka dengan keindahan hiburan dunia sehingga lupa yang negara diserang hendap tanpa bicara.  Berfikir sebelum bertindak, bangkit sebelum diserang!.

BERJAGA-JAGA WAHAI RAKYAT MALAYSIA!

Wednesday, January 23, 2013

Antara Isu Khalimah Allah dan Isu Saudari Bawani dan Pn.Sharifah Zahora yang mana penting?

Wednesday, January 23, 2013
Assalammualaikum,

Apa khabar semua sahabat-sahabat semua, diharap semua gembira serta sentiasa berada dalam dakapan Ilahi insyaAllah. Kepenatan diri untuk mencari redha dijalan Allah bukan alasan untuk kita berundur kerana itulah kekuatan kita sebenarnya. Terasa diri ini diperlukan oleh ummah. Semoga jalan kami dipermudahkan Allah.

Banyak isu yang menjadi medan perdebatan murahan di facebook. Isu Saudari Bawani dan Pn. Sharifah Zahora hangat diperkatakan. Mempolitikan isu mahasiswa untuk kepentingan diri. Aku sendiri keliru dimana jalan ataupun dimana solusi untuk masalah ini. Andai di katakan isu ini adalah agenda politik tetapi bila di dengar 'satetment' bawani yang mengatakan dia nuture dan tidak meneyebelahi pihak mana-mana sepertinya hanya gurauan ataupun omong kosong tetapi kadang-kadang mungkin kita tidak boleh menolok pendirian dia yang memperjuangkan pendidikan percuma. Mungkin itu tindakan dia yang dia merasakan tanggungjawab.

In my point of veiw, aku merasakan bukan satu yang dirancang tetapi secara kebetulannya para hali poitik menangguk di air keruh tetapi boleh jadi ini satu rancangan mereka. Itu yang pertama. Yang kedua sebagai umat islam, yang beragama islam, aku merasakan dimana tanggugjawab seorang mukmin mempertahankan isu kalimah Allah. Isu Bawani sudah mengaburi Isu khalimah Allah. Adakan ini agenda politik untuk menutup mata-mata orang yang membangkang kerajaan?. Aku pulak tiba-tiba confuse. Isu kalimah Allah didiamkan, malah ada ulama-ulama mempertahankan kehendak orang khafir laknaktulllah yang ingin menggunakan khalimah Allah. Tidak dinafikan lagi dalam alquran sudah menerangkan dengan jelas berkenaan penggunaan khalimah Allah boleh digunakan oleh semua makhluk Allah.

Saya merasakan janggal dan menentang dengan tegas penggunaan khalimah Allah oleh non muslim. Tak boleh! Saya tegas disini saya tidak bersetuju kerana agama islam itu sendiri suci. Isu ini isu orang islam, malah pada hari ini, orang non muslim hebat bersuara mempertikai segala yang kita telah tetapkan. Negara ini milik orang islam. Nama malaysia itu sudah melambangkan malaysia itu milik melayu kenapa keputusan kita dipertikai. Kawan-kawan semua please celik matan anda. India mereka ada negara sendiri, china mereka ada negara mereka sendiri tetapi melayu andai malaysia diperintah oleh orang bukan islam dimana kita nak menginap selepas ni. Kemungkianan negara malaysia akan bertukar nama. Kita tak tahu pekara yang bakal berlaku pada masa depan. Teratrik dengan ustaz kazim alias:
"Kita kalau nak orang kristian guna masjid kita buat ceramah hari ahad kita tak bagi. Kita kalau orang kristian nak pinjam mimbar buat ceramah kita tak bagi tetapi kalimah Allah kita bagi guna. Yang mana lagi besar ni? Allah ke masjid?."
Apa jawapan kita dengan pertanyaan ini?.

Wahai saudara seislamku, "wakeup from dreaming!" Kitas di injak. Di pijak-pijak mana mungkin anda-anda semua berdiam diri. Bangkit ummah pertahankan agama kita. Banyak kesan buruk dari baik andai penggunaan nama Allah di benarkan. Mana pahlawan-pahlawan yang tegar memperjuangkan hak rakyat sehingga sanggup turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat? Mana mereka. Adakah mereka 'menyiput' mendiamkan diri dan membenarkan kerana terlampau mengikut nafsu mereka tanpa memikirkan keburukan kepada agama dan negara kita. Kawasn-kawan sedarlah yang minda anda sedang dijajah. Minta buka ruang sedikit melihat isu ini pada pespektif yang berbeza bukan kearah membangkang. Kita orang islam berjihat dan mengakan khalimah Allah diatas muka bumi ini. BarakaAllah.

Aku berkongsi yang aku merasakan benar. Dan jangan sesekali tunduk dengan orang khafir . Allah telah mengingatkan kita tentang pemerintahan dalam alquran. Yang bermaksud "jangan sesekali kita memnjadikan orang kafir itu sebgai ketua kita." Betulkan aku andai aku salah. Tetapi itu kenyataan yang mereka tidak akan pernah memahukan pemerintahan islam kerana pemerintahan itu menggugat mereka tetapi sebenarnya ia amat damai dan indah. Jangan pernah lepas ikatan kita dengna Allah. Allah maha pengasih lagi maha penyayang. BarakaAllah.
Cukup sampai disini sahaja.

Sayang Allaha dan sayang Rasulullah s.a.w.

Finished: on the ferry going to Langkawi for find the right path.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 10, 2013

Menuju ke Alam Couple Halal.

Thursday, January 10, 2013
Assalammualaikum,

Selawat dan Salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Rasul pembawa rahamt seluruh alam dan penutup segala rasul dan nabi. ~~<3

Alhamdulillah masih hidup sehingga hari ini. Nikmat kurniaan Allah kepada aku pada hari ini menjadikan aku lebih bersyukur kerana memberi peluang untuk terus hidup. Aku juga bersyukur kerana Allah tetapkan diri aku dengan nikmat islam, iman dan ikhsan, nikmat yang tidak ada pada semua manusia diatas muka bumi Allah ini. Alhamdulillah, ya Allah tetapkan keimanan dan ketaqwaan aku kepadaMu. BarakaAllah.

Aku masih dalam bulan peperiksaan, di mana satu bulan yang amat dinanti-nantikan oleh semua pelajar tetapi rasa yang bermacam-macam dalam diri pada ketika ini. Semoga jalan ini dipermudahkan Allah.

Lumrah manusia perasaan sayang itu indah, perasaan sayang itu satu kesenagan tetapi bagaiman menyalurkan perasaan sayang itu?. Sayang ada banyak ketagori:
1. Sayang kepada Allah.
2. Sayang kepada Rasulullah s.a.w.
3. Sayang kepada Mama dan Abah.
4.Sayang kepada adik beradik dan kaum kerabat.
5. Sayang kepada Ilmu.
6. Sayang kepada sesorang yang kita cintai(bakal isteri atau suami).
7. Dan lain-lain.

Tetapi bagaiman kita menyalurkan perasaan sayang ini?. Untuk lima yang pertama itu kita sudah tahu caranya.

Kepada Allah:mentaati segala perintahnya dan meninggalkan laranganNya.
Kepada Rasulullah s.a.w: menggamalkan segala ajarannya dan sunahnya, sentiasa selawat kepadanya.
Kepada Mama Abah: Menghormati mereka, menjaganya, mendamaikan jiwanya, memudahkan urusannya, menyanyangi mereka seperti mereka menyanyangi kita sewaktu kecil.
Kepada Ilmu: mengamalkannya.
Kepada Adik beradik dan kaum kerabat: Mencintainya dan menyayangi mereka.

Tetapi kepada sesorang yang kita cintai? (Bakal isteri atau bakal suami? Ini bagi yang belum kahwin yek. :) ). Aku tak arif tetapi aku nak kongsi apa yang aku tahulah.

1. Jika kita mencintai seorang wanita atau lelaki, niat dalam diri untuk jadikan dia yang sah untuk kita.

2. Kenal dengan dia (bukan bermakna couple tetapi mengenali dia atau kita panggil taaruf) but bukan berdua sahaja bile bertaaruf tetapi beserta kawan-kawan.

3. Kenal dengan keluarga perempuan tersebut sebagai tanda bahawa kita benar-benar mahu jadikan dia sebagai isteri kita (kalau lelaki lah sebab penulis blog ini lelaki). Dan sekurang-kurangnya family tahu dengan siapa anaknya berkawan.

4. Pelihara pergaulan, jangan berdating, bercinta, keluar tanpa batasan. Andai ingun bertemu perlulah berserta sebab dan ada perbincagan penting tetapi tidak boleh berdua dikhuatiri fitnah dan melampau batas.

5. Menjaga batas perhubungan. Perlu ada kawan-kawan untuk menasihatkan kita.

6. Menabahkan Ilmu agama. Sebab nak jadi suami kena tahu agama kalau tidak bertuankan nafsu dan syaitan rumahtangga jadi porak peranda.

7. Sentiasa berdoa dan memohon agar Allah menjadikan satu kenyataan untuk memperisterikan seseorang yang kita kenali. Perbanyakan solat hajat dan istiqarah agar pilihan kita tepat dan diredahi Allah. Kita merancang tetapi perancagan Allah maha hebat.

Ini mungkin sedikit yang saya boleh kongsikan. Ini bukanlah langkah yang perlua kawan-kawan semua ikut tetapi perkongsian ini, semoga mendapat keberkatan Allah. Akhir kata segala yang baik datang daripada Allah yang buruk atas kekilafan diri tetapi hakikatnya dari Allah. BarakaAllah.

Aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w.
Sayang Mama dan Abah juga.

P/s: semoga Allah mempermudahkan urusanku. InsyaAllah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 5, 2013

LILLAHHITAALA

Saturday, January 5, 2013
Assalammualaikum
Dan Selamat Tahun Baru dan semoga tahun baru ini menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah, InsyaAllah

Hai kawan-kawan nafsu seerakah, 2,3 minggu ni macam susah nak update blog bukan kerana malas tetapi sedikit busy dengan final exam. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik walaupun exam akan continue pada 9 jan ni tetapi persedian mesti kena rapi. Hohoh! Setiap kali exam mesti rasa tekanan, setiap kali exam mesti rasa malas nak study (padahal hari tak exam pun tak study) tetapi nak buat macam mana, life must continue. Setiap apa yang kita lakukan must lillahhitaala( kerana Allah) barulah barakah itu ada dan kalau study, study untuk apa? Bukan set mind study untuk exam sahaja but before we start study we must set in our mind 'study because of Allah'.

When we talk about LILLAHITAALA, it must be istiqamah, maksud disini kita perlulah sentiasa tanamkan dalam hati apa sahaja yang kita buat adalah kerana Allah dan apabila kerana Allah kita akan rasa segan, rasa takut dan rasa kerja yang kita buat lagi berkualiti dan of course with the ganjaran pahala dari Allah that's Allah already promise to us but we must also bring our Ikhlas to do the work.

Cara-caranya adalah... Pertama masukan dua biji telur dan dikacau sehingga sebati bersama tepung...

Hehehe bukan-bukan gurau je.

Ok cara-caranya:

1. Ikhlas: Ikhlaskan diri anda dalam melakukan segala kerja(yang baik sahaja ok). Maknanya kita redha ataupun willing to do that job because of we want to do that.

2. Lillahhitaala. Sertakan 'kerana Allah'. Jika kamu tanamkan dalam hati kamu buat kerja kerana Allah than it become ibadah. When it is ibadah so reward (pahala) should give to you. Jadi dia tidak jadi kerja yang sia-sia.

Jadi di sini, kerja yang baik perlu disertakan dengan LILLAHHITAALA, so kita akan dapat ganjaran dari Allah, dan menjadi bekalan kita diakhirat. Selain daripada kerja biasa, ada satu kerja kita wajib tetapkan dalam hati LILLAHHITAALA, iaitu, mencari calon isteri. By the way, alhamdulillah pencarian aku selama empat tahun mencari calon isteri bakal berakhir. Kami masih berkenalan (ada batasa pergaulan ok). Dan memang dalam kepala otak aku, akan jadikan 'dia' sebagai calon isteri aku. InsyaAllah jika tiada aral melintang tahun 2013 ini menjadi saksi buat pertama kali nya, aku akan berjumpa sendiri dengan parents dia untuk memberi tahu yang aku sedang berkawan dan berkenalan dengan 'dia', InsyaAllah. Tahun ni jugak aku akan graduate insyaAllah.. Oh yeyeyeey.. Kalau ade rezeki dapat keje than kumpul duit, insyaAllah kita raikan satu ikatan suci. InsyaAllah LILLAHHITAALA. Saya prefer Bercinta Selepas Khawin, so right now she and I just friend. We want to know each oter first before we proceed to the serious relationship meaning that as a husband and wife.

But I as a man must understand her and must appreciate her. Event she trust me but I always remind her don't ever trust boy. I always ask her to keep her self with a good condition in all aspect also about iman and akal.

I hope she will be the first girl I meet and I know and also the last girl to be my wife. Hopefully it continue with LILLAHHITAALA. :)

BarakaAllah.
Sesungguhnya aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w.
Not forget my mama and my abah love you all so much <3

Before nak pergi jogging update blog lu. 7.59 pagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 21, 2012

Hujan Di awal Pembentangan Projek

Friday, December 21, 2012
Assalammualaikum.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Apakhabar semua sahabat-sahabat Nafsu Seerakah semua? Hohoh diharap semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa diatas landasan Allah.
.
Currently on the road with orange motorcycle on the way to the class but suddenly raining hohoh! But this is not the problem because this is the amazing of the world, we as a human that is created by Allah to have look for this miracle of the development of rain.

From my view, we look the rain is beautiful. How this small particle water can appear through the cloud. Cloud like a pure smoke suddenly can change into beautiful of water. This situation we must look the perfect plan that never people in the world can do it. Why rain not go up but always fall? Why? This will call the power of Allah that we cannot do but how many people grateful with this beautiful rain. The rain can enhance the plant to grow up with delicious fruits and beautiful flowers. How many people greatful? . So as a human that always know the truth, we must appreciate the world that Allah give us to ensure our life is lively and always in the good mood.

Jadi sebagai manusia jangan kita merungut tetapi melihat dari sudut yang positif tentang kejadian Allah ini. Bersyukrlah kerana Allah memberi peluang untuk kita hidup di atas muka bumiNya. BarakaAllah.


P/s: Alhamdulillah hujan dah berhenti.
Aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w

Coretan ringkasi- Diatas motor otw ke kelasa-highway perlis-changlun-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 20, 2012

Rindu.

Thursday, December 20, 2012
Assalammualaikum.

Sahabat-sahabat Nafsu Seerakah semua, diharap sentiasa sihat dan berada dibawah perlindungan dan dakapan Ilahi. Banyak benda nak cerita tetapi mungkin bukan kali ini. Cukuplah aku katakan yang aku SANGAT, SANGAT dab SANGAT sibuk sehinggakan pengurusan untuk diri sendiri tidak mampu aku uruskan. Senaman pagi yang menjadi rutin aku setiap pagi terpaksa ditinggalkan. Sejak menjadi ketua sebuah organisasi ni, aku banyak menghabiskan masa untuk menjaga kebajikan mahasiswa dan mengharumkan lagi nama universiti. Tetapi alhamdulillah aku tidak pernah lupakan agama serta tingkah lagu sebagai sorang yang bergelar muslim. InsyaAllah apa yang kurang pada diri aku akan tambahkan. Kesibukan ini juga membuatkan aku sedih. Bukan kerana menyesal memegang jawatan tetapi aku terlampau rindu dengan mama,abah dan adik-adik aku.

Rindu terlampau amat membuatkan air mata aku menitis setiap kali mengenangkan mereka. Aku tidak mampu lagi meluangkan masa atau balik kerumah pada cuti semesta bukan kerana tidak mahu tetapi aku perlu komitmen dengan tugas yang diamanahkan oleh Allah kepada aku. Aku gembira dengan amanah ini tetapi rindu itu membuatkan aku sedih. Mama dan abah merestui segala perkara yang aku lakukan selagi itu tidak bertentangan dengan syarak dan baik untuk aku. Mungkin bagi mereka aku adalah anak yang boleh dibanggakan tetapi bagi aku, aku belum pernah lagi menyumbang sesuatu untuk mereka. Ya Allah aku pohon agar Kau sentiasa merahmati aku , mama dan abah aku serta adik beradik dan kaum kerabatku. Tempatkanlah kami dalam golongan manusia yang sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Aku memohon kepada Allah agar segala jalan dan usaha aku sentiasa mendapat keberkatan dari Allah dan semoga jalan-jalan aku dipermudahkan Allah. BarakaAllah.

Aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w.

Jam 8.00. Malam- prepare to go for meeting. :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, December 8, 2012

Ada Yang Terbaik Dari Allah

Saturday, December 8, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Rasa sedih, hiba, gembira, semua bercampur. Mungkin mengharapkan cerah langit hingga ke petang tetapi rupa-rupanya hujan ditengahari. Apa yang kita mampu buat? Nak salahkan siapa? Jangan salahkan siapa-siapa, salahkan diri sendiri yang tidak reti menilai. Bak kata pepatah melayu, ukur baju pada badan sendiri. Itu yg terbaik. Kena tahu asal usul kita. Keadaan kita bagaimana? Siapa keluarga kita? Apa kelulusan kita? Jadi tak layak untuk kita menentukan segalanya atas kehendak kita tanpa memikirkan orang lain.

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku diberi dugaan yang hebat dan tidak sama seperti kawan-kawan aku yang lain? Astghfirullahhalazim, aku cepat-cepat tersedar yang Allah maha mengetahui. Setiap kejadian di langit dan di bumi ada hikmahnya dan hikmahnya menyuruh kita sebagai makhluk Allah berfikir dimana silapnya. Pokok pangkalnya diri sendiri. Tepuk dada, tanya iman, uji otak, tanya akal.

Satu yang aku belajar sepanjang aku hidup sebagai seorang muslim adalah, jangan mudah membuat kesimpulan awal atau pun bak kata orang putih, don't jump into conclusion tetapi ada caranya iaitu,

1. Take the positive side of the problem

2. Take the negative side of the problem

3. Analysis both side

4. Take the interesting for the both side

5. Conclude the problem

6. Make the decision.

Jadinya caranya sudah ada yang penting perlaksanaannya perlulah berkhemah.

Jangan cepat melatah tetapi penuh dengan diplomasi dan ingat setiap apa yang kita lakukan perlulah ikhlas kerana Allah serta perlu ada misi yang kukuh. InsyaAllah segalanya akan berjalan seperti yang dirancang atas izin Allah.

Cinta itu milik Allah dan Allah sahaja yang berhak menabur benih-benih cinta kepada insan yang layak untuk di cintai. Perlu ingat cinta yang suci adalah cinta yang halal cinta yang diperhalusi ijab dan qabul dan semuanya akan menjadi ibadah. Didik isteri bukan perkara yang mudah melainkan dengan cara dan syariat yang betul. BarakaAllah.

Aku sayang Allah dan Rasulullah s.a.w
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

 
NaFsu SEeRakah © 2008. Design by Pocket